Friday, December 30, 2011

Jualan Gudang

Tak tau nak update ape
Tapi terpikir nak kongsi cerita dan gambar-gambar hasil borongan
Sepanjang tahun 2011 ni

JUALAN GUDANG PUREEN

Yang ni semasa tengah tahun sekitar bulan Jun dan Julai
Kira barang top-up selepas Aryan berumur 6 bulan
Dan sempat rembat beberapa helai baju sebab dah takde baju yang menarik disebabkan kami pegi hari Ahad
Selalunya kalo Sabtu banyak pilihan lagi
Kos: RM 200


Yang ni semasa 3 DEC 2011
Kiranya pegi sebab nak cari baju memandangkan baju Aryan yang sebelum ni sendat sangat
Pakai je mcm terjungkit dan nampak perut buncit
Panjang seluar pun dah takat atas lutut
Sooo tak comel
15 pasang baju basahan untuk ke rumah pengasuh dan baju tido yang harganya kebanyakkan RM 6-RM 12 sepasang
Mana nak dapat kan harga murah macam ni
Kat luar harga double tau
Kos: RM 150




Yang ni semasa tengah tahun sekitar bulan Jun dan Julai
Ni barang untuk little princess my sister yang masa tu tengah pregnant 6 bulan rasanya
Time ni tak tau lagi jantina anak dia, so sebab tu beli baju plain macam tu
Kalo tau memang perempuan, memang lagi banyak saya rembat sebab baju untu gegirl sangattttttttttttttttttt banyak dan semua come-comel belaka pulak tu
Tak tahannnn...
Bab toiletries memang murah dan berbaloi
Dan yang paling saya suke semestinya bottles liquid cleanser (RM 16/bottle, Rm12/refill pack) dan sabun basuh baju baby (tak ingat harga dia). Sabun ni wangi sangat dan bayangkan sepanjang Aryan dah umur setahun ni saya baru pakai 3 botol sabun basuh baju tu.
Kos: RM 400 (both pictures)


Yang ni semasa 3 DEC 2011
Hari yang paling sesak dengan manusia
Tak penah lagi saya gi warehousale pureen orang punya penuh macam ni
Plus ada sesetengah yang kurang hasam tak belajar etika punya jenis
Memang mencabar kesabaran
16 pasang baju basahan untuk Damia, 4 pasang untuk Kimi berharga RM 6-RM 12 sepasang
Mana nak dapat kan harga murah macam ni kan
Kos: RM 146

REALLY LOVES PUREEN WAREHOUSE SALE
p/s: tapi sedikit tak best sebab ramai dah tau, 'pesaingan' semakin sengit


JUALAN GUDANG PONEY

Bertempat di Jusco IOI
Memang murah la dalam range RM 15- RM 25
Kalo nak harapkan harga sebenar Poney yang sehelai mencecah tiga angka tu
Memang tak mampu la akakkkkkkkkkkkkk kan


JUALAN GUDANG MYDEAR

Memang pengunjung tegar la kami ke sini
Kadang-kadang tu siap mendapat tempahan dari sedara mara dan sahabat-sahabat di pejabat
Banyak sangat dah menyumbang di MyDear Sale ni
3 set pagar, highchair, infant car seat, toddler car seat, tolocar, 3 sets of stroller fan, bantal dan katil bayi---- Lengkap semuanya.


Saya dan suami memang penyokong tegar jualan gudang
Tapi tak ingat sejak bila
Rasanya-rasanya semasa mengandungkan Aryan dulu
Sekitar kandungan berusia 4 bulan
Kiranya lepas habis mabuk-mabuk dulu
Terus pandai tengok website shoppingnsale


Sejak tu dah pandai subscribe email kat website tu dan LIKE kat FB jugak
Cumanya jualan gudang ni sesuai bagi mereka yang suka buat stok dan tak kisah kuar duit banyak sekaligus
Pastu berbulan-bulan dah tak payah pikir dah bab barang-barang tu semua
Tapi bukan sebarangan orang 'mampu bertahan' dengan jualan gudang a.k.a warehouse sale ni

Yang penting kena memenuhi kebanyakan dari kriteria ni:


1. Anda bukan jenis nak soping dalam tempat sejuk dan dingin
2. Ada bukan jenis yang "looking for brand" tapi yang penting value for money
3. Anda jenis tak kisah nak bersesak dan 'agak' berebut
4. Suami anda pun jenis yang tak kisah nak bersesak, takkan tarik muka kelat or mungkin boleh tolong jaga anak semasa anda 'berebut'. Tak pun bawak kawan/peneman in case untuk jaga barang ke, pegi tandas ke
4. Boleh bangun awal dan tggu paling kurang sejam sebelum pintu dibuka
5. Sanggup beratur laaaama sebab selalunya barisan agak panjang dan kena tunggu paling kurang 1 jam
6. Tak kisah boleh berjalan jauh sebab tempat letak keta memang takde yang dekat-dekat kecuali anda sampai selepas subuh walaupun jualan bermula pukul 10.


Some tips (credit to Zaahirah Mohammad)

1.go early, DO NOT BRING SMALL CHILDREN
- setakat ni saya memang bawak anak, bawak tikar atau alas duduk, bawak bekal contohnya biskut, roti dan air, cari port kosong dan suami akan tolong jaga anak dulu sementara saya gi berebut.

2.Cash is better, the queue is shorter
-Tapi tak tentu jugak sebab kebanyakkan orang dah tau pasal jualan gudang ni, maka sama je cash or credit card

3.Bring along husband(to pay) and brothers/sisters to choose stuffs /clothes.. Don't be surprised, they will be more excited than you haha
- Yup, saya dan suami akan bergilir-gilir jaga anak. Bila suami pegi untuk 2nd round, saya mula buat penyaringan barang-barang yang sangat perlu daripada hasil rebutan 1st round. Selalunya berlaku masa Pureen Warehouse sale.

4. Go early morning Saturday, especially f you plan to buy clothes.. kalau beli toiletries lmbt pn takpe..tp baju2 lawa and best cepat abis..so pegi awal
5. Take a heavy breakfast hehehe
-Kalo terbangun lewat, kami selalu beli pack breakfast @McD je, trus bawak bekal makan kat sana


p/s: Syukur dapat suami yang sekepala dan menyokong ni. Idak ke stress kalo dapat suami yang suka merungut dan cemberut je. Potong stim nak soping!

Thursday, October 06, 2011

Cuti-cuti Malaysia


TAK SABARNYA NAK SAMPAI SINI
MOGA ADA REZEKI
INSYAALLAH




SELAMAT BERCUTI!!!

Monday, October 03, 2011

Makanan Pejal buat Aryan

Ramai Ibu-ibu yang tak sabar nak tunggu baby berumur 6 bulan sebab tak sabar nak bagi makanan pejal. Semangat berkobar-kobar nak suap anak makan, maklumlah selama ni baby hanya minum susu sahaja tak kiralah susu ibu mahu pun susu formula.

Tapi sejauh manakah ibu-ibu di luar sana yang bersemangat kental untuk masakkan sendiri makanan anak-anak/ baby sebagai menu harian?

Sejauh manakah ibu-ibu belajar mengenai ilmu pemakanan untuk bayi?

Setakat manakah kita sedar sesungguhnya konsep makanan yang betul dan seimbang mempengaruhi pembentukkan anak-anak/baby kita pada masa hadapan?

Saya tak berani nak komen pasal orang lain, sebab setiap orang ada hujah dan pandangan sendiri. Memandangkan Aryan anak pertama kami, pelbagai dugaan sepanjang mengandung ditempuh sehingga Aryan lahir ke dunia, membuatkan saya menanam azam memberikan yang terbaik untuk Aryan setelah saya GAGAL untuk 'exclusive breastfeed' Aryan. huhu..

