Thursday, March 22, 2007

My Lovely DAY

Last Saturday, ada 'someone' yang sangat bermurah hati belanja gi tengok MUKHSIN. Sebenarnya memang saya sangat nak tengok movie tu, tapi disebabkan terdapat pelbagai kekangan and kesulitan yang timbul (kereta sakit,loan tak masuk lagi etc..), macam nak buat2 lupa jugak nak gi tengok. Tapi dengan adanya insan yang sangat pemurah and sangat memahami ni (tq =) ), dapat la saya duduk dalam panggung tengok MUKHSIN. Nothing much can say, saya pun tak tau nape cite ni termasuk dalam senarai cite yang saya nak tengok sangat. Tapi filem terbaru Yasmin Ahmad ni saya rasa lain sket. Selain dari promo2 iklan kat TV tu, lagu-lagu yang dimuatkan dalam cite ni memang sedap untuk dijadikan halwa telingan saya. hehe... (Sangat kagum dengan the real "Mak Inom', 'Pak Atan' yang nyanyi lagu keroncong and tak ketinggalan Orked Ahmad). Cuma biasa la kalo dah namanya pun cerita Yasmin Ahmad, terkedu jugak saya bila ditontonkan dengan babak2 yang agak kurang sesuai walaupun sesetengah pihak mengatakan itu adalah realiti kehidupan... Erm.. tak tau la nak cakap macam mana. Macam dah jadi trademark rasanya.. Setiap orang ada pendapat sendiri kan. Tapi saya lebih menyenangi jalan cerita and inti pati dalam cerita MUKHSIN compared dengan 'SEPET' and 'GUBRA'. Bagi saya, MUKHSIN berada dalam kelas ceritanya sendiri. Macam tak berapa sesuai dikaitan dengan kedua - dua cerita sebelum ni... Mungkin ramai yang tertunggu-tunggu karya Yasmin Ahmad yang seterusnya sebagai kesinambungan MUKHSIN ni. Ape la kesudahan antara Orked and Mukhsin, ape kaitan pulak dengan chinese boy tu?Ermm...Any idea??

No comments: