Friday, December 07, 2007

" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.." (I)

"Kenapa kadang kala kita lihat seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat, murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran? ".
"Kdg kala sesuatu anugerah Allah swt kpd seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu .
Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik.
Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman. Ada member tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan. Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada kita. Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utk bersyukur pd yg Esa.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Apakah dia istidraj?
Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj. Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa > orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi.
Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.
Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.
Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.
Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat,dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong."
Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad)
Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat (sayap) , dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.
Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan.
Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.
Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.
Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?
Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.
Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat. Wallahualam.
Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda: " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."

Keputusan Muktamad

Akhirnya kekuatan itu sampai juga. Saya dah buat keputusan dan insyaAllah akan tetap dengan keputusan itu. Pagi ni saya kuatkan hati menelefon Pn 'R' seperti yang telah dijanjikan kepada beliau tempohari untuk mengesahkan ketidakhadiran saya di UNIMAS pada 12 hb ni. Sesungguhya, saya sedih. Agak sedih sebenarnya, tapi masih dalam keadaan terkawal. Saya agak excited juga masa mula dapat surat daripada pihak universiti mengenai temuduga jawatan tutor disana. Memang dah semangat survey tiket flight. Tak sangka akan diberi peluang sejauh ini. Masa gi pameran SLAB di KLCC tempohari pun bertemankan Umi dan My Mister saya sekadar isi je borang tu tanpa memberikan harapan yang tinggi pun. Apa taknya, selain kerenah orang-orang di booth yang banyak songeh tu, semua nak amik tenaga pengajar yang sudah ada kelulusan Master atau lebih selamat lagi Phd. Saya pergi kesana dengan niat untuk mencari tajaan sambung belajar ke peringkat PHD, tapi tak dilayan. Tapi ye la kan, alang-alang dah pergi tu, kami isi je la borang. Amik je la exam walaupun memang tak buat sebarang persediaan pun. Pastu terus di panggil interview saringan oleh wakil dari UNIMAS. Terkejut beruk dibuatnya sebab saya mmg tak bersiap sedia langsung dari segi fizikal (just pakai blaus, slack and sandal) mahu pun mental (tak berapa mahir pasal RM9, Modal Insan dll). Tu sebabnya bila dapat panggilan untuk kali ke2 ni saya excited sangat. Tak sangka permohonan saya tu berjaya melepasi tapisan pihak universiti.


Setelah bertanya pendapat ramai pihak, banyak la jawapan yang saya terima. Banyak yang memberikan galakkan seperti " bila lagi nak timba pengalaman di tempat orang", " baguslah dan dapat kepercayaan dari orang lain even Msc awak pun tak habis lagi" dan " Diaorang dah nampak potensi dalam diri you, sebab tu diaorang kasi peluang". Sume galakkan tu memang membuatkan saya tambah bersemangat. Sudah terbayang-bayang di ruang mata keindahan bumi Sarawak tu. Tapi ada jugak la yang kurang merestui saya ke sana. Banyak benda yang saya harus pertimbangkan dengan seadilnya kalo saya buat keputusan untuk mencari rezeki disana (kalo saya lulus interview tu la). Saya harus memikirkan bayak perkara dan mengambil kira banyak benda. Memang ramai yang berat hati nak melepaskan saya pergi. Sebagai anak sulung dalam family, saya sedar tanggungjawab saya berat. If something happen to my family, susah jugak nak balik kalo saya duduk jauh. Lagi pulak kalo ingin mengakhiri zaman bujang (perancangan masa depan tu!) susah jugak kalo sorang kat sana, then sorang kat sini. Kalo nak 'culik' anak orang pun, mesti la familynya sedih walaupun mungki dia terpaksa pasrah je ikut saya. Sesungguhnya saya memang dalam dilema. Tapi akhirnya, setelah seminggu saya berfikir dan berdoa, minta Allah suluhkan jalan mana yang harus saya ambil. Saya redha. Semoga Allah terus tabahkan hati saya dan sentiasa bersama saya meneruskan perjuangan di tanah semenanjung ni bagi menghabiskan labwork yang 'berhantu' ni dan dipermudahkan urusan untuk menghabiskan master saya dan memperoleh pekerjaan ataupun peluang lain. Hidup memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Bila saya tengok orang lain senang je habiskan master, dimudahkan urusan menulis tesis, mendapat tajaan untuk sambung belajar/memperolehi pekerjaan, membuatkan saya terfikir, kenapa la banyak betul dugaan yang aku kena hadapi ni? Napa orang lain senang-senang je boleh gi sana, gi sini. Dapat itu, dapat ini. Tapi cepat2 saya beristighfar, tersedar kekhilafan diri. Sesungguhnya Allah memberikan kita ujian, kerana Dia sayangkan kita dan Dia yakin kita mampu hadapinya. Cuma kena bersabar. Lebih kurang macam tu la bunyinya. Terpujuk jugak hati saya. Semoga doa-doa dari kalian semua membantu saya menjadi lebih kuat. Bersangka baik la dengan Allah. Akhirnya saya terpaksa akur sememangnya bukan rezeki saya di Sarawak nampaknya...

Monday, December 03, 2007

Welcome to real world


Syukur Alhamdulillah

Dengan segala nikmat yang Allah kurniakan

Sememangnya semua orang bersyukur dan gembira

Dengan kehadiran 'orang baru' dalam keluarga

Lebih kurang jam 11.20 malam, 30 November 2007

Lahirlah insan comel seberat 3.3 kg melihat alam realiti

Bakal memahami gelagat alam yang sebenar

Orang sekeliling yang serba serbi berbeza

Semoga Nur Izzah Batriesya

Membesar dengan sihat dan cergas

Mentaati kedua ibu bapa

Dan menjadi insan yang berguna

Kepada Keluarga, masyarakat dan negara

Tahniah kepada Marini dan suaminya Aziz

Dengan kehadiran orang baru dalam keluarga

Semoga hidup korang berdua

Terus bermakna dan gembira.

Dah jadi ibu dah ko Yen... hehehe...

(p/s to Yen: Takpe, aku still muda lagi. hehehe.... Aku cop anak ko jadi flower girl ek!)

Wednesday, November 14, 2007

'A night of celebration'

Alhamdulillah,
Murah betul rezeki semalam,
Mungkin berkat berpuasa,
Lagipun Allah dah kata,
Bumi DIA ni luas,
Rezeki ada di mana-mana,
Janji kita mahu berikhtiar,
Dan berusaha...