Maka saya membuat persiapan awal bertanyakan sahabat-sahabat di FB, di forum atau mana-mana halaman perbincangan maya untuk isu pemakan baby ni. Alhamdulillah mendapat pamplet "Dietry Guidelines Help to Protect Against Allergy" semasa mendapatkan vaksinasi pneumacoccol di Klinik Annur ketika Aryan berumur 5 bulan. Kami agak terkejut pada mulanya bila Dr K bertanya "Dah bagi makan ke?". Kami pulak soal Dr K "Dah boleh makan ke sebelum umur 6 bulan?" Nak tau apa jawapan Pakar kanak-kanak tu? "Boleh dah, berat dia pun dah double dari asal (lahir). Kalo taknak takpa, tunggu 6 bulan. Kalo nampak dia macam lapar bagi la". Tapi setelah berbincang dengan En. Suami, kami membuat keputusan untuk tetap memulakan makanan pejal pertaman Aryan bila dia berumur 6 bulan.

Disamping tu juga, pada PBAKL tahun ni saya ambil peluang beli buku-buku berkaitan penyediaan makanan untuk anak-anak. Antaranya seperti:

Buku-buku diatas banyak membantu saya memahami konsep gizi seimbang untuk kanak-kanak, cara persediaan, cara pemilihan bahan mentah dan resepi-resipi ringkas yang boleh dipraktikan di rumah. Agak mencabar jugak proses penyedeiaan menu ni sebab baru tau anak-anak ni pun cerewet jugak orangnya. Bukan boleh menu yang sama setiap hari. Kadang-kadang mati akal nak fikirkan nak bagi makan apa bila Aryan dah mula buat macam tak berselera dan jemu dengan sesuatu makanan tu. Ni baru Aryan berumur 9 bulan, dia dah pandai tunjuk selera. Bayangkan dah setahun nanti, makanya memang kena jadi Masterchef la gamaknya; pandai masak semua jenis makanan.huhu..

Ni antara menu yang pernah saya sediakan untuk Aryan:

Usia 6 bulan
Minggu 1-2: Bubur nasi kosong (tanpa garam, gula atau sebarang perisa tambahan), kemudian di blend dan di tapis. Saya masak untuk stok 3-4 hari, kemudian asingkan dalam plastik beg. 1 palstik bag, 1 hari. Setiap pagi, panaskan, tapis untuk dihantar ke rumah pengasuh. Aryan makan sekali sehari bagi tempoh 2 minggu pertama ni. Mula-mula suap, bersemangat dia makan. Maklumlah dapat merasa benda yang baru.

Minggu 3-4: Bubur nasi+ Carrot yang dipotong bulat. Sama jugak masak untuk stok 4 hari, bila dah habis buat yang baru. Tak masak banyak lebih dari tempoh tu bagi mengurangkan rasa dan zat. Masih dikisar, di tapis dan disimpan dalam peti sejuk. Pada sebelah petang, selepas ambil dari umah pengasuh, saya suap biskut Milna perisa pisang atau oren untuk Aryan. Dua keping setiap hidangan.

Usia 7 bulan
Bila dah 7 bulan, Aryan masih makan bubur nasi tapi saya masukkan sumber protein pula. Contohnya mula-mula saya perkenalkan ayam+carrot+nasi. Minggu ke 2 ayam+bayam+nasi. Minggu ke 3 daging lembu+brokoli+nasi dan ikan bilis+saderi+carrot/bayam+nasi. Cumanya untuk ikan bilis tu leceh sket sebab ambil masa untuk buang tulang ikan tu. Tapi masih perlu ditapis, risau jugak tercekik tulang.huhu..

Usia 8 bulan
Aryan mula makan daging dan saderi yang dicampur dalam bubur nasi. Mula-mula masak tu, memang nampak dan rasa sedap. Dia pun berselera makan sebab mungkin manis daging dan wangi saderi tu membangkitkan selera. Tapi seminggu lebih makan daging, Aryan sembelit. Jadi saya tukar semula daging kepada Ayam/ikan bilis. Mungkin boleh bagi daging, tapi kena selang seli dengan sumber protein lain. Selepas tu baru saya terfikir untuk bagi buah kisar epal/pisang/limau/oren selepas Aryan makan hidangan daging bagi mengurangkan risiko sembelit. Alhamdulillah, buah-buahan membantu.

Usia 9 bulan
Aryan tak sihat, muntah-muntah sepanjang seminggu awal bulan ni. Semua makanan yang biasa saya masak, Aryan tolak. Akhirnya sebab risau dia hanya minum susu, saya cuba masak sup kentang+ikan bilis. At least ada jugak sumber karbohidrat buat Aryan. Alhamdulillah Aryan mahu makan kentang. Ikutkan Aryan memang tak suka hidangan berasaskan kentang. Kali pertama saya cuba buat kentang rebus kemudian dilenyek bersama susu, memang Aryan buat muka pelik sangat. Sesudu je suapan, Aryan dah luah balik. Ingatkan saya yang masak kentang lenyek tu tak sedap...sedih jugak bila anak reject. Kali ke dua masa perjalanan balik kampung untuk raya, kami singgah di RnR Tapah, hubby belikan mashed potato. Aryan buat muka pelik jugak walaupun separuh bekas habis. Mungkin lapar gamaknya masa tu, pastu bila dah agak kenyang dia buat gaya-gaya nak muntah pulak. Kali ke 3 semasa kami makan di Kenny Rogers. Memang sengaja saya order mashed potato as a side dishes, rupanya Aryan tolak lagi. So, kesimpulannya dia memang tak suka kentang! Masa demam hari ke 2, Aryan dah menolak sup kentang. Makanya saya dan hubby TERPAKSA jugak belikan nestum sebab ikutkan kami berat hati nak bagi Aryan makan 'makanan segera'. Tapi lagi susah hati kalo Aryan tak mahu makan apa-apa. huhu..Roti pun memang Aryan tak berapa gemar.

Selepas pulih dari demam saya buat sup ikan dan suap bersama nasi yang panas-panas. Tak lenyek pun sebab saya nak latih Aryan mengunyah (sebab selama ni makan bubur dia telan je!). Lagipun Aryan dah ada 8 batang gigi, so saya tak risau sangat. Memang menu baru buat Aryan berselera sangat sampai separuh pinggan nasi habis licin. Gembiranya hati bila tengok anak kembali sihat dan berselera makan makanan yang di masak sendiri. Owh tak lupa jugak Aryan sangat suka bila disuap nasi dari JM Bariani dan nasi Arab dari Restoran Saba Cyberjaya. Besar betul selera dia. Syukur sangat dia tak memilih makanan janji nasi. Moga berat Aryan kembali bertambah sebab next month kena gi check-up lagi sebab bulan ni berat dia turun. huhu..

Sekarang ni setiap petang Aryan akan duduk di atas highchair untuk dinner bersama-sama kami. Menunya mesti sama dengan apa yang kami makan, tapi semestinya bukan hidangan pedas dan berempah untuk Aryan. No more biscuit for dinner. Besar dah anak kami rupanya, pandai memilih pulak tu. Sekejapnya masa berlalu.

Monday, September 26, 2011

Dietry Guidelines Help to Protect Against Allergy

Proper feeding is of utmost importance in preventing allergies.

  • Exclusive breast feeding for the first 6 months provides the ideal protection.
  • Weaning foods should not be given too early (Solid foods should be introduce at 6 months).
  • Avoid strongly allergenic foods for the first year.
  • Add only one mew food per week so that food that is not well-tolerated can be recognized and removed.
Reference: Summary from the opinion issued by the EU Scientific Committee on Food (SCF, 1991), the European Society for Pediatric Gastroenterology, Hepatology and Nutrition (ESPGAN, 1993), the Nutritional Commission of German Pediatric Society (1996).

Foods which are LEAST LIKELY to cause allergic reactions:
(to be introduced from 6 month)
1. Rice
2. Pear
3. Prune
4. Carrot
5. Apple

Foods which are usually well tolerated, but OCCASIONALLY CAUSE allergic reactions:
(to be introduced from 6 month)
1. Barley
2. Apricot
3. Beef
4. Wheat
5. Plum
6. Spinach
7. Cabbage
8. Oat
9. Banana
10. Chicken
11. Peach
12. Broccoli
12. Lamb
13. Turnip
14. Potato
15. Cherry
16. Corn

Foods which are MOST LIKELY to cause allergic reactions:
(to be introduced from 9 month)
1. Berries (strawberry and rasberry)
2. Egg yolk (mut be fully cooked)
3. Legumes (soyabeans, beans)
4. Fish

Food which are HIGHLY ALLERGENIC:
(to be introduce from 12 month)
1. Seafood (prawns, crabs, dried and fish scallops)
2. Peanuts
3. Egg white

p/s: Thanks Dr K from Klinik Pakar Kanak2 Annur for the sharing the guidelines

Friday, July 29, 2011

Hari Bahagia Radin & Kartini

Ok..Cite dah basi
Sebulan dah kot sebab majlis ni pada 25 Jun 2011
Tak sempat nak edit gambar
Bila sekarang ada kelapangan sket
Curi-curi jugak masa untuk menulis

Pengantin lelaki merupakan kawan saya semasa di UPM
Kami amik kursus yang sama, Bioteknologi
Selepas habis ijazah, Radin sambung ke peringkat sarjana di UPM juga
Manakala saya menyambung perjuangan di UiTM
Masih contact especially kalo ada kawan-kawan yang nak melangsungkan walimah
Atau reunion
Atau sekadar sembang-sembang kosong
Atau sebagai 'silent reader' di blog
Zaujah Radin, Kartini merupakan junior kami di UPM
Mungkin masa tu kot diaorang kenal
Saya tak tau cerita sangat
Just dengar-dengar khabar angin
Tapi dalam diam-diam mendoakan yang terbaik untuk jodoh mereka berdua

Oleh sebab itu
Bila mendapat undangan khusus dari Radin untuk walimah mereka
Saya sangat gembira
Memang berhasrat nak ke Batu Pahat makan nasi beriani
Mujur la Radin menjemput walaupun dah last minit sangat
Tapi berusaha jugak pergi
Ye la, kalo kita sendiri mesti happy kan
Bila ramai kawan-kawan dapat hadir pada hari bahagia kita
Bila ramai-ramai mengaminkan doa yang dibacakan
Tapi saya memang tak dapat stay lama untuk majlis tu
Bergegas pulang sebab hubby keje pulak disebelah malamnya
Ape-ape pun doa kami seisi keluarga kepada mempelai
Agar dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah
Sentiasa berada di bwah lindunganNYA
Semoga keluarga ini berbahagia di dunia dan di akhirat

p/s: Tak sempat singgah Umbai makan seafood..

Thursday, July 28, 2011

Apabila anak anda demam..

Hari ini telah masuk hari kedua Aiman mengalami demam dan tidak dapat ke sekolah. Macam biasa setiap kali Aiman demam pasti dia akan turut mengalami batuk, selsema dan sakit tekak. Ketika waktu malam, demam Aiman menjadi agak teruk namun di siang hari, Aiman masih aktif. Semasa Aiman kecil dahulu, setiap kali Aiman demam saya memang akan ambil cuti untuk menjaganya di rumah. Namun, kali ini saya tidak ambil cuti dan tinggalkannya di rumah pengasuh bersama-sama adiknya, Aqilah.

Mengapa kali ini saya tidak mengambil cuti? Adakah saya sudah tidak risau lagi dengan keadaan anak saya yang demam? Sudah berkurangkah kasih sayang saya? Jawapannya, bukan saya tidak sayang lagi anak saya ini, Aiman lah buah hati pengarang jantung saya, hero kesayangan saya, cuma kerisauan saya sedikit berkurang kali ini kerana Aiman sudah mencapai umur 7 tahun.

Mengikut ilmu kedoktoran yang saya pelajari, kanak-kanak yang berumur di bawah umur 7 tahun sahaja yang akan terdedah kepada sawan demam (febrile fits) apabila mereka mengalami demam panas. Bagi yang berumur 7 tahun ke atas, risikonya telah tiada. Jadi, inilah menyebabkan saya kurang risau apabila Aiman mengalami demam. Jika kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas terkena sawan kebiasaanya ia bukan disebabkan sawan demam (febrile fits) tetapi disebabkan perkara-perkara lain seperti Epilepsi.

Bagi ibu-ibu yang mempunyai anak-anak yang berusia kurang daripada 7 tahun, saya tekankan jangan ambil ringan apabila anak-anak anda demam!. Berikut adalah langkah-langkah yang sepatutnya anda ambil ketika anak anda demam:

1. Kalau boleh anda ambillah cuti.

Jika anda sendiri yang memantau tahap suhu badan anak-anak anda sewaktu mereka demam, sudah tentu anda akan lebih teliti berbanding kakitangan taska ataupun pengasuh. Kadang kala mereka terlepas pandang.

2. Periksa samada tubuh anak anda memerlukan antibiotik.

Biasanya kalau anda bawa anak-anak anda ke klinik swasta, doktor di klinik tersebut biasanya akan bagi antibiotik. Jangan ambil antiobiotik tersebut sekiranya anak anda cuma mengalami demam viral, kerana demam viral tidak memerlukan antibiotik. Antibiotik diperlukan untuk demam yang disebabkan oleh bakteria sahaja dan ketika tonsil bengkak. Kalau hanya tekak merah tetapi tonsil tidak bengkak, anak anda tidak memerlukan antibiotik. Adakalanya, saya tidak faham mengapa doktor di klinik swasta suka bagi antibiotik, tetapi ada juga kes ibubapa sendiri yang beriya-iya meminta antibiotik (ini pernah dialami sendiri oleh saya sewaktu bertugas, siap marah-marah saya lagi sebab tidak bagi antibiotik). Hal ini kerana, jika anak anda makan antibiotik, sedangkan sebenarnya badannya tidak memerlukan antibiotik tersebut, imuniti badan anak anda akan jadi lemah. Imuniti badan yang kuat amat diperlukan supaya tidak mudah diserang penyakit di masa akan datang.

3. Bezakan antara demam viral dan demam disebabkan oleh bacteria.

Jika demam viral biasanya kanak-kanak tersebut aktif (seperti tidak demam) di siang hari tetapi suhunya panas di malam hari. Jika demam disebabkan bacteria, kanak-kanak sememangnya tidak aktif dan kelihatan lemah sepanjang hari.

4. Sediakan ubat yang sewajarnya untuk anak anda.

Selain ubat demam samada Syrup Paracetamol atau Syrup Brufen untuk demam, anda juga perlu menyimpan ubat pil yang dimasukkan ke dalam dubur kanak-kanak atau namanya Supp Paracetamol (SUPP PCM). Bagi bayi yang berat kurang daripada 12kg, gunalah supp PCM 125mg, jika berat melebihi 12kg, guna supp PCM 250mg. Saya nasihatkan supaya ibu-ibu sentiasa menyimpan bekalan supp PCM ini di dalam peti walaupun semasa anak tidak demam, kerana jika tiba-tiba anak anda demam kuat pada waktu malam, anda hanya perlu memasukkan ubat ini dengan kadar yang segera ke dalam duburnya. Selepas memasukkan ubat ini biasanya suhu badan akan dapat turun dengan kadar yang cepat berbanding dengan meminum Syrup Paracetamol. Ini kerana jika suhu badan kanak-kanak sangat tinggi, mereka akan terdedah mendapat sawan demam (febrile fits). Nauzubillah....

5. Selain daripada menyediakan ubat apa lagi yang perlu anda lakukan?

Selain menyediakan ubat, anda juga perlu sentiasa tuam kepala dan ketiak anak anda pada waktu malam untuk mengawal suhu. Sememangnya memerlukan pengorbanan berjaga malam jika anak demam. Akan tetapi yakinlah bahawa anda akan mendapat pahala yang besar dengan pengorbanan ini.

Secara kesimpulannya, kawallah suhu badan dan jagalah anak anda sebaik-baiknya sewaktu mereka demam. Ini kerana jika mereka terkena sawan, sel-sel otak mereka boleh mengalami kerosakan kekal, perkara itu sangat perlu anda dielakkan daripada terjadi.


Selain itu, jika demam anak anda berterusan melebihi 3 hari dan keadaannya bertambah teruk seperti muntah, mengadu sakit perut atau susah bernafas segera membawa anak anda ke jabatan kecemasan untuk rawatan lanjut kerana dibimbangi anak anda mengalami demam denggi, kerana sekarang ini kes-kes denggi semakin menular.

