Saturday, January 06, 2007

Cabaran tahun baru

Semalam bersms dengan seorang kawan and baru wish dia happy new year. Dia kata "Eit..orang dah 5 hari sambut new year hang baru nak anto msg!"..hihi...ye ke? Dah 5 hari rupanya. Bukan saya tak sedar, tapi bila mengenagkan masih ada lagi keje yang tertunggak dari tahun2 lepas, membuatkan saya rasa macam nak buat2 lupa je yang tahun baru dah menjengah. Ish..ada pulak macam tu cik riza oooi...Tu maksudnya saya mesti bekerja sangat keras tahun ni. Bukan..Bukan.. bekerja keras untuk setengah tahun ni untuk menyiapkan semuanya yang berkenaan Msc saya ni.huhu...Dah masuk sem 4 rupanya. Tu yang buat hidup saya kelam kabut ni. Asik sakit kepala je. Makan panadol dah 4 biji tak baik2. Tak boleh jadi ni. Mana taknya, tak boleh langsung nak fikir and concentrate dengan keje..bila nak siap. At last sampaikan semalam terpaksa juga gi klinik sebab tak tahan sangat. Then bila dgr Dr Azlifah yang cantik tu kata "It's sounds like migrain'. Huh..dah agak dah. Sebab rasa sakit tu lain macam jek...dapat la 3 jenis ubat yang kena telan. Bila pikir2 balik, ini baru cabaran tahun baru yang saya nampak. Yang tak terjangkau dek fikiran saya ni tak tau ape lagi yang bakal muncul..Semoga saya terus tabah menghadapi dan Allah mempermudahkan segala urusan saya dan jadikan semangat saya kuat and tak mudah mengalah. Semoga DIA sentiasa ada bersama-sama saya.
Hidup ini memang indah, walau bersulam lara dan gundah, kaki mesti terus melangkah, dalam pencarian sebuah arah, andai tersadung atau rebah, bukan bererti mesti mengalah, sekadar pasrah dalam retak menanti belah, biar segunung cabaran melimpah, biar langkah terpaksa dipapah, jangan disebut ungkapan kalah.
p/s: mungkin jugak ke sebab makan banyak sangat daging raya tadi?huhu..Anyway, i wish i have a very happy new year. =)

2 comments:

juragan said...

like your quote. very nice

Agung said...

Selamat malam,

Alamat klinik untuk berobat dimana?
Terima kasih atas informasinya.