Semalam
Setelah berusaha meredah hujan dan traffic jam
Sampai jugak akhirnya ke
Hotel Sheraton, Subang Jaya
Menghadiri 'A night of Celebration'
Mula-mula malas juga nak pegi
Tapi dah dapat 'Kad Jemputan' tu,
Pegi la jugak,
Menggantikan insan yang ada urusan,
Di saat-saat akhir,
Selamat tak payah memasak untuk berbuka.
hehehe...


Lihat menu kat atas meja,
Membuatkan perut dah bersorak sakan,


Apa lagi,
Kami semua 10 sekawan,
Makan dengan nikmatnya,
Lepas satu,
Satu lagi,
Makanan yang di letakkan di atas meja,

"Deep fried chicken with mango Thai sauce"


"Stir fried tiger prawns Vietnam style"

"Braised brocoli with assorted mushroom"

"Sweet and sour seabass fish fillet"


"Fried rice with anchorvies and salted fish"

"Chilled longan with almond beancurd"

Menu 'Chinese course'
Habis licin semua,
Maka semua orang pun,
Pulang dengan muka gembira,
Senyum sampai ke telinga...

Terima Kasih kepada pihak fakulti

Yang sudi sponsor meja

Untuk kami semua.

Wakil pelajar-pelajar pascasiswazah, Fakulti Farmasi, UiTM





Monday, November 05, 2007

Bila dah ramai yang bertanya...

Salam semua...
Selepas raya, saya rasa saya la orang yang paling bz di dunia (ye ke?). Dengan nak prepare poster untuk di 'present' masa conference di Legend Hotel, urusan print poster sampai la duit utuk pendaftaran pun terpaksa diuruskan di saat-saat akhir. Ni la bahana cuti raya lama, bukan saya je bahkan seluruh warga fakulti ni saya rasa. Memang terkontang-kanting jugak la menguruskan diri sendiri. Tapi Alhamdulillah, semuanya sudah berakhir. Walaupun tak dapat bawa pulang apa2 hadiah untuk conference kali ni, saya tak kisah... Sebab sempat lagi pegi tengok P. Ramlee the Musical on the 27/10/07. Boleh la rehat-rehat2 sket.
Lepas je habis seminggu yang sibuk, minggu depannya pulak sibuk lagi menguruskan program untuk Reunion Ex-biotek UPM dan menguruskan perjalanan ke Walimatulurus Zailatul Hani dan pasangannya Harman di Perak. Thanks a lot to pasangan pengantin dan keluarga atas layanan mesra daripada anda semua. Thanks a lot jugak yang memberi sokongan dan meluangkan masa korang yang sangat berharga tu untuk join program reunion tu (Azman, Radin, Fahrul, Huzairi, Fazli, Amra, Tiang, Pije, Hafiz, Razif, Marini & hubby; Aziz, Hanim & tunang; Ashraf, Kak Fiza, Ernie, saraf dan 2 orang kuat yang slalu bersama-sama saya, Ami dan Kak Ann). Sudah semestinya kita akan ingat setiap saat manis (pahit pun boleh kalo ada...ahaks..) sepanjang kita kat sana. Nak amik kesempatan ni mintak halal semua dan maaf andai ada terkasar bahasa or terkurang dimana-mana. Semoga dapat dijadikan panduan untuk program akan datang. Saya nak jadi passenger je, bagi peluang orang lain pulak yang uruskan (^_"). So, kepada semua pembaca setia blog ni, tengok la gambar-gambar di atas ni bagi menjawab semua pertanyaan anda semua nape dah lama blog ni bersawang... huhu
p/s: Sungguh terharu sebab pasangan pengantin sudi datang ke chalet masa malam BBQ tu... Azman & Radin, aku senang berurusan dengan korang berdua...Thanks a lot...

Tuesday, October 09, 2007

Kene Tag lagi

I've been tagging again, but now from Ainul. Lamanya tak kena tag. Tak kira! Nak duit raya jugak. huhu...

Three names you go by?

1. Riza

2. Ayong

3. Kecik


Three physical things you like about yourself?

1. My nose

2. My eyes

3. My Brain

Nak jawab ape ni? Tak tau la…


Three physical things you don't like about yourself?

1. Pipiku yang tembam

2. Kulit kot

3. Lemak2 yang bermaharajalela

Tak tau dah…bersyukur dengan apa yang ada


Three parts of your heritage?

1. Tokwan+Tok dua2 belah Banjar

2. Abah Banjar

3. Emak Banjar

1 + 2 + 3 = Anak Melayu (Because tak reti cakap Banjar pun)


Three things you can't stand?

1. Kekotoran dan bau busuk

2. Segala jenis asap yang membahayakan kesihatan

3. Period Pain. huhu…


Three things that scare you?

1. Takde duit

2. Takde keje

3. Presentation/viva


Three of your favorite shows?

1. High School Musical

2. Pak Belalang (sungguh comel si Belalang itu)

3. Puteri Gunung Ledang the Musical

Yang no 3 tu aci tak?


Three of your favorites Japanese Anime?

1. Initial D

2. Detective Conan

3. Naruto (sket-sket)

Betul ke masuk kategori ni?


Three of your favorite current songs?

1. My Destiny

2. Kau Ilhamku

3. Stay the same


Three movies you can watch over and over again?

1. Barbies the movie (pengaruh adikku itu)

2. Mohabbatein

3. Transformers

Three movies you would like to watch?

1. Cite ape best?

2. Tak tau dah cite ape ada kat wayang

3. P Ramlee the Musical (Lantak la kalo tak masuk kategori movie pun. Nak tgk jugak)


Three of your everyday essentials?

1. Melakukan perkara rasmi seperti manusia biasa

2. Gi lab

3. YM, Blogging, Email, Circles99, Friendster


Three things you're wearing now?

1. Kristal and magnetic bracelet

2. Baju kurung with pink flowers

3. Crocodile sandles

Kalo nak list down sume, penuh sangat


Three things you want in a relationship?

1. Understanding

2. Sharing

3. Loyalty


Three physical things about the opposite gender that appeals to you?

1. Pakai glasses

2. Tinggi

3. Cara makan kot. (ntah! Hentam je)


Three bad habits?

1. Suka pendam

2. Nail-baiting

3. Novel Maniac (Aci tak?)


Three of your favorites hobbies?

1. Study novels

2. Tangkap gambar benda yang cantik dan comel

3. Tido


Three careers you're currently considering pursuing?

1. Research Fields

2. Management but related to research

3. Lasssssssssssssssssst choice- Lecturer
Aci tak kalo nak tambah lagi satu?
4. Suri rumah sepenuh masa dengan pendapatan tetap + elaun2 tambahan+pakej percutian setiap tahun. hehe..


Three places you want to go on vacation?