Semoga bermanafaat buat semua. Insya-Allah

Credit: -Artikel Iluvislam.com
Dr Che Engku Nor Bahiyah bt Che Engku Muda bertugas sebagai pegawai perubatan dan bertugas di Kementerian Kesihatan Malaysia

~~~@@@~~~@@@~~~@@@~~~@@@~~~

Seawal usia Aryan 2 minggu Aryan penah mengalami panas badan atau dedar. Saya dapat rasakan perubahan suhu disebabkan direct BF Aryan masa tu. Jadi cepat-cepat kami ke hospital untuk dapatkan khidmat Doktor. Dr maklumkan suhunya normal cuma, agak biasa bagi bayi kita rasa badan dia panas sebab suhu badan dia senang "fluctuate". Atas nasihat Doktor juga, kami cepat-cepat cari termometer bagi memudahkan pemantauan suhu. Jenama Little Bean kami pilih sebab paling murah harganya untuk Infra Red thermometer. Kenapa bukan termometer biasa? Sebab infrared cepat dan mudah. Cepat dalam erti kata dalam sesaat dah boleh dapat bacaan dan mudah sebab hanya perlu masukkan munjung termometer ke telinga dan tekan butang "read". Hebat kan? Kalo jenama lain, mau jugak mencecah 3 angka!

Kali kedua Aryan demam masa berusia 2 bulan lebih. Masa tu saya ambil cuti materniti tambahan dan menjaga Aryan dirumah. Pegang-pegang tangan dan dahi Aryan panas. Dia pun tidur je. Mujur ada termometer, jadi mudahlah bagi saya memeriksa suhu badannya. 38 darjah celsius! Cukup tinggi untuk baby berusia 3 bulan ke bawah dan boleh mengakibatkan sawan kalo dibiarkan. Disebabkan hubby kena attend meeting, maka buat pertama kalinya selepas bersalin saya kena memandu sambil membawa anak sendirian ke klinik. Kalutnya saya. Dengan baru nak pasang car seat, nak siapkan beg, salin baju dan siapkan Aryan. Mujur Aryan tak meragam sepanjang jalan ke klinik. Alhamdulillah. Kalo tak lagi kalut dibuatnya. Dok fikir-fikir jugak macam manalah keadaan baby kalo Si Ibu tak boleh memandu dan hanya mengharapkan suami disaat kecemasan begini? Nak pulak suami ada kerja yang tak boleh dielakkan. Nauzubillah!

Moral of the story, belilah termometer untuk memudahkan anda. Setiap sejam sekali boleh pantau suhu anak apabila demam. At least boleh kurangkan sket kerisauan dan sedapkan hati. Boleh cari di Outlet Manjaku dan dapat harga semurah RM 99 untuk Infra-red. Bukan apa, suhu baby bukan macam suhu kita orang dewasa. Suhu badan mereka lebih cepat naik dalam waktu yang singkat. Petua orang tua2, jerlum badan terutama bahagian2 sendi seperti siku, belakang lutut, ketiak dan leher bagi mempercepatkan turunnya suhu ke paras normal. Ada yang cadangkan untuk tekapkan tuala basah di dada baby, tapi saya tak buat sebab kemungkinan baby untuk terdedah kepada penyakit paru-paru berair adalah tinggi. Apa yang penting, pakaikan baju 'air-cond' atau lebih dikenali sebagai baju lubang2, senang haba panas nak kuar dan jangan selimut mereka. Kalo tak haba lagi terperangkap. Belilah coolfever dan simpan dalam peti sejuk sebagai stok. Saya sendiri setiap kali travel, memang akan sentiasa bawa termometer, coolfever dan tuala kecil sebagai persediaan untuk sebarang kes kecemasan. Bekalan ubatan tak perlu risau sebab En. Pharmacist ada. Jadi order saja.

p/s: Takut nak masukkan ubat bontot pada baby.Jadi Abah dia saja la yang masukkan.

Makan-makan

Hobi baru
Sama-sama mengepam badan, huhu..
Makanan sanagt best bila masa stress dengan keje
Pastu stress pulak bila ada baju tak muat or ketat
Sabor je la
Bangi ni memang la syurga makanan
Ada je tempat baru untuk di cuba
Semua kedai nampak menarik dan menyelerakan


TASTE RESTAURANT, SEKSYEN 9


Berbuka puasa
Mix dishes local, western semua ada
kek, puding, cup cakes, pie semua menduga selera betul
Tak ramai orang, jadi servis pun cepat
Menu 1: Mee bandung
Menu 2: Lamb Chop
Pencuci Mulut: Carrot cake & mini chicken pie


HAJI SHARIN LOW, SG MERAB, BANGI
Lot 5072, Wisma Arma, Jln sg. Merab, Pinggiran Putrajaya
Tempahan: 017-2480092/012-3731999

Chinese Style Dishes
Setakat ni dekat 5 kali dah pergi
Masa diaorg buat opening dan doa selamat
Tak tersengaja join
Pelik jugak napa banyak meja yang 'reserve;
Pastu dalam kol 9 nampak ramai geng masjid datang
Baca doa selamat
Alhamdulillah, semoga perniagaan mereka maju
Dan terus mengekalkan status halal
Sekarang ni diaorg dah pandai promo
Lepas 5x pegi dan setiap kali upload satu gambar di wall FB mereka
Akan dapat hidangan udang, ketam or ikan secara percuma
Apa yang slalu kami order bila ke sana?
Menu 1: Butter prawn with buttermilk (wajib)
Menu 2: Salted Egg Tofu (wajib)
Menu 3: Deep fried kerapu with special sauce (alternatif)
Menu 4: Kangkung belacan (alternatif)
Menu 5: Four kingdom (alternatif)
Menu 6: Seafood tomyam (alternatif)
Menu 7: Salted egg crab (alternative)

Buka setiap hari 11am-11pm
*Jumaat 3.30pm-11pm
Add: Surau di sediakan

LITTLE WHITE CAFE, SEK 8 BANGI
Sederet Hotel Smart(banguna belakang) dan Ariani (bangunan depan)


Melilau cari kedai ni sebab teringin nak makan macaroons punya pasal
Bercinta nak habiskan sebab manis sangat
So makan sehari, satu macaroon
Ahad lepas gi late breakfat sat sini pulak
Hubby nak cuba makan telur benedict
Sebab terpengaruh dengan rancangan Masterchef Australia
Dua keping bun, dialas dengan salad, telur dan kuah warna kuning tu
Saya pulak order breakfast platter
Simple sebab hanya sekeping roti, sosej, telur, tomato dan potongan daging
Tak lupa juga order Bread pudding.
Cupcake tu adalah Red velvet
Tak makan pun, maybe nex time
Carrot cake kat kedai ni pun nampak macam sedap
Hrmm..

HAMEEDIYAH TANDORI HOUSE
JALAN CAMPBLE, PENANG

Melepaskan mengidam setelah Aryan berumur 7 bulan
Hahaha..seronok la budak kecik tu dapat rasa sket nasi beriani
Tapi tak surut-surut jugak air liurnya
Siap gi pilih sendiri lauk apa yang nak
Jadi apa lagi
Sotong goreng rempah, ayam kampung goreng, Kari Udang, Kari sotong
Semua bedal skali
Ops! jangan salah faham ye
Bukan saya makan sorang
Satu pinggan untuk Mimi
Satu pinggan lagi saya punya
Tapi lauk tu kongsi la
Hubby pulak order murtabak ayam
Boleh tahan jugak la intinya
Dan tak lupa juga air bandung special Hameediyah
Baru la Penang!

Wednesday, July 27, 2011

Apa Ertiku Menuntut Ilmu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Al Mujahid As Syeikh Mustafa Masyur pernah menyebut ;

"Tarbiyyah (pendidikan) bukan segalanya-galanya, tetapi segala-galanya hanya dapat diraih dengan Tarbiyyah."

Kadang-kadang kita mengeluh mengapa kita perlu belajar tinggi-tinggi?
Kita hanya belajar untuk peperiksaan yang bakal tiba.
Kita hanya belajar untuk memuaskan hati ibu bapa.
Kita hanya belajar untuk dipandang tinggi oleh masyarakat.
Satu pertanyaan diajukan oleh golongan wanita.
Katanya buat apa belajar tinggi-tinggi, lepas kahwin jadi surirumah juga?

Namun ada yang kata dunia hari ini berbeza, lelaki & wanita sama saja.
Bila berumahtangga apa susah, masing-masing urus kerjaya sendiri.
Bila datang cahaya mata, masing-masing tak nak mengalah, kerjaya masing-masing dipertahankan, anak yang dianugerahkan dianggap musibah.
Akhirnya dengan sifat penyayang si ibu pasti mengalah.
Akhirnya sama saja wanita tetap jadi surirumah.
Sedikit portion adalah sebaliknya, lelaki yang jadi surirumah.
Tapi hakikatnya tetap wanita majoritinya.

Ada satu kata-kata Ibu yang bijak mengajar anak daranya,

"Jangan anggap wanita tidak perlu belajar tinggi-tinggi, walau kebanyakan akan jadi surirumah, tapi ingatlah anakku, ia pasti berbeza cara dan kualiti, seorang ibu yang tinggi pelajaranya dengan yang sebaliknya, yang mana akan melahirkan insan yang berguna?"

"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui"

(QS 39 : 9)

Bagi lelaki pula jangan gembira, jangan menyangka wanita belajar nampak tiada gunanya. Bagaimana dengan diri anda?Mengapa wanita selalu lebih banyak, terutama di peringkat IPT? Ada yang kata dunia nak kiamat, ada yang kata lelaki is more to practical, not theoratical. Itu pasal habis SPM kami terus masuk bekerja. Tidak payah nak belajar tinggi-tinggi, buang duit bayar yuran pengajian. Kalau bekerja dapat sebaliknya, dapat kumpul duit itu yang utama. Diri pun nampak matang, kerana sudah bekerjaya.

Tidakkah dirimu nampak kurang matang, kerana pemikiranmu tersangkut hanya sampaidi masa itu. Tidakkah kau lihat masa hadapan, perluaskan minda melihat semuanya - mana yang nampak mulia, fikirkan dengan minda yang berwawasan,
orang berilmu, belajar tinggi-tinggi, terutama jika ilmu yang diredhai, bukan semua ilmu dipelajari dapat redha yang Maha Mengetahui.

Ingatkah ketika Ibnu Athaillah mengatakan, dalam kitabnya Al-Hikam,

"Ilmu yang paling baik adalah yang disertai khasyyah."

Khasyyah adalah rasa takut kepada Allah yang disertai mengagungkan Allah. Maka segala jenis ilmu yang tidak mendatangkan rasa takut kepada Allah dan juga tidak mendatangkan pengagungan kepada Allah tiada kebaikannya sama sekali"

Itulah kata-kata indah dari seorang Tokoh. Satu persoalan yang sering bermain di fikiran. Bagaimana nak belajar kerana Allah, untuk mendapat redhanya?

InsyaAllah inilah jawapannya.

Untuk mengetahui ilmumu bermanfaat atau tidak, cukuplah kau lihat bekasnya. Jika dengan itu kau semakin takut kepada Allah dan semakin baik ibadahmu kepada-Nya, maka itulah tanda ilmumu benar-benar bermanfaat. Jika sebaliknya maka berhati-hatilah.

Ini semua bermain dengan niat, satu benda yang sukar dijaga. Pengikhlasan niat hanya pada-Nya, paling kurang 5 kali ikrar diulang setiap hari. Semuanya hanya untuk Allah Azza Wa Jalla,

"Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam."
(QS 6 : 162)

Di mana kita selama ini? Ilmu apa yang kita tuntut? Jangan ingat hanya ilmu agama sahaja yang nampak diredhai.

Walau Rasulullah pernah bersabda, buat renungan kita semua;

"Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din"

Jangan kita berfikiran sempit, mentakrifkan ilmu agama sahaja yang akan direJustify Fulldhai. Tidakkah kau mengetahui, ilmu lain nampak dibayangi, seperti sains dan astronomi, tidakkah itu cara untuk mendekati kepada Ilahi. Ilmu lain boleh didasarkan pada niat yang hakiki, menambah ilmu untuk menjadi seorang pengabdi, kepada Tuhan Rabbul 'Izzati.

Credit:- Artikel iLuvislam.com

Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM

~~~~@@@~~~@@@~~~@@@~~~@@@~~~~

Baru mengerti kenapa arwah mak dulu sanggup berhenti kerja dan jadi suri rumah. Sanggup menahan telinga mendengar umpat keji orang sebab kami tak berduit, tak kaya dan tak pakai baju mewah-mewah. Baru faham kenapa emak banyak berdiam diri menahan rasa untuk membesarkan kami semua. Baru mengerti kenapa dalam emak dok sakit-sakit jantung, sanggup masak sendiri juadah makanan untuk kami daripada beli di kedai. Baru nampak setimental value arwah emah sanggup kayuh basikal mengambil kami semasa di sekolah tadika. Baru faham kenapa arwah beria meminta keizinan Abah untuk menggunakan rumah kami sebagai pusat kaum-kaum ibu di taman untuk belajar mengaji dan mendengar kuliah. YA ALLAH. Maha luas sungguh pengertian yang Engkau mahu buktikan. Arwah mengajar kami membaca dan mengaji seawal 4 tahun. Saya sendiri bila masuk tadika 5 tahun dah pandai membaca. Masuk tadika 6 tahun cikgu kata tak payah belajar dah sebab nampak saya mcacam bosan belajar benda yang saya dah tahu. Bila baca artikel ni buat saya terus terkenangkan arwah emak. Pandangan mata dah kabur dengan limpahan air mata. Betapa hati ni berat dan sarat menaggung rindu pada arwah. Besar betul pengorbanan seorang emak kepada anak-anaknya. Besar betul pengorbanan isteri kepada suaminya. Pengorbanan kerjaya, pengorbanan, emosi, pengorbanan kehendak, pengorbanan hati dan terakhir sekali pengorbanan diri di jemput ILAHI. Terbayarkan kita dengan pengornbanan yang sebegini?

