Wednesday, January 04, 2012

Apabila tayar tinggal dua


Sejak dari zaman belajar hubby dah mula tunggang motosikal
Tapi bila start keje dan ekonomi agak kukuh sikit
Tahun 2008 hubby tukar moto baru, cat pun kaler baru-Putih idaman hati
Dalam 2 tahun pakai moto tu
Hubby accident seminggu selepas kami kawen-16 Feb 2009
Tapi moto tu masih dikekalkan sehingga hubby eksiden buat kali ke dua
Masa tu saya sedang mengandungkan Aryan sekitar 5-6 bulan
Baru hubby tukar moto lain pada 2010
Memandangkan keadaan moto lama dah agak kritikal setelah 2x eksiden
Tapi tak lama pun pakai moto baru tu
Hubby eksiden lagi
Kali ni eksiden agak teruk sampai dimasukkan ke dewan bedah kerana luka agak dalam
Darah banyak sangat keluardari tisu bahu yang agak 'terburai' disebelah tangan kanan
Pasrah dengan keputusan (Mahkamah Tinggi dan Pegawai JPJ- Parent-in-law & adik beradik sebelah hubby)
Moto tu dijual lagi buat kesekian kalinya
Makan bermulalah episod beroda 4 ke tempat kerja
Setahun tanpa moto
Tahun ni alhamdulillah hubby di beri keizinan untuk beroda dua kembali
Kalo ditanya pendapat saya
Memang jauh di sudut hati saya
Saya risau dan takut peristiwa 'berumah' di hospital berlaku lagi
Detik-detik berjuang antara hidup dan mati
Sampai satu tahap saya pun tak tau macam mana nak beriaksi bila terima berita sebegitu
Tapi ape-ape pun saya takkan putus berdoa
Semoga hubby diberikan keselamatan pergi dan pulang
Sebab saya tau niat hubby ikhlas untuk mendapatkan rezeki untuk kami sekeluarga
I love you Abang.. Aryan and adik love Abah

No comments: