Thursday, May 17, 2007

I'm getting older

Syukur Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk hidup di muka bumiNya selama 23 tahun dan semalam masih dipanjangkan umur untuk merasai kehidupan baru dalam umur 24 tahun. Sungguh terasa aura kehidupan sebenar dan tanggungjawab yang perlu digalas selepas ini. Bila ditanya apa hajat masa tiup lilin, membuatkan saya terfikir apa yang saya nak dalam kehidupan serta dalam masa setahun akan datang? Banyak! Sungguh banyak sebenarnya!! Tapi tak tau nak sebutkan macam mana dan sebahagiaannya rasa macam malu nak citer!hehe... Biarla dulu, slow-slow. Just apa yang saya harapkan secara amnya dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan kehidupan dan kuat menempuh dugaan dimasa akan datang. Tapi hajat jangka pendek semoga saya dilancarkan urusan presentation saya masa di Johannesburg next week. Doakan saya selamat pergi dan balik ye.. Kepada semua kawan-kawan dah family members dan partial family (hehe..), terima kasih diatas ingatan anda semua dan segala hadiah , party dan doa2 kalian (termasuk la soalan cepumas yang wajib tu!). Hanya Allah sahaja dapat membalasnya. Semoga kita terus diberi keberkatan dan rahmat

Thanks to:
My beloved Abah - wish 2 hari awal pastu on that day pun wish lagi dan doa2 abah. Tq so much sebab memahami dan selalu menjadi 'penyelamat' ketika tengah 'kering'. Love you. Semoga Abah terus sihat dan gembira.
My Prince - Thanks a lot sebab memahami diri, supportive dan sentiasa ada mendengar apa yang saya nak cakap..thanks for the present and dinner. Semoga awak terus sukses dan dipermudahkan urusan.
My family - acik, mimi (hntr 2 msg lagi), awin, dila (my future baby sitter), anis&ekai (siap nyanyi lagu birthday lagi kat voice mail), maksu&paksu (selamat hari guru jugak for both of them). Semoga dirahmati Allah selalu.
Umi & Nurul - Yang datang jauh dari Putrajaya buat suprise party. Gila ter'suprise'! Thanks a lot buddy. May our friendship last forever
Lab members - Dr TLK (buatkan cheese cake..nyum..nyum), Pn Jun (masak nasi goreng), ainul (sponsor air), Wani (bawak sandwich and keropok), Wee Leng (Cikgu yang ....) Lisa, Fazleen, Izuddin, Isyam, Kak Siti. Thank a lot.
Friends - Shasha, Amie, Meon, Kak Ann, Cik Yen, Miey, Jaja, Cikgu Yati, Suhana, Ct. Kelly, Nat, Bixb, Mai, Syuded, Azman, Fahrul, Amin, bak kata semua la yang tak dapat disebut dalam ni...Terima kasih diatas ingatan korang.
p/s: Selamat hari guru kepada cikgu2 di sksm, skak dan smktt. Jasa2 cikgu takkan dapat saya lupakan dan hanya Allah sahaja dapat membalasnya.

Friday, May 04, 2007

"aku juga ingin sebegini..."

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu. Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.

Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, " cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik.

Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri" Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya kata kan ajaib kerana dia berubah seratus peratus!

Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..
Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah (rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.

Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya........dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi...

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguakmisteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini. Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri..disitu tertera soal jawab antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)
Annisa: aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"

Isteri jiranku: Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati

Annisa: tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik??

Isteri jiranku: Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa: Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat makcik bagaimana?

Isteri jiranku: Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT nanti dan tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Annisa: tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..

Isteri jiranku: Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami...

Annisa: apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia .. sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung..

Isteri jiranku: Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai nisa .ingatlah akan satu hari dimana seluruh manusia akan dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung. . . .Allah SWT. Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya..

Subhanallah ...

Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta, tuli dan bisu.." wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia.. "Tak tahan airmata ini pun jatuh". Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya.. Amin..Subhanallah

saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua.

dipetik dari : http://www.surau.ladang.net/

p/s: Dalam setiap hati seorang manusia yang bergelar wanita, semestinya ada keinginan untuk menjadi insan yang terbaik sebagai wanita, isteri and ibu yang 'perfect' walaupun tak mungkin se'perfect' mana. Setiap saat dan waktu, keinginan itu sentiasa subur dan bertambah didalam hati dan sentiasa berusaha untuk berubah dan memajukan diri dengan usahanya yang tersendiri. Mungkin terdapat suara-suara yang prejudis terhadap niat murni ini, tetapi apalah sangat jika hendak dipedulikan dengan 'cakap-cakap dunia' yang penuh cabaran and pancaroba. Apa yang terdaya dilakukan, biarkan kaki terus melangkah mencari haluan dan berdoa semoga 'kebahagian' itu ada disamping ditemani dengan insan-insan pembimbing yang memahami erti sebuah kehidupan dan turut sama-sama berjuang di atas jalanNya.~Nukilan Hati~