1. Semua pulau yang indah kat Malaysia ni

2. UK

3. Aussie


Three kids name you like?

1. Nuha

2. starting with ‘H’ or ‘A’

3. Tak tau la. Kena bincang dengan bapak diaorang dulu. hehe…


Three things you want to do before you die?

1. Kahwin dan ada keluarga sediri

2. Have career

3. Menunaikan Rukun Islam ke 5


Three things you're stereotypically a girl?

1. PMS

2. Cosmetics and beauty

3. Tak suka bila berat bertambah


Initial of three crushes?

1. Mak kau…
2. Ngok-ngek

3. Ngade

Betul ke masuk kategori ni?


Three people I tag to do this?

1. Umi

2. Kak Epel (nak ke dia?)

3. Miey
sape2 je la yang kat blogger list tu

= T.A.M.A.T =


* Berhati-hati dijalan raya

* Jaga diri elok-elok

Thursday, October 04, 2007

Majlis Khatam Al-Quran


Tahniah kepada semua "Iron Ladies" di atas yang terdiri daripada para pensyarah, staf pentadbiran dan pelajar pasca siswazah, fakulti farmasi UiTM kerana berjaya memanfaatkan waktu tengahari dengan aktiviti tadarus Al-Quran yang berlangsung sepanjang bulan Ramadhan ni. Alhamdulillah, hari ni majlis khatam Al-Quran peringkat fakulti yang serba ringkas tapi meriah diadakan sebagai tanda kesyukuran. Esok majlis peringkat UiTM pulak diadakan di CITU (Pusat Islam). Terima kasih kepada semua yang memberikan kerjasama dan sokongan kepada program ini dan semoga ia terus dijalankan secara istiqamah di tahun-tahun akan datang. Sedih jugak bila mengenangkan kemungkinan ini merupakan kali terakhir dapat join program tadarus di fakulti. huwaaaa.... So, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat mengimarahkan 10 malam terakhir, selamat hari lebaran dan yang paling penting selamat memandu. Jaga diri baik-baik sepanjang musim perayaan. Kepada yang tak habis labwork lagi tu, lepas raya nanti semoga selamat 'pulun' buat keje bagi habis. (tujukan untuk diri sendiri sebenarnya. huhu...) Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua.






Cenderahati sempena majlis khatam Al-Quran. Cantik tak reben tu?hehehe...

Monday, October 01, 2007

19 Ramadhan

Al-fatihah buat arwah emak yang telah pulang ke pangkuan Ilahi pada 18 Februari 1997 Masihi bersamaan 19 Ramadhan (saya tak berapa pasti tahun hijrahnya). Dua hari selepas hari Nuzul Al-Quran, yang mana setahu saya meninggal di bulan Ramadhan ini seksaan kubur ditangguhkan. Sedar tak sedar, hampir 11 tahun arwah pergi. Semoga Allah mengampuni semua dosa-dosa arwah, menyayangi arwah sebagaimana dia menyayangi anak-anak dan keluarganya. "Ya Allah, Engkau tempatkanlah emakku ditempat yang mulia bersama dengan orang-orang yang Engkau redhai. Ampunkan dia dan selamatkan dia. Ya Rahman, Ya Rahim semoga engkau mendengar dan memperkenankan doa hambamu ini. Wahai Tuhanku, sekiranya ada pahala dari apa yang aku lakukan ini maka aku sedekahkan kepada Rasulullah dan para sahabat baginda, kedua ibu bapaku yang telah membesarkan aku dengan kasih sayang mereka, muslimin & muslimat samada yang masih hidup dan yang sudah kembali ke pangkuan Mu." Amin Ya Rabbal Alamin.

Tak tau nak bagi tajuk apa...

Ramai yang dah 'berkicau' sebab dah lama sangat saya tak update blog. Tak tau nak present apa sebenarnya. Jenuh jugak fikir2 tapi tak kuar idea. Tapi bila mengingatkan banyak gambar yang sudah di 'snap' tapi tak upload kat memana pun, why not saya letak je kat sini kan. Satu post yang macam takde motif melainkan hanya untuk suka2 je. Tengok gambar je pun menarik ape... (padahal malas tu!alasan!!) hahaha..



Pulut dan durian memang tak dapat dipisahkan. Ni makanan wajib orang Perak ni. Rugi sape yang tak makan. Nak pulak kalo santan yang dijadikan kuah tu diasingkan dari masak skali dengan pulut, pastu tambah gula and garam sket. Fuh!! Sedap wooo... Skali cuba mesti nak lagi. Kalo nak tau, durian makan dengan pulut baru saya boleh terima. Kalo tak tu, bau je pun dah boleh pening. Kalo makan, migrain gamaknya... Ntah ape-ape ntah... credit to housemate yang masakkan, saya tolong makan je. hehe..



Dim Sum. Antara makanan faveret yang slalu layan dengan labmates kat SACC Mall. Nampak macam sedap kan? Memang sedap pun...









Donuts from Big Apple. Semua sedap....walaupun dah masuk dalam fridge, tetap sedap dan lembut lagi. Habis satu lab saya promote. hehe.. Berjaya jugak beli donut ni setelah sekian lama dengar-dengar dari orang. Half dozen for RM 9.50, ok la kan?




Antara benda-benda cantik dan comel atas muka bumi ni:





Bunga Kucai (saya yang panggil la)







Bunga sakura (my friend yang tolong 'snap' masa festival sakura di Japan)








My lovely cactus from Cameron Highland (berjaya pindahkan ke dalam bekas baru, bought from IKEA last sunday)





Target: End of the Month!!

My last stage labwork: Ape yang dapat anda simpulkan? Semoga Allah terus memudahkan urusan saya sehingga bos saya kata "Ok Riza, you've done!". Bahagianya rasa saat tu.