InsyaAllah, suami yang faham hukum Tuhan tidak akan rasa berat hati bila isterinya menyuarakan hasrat untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga. InsyaAllah suami yang mengerti hukum Tuhan akan terima dengan senang hati sesungguhnya rezeki Allah itu luas. InsyaAllah suami yang memahami akan jelas bahawa didikan Ibu kepada anak secara langsung merupakan didikan yang terbaik.

Ya Allah, semoga istikarah itu memberikan aku petunjuk yang terbaik. Semoga Kau suluhkan aku ke jalan yang kau redhai. Hanya kepadaMu saja ku memohon, sesungguhnya Engkaulah tempat ku bergantung.

p/s: Rasa rugi kalo terlepas saat-saat anak membesar dan belajar sesuatu benda yang baru.

Friday, July 01, 2011

Darah yang Keluar ketika Hamil

Fuqaha berbeza pendapat tentang status darah yang keluar ketika seorang perempuan itu hamil. Satus ini sangat penting kerana ia menentukan tanggungjawab wanita tersebut dalam beribadat.

Sekiranya darah tersebut adalah haid, dia tidak perlu, malah tidak boleh melakukan ibadah-ibadah yang mensyaratkan pelakunya suci, bebas daripada hadas. Namun jika darah yang keluar itu hanya darah penyakit atau istihadah, wanita itu wajib dan boleh melakukan semua ibadah yang dituntut seperti solat dan membaca Al-Quran.


Fuqaha Mazhab Hanafi
Darah yang keluar semasa hamil sama ada pada permulaam kehamilan, pertengahan ataupun sebelum melahirkan anak adalah darah istihadah. Darah ini tidak menghalang mereka daripada melakukan ibadah, serta persetubuhan.

Fuqaha Mazhab Maliki
Sekiranya darah keluar ketika kehamilan ketika kandungan berusia tiga, empat, lima ataupun enam bulan, dan darah keluar berterusan tanpa henti, mereka menganggapnya sebagai darah haid. Tempoh maksimum haid dalam keadaan ini adalah 20 hari. Darah yang keluar selepas itu dikira sebagai darah penyakit. Tetapi sekiranya darah keluar ketika kandungan berusia tujuh , lapan dan sembilan bulan keatas, sebanyak-banyak haid adalah 30 hari.

Imam Syafii dalam qaul jadid (fatwanya ketika di Mesir)
Darah yang keluar semasa wanita hamil adalah darah haid.

Imam Syafii dalam qaul qadim (fatwanya ketika di Baghdad)
Darah yang keluar ketika hamil bukan darah haid.

Fuqaha Mazhab Hambali
Darah yang keluar ketika hamil bukan darah haid, tetapi darah istihadah. Kerana itu Imam Ahmad Bin Hambal menyatakan bahawa wanita yang hamil dikenali dengan ketiadaan haidnya, pada waktu sepatutnya haid.

RUMUSAN
Perbezaan pendapat dalam perbahasan ini bukan sesuatu yag aneh kerana hukumnya tidak berdasarkan nas naqli, tetapi berdasarkan kajian ahli fiqah berdasarkan teknologi dan pengetahuan yang ada pada masa itu (ijtihad). Peningkatan ilmu perubatan membolehkan status darah yang keluar ketika hamil ditentukan dengan tepat. Pakar perubatan menetapkan darah yang keluar daripada wanita ketika sedang hamil bukan darah haid, tetapi darah istihadah. Oleh itu, wanita hamil yang mendapati terdapat darah keluar daripada saluran peranankannya wajib melakukan ibadah seperti biasa, serta haruus melakukan persetubuhan sekiranya diyakini tidak memudaratkan kandungan ataupun wanita itu.

***Credit to Solusi, Isu 5, 2009

@@@~~~@@@~~~@@@~~~@@@~~~@@@
Pengalaman saya sendiri dimana saya mengalami pendarah semasa minggu ke 24 sekitar 5 bulan ++ mengandungkan Aryan. Dua hari sebeblum tu, dalm 17 Ramadhan hari Jumaat saya masih ingat lagi saya merasa sangat ngilu di bahagian ari-ari dan rasa sakit tulang belakang. Saya masih ingat lagi betapa susahnya untuk bergerak, memandu dan menahan rasa sakit-sakit ngilu sepanjang hari.Bertanyakan pendapat kawan-kawan yang berpengalam dan mencari sumber rujukan di internet, semua mengatakan itu perkara biasa disebabkan baby sudah semakin besar dan berat. Sampai dirumah, saya hanya mampu berbaring sahaja sehingga sampai waktu berbuka. Hubby dah mintak saya berbuka awal, tapi saya tak nak. Sayang la kan dah hampir pukul 7, alang-alang je nak berbuka. Saya sampai kena solat diatas kerusi dan tak mampu untuk tunduk dgn sempurna-sekadar cukup syarat. Lepas maghrib suami ajak gi klinik, Dr scan kata mungkin sebab kepala baby betul-betul dibawah dan mengeras je. Doktor jugak nasihatkan saya supaya tidak meneruskan puasa sepanjang sebabnya saya juga kekurangan air berdasarkan urne test yang dilakuka sebelum itu. Jadi bermula 18 Ramadhan saya dah tak berpuasa, mula minum air sebanyak mungkin, tapi sakit tersebut tak surut2 jugak. Keesokkan harinya ke Klinik Pakar Annur, Dr A yang menggantikan Dr F melakukan VE (vaginal examination) dan sampling. Jawapan yang diberikan OS (open serviks) saya 0 (zero). Lalu beliau prescribe anti-fungal tablet untuk dimasukkan secara direct ke dalam vaginal. Ya Allah, sumpah sakit masa cubaab nak masukkan tu, akhirnya satu pun tak berjaya. Saya buang je tablet tu akhirnya. Sebelah malamnya, hubby setia mengurut belakang saya sebab rasa sangat sakit sekitar pinggang dan ari-ari. Saya siap cakap, ni ke contarction nak bersalin? Hubby ckp, ish..takkan la kot. awal lagi ni. baby pun tak mature lagi. Betul jugak kan. baru 5 bulan. Saya pun tak tau pukul baper saya tido malam tu sebab menhan sakit punya pasal. Keesokkan harinya Ahad, penuhi jemputan berbuka puasa di rumah makcik. Saya masih rasa sakit, tak boleh duduk di atas lantai. Saya pun tanya pendapat mereka, mereka pun cakpa benda yang sama mcm contarction nak bersalin. Saya dah tak sedap hati, tapi masih berdoa dan usap-usap perut mintak dijauhkan dari apa-apa perkara yang buruk berlaku pada kami berdua-baby dan Ibu. Keesokan harinya saya EL dan menunggu hubby pulang pada sebelah tengahari untuk kembali ke Klinik Pakar Annur berjumpa Dr F semula. Tapi sekitar jam 11 pagi, ketika sedang menyediakan menu "bersahur", (ye la saya kan dah mendapat green pass supaya tidak berpuasa), saya rasa macam ada something panas terasa di sekitar vagina. Lepas check, DARAH!!! Ya ALLAH, ape yang sedang berlaku ni? saya automatik terus menangis sambil usap-usap perut. "Baby, baby kenapa sayang? Jangan takutkan Ibu". Saya trus capai telefon dan call hubby dengan suara yang menahan tangis "Balik sekarang, sayang bleeding". Pastu saya sambung menangis lagi sampai rasa mcm hilang punca. Pastu baru terfikir nak call makcik saya di Perak " Acik, acik...macam mana ni..macam mana ni?" Sambil menangis-nangis. Serius saya memang terlampau panik dan gabra masa tu. Takut sangat "kehilangan" si kecil dalam perut ni. Dipendekkan cerita, akhirnya saya di masukkan ke wad HPJ untuk pemantauan sepanjang 3 hari 2 malam. Dr buat pemeriksaan rapi, VE test, OS checking dan setiap 2 jam sekali nurse akan datang ke katil amik BP dan dan timing contraction. Jadinya pada masa tu la saya konpius sama ada saya masih perlu solat atau tidak. Saya boleh mengaji atau tidak. Atas bantuan dan info dari rakan-rakan, jawapan yang diberikan adalah saya wajib solat dan boleh mengaji seperti biasa. Masa tu setiap waktu saya baca Yassin dan berhenti di setiap 7 Mubin dan berdoa sungguh-sungguh supaya anak yang saya kandungkan itu selamat. Jujur saya katakan saya tidak bersedia menerima berita andai saya terpaksa merelakan "kehilangan" si comel itu.Memang tak bersedia dari segi mental dan fizikal. Saya dah lama menanti kelahiran dia. Alhamdulillah darah/spotting tu semakin kurang dan kering bila masuk hari ke2 tetapi ari-ari saya masih terasa sakit dan ngilu. Untuk monthly check-up bulan depannya di Klinik Pakar Annur, Dr Fatimah pesan " Any bleeding during pregnancy is not normal. You should come and see your Dr immediately, and please don't forget to wear sanitary pad. Important for us to see and verify the types and level of the bleeding.". Ye Doktor. Sampai sekarang saya masih ingat, dan saya berazam untuk berkongsi nasihat Dr bersama rakan-rakan yang lain.