Pesta Buku

Corat-coret Pesta Buku Antarabangsa, PWTC
1. Kononnya nak kuar awal, tapi pukul 11 baru sampai kat stesen komuter Padang Jawa dengan Kak Ann. Niat asal tak nak menyakitkan kaki tak ank drive and tak nak menyumbang kepada kesesakan jalan raya. Tapi still juga berhadapan dengan kesesakan manusia dalam komuter (ape sume nak gi pesta buku ke?) dan terpaksa berdiri sepanjang perjalanan (aduh, kesian kat kaki!)
2. Sampai di stesen Komuter PWTC, Ami dah sedia menunggu dengan 'ambulance' dia yang ada bau kedai lagi (hehe..). Abang dia hantar betul2 kat depan hotel Pan Pacific. Lega..dapat restkan kaki sekejap...
3. Dah masuk dah dalam PWTC, tapi berpatah balik sebab perut rasa lapar. Gi makan kat food court The Mall (bila masa ada food court ni??). Tapi tak habis sebab takde selera, baru baik demam (walaupun tgh lapar sebenarnya).
4. Start pusing2 kat Hall "Karangkraf". Beli majalah "Pengantin" dan novel karya "Damya Hana". Cari Aisya Sofea takde.. tak boleh nak beli nanyak sangat, tak cukup bajet...
5. Tetiba Kak Ann missing in action. Rupanya Kak Ann ter'confius' banyak sangat pintu...kitaorang tunggu kat pintu lain, mana nak jumpa..hehe..
6. Round kat Hall 3. Disini la bermulanya MISI UTAMA ke pesta buku. Pusing punya pusing, tak jumpa jugak booth yang dicari. Beria dah menyalin kat kertas tapi tertinggal kat lab. Dah sedih dah tak jumpa booth yang dicari.
7. Semangat je nak cari kat HAll 4, walaupun dah tau tingkat tu dikhaskan untuk buku2 rujukan dan ilmiah. Memang sah2 dah takde.
8. Lastly, dah nak balik dah pun. Nampak seorang akak pakai baju purple (petugas booth) rasanya, dengan semangatnya memberi pendapat tentang novel yang dipamerkan and siap kata boleh dapatkan tanda tangan penulis lagi, membuatkan kepala saya berpaling menghadap akak tu. Dengan muka tak malunya tya "akak, penulis ni ada tak?" sambil tangan tunjuk kat buku yang berwarna pink tu... "sapa lagi yang ada?" sume ada...hehe..
Baby from Jemari Seni " Rnysa, Hlovate & Kak Su"



Tersenyum 'mengembang' di samping Anis dan Kak Su. huhu... Excited sanagt dapat jumpa orang-orang yang teringin sangat saya jumpa sejak kenal nama mereka.




p/s: Thanks you Anis, Kak Su and warga Jemari Seni. Rasa sangat bertuah dapat bertentang mata dengan kalian semua.

Thursday, April 05, 2007

Hari Bahagia Aireen

Baru hari ni sempat nak post something mengenai majlis perkahwinan Aireen ahad lepas (31 Mac 2007/12 Rabiulawal 1428H). Satu tarikh yang cukup sweet and bermakna untuk diingati. Sebenarnya tak berapa merancang untuk pergi majlis ni, tapi bila hadiah pun dah beli dan tak boleh nak diwakilkan kepada sesiapa, diberi keizinan olehNya untuk memeriahkan majlis.(mana nak tau satu hari nanti majlis kita pulak meriah.hehe..) Ni la first time menghala ke selatan secara khususnya ke Muar. Sebelum ni stop kat Negeri sembilan je tu pun lebih kurang 5 tahun yang lepas zaman matrix kat Kuala Pilah. Konvoi 2 buah keta, akhirnya sampai kat Muar pukul 2 lebih selepas tersangkut dengan traffic jam yang teruk kat Seremban. Tuhan saja yang tahu betapa lapar and panasnya dalam keta tu. Sampai je kat majlis kahwin tu, pengantin tengah makan beradap, jumpa Fazli and Raden, Kak Shidah (orang Taiping yang lama gila tak jumpa, padahal keje kat Shah Alam je), Syuderq and Shahidah. Seronoknya jumpa kawan2 lama!! Selepas bergambar dengan pasangan mempelai, kami pulak yang buat reunion kecil kat dalam umah pengantin tu. Biasa la kan...hehe...Penat orang2 kat luar tu menunggu. To pasangan pengantin(Khaireen Shafina+Hasnul Ambia), selamat menempuh alam rumahtangga dan berbahagia hingga ke akhir hayat. Thanks untuk cenderahati sebagai tanda ingatan majlis korang. Pastu kitaorang pun memanjangkan langkah ke Melaka...Menyahut seruan kerajaan "Visit Malaysia". =)

Thursday, March 22, 2007

Bowling Tournament

Bertempat di Summit USJ last sunday, Postgraduate Fakulti Farmasi telah mengadakan aktiviti kelab iaitu perlawanan bowling antara postgrad...yo yo...oo je ayat. Skema bangat. hehe.. Lebih kurang pukul 3 pm, semuanya dah hadir dan game pun dimulakan Ada 6 group kesemuanya, saya termasuk di dalam group yang ke 5 bersama Ijal, Sarah and Lisa. Erm...merasa jugak la main bowling hari tu sebab sebelum ni memang tak penah jejak kaki and sentuh langsung bola bowling tu. Merasa jugak la pakai kasut bowling yang ala2 kasut Ronald McDonald tu (bak kata Lisa)... Pengalaman first time main bowling ni memang menarik. Yela, memang siap ada 'on-site' lecture lagi dengan Sarah macam mana cara nak hold bola, swing bola, and release bola termasuk la undang2 bowling ni. Yang geram tu, bila kita dah elok2 aim line tu, tetiba je sampai satu tahap bola tu boleh melencong ke tepi. Nasib tak baik memang
slalu buat keje amal 'cuci longkang' la. hehe... Bila dah banyak kali cuba baling, baru la rasa comfortable sket. Dah boleh agak macam mana nak membuat balingan yang boleh menghasilkan strike. Akhirnya percubaan berjaya bila saya berjaya 'strike' 2x. Memang aci redah betul...Not bad huh for beginner like me? hehe...Bak kata our best player Mr. Ali Mukhti "tangan besi" tu, ok la dapat point 100 and above bila 1st time main (i've got 2++) . Kena praktis slalu ni. Mana tau boleh ganti tempat Shalin pulak...hohoho...berangan..berangan... Ape2 pun, thank a lot to the organizer yang telah bertungkus lumus menjayakan tournament ni; tempah lane, beli and balut hadiah. Next time boleh la cari budget lebih sket ye untuk hadiah. Tak best la johan je dapat
hadiah. Naib johan pun nak jugak...To Lisa, Sarah and Ijal..Seronok dapat satu group dengan korang sume. Tak sangka kita pun terer jugak kan... Ala, sebenarnya kita bagi chance je kat group 3 tu jadi johan kali ni. Naib johan pun not so bad la kan, especially untuk budak baru belajar macam saya.... hehe... Memang pengalaman sakit2 badan tu tak dapat dilupakan. Padahal main bowling je. Bukan main netball macam zaman dolu-dolu.. Nampak sangat dah tak fit sekarang ni..huhu...

My Lovely DAY

Last Saturday, ada 'someone' yang sangat bermurah hati belanja gi tengok MUKHSIN. Sebenarnya memang saya sangat nak tengok movie tu, tapi disebabkan terdapat pelbagai kekangan and kesulitan yang timbul (kereta sakit,loan tak masuk lagi etc..), macam nak buat2 lupa jugak nak gi tengok. Tapi dengan adanya insan yang sangat pemurah and sangat memahami ni (tq =) ), dapat la saya duduk dalam panggung tengok MUKHSIN. Nothing much can say, saya pun tak tau nape cite ni termasuk dalam senarai cite yang saya nak tengok sangat. Tapi filem terbaru Yasmin Ahmad ni saya rasa lain sket. Selain dari promo2 iklan kat TV tu, lagu-lagu yang dimuatkan dalam cite ni memang sedap untuk dijadikan halwa telingan saya. hehe... (Sangat kagum dengan the real "Mak Inom', 'Pak Atan' yang nyanyi lagu keroncong and tak ketinggalan Orked Ahmad). Cuma biasa la kalo dah namanya pun cerita Yasmin Ahmad, terkedu jugak saya bila ditontonkan dengan babak2 yang agak kurang sesuai walaupun sesetengah pihak mengatakan itu adalah realiti kehidupan... Erm.. tak tau la nak cakap macam mana. Macam dah jadi trademark rasanya.. Setiap orang ada pendapat sendiri kan. Tapi saya lebih menyenangi jalan cerita and inti pati dalam cerita MUKHSIN compared dengan 'SEPET' and 'GUBRA'. Bagi saya, MUKHSIN berada dalam kelas ceritanya sendiri. Macam tak berapa sesuai dikaitan dengan kedua - dua cerita sebelum ni... Mungkin ramai yang tertunggu-tunggu karya Yasmin Ahmad yang seterusnya sebagai kesinambungan MUKHSIN ni. Ape la kesudahan antara Orked and Mukhsin, ape kaitan pulak dengan chinese boy tu?Ermm...Any idea??

Tuesday, March 13, 2007

Renungan bersama

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'. Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya. Wallahualam..

Monday, March 05, 2007

Test Mata







Apa yang anda dapat lihat dari gambar diatas?

p/s: Segmen saje suka-suka merehatkan mata


Sains Islam@Pusat Sains Negara


Weekend aritu mengisikan masa hujung minggu menjejakkan kaki ke Pusat Sains Negara. Actually nak melawat Pameran Sains Kesenian Islam tu (betul ke nama pameran tu??). Ala, yang dulu berduyun-duyun orang gi KLCC tu. Siap bersesak lagi. Tapi bila dah dipindahkan ke Pusat Sains ni, tak de orang pun. Baru la menarik nak tengok dekat2. Bagus jugak dipindahkan ke Pusat Sains ni. Boleh melawat pameran lain disekitar kawasan tu and it is free. hehe...kalo tak, terbang jugak la RM15. (nak ilmu pun berkira!huhu..tak baik betul) hehe.. bila tengok part perubatan and sistem saliran and kincir angin tu, faham la jugak. But bila dah masuk bab astrologi, bab bulan bintang, balai cerap and seangkatan dengannya tu, I'm lost. Blur tak faham...(Tu la, masa PMR tak faham betul2 sistem solar). Untuk kanak-kanak, memang sesuai sangat la dibawa melawat ke tempat macam ni. Pembelajaran Interaktif. Sambil belajar, boleh bermain and explore. So far ok gak la sepetang kat sana... dari membuangkan masa tido or gi tempat2 yang kurang mendatangkan faedah. At least ada cara lain untuk dapatkan 'fresh air' memecahkan kebuntuan otak asik terperap je kat lab. Yang paling best pastu my pakcik and my makcik blanja makan western . Tak kisah pun kena meredah hujan lebat. Macam tau2 je selera perut time tu...=)




p/s: Next station: Eyes on Malaysia =)

Thursday, February 22, 2007

Birthday 'BOY'


p/s: Hampir2 buat 'orang' tu merajuk, sebab lupa nak wish. Bukan ape, ingatkan nak pecah rekod jadi orang yang terakhir skali wish. Sori ek!!

(Soalan kepada diri sendiri:Macam mana la aku blh blur katak and nyanyuk arini? saje cari penyakit!hihi..)

Pada satu hari di Tanah Merah..

Friday, January 26, 2007

Ada apa dengan cermin?

BAGAIMANA MENGENALPASTI CERMIN 2 ARAH ?
Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah(orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka). Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Saatnyalah kita untuk berhati-hati. Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah? Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing:

LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI)
Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin,dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat). Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah !!! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI". Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin bisa menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL" !!!

PARA WANITA : beritahu teman-teman anda yang lain.
PARA LELAKI : beri tahu isteri, anak perempuan atau teman wanita anda

p/s: Thanks Ati for the info.

