Thursday, March 27, 2008

Dari sebuah buku


"Aku berlindung pada Tuhan Yang Menguasai Matahari. Moga-moga kesakitan ini pergi, pohonku dalam hati. Aku membaca surah tiga Qul; Surah An-Nas, Al-Falaq dan Al-Ikhlas lalu dituipkan pada telapak tangan kanan. Kemudian aku mengusap pada bahagian kepala yang sakit tadi beberapa kali. Cuba amalkan ajaran Rasulullah..." ~Rnysa~



Syukur alhamdullillah. Malas nak ambil Ponstan 500 mg dan Cinnanzine 25 mg, saya cuba amalkan ilmu yang saya dapat semasa membaca RADHA. Sakit kepala dan rasa sengal dibahu juga leher hilang selepas 'menderita' migrain beberapa hari yang lepas. Siapa kata baca novel tu tak memberi manfaat dan membuang masa? Yang penting kita mesti pandai memilih dan menilai. Ilmu pengetahuan ada dimana-mana dan ia perlu dicari bukan dinanti.



p/s:

Tak sabar menunggu Pesta Buku di PWTC pada 4-13 April 2008.



My Mister: Awak stress sangat ni. Sebab tu sakit kepala tu melarat sampai sakit-sakit leher dan bahu. Cuba rest..
Saya: Ok. (apa yang saya stress sangat ni??? saya bertanya dalam hati)

Tuesday, March 18, 2008

("^___^)


Sangat gembira
sampai saya tak tau nak bagi tajuk apa
untuk entry kali ni
akhirnya sahabat baik saya yang sorang ni
berjaya mencapai kata sepakat
menentukan tarikh bahagia untuk dirinya
semoga segala yang di rancang berjalan dengan lancar
memang betul kata sesetengah orang
kalo nak buat perkara baik tu
pelbagai macam dugaan datang dari segenap penjuru
hanya yang tabah je akan merasa kemanisan diakhirnya
Alhamdulillah
tahniah ye cik umi dan en. ultraman
tak sabar nak tunggu majlis pertunangan pada bulan 6
dan walimah pada bulan 12
nampaknya kena bajet betul-betul untuk beli hadiah
memandangkan ramai je kawan-kawan yang
membuat keputusan untuk mengakhiri zaman bujang tahun ni
Giliran saya??? Ermmm... no komen.

p/s: Umi, boleh lagi ke kita nak pi marathon kat cineleisure lepas bulan 6 ni?

Kabinet Baru 2008



Paklah tersenyum gembira mengumumkan senarai menteri dan timbalan menteri baru. Berbeza benar wajah Pak Lah semasa menerima keputusan pilihanraya yang lepas. Jangan terlalu ceria pada hari ini, takut mendung menanti di hari depan. Selamat menjalankan tanggungjawab dengan bersih, cekap dan amanah. Kurangkan korupsi, tingkatkan prestasi. Harapan saya semoga kegagalan yang lepas dijadikan pengajaran yang berguna. Ketepikan kepentingan diri sendiri tetapi lebihkan sumbangan kepada kesejahteraan dan kebajikan rakyat. Gambar dan berita diperolehi dari Berita Harian Online.

Gambar dari Utusan Malaysia

Senarai Penuh Kabinet

Perdana Menteri : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi


Timbalan Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Razak



JABATAN PERDANA MENTERI


Menteri : Tan Sri Bernard Dompok


Menteri : Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz


Menteri : Datuk Ahmad Zahid Hamidi


Menteri : Datuk Zaid Ibrahim (senator)


Menteri : Datuk Amirsham A Aziz (senator)


Timbalan : Datuk Johari Baharum


Timbalan : Datuk Dr Mashitah Ibrahim (senator)


Timbalan : S K Devamany


Timbalan : Datuk Hasan Malek




KEMENTERIAN DALAM NEGERI


Menteri : Datuk Seri Syed Hamid Albar


Timbalan : Datuk Chor Chee Heung


Timbalan : Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (senator)




KEMENTERIAN KEWANGAN


Menteri : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi


Menteri II : Tan Sri Nor Mohamed Yakcop


Timbalan : Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah


Timbalan : Datuk Kong Cho Ha



KEMENTERIAN PENGANGKUTAN


Menteri : Datuk Ong Tee Keat


Timbalan : Datuk Anifah Aman


KEMENTERIAN KERJA RAYA


Menteri : Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed


Timbalan : Datuk Yong Khoon Seng



KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI


Menteri : Datuk Peter Chin Fah Kui


Timbalan : A Kohilan Pillay (senator)

