Thursday, May 17, 2007

I'm getting older

Syukur Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk hidup di muka bumiNya selama 23 tahun dan semalam masih dipanjangkan umur untuk merasai kehidupan baru dalam umur 24 tahun. Sungguh terasa aura kehidupan sebenar dan tanggungjawab yang perlu digalas selepas ini. Bila ditanya apa hajat masa tiup lilin, membuatkan saya terfikir apa yang saya nak dalam kehidupan serta dalam masa setahun akan datang? Banyak! Sungguh banyak sebenarnya!! Tapi tak tau nak sebutkan macam mana dan sebahagiaannya rasa macam malu nak citer!hehe... Biarla dulu, slow-slow. Just apa yang saya harapkan secara amnya dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan kehidupan dan kuat menempuh dugaan dimasa akan datang. Tapi hajat jangka pendek semoga saya dilancarkan urusan presentation saya masa di Johannesburg next week. Doakan saya selamat pergi dan balik ye.. Kepada semua kawan-kawan dah family members dan partial family (hehe..), terima kasih diatas ingatan anda semua dan segala hadiah , party dan doa2 kalian (termasuk la soalan cepumas yang wajib tu!). Hanya Allah sahaja dapat membalasnya. Semoga kita terus diberi keberkatan dan rahmat

Thanks to:
My beloved Abah - wish 2 hari awal pastu on that day pun wish lagi dan doa2 abah. Tq so much sebab memahami dan selalu menjadi 'penyelamat' ketika tengah 'kering'. Love you. Semoga Abah terus sihat dan gembira.
My Prince - Thanks a lot sebab memahami diri, supportive dan sentiasa ada mendengar apa yang saya nak cakap..thanks for the present and dinner. Semoga awak terus sukses dan dipermudahkan urusan.
My family - acik, mimi (hntr 2 msg lagi), awin, dila (my future baby sitter), anis&ekai (siap nyanyi lagu birthday lagi kat voice mail), maksu&paksu (selamat hari guru jugak for both of them). Semoga dirahmati Allah selalu.
Umi & Nurul - Yang datang jauh dari Putrajaya buat suprise party. Gila ter'suprise'! Thanks a lot buddy. May our friendship last forever
Lab members - Dr TLK (buatkan cheese cake..nyum..nyum), Pn Jun (masak nasi goreng), ainul (sponsor air), Wani (bawak sandwich and keropok), Wee Leng (Cikgu yang ....) Lisa, Fazleen, Izuddin, Isyam, Kak Siti. Thank a lot.
Friends - Shasha, Amie, Meon, Kak Ann, Cik Yen, Miey, Jaja, Cikgu Yati, Suhana, Ct. Kelly, Nat, Bixb, Mai, Syuded, Azman, Fahrul, Amin, bak kata semua la yang tak dapat disebut dalam ni...Terima kasih diatas ingatan korang.
p/s: Selamat hari guru kepada cikgu2 di sksm, skak dan smktt. Jasa2 cikgu takkan dapat saya lupakan dan hanya Allah sahaja dapat membalasnya.

2 comments:

Umikalsum said...

pasni dah xdengar poliponik dah. hehe.

kiki said...

happy belated besday