Thursday, January 25, 2007

Marini+Aziz




Ya Allah Ya Tuhan Kami
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

“Jadikanlah kedua mempelai ini, Marini dan Aziz
agar sentiasa dalam iman dan taqwa
serta satukanlah hati mereka sebagaimana
Adam dan Hawa,
Seumpama
Yusof dan Zulaikha
Dan seperti Engkau satukan hati
Nabi Muhammad S.A.W dan Siti Khadijah
Jadikanlah Marini dan Aziz
Pasangan yang bahagia dan
Berkekalan buat selama-lamanya
hingga ke akhir hayat
dan kurniakanlah kepada mereka
rezeki yang halal,
zuriat yang soleh dan solehah,
serta berkatilah mereka di dunia dan di akhirat.
Sesungguhnya engkau berhak ke atas sesuatu”.
Amin Ya Rabbal Alamin







p/s: Nampak gayanya, Yen la yang merasmikan album kad undangan perkahwinan saya. Dah sampai seru dia, alhamdulillah. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat. =)

Saturday, January 06, 2007

Cabaran tahun baru

Semalam bersms dengan seorang kawan and baru wish dia happy new year. Dia kata "Eit..orang dah 5 hari sambut new year hang baru nak anto msg!"..hihi...ye ke? Dah 5 hari rupanya. Bukan saya tak sedar, tapi bila mengenagkan masih ada lagi keje yang tertunggak dari tahun2 lepas, membuatkan saya rasa macam nak buat2 lupa je yang tahun baru dah menjengah. Ish..ada pulak macam tu cik riza oooi...Tu maksudnya saya mesti bekerja sangat keras tahun ni. Bukan..Bukan.. bekerja keras untuk setengah tahun ni untuk menyiapkan semuanya yang berkenaan Msc saya ni.huhu...Dah masuk sem 4 rupanya. Tu yang buat hidup saya kelam kabut ni. Asik sakit kepala je. Makan panadol dah 4 biji tak baik2. Tak boleh jadi ni. Mana taknya, tak boleh langsung nak fikir and concentrate dengan keje..bila nak siap. At last sampaikan semalam terpaksa juga gi klinik sebab tak tahan sangat. Then bila dgr Dr Azlifah yang cantik tu kata "It's sounds like migrain'. Huh..dah agak dah. Sebab rasa sakit tu lain macam jek...dapat la 3 jenis ubat yang kena telan. Bila pikir2 balik, ini baru cabaran tahun baru yang saya nampak. Yang tak terjangkau dek fikiran saya ni tak tau ape lagi yang bakal muncul..Semoga saya terus tabah menghadapi dan Allah mempermudahkan segala urusan saya dan jadikan semangat saya kuat and tak mudah mengalah. Semoga DIA sentiasa ada bersama-sama saya.
Hidup ini memang indah, walau bersulam lara dan gundah, kaki mesti terus melangkah, dalam pencarian sebuah arah, andai tersadung atau rebah, bukan bererti mesti mengalah, sekadar pasrah dalam retak menanti belah, biar segunung cabaran melimpah, biar langkah terpaksa dipapah, jangan disebut ungkapan kalah.
p/s: mungkin jugak ke sebab makan banyak sangat daging raya tadi?huhu..Anyway, i wish i have a very happy new year. =)

Tuesday, December 19, 2006

Dua budak comel



Sangat rindu kat budak 2 orang ni.Aisyah dan Sofea yang comel and sangat nakal. Especially Sofea yang suka jual mahal dengan saya. Tapi bila tunjuk aiskrim atau coklat, dia boleh bertukar jadi seperti anak kucing yang suka menempel kat kita. Nak bodek la tu! Ni la aktiviti budak2 dua orang ni time orang lain sibuk bertakbir raya. Curi makan kat belakang.huhu...

Monday, December 18, 2006

I've got it!!


Sanggup gi cari novel ni kat Pustaka Mukmin Jalan TAR sebab semua book store kat Shah Alam takde lagi. Dengar khabarnya dah release 10hb aritu lagi. Tapi bila cari 13hb pun tak de lagi. Erm..macam mana tu? Sape nak jawab?hehe... Nak jugak baca versi cetak padahal dah khatam entah baper kali dah versi online tu. Sape yang blum baca lagi, kalo nak jimat duit tak payah beli, just baca versi online je. Memang original punya cerita takde compress ape2 pun. Kawan-kawan saya sume pelik nape la bersemangat sangat dengan novel ni. Nape yek? Erm rasanya... 1st, saya ni memang novel addicts, ke2 saya suka dengan jalan citenya (pendekatan yang digunakan dalam menjalin persahabat, menghargai persahabatan, ilmu-ilmu agama yang di ketengahkan and of course endingnya berkongsi rasa hati) hehe..dan finally yang ke3 sebab saya ni dari Herritage City of Taiping (cite ni bermula dari Taiping ke Tokyo). Ada ke alasan macam tu cik Riza Oooii!!hihi... Habis semua kawan saya, saya promote novel ni. Tahniah Kak Rnysa(macam la dia kenal saya!tak kisah pun). Akhirnya usaha akak dari zaman sekolah dulu menunjukkan hasil. Teruskan berkarya. Mungkinkan lepas ni giliran 'Cinta Sofea' pulak?
p/s: Cuma wane cover tu je saya kurang berkenan sket. Feminin sangat ;-).

Jalan-jalan, cari makan








Amie tgh kusyuk giler makan..huhu..








Tomyam yang sedap mlm tu..Disamping ikan bakar yang masin dan sotong goreng tepung yang memang 'giler sotong' (tiada dalam gambar) huhu...






Muka-muka gembira dapat makan tepi laut


Terima kasih kepada 2 orang penaja program jalan-jalan cari makan malam tu. Bila lagi nak belanja?;-)

Thursday, December 14, 2006

Perpisahan





Ku mengerti perpisahan ini
Bukan kerana kau membenci
Tapi kasih yang pernah ku beri
Tiada lagi bersama

Sering kala aku terlihatkan mu
Impian nan indah julang bahagia

Ku harungi hari demi hari
Bersama wajah tak mungkin akan kembali
Tapi hati masih tak terima
Ditinggalkan sengsara

Keraguan ini bukanlah padamu
Perasaan hati masih rindu
Kekalutan ini hanyalah untukku
Tercari-cari bayanganmu

Tak sanggup aku kehilangan
Kehilanganmu

Masih tercari-cari
Keraguan ini bukanlah padamu
Masih tercari-cari bayanganmu
Tak sanggup aku kehilanganmu

p/s: Antara lagu Anuar Zain yang sedap selain Keabadian Cinta.

Friday, December 01, 2006

Alkisah CINTA

:: CINTA::

~Sebuah kisah tentang kasih~

Cinta Unggul
Dato Rahim Razali & Fatimah Abu Bakar

"Isteri bukanlah hak milik, tapi ANUGERAH..."
"Kadang-kadang orang yang kita sayang la yang paling susah untuk disayang."
"Sehari bersama orang yang kita sayang lebih baik dari seribu tahun dengan orang yang kita tak sayang."


Cinta Romantis
Eizlan Yusof & Fasha Sandha

"Awak tak payah cakap ape2, saya tau ape jawapan awak.."
"OK"
"Cukuplah kau dengan dia je yang tahu,kenapa nak biarkan satu dunia tahu?"

Cinta Sepenuh Jiwa
Rashidi Ishak & Rita Rudaini

"Kalau dia dah tahu, kau pun dah tahu kenapa perlu berahsia?"
"But the little girl teach me love means letting go"


Cinta Abadi
Nanu Baharuddin & Que Haidar

"Adik jangan takut gelap, kakak ada lilin....."


Cinta Tulus
Piere Andre & Sharifah Amani

"Apa ni?negatif..."
'Kalau kita betul2 nak, mesti ada cara kan?"


"Pencari C.I.N.T.A"=) ~ Meon, Amie, Zimah, Myself, Miey, Yen, Jaja


Baru nak upload!Ape ni? cite dah berkulat. Potong gaji.huhu...Punya la tak sempat nak buat ape2 dengan blog ni. Actually dah lama draft post ni. Tapi tak sempat2 nak di 'send'kan je. Punya la excited dengan cite ni, 2X gi tengok. Jangan terkejut kot ada kali ke3. hehe...Bagi saya, wordings dalam C.I.N.T.A ni yang paling memberi kesan (pengorbanan, kasih sayang, kepercayaan) dikukuhkan lagi dengan lagu-lagu yang selari dengan setiap kisah yang mampu memberikan kelainan. Kisah hidup yang memang terjadi dimana2. Sesape yang tak tengok lagi, better la pegi at least skali. Memang tak nyesal punya and korang takkan terasa dipaksa untuk gelak and menitiskan air mata! Bagi sesiap yang dah tengok, mesti familiar dengan ayat2 kat atas tu.Semoga kita lebih semakin menghargai antara satu sama lain selepas ini.=)

p/s: Cinta bukan sekadar melibatkan dua jasad tapi melibatkan penyatuan dua hati.




Sunday, November 26, 2006

Happy feet becomes happy heart..



Rasanya agak lama jugak tak send ape2 kat blog ni. Memandangkan hari ni terpaksa merajinkan diri gi lab, so boleh la menaip ape yang patut untuk blog kesayangan ni.huhu...Actually tengah buat keje tapi banyak sangat prosedure yang kena tunggu bila run test ni... Ni semua pasal sample saya buat perangai la ni. Huh! Sabar je la. Kalo tak ari jumaat aritu dah habis. Buat labwork aritu sampai pukul 8 lebih alih-alih tak kuar result. Sedey sungguh! So arini kena la datang lab sorang2 buat semula test tu. Dugaan! Disebabkan frust punya pasal, semalam gi jalan2 and gi tengok wayang. Tak de duit sebenarnya, tapi nasib la ada orang tu belanja duit tiket. Best!!hehe...(thanks a lot to 'kwn baik'). Lama sangat tak tgk wayang sebenarnya. Last sekali haritu tgk pirates. Tak ke lama tu.huhu... Disebabkan niat nak tgk wayang tu nak releast tension, tak nak tgk cite yang berat and nak gelak ketawa, so kitaorang pun tgk la cite katun. Ape lagi kalo bukan HAPPY FEET yang berjaya mengalahkan CASINO ROYALE. Seperti yang dijangka, cite katun memang best. Tak de pening kepala nak faham plot cite and yang penting memberi kesan yang mendalam kepada kehidupan. Cite ni banyak mengajar erti sebuah persahabatan, tidak mudah putus asa and yang paling penting cuba jadi diri sendiri tanpa menghiraukan cakap2 orang sekeliling. Memang betul pun. Kalo kita rasa benda yang kita buat tu betul, just proceed. Mendengar tu perlu, tapi jangan sampai menurut je apa cakap orang (remind !!!) Sangat sesuai untuk diaplikasikan dalam kehidupan saya sekarang.
Only you know what are you going to be!

Friday, November 17, 2006

Happy Birthday..

Me with Jaya during postgrad's jamuan raya
Nurjaya,

Age is not particularly interesting subject. Anyone can get old, all you have to do is live long enough, be strong and take a very good care of yourself.

Happy Belated Birthday..151106

Motivation

Monday, October 30, 2006

Selamat Kembali


Hai..Assalamualaikum
Selamat kembali kepada lab and lab work. Selamat menyiapkan keje and start writing for thesis. Ucapan ini ditujukan khas untuk saya sebenarnya.huhu...Ya Allah, tau la macam mana nak start 1st day keje arini. Tapi kena semangat jugak jugak. Bila dah cuti panjang, mula la malas. Sebenarnya dah balik Shah Alam dari ari Sabtu lagi, kononnya takut jam and penat kalo sampai lewat Ahad tu. Tapi sampai awal pun penat jugak. Alasan!!Lebih kurang seminggu cuti and sambut raya kat kampung, nothing special kecuali dapat beraya dengan family and jalan2 gi umah kawan2. Ok la jugak sebab still jugak ada yang menghulur duit raya walaupun tak banyak.hehe...Sempat jugak la buat kek coklat (ermm..sedapnya!) 2 biji sebelum datang sini balik. Diharap korang sume selamat kembali bekerja/belajar. Jangan malas-malas tau.huhu..

p/s: Ape la agaknya nasib Miey dan kereta dia?