Keputusan Lab Test
1. Tiada sebarang jangkitan sama ada kulat, bakteria atau virus pada serviks or vagina
2. Uri tidak berada di bawah, maknanya tiada potensi plasenta previa.
3. Air ketuban cukup dan memadai dengan jangka masa kandungan.
4. Tiada sebarang ubat yang diberikan kepada saya sepanjang di wad disebabkan saya tiada sebab/kemungkinan di atas.

Makanya, dari perspektif perubatan moden, Doktor pun konpius kenapa saya mengalami pendarahan semasa mengandung/bleeding.

Tapi dari kaca mata perubatan tradisional, saya terkena "ilmu halus", ada yang menghantar disebabkan tidak mahu kami mempunyai zuriat. Sejauh mana betulnya, hanya Allah sahaja yang Maha mengetahui.

Wallahualam.

p/s: Alhamdulillah, si comel itu sudah berusia 7 bulan. Semoga Allah selamatkan kami sekeluarga di dunia dan di akhirat.

Wednesday, June 29, 2011

Darah Nifas

Darah Nifas adalah darah yang keluar selepas melahirkan anak. Dinamakan nifas kerana ia keluar selepas keluarnya satu jiwa (nafs) dan perempuan yang mengeluarkan darah ini digelar nufasa'.

PEMBAHAGIAN NIFAS
Dibahagikan kepada 3 bahagian berdasarkan warnanya

1. Nifas Rubra (Lochia Rubra)
Darah nifas yang keluar selama kira-kira 3-5 hari selepas bersalin. Ia berwarna merah kehitaman dan sangat pekat kerana kandungan darahnya masih banyak.

2. Nifas Serosa (Lochia Serosa)
Darah yang keluar pada tempoh ini berwarna perang atau merah jambu. Ia mengandungi eksudat (exudate) atau lelehan, erythrocytes iaitu sel darah merah matang, leukosit (leucocytes) dan mukus serviks. Tempoh ini berlangsung sehingga hari ke 10.

3. Nifas Alba (Lochia Alba)
Darah nifas bertukar menjadi agak putih atau kuning cair. Ia keluar pada minggu ke 3 atau ke 6 selepas kelahiran, iaitu di penghujung tempoh nifas. Darah yang keluar pada waktu ini mengandungi sedikit sel darah merah, selain campuran bahan-bahan lain seperti leukosit (leukocytes), sel-sel epithelium, kolestrol, lemak dan mukus.

TEMPOH NIFAS

A. Tempoh paling singkat: Satu lahzah (seketika sahaja)
B. Tempoh biasa: 40 hari
C. Tempoh paling lama: 60 hari

Note: Sekiranya masih ada darah yang keluar selepas 60 hari, ia dianggap sebagai darah penyakit atau istihadah dan perempuan tersebut sudah boleh menjalankan ibadah-ibadah wajib seperti solat fardu dan puasa.

PERKARA YANG HARAM DILAKUKAN KETIKA DALAM NIFAS
Para ulama sepakat bahawa darah nifas adalah sama dengan haid. Oleh sebab itu, semua hukum yang berkaitan dengannya adalah sama.

~~Solat
~~Tawaf
~~Membaca Al-Quran
~~Duduk dalam Masjid
~~Jimak
~~Menyentuh Al-Quran

TEMPOH NIFAS BAGI PEREMPUAN YANG MELAHIRKAN ANAK KEMBAR
Tempoh nifasnya dikira daripada kelahiran anak yang terakhir dan bukannya anak yang pertama. Ini bererti walaupun selang masa kelahiran anak pertama dan terakhir adalah lama, masa nifas tetap dihitung sejak kelahiran anak yang terakhir. Darah yang keluar pada kelahiran yang pertama dianggap darah haid sekiranya kebiasaan haidnya begitu. Jika tidak ia dianggap istihadah.

NIFAS WANITA YANG MELAHIRKAN ANAK SECARA PEMBEDAHAN
Berdasarkan tinjauan perubatan, wanita seperti ini juga boleh keluar darah melalui jalan biasa (faraj) walaupun pembedahan dilakukan dibahagian perut. Oleh sebab itu, fuqaha sepakat menyatakan sekiranya seseorang wanita mendapati darah pada farajnya selepas melakukan pembedahan untuk mengeluarkan anak, ia dianggap sebagai darah nifas. Tetapi jika selepas pembedahan ini, tidak ada darah yang keluar daripada kemaluannya, ia dianggap bersih.