Thursday, September 13, 2007

Cara Jepun bina modal insan

Oleh: HAIDAR NAJIYAH IBRAHIM

Daerah Maizuru hampir sama dengan kawasan ‘kampung’ lain di Jepun. Dalam suasana pagi yang dingin, kawasan luar bandar seperti ini kerap berkabus, tetapi tenang dan harmonis. Maizuru hanyalah sebuah pekan kecil di pinggir laut sebelah utara Pulau Honshu. Ia jauh dari hiruk-pikuk kehidupan kota yang bising dan sibuk segalanya. Bandar besar terdekat dengannya ialah Osaka, kira-kira dua jam perjalanan bas, atau Kobe, kira-kira sejauh ke Osaka juga.
Dalam musim dingin, pada pukul 6 pagi sudah kelihatan matahari di ufuk timur. Pada pukul 8 pagi, matahari sudah tinggi di negeri matahari terbit ini. Inilah masanya, kelihatan suasana agak sibuk. Ketika ini berduyun-duyun di jalan, anak-anak kecil menuju ke destinasi masing-masing, iaitu sekolah. Namun, keadaannya tetap tenang, tidak berserabut dengan hiruk-pikuk dan deruan kereta di jalan-jalan. Anak- anak kecil dan murid-murid sekolah rendah boleh dikatakan hampir kesemuanya berjalan kaki ke tadika atau sekolah mereka.
Inilah kelainannya. Sejak dari umur tadika mereka berjalan kaki ke tempat belajar. Agak jauh. Malah ada yang berjalan hingga kira-kira setengah kilometer dari rumah masing-masing. Dengan itu, tidak berlaku kesibukan kenderaan di hadapan pintu sekolah mereka. Tidak ada deruman enjin motosikal di dalam kawasan sekolah. Keadaan sangat tenang dan harmonis.
Semasa pulang, keadaannya juga demikian. Murid-murid kecil ini pulang bersendirian, tanpa dijemput oleh ibu bapa mereka. Bagi yang berjauhan biasanya mereka kelihatan berjalan berkelompok.

Mengapakah orang Jepun membiarkan anak mereka berjalan sendirian pergi balik ke sekolah? Sikap ini mungkin sukar untuk kita padankan dengan keadaan kita di Malaysia. Jika difikirkan tentang kemampuan tiap keluarga, mereka jauh lebih mampu, kalau setakat hendak menghantar anak ke sekolah dengan kereta masing-masing.
Ini adalah suatu cara mendidik anak mereka, mungkin supaya mulai belajar berdikari. Bagi kita mungkin tidak terlalu mudah melaksanakannya, memandangkan keadaan keselamatan yang masih menghantui kita. Baik keselamatan yang bersifat jenayah mahupun keselamatan jalan raya. Kita boleh memuji mereka kerana telah berjaya menghasilkan situasi yang begitu selamat untuk rakyat mereka.
Pelajar peringkat sekolah menengah pula, kebanyakannya menunggang basikal ke sekolah. Mereka tidak menaiki motosikal seperti kita. Atau naik bas. Atau dihantar oleh ibu bapa. Mereka selesa menunggang basikal.
Suasana seperti ini sungguh berlainan dari suasana pagi di tempat kita. Cuaca mungkin membantu mereka mempunyai sikap seperti itu. Mengayuh basikal dalam keadaan yang dingin tidak terlalu memenatkan. Keadaan cuaca panas mungkin menjadi suatu penghalang utama kepada kita untuk menyuruh anak-anak mengayuh basikal ke sekolah. Namun, ada banyak sikap positif lain yang boleh kita pelajari.
Jepun tidak mengadakan pakaian seragam bagi murid sekolah rendah di seluruh negara. Mereka hanya mempunyai pakaian seragam bagi sekolah menengah masing-masing sahaja. Jadi, pakaian seragam bagi sesuatu sekolah tidak sama dengan sekolah lain. Itu bagi sekolah menengah. Bagi murid sekolah rendah, langsung tidak ada pakaian seragam yang khas. Mereka boleh memakai pakaian apa sahaja yang sopan. Baju, seluar dan kasut tidak perlu seragam.
Jadi, bagaimana kita hendak kenali anak-anak sekolah di luar kawasan sekolah? Mereka boleh dikenali kerana membawa beg sekolah yang sama. Jadi, yang seragam hanyalah beg sekolah mereka. Inilah identiti anak-anak sekolah di Jepun. Mereka hanya boleh dikenali ketika menggalas begnya.
Beg seragam ini dijual oleh pihak kerajaan. Kalau di tempat kita, perkara beg ini sudah tentu boleh menjadi isu besar, kerana harganya ialah antara 30,000 hingga 50,000 Yen, iaitu kira-kira sama dengan RM1,000. Namun, bagi mereka perkara ini sudah biasa. Walaupun mahal tetapi berkualiti tinggi. Lagi pula, soal harga bukan perkara besar bagi mereka kerana rata-rata berpendapatan tinggi.
Beg ini diperbuat daripada kulit. Dan hanya beg inilah yang akan digalas oleh seseorang murid itu, dalam sepanjang pengajiannya di sekolah rendah, dari darjah satu hingga enam.
Ukurannya tidak terlalu besar. Sepadan dengan buku-buku mereka hanya sebesar buku komik Doraemon. Tidak terlalu berat dan memenatkan untuk digalas sejauh setengah kilometer. Corak buku yang tidak terlalu besar ini juga berlaku bagi peringkat sekolah menengah dan kolej-kolej pengajian peringkat lebih tinggi.
Setiap murid mempunyai sepasang kasut berwarna putih yang mesti ditinggalkan di sekolah, tidak boleh dibawa pulang ke rumah. Semua murid pergi ke sekolah dengan menggunakan kasut sendiri, kemudian ditukar dengan kasut khas ketika berada di sekolah. Kasut sendiri disimpan dalam rak khas, hinggalah ditukar semula semasa hendak pulang. ‘Pengurusan keseragaman’ kasut seperti ini dilakukan di sekolah rendah dan juga menengah.
Selain itu mereka juga mempunyai sepasang lagi kasut khas untuk memasuki dewan sekolah. Perkara ini diamalkan supaya lantai dewan itu tidak cepat rosak. Kasut khas ini tidak dibenarkan dipakai di luar atau menyentuh tanah kerana dikhuatirkan sebarang pasir yang melekat boleh mencalarkan lantai.
Perkara ini sangat penting dan dipatuhi oleh semua murid mereka. Semenjak kecil mereka telah ditanam disiplin seperti ini. Mengajar disiplin adalah kunci utama pengajaran mereka di peringkat awal.

Butir-butir pengajaran secara ‘terperinci’ mungkin telah kita remehkan, tetapi tidak bagi orang Jepun. Misalnya, tentang disiplin ketika makan sangat ditekankan di sekolah. Di sekolah rendah, makanan tengah hari disediakan dan murid-murid bergotong-royong sesama sendiri untuk mengedarkan makanan.

Di Malaysia mungkin perkara ini boleh menjadi isu besar dan boleh disalah tafsir sebagai ‘penderaan’ murid, terutamanya yang masih berumur sangat muda. Murid diwajibkan membasuh pinggan sendiri setiap hari, dalam sepanjang pengajian mereka. Mereka juga terpaksa mengangkat dan mengagihkan sendiri makanan yang disediakan oleh pihak sekolah. Semuanya mereka belajar urus sendiri dengan bantuan guru. Dan mereka melakukannya dengan penuh kegembiraan.