Friday, October 13, 2006

WARKAH BUAT IBU...

Assalamualaikum..

Mak.....Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....Dah hampir sepuluh bulan mak pergi, Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....Mak tau tak.....itulah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....dan itu juga terakhir kali nya.Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....nak tinggal kan anak2 mak.....nak tinggal kan dunia fana ni.....mak macam dan sedia.....Seminggu sebelum tu.....mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu.....tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....kakak pun rasa hairan.....mak tak penah buat gitu.....pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam.....kengkadang siaran indonesia...mak terus tekun menganyam...Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....pastu mak jemur karpet-karpet...pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..mak biarkan ruang tu kosong..rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemasmak..ada kat dalam almari.....ada kat dalam dalam beg.....ada dalam ASB.....ada kat dalam Tabung Haji..mak cakap tak berapa cukup lagi....ada kat dalam gulung tikar.....masa tu mak perasan takk..?? kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...kiter kata mak ni memang pesen lama laaa...mak cuma gelak jer...eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..Mak.....Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....bila malam tu kiter sampai dari KL.....mak dah dalam kesakitan.Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....mak tetap tak mau pi hospital.....dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk...Mak kata mak tak mau duduk dalam hospital.....tapi kiter berkeras juga pujukk..nanti di hospital ada doktor...ada ubat untuk mak..kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..Mak tetap tak bersetuju.....mak memang degil...tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.....Mak.....amponkan kami semua...kami nak mak sehat...kami sayang mak...kami tak mau mak sakit...kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....ampon kan kami yer mak....Mak.....Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, kiter kata nak beli kereta....Mak asyik tanya ajer..cukup ker duitt..kiter jawab pula...kalau tak cukup, mak kan banyak duit...mak gelak ajerr.....Lepas tu bila kereta kiter sampai.....mak buat kenduri kesyukuran.....Dan kiter masih ingat lagi...bila kiter eksiden terlanggar keling naik motor.....Punya la kiter takut...kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....Bila balik sahaja kampong....kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...mak tanya kenapa...?Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....Mak....tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...mak, kiter menipu mak kan...ampon kan kiter....Mak.....Jam 4.30 pagi 19/08/1999 Bila tiba aja kat hospital....nurse tengah balut mak dengan kain putih.....mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...mesti mak nampak semua tu kann...kann..kannn Mak tau tak....Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter memandu dalam keadaan separuh sedar...Adik kat sebelah diam melayan perasann...Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...jalan di depan terasa makin kelam.....airmata dah tak mampu di tahan....Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga... disebabkan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..kosong....sekosong hati ini.....Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.....terasa syahdu dan sayu gitu...dinginnnn....Mak.....Kiter masih ingat lagi...Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...Jam 11.00 pagi mak di mandi kan....Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....Mak perasan tak...?Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."Bila makcik tu kata gitu...lagi laaaa laju airmata ni..tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....Mak.....Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....kiter nangis ni.....Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....Takder orang yang bangun lagi.....kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...kiter rindu kat mak..!Takpa la.....nanti bila kita selesai sembanyang subuh, kiter baca yassin untuk mak...mak tunggu ya...!Mak..Sebelum muka mak di tutup buat selamanya....Semua anak2 mak mengelilingi mak...menatap wajah mak buatkali terakhir....Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...Mak rasa tak....masa tu kiter sentuh dahi mak....kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....Kiter tak mampu nak cium mak...kiter tak daya....kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...Airmata kiter tak boleh tahan....Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...badan akak terasa panas...makk...anak mak yang seorang tu demam....Mak tauu...cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan...Mak.....Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...Begitu terasa kehilangan mak...boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam air mata...Dan sampai satu tahap....masa tu malam jumaat selepas maghrib...Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan....entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...semakin kiter tenung terasa semakin sayu...tangisan tak dapat dibendung...Mak tauu...kiter cuba bertahan...memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...Kiter rasa nak telefon mak...nak cakap dengan mak....anak mak yang ni dah tak betul kan..????Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...Puas la kakak memujuk kiter...Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..nanti kalau gini ajer mak yang susah kat sana.."Dan akhirnya akak juga nangis.....Agaknya mak nampak adegan tu...sebab malam jumaat kata orang roh balik rumahh...mengharap sedekah dari anak2 nya...Mak tau tak...di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...rasa nyilu sangat....menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....Mak....cukup la sampai sini dulu....kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan...kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...pastu kawan kiter bgtau...simpan je buat kenangan..Kiter cuma tau alamat ni aje...Takper yer mak...kiter kasi orang lain baca...Kiter stop dulu...sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO MUCH dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..sampai masuk unibesiti..sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...boleh rasa duduk kat negara orang...Sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..
Sekian terima kasih.

Yang Benar,
Anak mak

p/s: Difwdkan dari seorang kawan. Sedih sangat bila baca... Bergenang air mata. Nak pulak nak sambut 1 Syawal ni...Semoga roh 'Mak' dicucuri rahmat. Al-Fatihah

Wednesday, October 11, 2006

Favourite colour and Me


If your personal colour is blue, you are introspective and purposeful by nature. You hold conservative beliefs and under stressful conditions, prefer to withdraw into gentler surroundings. You seem to have a lot of control over your passions and desires, but are sensitive to the needs and feelings of others, nonetheless. You are a loyal friend and would prefer to lead a sober life.

A personal choice of the colour brown implies that you are meticulous when it comes to work, thrifty when it comes to money, and adamant in your beliefs. You are a very reliable and composed person, not impulsive at all. You can rival a seasoned horse trader in your talent for striking the best bargain.