KEMENTERIAN TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI


Menteri : Datuk Shaziman Abu Mansor


Timbalan : Datuk Joseph Salang Gandum


KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI


Menteri : Tan Sri Muhyiddin Yassin


Timbalan : Datuk Liew Vui Keong


Timbalan : Datuk Jacob Dungau Sagan


KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI


Menteri : Datuk Mustapa Mohamed


Timbalan : Datuk Rohani Abdul Karim


KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA


Menteri : Datuk Shahrir Abdul Samad


Timbalan : Jelaing anak Mersat


KEMENTERIAN PELAJARAN


Menteri : Datuk Hishammuddin Hussein


Timbalan : Datuk Dr Wee Ka Siong


Timbalan : Datuk Razali Ismail



KEMENTERIAN PENERANGAN


Menteri : Datuk Ahmad Shabery Cheek


Timbalan : Datuk Tan Lian Hoe


KEMENTERIAN PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN


Menteri : Datuk Mohd Shafie Apdal


Timbalan : Teng Boon Soon

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA


Menteri : Datuk Dr S Subramaniam


Timbalan : Datuk Noraini Ahmad



KEMENTERIAN SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI


Menteri : Datuk Dr Maximus Ongkili


Timbalan : Fadillah Yusof



KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN


Menteri : Datuk Ong Ka Chuan


Timbalan : Datuk Robert Lau Hoi Chew


Timbalan : Datuk Hamzah Zainudin



KEMENTERIAN PERTAHANAN


Menteri : Datuk Seri Najib Razak


Timbalan : Datuk Wira Abu Seman Yusop


KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH


Menteri : Tan Sri Muhammad Muhd Taib


Timbalan : Tan Sri Joseph Kurup


Timbalan : Joseph Entulu Belaun


KEMENTERIAN LUAR NEGERI


Menteri : Datuk Seri Dr Rais Yatim


Timbalan : Datuk Seri Tengku Azlan Abu Bakar


KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN


Menteri : Datuk Ismail Sabri Yaakob


Timbalan : Wee Jeck Seng



KEMENTERIAN KESIHATAN


Menteri : Datuk Liow Tiong Lai


Timbalan : Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad


KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI


Menteri : Datuk Noh Omar


Timbalan : Datuk Saifuddin Abdullah


KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA,KELUARGA DAN MASYARAKAT


Menteri : Datuk Dr Ng Yen Yen


Timbalan : Noriah Kasnon

KEMENTERIAN PELANCONGAN


Menteri : Datuk Seri Azalina Othman Said


Timbalan : Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib



KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN


Menteri : Datuk Zulhasnan Rafique


Timbalan : Datuk M Saravanan

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI


Menteri : Datuk Seri Khaled Nordin Timbalan


Menteri : Datuk Dr Hou Kok Chung


Timbalan : Datuk Idris Haron


KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR


Menteri : Datuk Douglas Uggah Embas


Timbalan : Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh

Monday, March 17, 2008

Mr. and Mrs Kapten

Hujung minggu lepas saya bertemankan Kak N yang baik hati balik Taiping. Yey..bestnya dapat balik rumah. Last balik pun CNY yang lepas dan kebetulan nak menghadiri walimah schoolmate iaitu Shahrul Azuan dan pasangannya Diyana. Sebenarnya bekas kapten rumah Omega (SMKTT) ni dah lama bernikah (Deepavali) dan baru minggu lepas berkesempatan untuk buat majlis. So, layan je gambar-gambar di sekitar majlis yang bertemakan gabungan warna putih keemasan ni ye...



Pasangan pengantin bersama 'Pengapit-pengapit' lelaki




Pelamin dan kamar yang dihias indah. Saya suka konsepnya. Simple but nice


Kita posing dulu sambil menunggu giliran untuk bergambar bersama pengantin


Sebahagian ex-SMKTTian bersama pasangan mempelai

Pose istimewa dari pasangan raja sehari

Ni je gambar yang sempat ditangkap sepanjang 2 jam di majlis kenduri. Disamping sibuk dengan melayan 'tuntutan' perut, hujan pulak turun mencurah-curah. Taiping dan hujan tak dapat dipisahkan. Ape-ape pun untuk gambar yang lebih menarik, kita tunggu klon 'anuar zain' kat sebelah tu update blog dia. Beria tangkap gambar potong kek, jalan bawah pedang segala bagai sampai tercicir glasses. Nasib ada sorang pakcik yang baik hati tu jumpa dan pulangkan. Nasib hang la shafared. Kalo tak, melayang duit gaji bulan depan. Sambil tunggu hujan reda, kami menikmati cendol yang disediakan oleh pihak tuan umah. Hujan bukan alasan. hehehe... Dapat panggilan dari abah untuk temankan dia hantar adik saya ke Sintok petang tu juga. Adus... punah harapan nak gi makan laksa di kaki Bukit Larut. Tak dapat nak bawak Kak N ronda-ronda Taiping. Cuti atas jalan jela nampaknya minggu lepas. Sampai lenguh-lenguh bahu memandu dari KL-Taiping-Sintok-Taiping. Semalam mendera Shafared bawak keta balik KL. Nasib badan la...

p/s:

Thanks a lot to Kak N yang sudi temankan saya balik tempohari. Power Rangers kan kat Pangkor. Dia tak baper galakkan saya drive balik sorang-sorang. Thanks ye Kak N. Jasamu ku kenang.