Setiap hari murid bertugas yang dilantik akan mengangkat periuk makanan yang dimasak oleh tukang masak sekolah dari bilik masakan ke bilik darjah dan membahagikan makanan ke dalam bekas yang dibawa sendiri oleh murid-murid. Tetapi yang menjadi perhatian saya adalah terlampau telitinya mereka: Murid yang bertugas dan guru juga, tidak pernah lupa memakai pakaian ala chef yang lengkap dengan apron, penutup kepala serta mask. Perkara pakaian khas seperti ini menjadi kewajipan semenjak kecil lagi, hingga tertanam dalam sanubari mereka. Keadaan inilah yang tidak ada di negara kita dan mungkin boleh dipelajari dalam pembinaan jiwa.
Murid-murid akan membawa bekas makanan masing-masing ke tempat pengedaran makanan dan beratur dengan tertib untuk menunggu giliran masing-masing. Setelah makanan diedarkan kepada semua murid, mereka akan duduk di tempat masing-masing menunggu untuk memulakan juadah dengan serentak, iaitu apabila dibenarkan oleh gurunya.

Makanan yang disediakan itu pula memang memenuhi keperluan untuk tumbesaran, tetapi tidak berlebihan. Contohnya ubi kentang sebagai karbohidrat, ikan sebagai protein, berserta sayur-sayuran dan susu. Mereka juga akan menjamah makanan sehingga habis. Ini suatu kemestian. Kalau tidak habis semua orang akan tunggu sehinggalah murid itu menghabiskan makanan sendiri.

Setelah selesai makan, semua orang basuh pinggan sendiri. Murid yang bertugas pula menghantar semula periuk-periuk ke tempat penyediaan makanan. Mereka juga diajar supaya patuh kepada sistem kitar semula bahan sisa. Sebagai contoh, kotak susu akan diletakkan di dalam plastik khas dan tidak boleh dibuang sesuka hati. Sisa-sisa makanan dibuang ke dalam plastik yang disediakan.

Perkara remeh seperti cara-cara membasuh tangan juga diajar dan diamalkan setiap hari sebagai latih tubi. Perkara ini mula diajar semasa umur prasekolah (tadika). Sebelum makan, selepas makan, selepas main, selepas kerja dan sebagainya, tangan mesti dibasuh. Perkara ini sudah menjadi habit. Membasuh tangan pula mesti guna sabun khas untuk tangan. Banyak iklan ditonjolkan dalam media seperti televisyen yang menyarankan kanak-kanak supaya membasuh tangan. Kadang-kadang penekanan seperti ini nampak remeh bagi kita, tetapi sangat penting bagi mereka.

Di setiap sekolah rendah diadakan padang, taman permainan dan kolam renang, di seluruh negeri Jepun. Oleh itu mereka dapat melaksanakan kehendak supaya semua rakyat Jepun tahu berenang. Perkara ini mungkin masih sukar untuk kita capai kerana pengurusan yang memerlukan belanja besar.

Namun, mereka mempunyai cara untuk membantu mengurang perbelanjaan pengurusan ini. Nampaknya, mereka kurang gemar kepada acara sambutan majlis secara besar-besaran. Contohnya, seperti hari penyampaian hadiah atau sambutan hari guru, hanya dilakukan ala kadar. Sikap seperti ini diteruskan sampai ke peringkat universiti. Memanglah kelihatan tidak ‘meriah’ langsung! Tetapi ini mungkin cara mereka untuk berjimat.

Rakyat Jepun mempunyai jiwa yang penuh disiplin dan ‘sivik’. Biar di mana saja mereka berada. Di tempat kerja atau di jalan raya. Mereka adalah bangsa yang tekun bekerja dan memiliki jiwa hendak berlumba-lumba. Ini adalah hasil ‘latih tubi’ disiplin yang diterapkan sejak zaman kanak-kanak.

Bagaimanapun, bukanlah semua perkara yang dimiliki oleh rakyat Jepun ini baik belaka. Misalnya, akibat pemodenan melampau, anak-anak muda kurang minat untuk menyambung pelajaran ke peringkat tinggi seperti universiti. Ini adalah akibat daripada kemudahan mereka untuk mendapat kerja. Setelah tamat diploma di ‘kosen’ (politeknik), mereka boleh terus bekerja dengan gaji yang lumayan. Oleh itu, mereka tidak berminat untuk menyambung pelajaran di peringkat universiti hanya dengan alasan bagi mendapat kerja yang bagus. Ini berbeza dengan sikap kita di Malaysia. Di Jepun, pelajar yang telah memiliki diploma kolej yang berminat ke universiti hanyalah untuk pengembangan akademik individu sahaja. Tiada kaitan dengan peluang kerja.

Kebanyakan tempat kerja cuma menitikberatkan merit dan kerajinan kerja untuk kenaikan pangkat. Tiada kaitan dengan sijil yang dimiliki. Dalam hal ini pemegang diploma dengan pemegang ijazah universiti tidak banyak berbeza ketika bekerja. Hanya prestasi kerja masing-masing yang diperlukan untuk kenaikan pangkat dan sudah tentunya kenaikan gaji.
Selain itu, masalah buli semakin menjadi-jadi, baik ditempat kerja mahupun di sekolah. Sungguh kerap kita baca kejadian bunuh diri angkara buli yang keterlaluan.

Demikianlah. Di sebalik ketenangan pagi yang berkabus dalam musim dingin ini, ada pula keresahan jiwa dalam segelintir rakyat Jepun. Tiap seorang mengejar cita-cita untuk menjadi yang terbaik dalam bidang yang diminatinya. Kadang-kadang ada juga yang terbabas dalam perlumbaan menjadi manusia terbaik itu.

- HAIDAR NAJIYAH IBRAHIM ialah pelajar tahun akhir Maizuru Technical College of Technology, Kyoto, Jepun.
~dipetik dari Utusan Malaysia, Rencana 13 September 2007~
p/s: Congrate Cik Haidar Najiyah. So impress with your writing.. Post artikel ni kat blog sebagai ikhtibar sebab tak tau jawab soalan esei temuduga SLAB aritu. huhu... Amik pengajaran cik Riza oooi... kalo tak, macam mana la nak mendidik anak bangsa ni. hehehe

Tuesday, September 11, 2007

Hari Murah Rezeki

Reunion Biotek UPM 2005 & sempena menyambut Ramadhan
Bertempat di Restoran Shid Tomyam dan Seafood, Padang Jawa.
Tarikh: 7 September 2007




p/s:

To Azman: Thanks a lot kuarkan idea organized reunion ni dan blanja semua orang makan. Semoga murah rezeki ko pasni, boleh blanja lagi.