Jenis Darah Refleksi Peribadi

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kita mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kita sendiri? Ermm..Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Tahap mana kesahihannya tak berani la nak cakap 100% tapi mungkin ada kot yang betul kat mana2. Wallahualam..Tapi kalo just sekadar nak tau suke2 tak jadi masalah rasanya...hehe..Ingin berkongsi rahsia mengenainya?=)
DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu.
Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan.
Ermm..buat ape menyesakkan keadaan kan?
Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara.
Tu sebab sesetengah orang tak suke bila kena 'sound direct'!hehe..
Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri.
Ermm..susah jugak ni...Akan cuba mendapatkan pandangan orang lain jugak lepas ni.
Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Kreatif??ye ke??hehe...
Kamu adalah individu yang bijak bersosial.
Sosial yang macam mana tu? ;-)
Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri.
Bukan tak nak mintak tolong, takut menyusahkan je...hihi..
Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

Thursday, September 28, 2006

Salam Ramadhan

~Ct Kelly~
Wahai tetamu Ramadhan...
untukmu rahmat & maghfirah...
Airmata taubat
dendangan tadarus
selimut tarawih
bantal tahajud
Moga mewarisi Jannah!
Selamat berpuasa.
~Mak Ndak~
Happy Ramadhan
May this fasting Month brings joy & Nur
into your life and
receive Allah's forgiveness.
Selamat Berpuasa..
'Kawan Baik~
Sentiasalah setting niat
Upgrade iman,
Download sabar,
Upload usaha,
Delete dosa,
Update doa & topup ilmu,
supaya dapatlah
Redeem pahala banyak2!
Selamat Berpuasa.
~Pak Long~
Jauh mana..
Jarak kita..
Lama mana..
Pun tak jumpa..
Kita TETAP..
Pandang anak bulan yang sama.
Selamat Menyambut Ramadhan.
~Umi~
Tiada hari seindah Jumaat,
tiada kata seindah zikir,
tiada ibadah seindah solat,
tiada bulan seindah Ramadhan Al-Mubarak.
Selamat Berpuasa.
~Nat~
Kerana ilmu kita bertemu
Kerana Perkenalan ukhwah terjalin,
kerana cita2 perpisahan terjadi dan
kerana persahabatan
InsyaAllah akan
berkekalan & diredhai.
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

p/s: Ni la antara ucapan2 yang diterima and masih dalam simpanan. Thanks diatas ingatan. Selamat berpuasa and menghadapi dugaan di bulan yang penuh Barakah ini. =)

Wednesday, September 27, 2006

Penawar Hati

Sedikit penjelasan bagi setiap dugaan dan ujian dari Allah swt (tidak semestinya setiap sesuatu ujian itu merupakan balasan dari segala dosa kita)

1. KENAPA AKU DIUJI ?
" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman," sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. " -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

2. KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKUIDAM-IDAMKAN ?
" ..... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. "
-Surah Al-Baqarah ayat 216

3. KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?
" Allah tidak membebani seseorang melainkansesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286

4. RASA KECEWA ??
" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. " -Surah Al-Imran ayat 139

5. BAGAIMANA HARUS AKUMENGHADAPINYA ?
" Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (diperbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. " -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu', " -Surah Al-Baqarah ayat 45

6. APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ??
" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka ..... " -Surah At-Taubah ayat 111

7. KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?
" ..... Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. Dia adalah Tuhanyang memiliki 'Arsy yang agung. " -Surah At-Taubah ayat 129

8. AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!!!!!!
" ..... dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. " -Surah Yusof ayat 87

p/s: Dapat dari Bulletin board Suhana. At least terubat skit rasa hati ni bila baca. Frust, sedih...macam2 bercampur. Bukan sikit dugaan dalam proses menghabiskan project master ni rupanya. Semoga dapat positifkan diri and tabahkan hati bagi meneruskan perjuangan yang belum selesai. Semoga Allah mendengar rayuan hambaNya yang lemah ini. Amin..

Friday, September 22, 2006

Welcome Ramadhan

Do'a Malaikat jibril Menjelang Ramadhan
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami istri;
* Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.
Dapat kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Friday, September 15, 2006

2nd task done!

1. the last movie you watched?
Lanun-lanun Pulau Carribien wif my housemate
2. the last tv show you watched?
Explorace – Best sebab abang2 comel tu menang 1st round
3. the last song you heard?
Bintang Hati by Amy Mastura
4. the last thing you bought?
Tali handphone gmbr Pooh kat Giant
5.the last place you went to?
Restoran Hakim Sek 7 (makan Cheese nan)
6. the last food you ate?
Wafer coklat cik yen and suhaiza bawak
7. the last thing you heard from your parents?
Abah tanya bila lagi nak balik.
8. the last thing you said to your parents?
Tak tau lagi. Kena apply cuti dulu..
9. the last thing you said to one of your friends?
Cik yen dah dapat keta baru ke? (cakap kat ami and zimah)
10. the last book you read?
Kalo novel aci tak? ;-)
Who was:
1. the last person you called?
`Kawan baik’.
2. the last person who called you?
`kawan baik’ jugak
3. the last person you texted
Peah kot
4. the last person who texted you?
Peah jugak rasanya..
5. the last person who said good night last nyt?
`kawan baik’
6. the last person who said i love you?`
kawan baik’ (banyaknya kawan baik!!!)
7. the last person you gave a testimonial?
Arul
8. the last person who sent you a msg in friendster?
Naim
9. the last person you hugged?
Shasha
10. the last person you saw on tv?
Tak ingat arr..banyak sangat
Do You?
1 Do you believe that love is forever?
Yes, I do.
2 Do you get hurt by people easily?
Rasanya tak
3 Do you believe that all people are generally good at heart?
Tak mungkin
4 Can you be anyone you want to be?
I want to be myself. =)
5 Do mean people make you sad?
Haah..
6 Does ice cream make you happy?
Sometimes..suka coklat lagi
7.Do you sing in the shower?
Bila dah rasa boring, nyanyi la..
8 When it rains, do you like to splash in the puddles?
Ermm..
9 If you see a cute guy/girl walk down the street, do you smile and tell him/her that he/she is cute?
Tak de arr sampai macam tu skali, cakap dalam hati je!
10 Do you notice when people have beautiful eyes?
kadang-kadang
11 Have you ever cried at a movie?
Yes
12. Is it cute when old people are holding hands?
Mesti la…Romantik habis!!
13 Are you a happy person?
Sometimes yes, sometimes no (ape ni?)
14 Do you tend not to worry even when you know something bad is about to happen?
Memang sifat semulajadi..tahap risau yang melampau
15 Is it okay to cut off barbie's hair?
ok je.diaorang kecik lagi bukan tau nak bergaya pun!!keke..
16 Have you ever laughed so hard that your stomach hurt?
Bila dah lama tak gelak and ada lawak yang tahap agung punya.
18 Are you slightly lazy?
Ada la jugak.huhu..
19 Do you like to drive with the windows down?
Yes..usually pagi-pagi
20 Are you in love?
Of course! =)
p/s: Yanie, bila nak blanja?;-)