Sumber: SOLUSI/Isu No. 5/2009

Note: Jangan lupa mandi wiladah selepas melahirkan. Apa itu wiladah?


~~~@@@~~~@@@~~~@@@~~~@@@~~~@@@~~~

Pengalaman Peribadi
Sepanjang dua minggu pertama, pengeluaran darah nifas ni agak heavy jugak. So kena ikut cakap dan nasihat pelatih kelahiran atau nurse untuk tukar pad sekerap 4-6 jam sekali. Make sure cuci bersih-bersih menggunakan pembersih wanita, bilas dengan air pastu boleh gunakan air suam bercampur garam dan asam keping sebagai bilasan terakhir. Kalo rajin boleh rebus daun sirih jugak, tapi kalo boleh rebus setiap hari untuk elakkan air rebusan sireh "basi" dan berbau. Elok nak elakkan infection, alih2 sebab gunakan air rebusan yang tak elok, dapat penyakit lain pulak. Saya malas, jadi just gunakan sedikit garam dan asam keping yang direndam dalam air panas sekejap baru top-up dengan air paip sampai suam. Ada setengah orang saya dengar menggunakan larutan dettol yang dicairkan jugak sebahgai bilasan terakhir. Mungkin pedih sket masa awal-awal penggunaan tu. huhu.. Oh..ye.. jangan lupa lap dan keringkan sebelum pakai pad semula. Kalo bilik air tu sememangnya sekali dengan bilik tidur kita, boleh jugak anginkan dan keringkan menggunakan "hair dryer". Lagi senang dan mudah. Tak perlu nak tahan ngilu sebab nak lekapkan tisu ke bekas jahitan tu. Selalunya dalam lawatan pertama bila baby dah cukup sebulan, nurse akan check juga jahitan dah kering ke dan akan tanya tentang sifat darah yang keluar tu. So perhatikan setiap hari warna dan sifatnya. Mudah nak jawab nanti, dan mudah jugak la nak bezakan sama ada darah yang keluar tu adalah darah nifas or darah haid dah kembali semula. Pengalaman saya sendiri disebabkan tak breastfeed Aryan dengan penuh disiplin, saya dapat semula haid seawal Aryan berumur 40 hari. Mula-mula ingatkan salah makan sebab tu 'bleeding' semula, rupa-rupanya bukan. Macam mana confirm? Sebab saya rasa sakit pinggang dan ari-ari macam senggugut, pastu warna darah merah dah heavy semula dan beransur kering selepas 5 hari. Tapi ada jugak kawan yang memang fully-breastfeed baby dia datang haid seawal baby berusia 30 hari. Semasa check-up dia tanya Doktor, doktor kata itu disebabkan oleh sangat subur. So.. kena amalkan kaedah perancangan keluarga yang betul kalo nak mengelakkan "termengandung" lagi dalam masa terdekat. Moga perkongsian pengalaman yang tak seberapa ini dapat memberikan manfaat.

Tuesday, June 28, 2011

JJCM-Sabtu, Ahad & Isnin

ISNIN
Tempat: La Apprentice Restaurant, UPM

Lepas bawak Aryan gi monthly check-up, terus memenuhi permintaan perut di sini. Pada asalnya nak cuba lamb, tapi takde pulak dalam pilihan menu. Ni merupakan kali ke 2 kami makan di restoran ni. rasa-rasanya kali pertama dulu macam perasan ada menu lamb dalam senarai. Alamak! nak makan apa ni? Sebab menu yg dah di set tak de pulak. Masalah! Akhirnya atas cadangan hubby cuba la beef steak ni. Ok jugak la rasa steak well-done ni. Cumanya kuah tu rasa macam sikit sangat. Hubby pulak order Pan fried salmon, tapi tak sempat nak amik gambar sebab si kecik tu "bising". Kena la melayan kerenah dia. Sejak dua-menjak ni memang dah pandai menagih perhatian. Sementara menunggu menu utama, kami pesan crispy popia. Intinya penuh dengan kacang tumbuk, carrot, salad, timun dan sengkuang. Tapi bila dah habis makan, kami punya tunggu Tiramisu in Glass tak sampai-sampai. Pelayan tu lupa kot. Sebab dah lama sgt tunggu, kami pun bayar dan balik. May be next time..







AHAD
Majlis Aqiqah Hani Marissa

Comel je dengan reben besar atas kepala dan gaun kembang kaler pink
Seronok melaramkan anak perempuan ni
Sebenarnya Hani tak berapa sihat
Hari ni Doktor bagi cuti sebab majlis aqiqah ni
Tetamu dah dijemput
Katering dan di tempah
Majlis perlu diteruskan
Esoknya Hani kena masuk wad semula
Auntie doakan Hani cepat sembuh ye sayang



Bila kenduri aqiqah
Sudah tentu la menu utama adalah kambing
Masakan kurma kambing memang common la kita jumpa bila ada majlis aqiqah
Tapi untuk Hani, kambing golek menjadi pilihan
Apa lagi, berebut la para tetamu
Makcik-makcik dan Pakcik-pakcik yang ada kes darah tinggi pun tak ketinggalan
makan kambing ni
Apa taknya, bau kambing yang sedang digolek di atas api itu sungguh menikam kalbu
Sapa tak rasa rugi la kan
Selain itu, roti bawang putih dan salad jugak disediakan sebagai pelengkap hidangan
Nasi putih, ulam-ulama, ayam gorang, masak lemak nenas ikan masin
dan sambal tempe pun ada
Makanya kami pun makan dengan senang hati sampai kenyang



SABTU
Lunch ~ Marche Restaurant, The Curve

Makan gaya kantin sekolah ms RMT (Rancangan Makanan Tambahan)
Kenapa?
Sebab kalo masuk pelayan akan bagi satu pasport setiap seorang
bila masuk restorant kita boleh jalan di sekeliling restoran
Yang mana terdapat pelbagai kaunter
Contohnya Pizza, Salad, pasta
So kalo buat keputusan nak makan pasta
Kena order dan dapatkan cop
Kena tunggu dalam 10-15 minit untuk tukang masak sediakan makanan tersebut
So makanan yang dapat tu masih panas dan yang paling peting 'fresh'
Untuk makan tengahari
Kami order Grill salmon, Seafood pizza dan satu lagi tu saya lupa apa namanya
Tapi rupa bentuknya macam sotong, Udang dan isi Ikan yang digoreng celup tepung
Untuk pencuci mulut
Semestinya Puding roti kuah karamel
Nyum..nyum...
Makan tak toleh-toleh dah
Sebab perut sangat lapar



SABTU
Dinner ~ Spring Potato Cafe

Dah lama teringin nak makanan makanan Korea
Kimchi la yang paling glamour kan??
So nak tau la jugak apa rasanya kimchi yang glamer sgt tu kan?
Sabtu lepas tercapai la hajat
Dapat tau mengenai kedai ni pun masa dalam pantang aritu
Trus suruh hubby dapatkan alamat kedai
Kononnya lepas-lepas pantang nak trus pegi
Alih2 dah 6 bulan baru merasa
Syukur ada rezeki
Setelah tanya pendapat adik pelayan kedai yang amik order tu
Beliau mencadangkan untuk cuba Bul-Go-Gi (kalo tak salah saya la)
Bul-Go-Gi ni adalah masakan daging goreng yang dicampur cendawan shitake dan dihidangkan bersama coslow dan semestinya Kimchi
Disebabkan perut melayu dan tekak melayu
Hubby order Set asam pedas ikan pari
Kesemua set ni didatangkan dengan satu piring kecil Kimci untuk dicuba
Saya tak berani nak makan banyak2 sebab perut baru sembuh
Risau pulak sebab Kimci tu kan sayur jeruk, mesti masam rasanya
Sebagai hidangan tambahan
Kami pesan Kimbap iaitu nasi yang digulung yang mana didalamnya terdapat lobak merah, timun dan isi ketam,
Luarannya sama seperti sushi, Sedap!!!
Tak lupa jugak spring potato 3-Rasa
Memang tak habis makan berdua, akhirnya bungkus bawak balik
Next time pegi,
Nak cuba Sundubu Jingae dan Rice cake
Baru la Korea!

Teringin mencuba?
Pandu kereta anda ke
SPRING POTATO (M) SDN BHD
No. 11a, Jalan SG 1/1, Taman Sri Gombak
68100 Batu Caves Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-61899471