Tahniah juga untuk Arul yang bakal menjadi bapa pada bulan 8 ni. IsyaAllah.

Thursday, March 13, 2008

Power Rangers Hijau


Bermula esok sampai la 2 minggu lagi
baru dapat jumpa 'Power rangers hijau'
lamanya ... nak tunggu My Mister balik
Nak buat macam mana
Kursus induksi memang wajib
untuk semua kakitangan baru kerajaan
kalau tak susah pulak dalam
urusan kenaikan pangkat dan sebagainya
Ermm... takpe la
Untuk kesenangan di masa hadapan jugak
Macam-macam jugak la persediaan yang dibuat minggu lepas
Beli beg besar
(nak duduk 2 minggu kan. tapi rasanya takde la besar sangat kalo nak dibandingkan bila perempuan packing barang nak gi outstation 2 minggu)
Beli panadol, minyak gamat, plaster, tisu,
dan yang paling penting 'Sun-block'
duduk 2 minggu kat pulau tu
tepi laut lagi
mau terbakar punya
So, ape saya nak buat selama 2 minggu ni ek?
Kena cari aktiviti lain di hujung minggu la nampak gayanya
Minggu ni balik kampung dulu
nak meriahkan kenduri kawin Arul & Diyana
Minggu depan???
Akan difikir kemudian... (^_")

Wednesday, March 12, 2008

Misi menyelamat rescue 911

Semalam

selepas 2 jam berhadapan dengan pelbagai dugaan

misi berjaya

punya lah penat

ala, bukan misi apa sangat pun sebenarnya

tapi amat penting bagi saya dan housemate

yang memang penggeli binatang ni.


Nak jadi cerita

masa Kak N sibuk2 nak jemur kain yang di basuh

di ruang penyidai kain di belakang umah

Kak N tetiba menjerit

"Riza, ada anak kucing!!!"

Ha??? anak kucing???

patutla ahad lepas masa saya nak jemur baju

ada sekor kucing tengah bersantai je di ruang belakang tu

tapi sebab saya ni kurang sket sikap penyayang dengan kucing

saya terus lari masuk umah bila kucing tu mengiau

terus tutup pintu geli punya pasal

mungkin kucing tu mengiau

sebab nak bagitau dia dah selamat beranak kot

alahai kucing..

sian kat ko sebab bagitau salah orang

mana la saya paham..hihihi


Dengan jasa baik Cik 'W' dan Pn 'J'

rakan-rakan lab yang baik hati

dan sangat penyayang dengan kucing

dengan rela hati tolong saya pindahkan kucing-kucing ni

Sian Pn 'J' kena cakar dengan kucing
siap tertukar mak kucing

(mak kucing tu lari sebelum sempat dimasukkan dalam keta pastu Cik 'W' jumpa kucing yang sama warna dengan mak kucing tu, trus tangkap dan masuk dalam keta. Tapi bila sampai umah cik'W' mak kucing tu taknak kat anak-anak kucing tu. mana la mak kucing tu nak kan, bukan anak dia pun. Mak palsu!)


Disebabkan kesian kat anak-anak kucing tu

kami pun buat keputusan nak hantar balik anak2 kucing tu

dan mak kucing palsu tu balik

mesti mak kucing sebenar tu tengah 'meroyan' cari anak-anak dia yang hilang

bila sampai je kat umah saya

belum sempat naik ke rumah lagi

mak kucing sebenar tu dah menunjukkan muka

bila kami dekatkan anak-anak kucing tu kat mak kucing tu

mak kucing tu mahu je duduk kat anak-anak dia

takde la garang macam mak kucing palsu tadi

SAH! memang mak betul.


Skali lagi kami ke umah Cik 'W'

menghantar rombongan keluarga kucing

kali ni dengan kehadiran ibu yang sebenar

Alhamdulillah

saya bersyukur sangat kucing tu diberikan

kepada orang yang penyayang macam cik 'W' dan famili

Semoga anak-anak kucing tu

dapat membesar dengan sihat dan aktif.

(macam pesanan penaja apa je. hehehe...)

p/s: Thank you so much to Pn 'J' dan Cik 'W' dari saya dan housemate.