To Syuded: Thanks sponsor kek. Nanti2 kita buat makan-makan lagi ye.

To Raden: Thanks jugak untuk sebalang choclairs dan satu lagi coklat tu (aku tak ingat nama apa). Rugi ko tak join kitaorang. hehe...

To Kak Am: Thanks blanja nasi beriani kat tesco time lunch. Kenyang tahap tak larat buka mata dah. Lain kali boleh gi kuar makan lagi ek.. kita pau orang Sg. Buloh. hehehe...

Thursday, September 06, 2007

Birthday Girl

Hari ini birthday adik saya. Riza Noor Syamimi; Riza's junior since nama dia pun ada Riza jugak di permulaannya. Nama adik saya ni la yang paling panjang. Kami yang memberi nama Syamimi yang bermaksud "kesayanganku". Memang sayang sangat dan excited dapat adik baru. Tapi banyak dugaan untuk Mimi lahir melihat dunia sebab arwah emak pernah dinasihatkan oleh Dr untuk menggugurkan kandungan semasa mengandungkan Mimi sebab arwah dah berumur 39 tahun dan menghidap penyakit. Takut menimbulkan komplikasi di masa hadapan. Tapi perancangan Allah tu siapa yang boleh menghalang. Akhirnya dia dilahirkan pada hari ni (tahun 1996), tapi belum sempat pun dia belajar meniarap, arwah mak pergi menyahut seruan Ilahi semasa umur Mimi 5 bulan. Kecik sangat kan? Sian dia.. tak dapat merasa betapa agungnya kasih sayang seorang ibu sepuas-puasnya. Sape lagi yang mengambil alih jaga Mimi masa tu kalo bukan saya (dengan pertolongan makcik dan family saya jugak). Tido dengan saya, sakit demam pun saya la yang uruskan. Tapi jaga Mimi memang tak susah... tak banyak kerenah. Rasanya dia dah tau yang arwah emak nak meninggalkan kami. Dia baik sangat. Ingat lagi cuti Nuzul Quran, 17 Ramadhan (tahun 1997) kami sekeluarga balik kampung di Bagan Serai. Masa tu arwah emak nak tidurkan dia, tapi dia asik menangis je. Bila abah tanya saya kenapa adik nangis, saya hanya jungkitkan bahu. Abah minta saya cakap kat arwah emak bawak naik Mimi ke bilik atas (sebab abah tido di tingkat atas, emak tak larat nak turun naik tangga sebab emak sakit. Arwah mak memang dah ada sakit jantung sejak lahirkan adik saya yang kedua lagi). Bila arwah emak letakkan je mimi sebelah abah dan abah tepuk-tepuk sket, mudah je lena. Saya pun terus sambung tido lepas tu sebab takde la nak pikir bukan-bukan kan. Budak-budak lagi time tu...


Pagi 19 Ramadhan sebelum arwah emak tinggalkan kami untuk selamanya, kami semua tak sempat bersahur. Semua bangun lambat. Nak jadi cerita, arwah emak pun rasa sakit dia dah teruk sangat, langsung sesudah subuh abah bawak arwah ke hospital. Sebelum tu arwah emak sempat lagi pesan (lebih tepat memberi amanat) supaya saya jaga adik-adik elok2. Dan pagi itu la, kali terakhir saya salam dan peluk arwah.. kalau la saya tau, saya tak lepaskan sampai bila-bila... Dah lama peristiwa tu berlalu. Mimi sekarang pun dah umur 11 tahun, dah nak jadi anak dara pun. Rasa macam sekejap je masa berlalu, tapi macam-macam perkara yang berlaku sepanjang tempoh itu... Tak pe, saya sentiasa positifkan diri. Allah sentiasa menguji orang yang DIA sayang. Semakin banyak dugaan yang kita tempuh, semakin matang fikiran kita. Itu yang saya rasakan sekarang. Kalau tak, entah-entah memasak dan menguruskan hal sendiri pun tak tau lagi. Tapi alhamdulillah, ada hikmah yang tersembunyi disebalik semua yang berlaku. Sebabnya kadang-kadang Allah turunkan hujan di tengahari lalu menutup sinaran matahari, kita mengeluh kenapa Allah pudarkan hari kita. Tapi rupanya, selepas tu DIA beri kita pelangi untuk menghiasi semula hidup kita. Dan saya sentiasa menanti bilakah pelangi itu akan muncul...


To my beloved sister, Riza Noor Syamimi happy birthday sayang. Semoga Mimi jadi adik yang baik, anak yang solehah dan insan yang bertanggungjawab. Jangan malas-malas belajar. Ape2 yang berlaku, I'm always be there for you sis. Don't forget that. Kami semua sayangkan Mimi. Kak Yong sayang mimi sangat2.







p/s: Minggu depan Ramadhan menjelma, sama-samalah kita 'menghidupkannya'. Tibanya bulan penuh barakah itu juga membuatkan hatiku sentiasa merasakan kehilangan itu. "Mak, Ayong rindu..." Alfatihah...

Monday, August 27, 2007

Happy Graduation

Happy convocation to my dearest friends, Umikalsum Jaafar. Congratulations.

26hb Ogos tu bukan setakat hari amik skrol je, tapi menjadi hari berfesyen dan hari berposing.. Pelbagai aksi maut dan aksi sedikit gediks. ahaks... (bukan saya tau..hehe..).






bunga..oh..bunga...
teddy bear pun ada jugak...hihi..











Menaikkan seri bunga.. hahaha...















Me with Siti Nor Khalilah @ Kelly
(single but not available. hehe..)












Only three of us... Tak cukup lagi nih.











Ms. Bunga dan Mr. Teddy bear nya. hehe....
p/s: Tak sabar nak grad lagi ni... Tapi research tak siap lagi. huwaaaaaaaaaaaaa

Selamat Hari Ulangtahun


~25 Ogos 2007~
Hari ni merupakan hari lahir Abah. Malangnya, hari ni abah merajuk dengan anak-anak dia sebab lambat wish birhday dia. Jenuh saya call tapi tak berangkat. Memang merajuk betul gayanya. Ish.. nak buat macam mana ni? Nape la hari ni hari sabtu, kalo tak mesti bangun awal punya. (tetiba pulak salahkan hari. ahaks..). Tapi ingat lagi masa zaman sekolah dulu2, abah tak pernah kisah pun kami adik beradik celebrate ke tak birthday dia. Tapi mungkin sebab masa semakin berganjak, umur semakin meningkat dan jarak semakin jauh, mungkin sebab tu abah jadi sangat particular dan sensitif sket sekarang. Mungkin jugak abah sedih and sayu teringatkan zaman arwah emak masih ada. Mesti arwah emak masakkan makanan kegemaran abah masa hari istimewa macam ni. Sian abah, terpaksa menguruskan hal sendiri sekarang. Tapi Alhamdulillah, petang tu abah return call. Bila saya tanya makan apa celebrate birthday, sedihnya saya dengar bila abah kata makan kuey teow goreng je kat kedai. Dah la makan sorang-sorang pulak tu sebab adik-adik saya ikut parents kawan diaorang gi berkelah. Sempat la saya pujuk, minggu depan cuti merdeka saya bercadang nak balik, boleh la kita masak dan celebrtate birthday abah sekali. Terdengar la jugak riak sedikit gembira dari suara abah, membuatkan saya tak sabar nak tunggu hujung minggu ni. Lamanya tak balik kampung... Sempena dengan entry special ni, saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari ulangtahun kelahiran abah yang ke 52 tahun. Semoga abah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, di murahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dah Allah sentiasa memberkati kehidupan kita sekeluarga. Semoga kegembiraan itu masih ada dan sentiasa ada bersama kita. Sesungguhnya kami semu anak-anak abah sangat sayangkan abah walaupun kadang-kadang tu ada jugak yang 'tak kena' . .
p/s: Kenapa kita susah nak luahkan betapa kita sayang seseorang tu. Kita lebih mudah beranggapan supaya orang tu faham apa yang kita rasa. Kita lebih senang mempertahankan rasa malu kita daripada menunjukkan rasa kasih dan sayang kita. Tapi adakah kita sedar, kadang-kadang hati tua itu sukar untuk dimengertikan? Adakah kita akan terus menunggu sehingga dadanya tidak berombak lagi? Mungkin ketika itu sudah terlalu lewat, kerana dia tidak dapat lagi mendengar, mengerti dan merasai betapa dalamnya kasih sayang kita selama ini...

Cerita dua minggu lepas...


*16 Ogos 2007*
Hari ni lab terpaksa tutup kononnya ada orang nak servis Laminar Air Flow. Dengar khabarnya chemical yang digunakan untuk servis tu sangat merbahaya dan boleh membawa maut. huhu..(ye ke?) So, dah tak boleh masuk lab, semua ahli lab gi dengar talk di IOI Resort (JW Marriot) organized by Agilent. Mula-mula agak tak paham la jugak ape pakcik omputeh tu bebel. Cakap macam tak makan je... tapi bila telinga dah mula sesusaikan diri, boleh la paham sket-sket. Actually talk ni mengenai "Electronic Library record, Compliance and Productivity". Habis dalam pukul 3 pm, proceed gi UPM nak hantar barang. Pkl 5 baru bertolak balik, konon nak tgk cite "Chef Tikus" tapi tak jadi. Sampai Shah Alam pkl 6, malas gi gym sebab rasa ngantuk. huhu...

*17 Ogos 2007*
Chat dengan Kak Am set janji nak gi kenduri esok kat Gombak... (still konpius mana dia tau nama glamer i tu?huhu..) Tengahari Mak Teh call nak tumpang gi kenduri. Alamak! Macam mana ni? Roger Kak Am balik bagitau esok gi amik dia kat umah. ok je dia kata. Selamat...

*18 Ogos 2007*
Seawal pagi dapat sms dari Kak Am bagitau tak jadi pegi kenduri. Ala...nape? sakit perut and ada appointment dengan Sifu katanya.. I see..tak pe la. Tak de rezeki... Dalam kol 11 am tu kuar umah nak gi amik Makteh, tapi sesat jalan. Sampai lewat, dia dah bebel. hehe... "sesat tu sebab slalu sangat gi rumah i la tu". Sempat lagi kena perli. Redha je la... hihi.. Sampai umah orang kawen pun dah dekat pukul 2. Paham-paham je la, time tu perut memang tengah menyanyi la... Rasa bersalah je sebab datang lambat. Bukan kenduri sape pun, 'Kulaan' jugak. huhu... Tapi nasib la kenduri kontrak, selamat dari basuh pinggan mangkuk and periuk belanga. huhu...Balik pukul 4 lebih, lebih kurang pukul 5 sampai umah Makteh. After tumpang solat dan minum teh tarik yang Makteh sediakan, baru bertolak balik ke Shah Alam sebab nak jemput adik pulak kat stesen Padang Jawa. Malam tu tertunai hasrat nak tengok cite Chef Tikus.





Sesi bergambar dengan pengantin
(Mohd. Khairi Zahri dan Maznuraini Zainuddin ~ semoga kalian berkekalan sehingga ke akhir hayat~)








Pose Special dari pengantin
(Jodoh mereka; bertemu di lab yang mana pengantin lelaki satu lab dengan saya masa sambung MSc manakala pengantin perempuan adalah anak murid yang dia supervise masa buat final year project. So sweet kan pertemuan mereka?)


Yang ni pulak kisah orang kawen jugak. Ex-Coursemate masa kat UPM dulu kawin sama hari dengan kenduri Maksu saya yang di Gombak tu. Maaf kepada pasangan mempelai Ahmad Hafiz Mohammad dan Siti Nurafiza Mohd. Radzi (ni pun kes percintaan sekelas, happy ending) kerana tidak dapat memenuhi undangan. Selamat menempuh alam rumahtangga dan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Hafiz yang memecahkan rekod budak laki biotek pertama yang mengakhiri zaman bujangnya... Korang yang lain di barisan depan tu bila lagi? hehe... Thanks a lot to Raden yang sudi menumpangkan hadiah dan kongsi gambar ni. Jasamu di hargai. (p/s to Raden: Walaupun aku dah glamerkan muka and nama ko dalam blog aku ni, aku still nak jugak ole-ole dari Langkawi. hihi)

Tuesday, August 14, 2007

Congratulation Dr. Shasha

Sabtu 11 Ogos 2007, lebih kurang pukul 7.30 malam saya dapat sms ni

Kawan saya: Kecik! Jemput datang rumah. Ada buat makan-makan sket. (Kecik adalah nama samaran saya utk penghuni bilik A2.1.11 , KMNS dari dulu sampai sekarang)

Saya : Alamak, aku nak datang dengan sapa?

Kawan saya : Datang dengan housemate bah.

Saya: Housemate aku balik kampung, sorang lagi gi main futsal. Macam mana ni???