Tuesday, September 12, 2006

Sekadar renungan


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa
dengan orang yang salah sebelum
menemui insan yang betul supaya apabila kita
akhirnya menemui insan yang betul,
kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan
nikmat pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup,

yang lain akan terbuka tapi
lazimnya kita akan memandang pintu yangtelah tertutup itu terlalu lama
hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun
dibukakan untuk kita...

p/s: Thanks to Naim (bagi gambar sunset kat Pangkor tu) and Arul (pinjam wordings dari FS dia) =)

Monday, September 11, 2006

Tengok Rugbi???!!!

"Tengok rugbi??!!!" itu la reaksi saya masa Miey pelawa gi tengok rugbi kat PJ.(Kejohanan Ragbi HSBC-COBRA 10 Sebelah) Biar betul!! Seumur hidup saya tak penah langsung saya berusaha nak tengok rugbi hatta dalam TV sekalipun. Tapi bila Miey kata dia dapat pass khas dari Kak Murni, dia ajak saya pegi sebab dapat pass masuk lebih. Saya pun macam konfius mulanya nak pegi ke tak. Ye la kan, boleh paham ke game tu nanti, tapi bila pikir2 tak rugi pun kalo gi tengok. Dah ada peluang macam ni better grab je sebab pass yang Kak Murni dapat ni pass khas yang mana kitaorang boleh tengok pemain2 ni dari dekat.(padahal sorang pun saya tak kenal!!)..Hehe...Walaupun tak pegi ketiga-tiga hari, tapi pengalaman tengok rugbi ni takkan saya lupakan yang mana saya berusaha jugak nak faham, ada 'on site' lecture pasal rugbi and semangat meredah hujan". huhu...nanti2 kalo ada lagi boleh la ajak lagi ek..

Thanks to:
Kak Murni and Cousin (for the pass)
Miey (tumpangkan keta & invitation)
Aja, Kak Zety, Adik Kak Murni (lupa nama dia) and couple yang muka seiras tu. =) ~Nice knowing u~

Thursday, September 07, 2006

Erti Hidup


PERSAHABATAN
Bemula dengan secebis senyuman
Berputik dengan sebuah persahabatan
disulami dengan pergaduhan
berbunga dengan sekelumit cinta

PERCINTAAN
Pada mulanya tidak di duga
pada hakikatnya melahirkan perasaan
Kasih dan sayang
Namun kita merancang
Tuhan menentukan
Lalu terciptanya perpisahan

PERPISAHAN
Mengajar erti keiklasan
Mengajar erti prinsip diri
Mengajar erti menghargai
Mengajar erti kelemahan diri

PERSAHABATAN @ PERCINTAAN
Persahabatan lebih bermakna
untuk dikenangkan
Lebih berkekalanUntuk selamanya...



Treat every realationship as if it's the last o­ne, then you'll know how to give...

Treat every moment as is if it's the last day, they you'll know how to treasure...

Sumber: Raudhah.com

p/s: Gambar kat atas tu memang macam tak de kaitan, saje je nak syer keajaiban ciptaan Tuhan. Unik kan??

Wednesday, September 06, 2006

Cantikkah kita?

Dimanakah cantiknya Wanita?
Mungkin pada sepasang matanya yang hening, yang selalu menjeling tajam, atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.
Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali sekala memberikan kucupan mesra di dahi ibu juga ayah, suami dan pipi monggel anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suaranya yang manja yang boleh melembut sekaligus menghangatkan perasaan.
Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan wanita. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan masih tidak cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan wanita.
Kitalah wanita itu. Panjatkan kesyukuran ke hadrat Tuhan kerana menjadikan kita wanita dan memberikan kita keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap dihadapan cermin saban waktu, tiba masanya ia akan pergi....Wajah akan suram, mata akan kelam.
Satu saja yang tidak akan dimakan usia-sifat kewanitaan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.
Itulah kecantikan yang sebenarnya. =) ~koleksi Peribadi~

"Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui"

~Mastika, Mac 03~

Tuesday, September 05, 2006

Facts..


As request by someone
In this life,
Allah does not gives you the people you want,
Instead He gives you the people you need,
To teach you,
To hurt you,
To love you,
And..
To make you exactly
the way you should be...(^_^)

Monday, September 04, 2006

Birthday + Tree ??!!

May 15 to May 24 - Chestnut Tree
Chestnut Tree (Honesty) -- of unusual stature, impressive,well-developed sense of justice, fun to be around, a planner, born diplomat, can be irritated easily, sensitive of others feelings, hard worker, sometimes acts superior, feels not understood at times, fiercely family oriented, very loyal in love, physically fit.