Akhirnya setelah berusaha, ada jugak rezeki saya nak jumpa kawan saya ni. Kalo tak, tak tau lagi bila cik kak ni boleh cuti memandangkan dia sekarang ni dia menjalani housemanship kat Kota Kinabalu. Balik semenanjung pun sebab menghadiri Konvokesyen UKM sabtu lepas. Saya tak dapat meraikan konvokesyen dia di UKM sebab ada kerja sket kat lab yang menuntut perhatian. Dah sedih-sedih dah sebab tak dapat pegi. Tapi ada jugak rezeki kami untuk berjumpa. Thanks a lot to Miey yang sudi menemankan saya memandu malam-malam. Risau jugak nak drive sorang-sorang dari Shah Alam ke Hulu Kelang tu. Kalau tak pegi, tak kena gaya pulak. Member kamceng meraikan kegembiraan setelah habis azab 5 tahun belajar. Dapat tau kat abah saya, konpem kena bebel tak gi tengok 'menantu tak jadi dia' konvo. Ye la, kawan saya si Shasha ni saggup temankan saya ulang alik jaga abah masa abah masuk hospital buat angiogram di Penang tempoh hari . "Sahabat baik perlu dijaga macam kita jaga famili kita sendiri". Lebih kurang macam tu la pesanan abah. Even, family Shasha dengan saya memang dah rapat benar. Masa cuti semester 1 dulu saya ikut family dia jalan-jalan gi Pahang, Terengganu dan Kelantan. Memang dah anggap macam famili sendiri dah pun. Shasha ni senang je berkawan dengan dia. Seorang yang "down-to-earth". Sepanjang 24 tahun hidup dan dibesarkan di bandaraya KL ni, tapi dia ni memang suka kalo dapat masuk kampung dan makan makanan masakan kampung. Tu yang seronok melayan dia. Abah pun suka kalo dia datang rumah saya di Taiping (boleh kata setiap kali cuti semester dia datang). Macam-macam yang nak bagi cik kak ni rasa. Pekasam la, durian la, cempedak la, ikan sepat la, macam-macam...(saya pun dah lama tak balik kampung.huhu...). Tapi lepas ni macam susah je nak jumpa dan ronggeng skali. Tuntutan kerja dia di hospital dan tuntutan kerja saya di lab memang banyak. Tapi takpe, Maxis kan ada...hehe...To my dearest buddy Dr. Norhayati Mohd. Noor @ Shasha, congratulation on your convocation. Semoga menjadi seorang Dr. yang baik dan solehah. Selamat bejaya dalam kerjaya yang ko cintai ni dan kehidupan ko. And one more thing, semoga "permainan aci ligan ko berakhir dengan jayanya. hihi..."


p/s: Cantik tak cincin ni?hehe... (Saje cari kontroversi..hihi...)

Wednesday, August 08, 2007

My heart sounds...

First Song
My Destiny, Christina Aguilera
(nyanyian semula oleh Misha Omar)

What if I never knew
What if I never found you

I'd never had this feeling
In my heart


How did this come to be
I don't know how you found me
But from the moment I saw you
Deep inside my heart
I knew


Baby, you're my destiny
You and I were meant to be
With all my heart and soul
I give my love to have and hold
And as far as I can see
You were always meant to be
My destiny

I wanted someone like you
Someone that I could hold onto
And give my love
Until the end of time


But forever was just a word
Something I'd only heard about
But now you're always there for me
When you say forever I'll believe

Baby, you're my destiny
You and I were meant to be
With all my heart and soul
I give my love to have and hold
And as far as I can see
You were always meant to be
My destiny


Second Song

Destinasi Cinta (Siti Nurhaliza)

Di hati yang mana

Ku temu cinta yang terindah

Kau berikan ku jawapan

Tiada lagi persoalan

Sambut cintaku ini sayang

Berselimutkan kasih kita

Diruang hati ku yang terpencil

Mekar cinta kita yang akhir

Kini

Menuju ke destinasi

Puncak cinta tertinggi

Aku menunggumu

Aku takkan jemu

Kerna cinta itu

Termanis bagiku

Mimpiku semalam

Kau hadir bersama cinta

Kau lukiskan dua hati

Lambang kasih sayang sejati

Kau datang bersama sinar

Menyuluh hatiku yang pudar

Kini semua kembali berseri

Bila kau hadir, ku damba

Matahari masih jingga

Menyalalah cinta bagai bara

Berjanjilah kita berdua

Kekal selama

Berdua

Berdoa

Bersama

Sayang

p/s: My heart cannot stop from singing both songs...I was addicted since yesterday! Jiwang karat betul. Berjangkit penyakit sapa entah. Help Me!!!hehe...

Tuesday, August 07, 2007

070807~Our Heart Songs~

Begitu banyak cerita…ada suka ada duka…cerita yang ingin ku tulis…bukanlah cerita biasa…



A poem was dedicated just for both of them
U are like a pearl
U are different from another woman
I am talking about superfacial beauty girl
The beauty unmistakable
For the eyes of honest man

Boxers’ punch harder when you are around
This causes one of us to pavot and to dream
“Do you know that they fall in love (puppy love?) In one of Perak’s town
Have you ever found?
Actually, I am talking about him.


Sometimes their heart sang this song…
Di hati yang mana…Ku temu cinta yang terindah… Kau berikan ku jawapan…Tiada lagi persoalan…Sambut cintaku ini sayang…Berselimutkan kasih kita…Diruang hati ku yang terpencil...Mekar cinta kita yang akhir...

Sometimes his heart sings this song...
Biar kau tunduk bisu…Aku tahu…Gelora hatimu…Engkau mahu…Aku lafazkan rindu… Biar kau hanya diam…Aku selam…Jiwamu terdalam…Perasaan cintamu yang kau pendam...

Sometimes her heart dedicates this song…
So far away…I wish you were here…Before it's too late…this could all disappear…Before the doors close…And it comes to an end…With you by my side I will fight and defend…I'll fight and defend


Sometimes when he feels sad, she sing…
You're not alone…Together we stand…I'll be by your side…you know I'll take your hand…When it gets cold…And it feels like the end…There's no place to go…You know I won't give in…No I won't give in

Sometimes when she needs motivation, he sings…

I think that you could be…Whatever you want to be…If you could realize…All the dreams you have inside…Don’t be afraid…If you have got something to say…Just open up your heart and let it show you the way…


Sometimes when he feels depressed, this song was dedicated to him…
Believe in yourself…Reach down inside…The love you find…will set you free…Believe in yourself…You will come alive…Have faith in what you do…You will make it through…

Tapi perjalanan itu tidak senang apabila setiap diri mereka memilih untuk berjalan berlainan arah kerana sebab-sebab yang remeh begitu. Zaman kegelapan hubungan mereka, zaman fikiran yang tidak matang dan kelakuan yang terlalu kebudak-budakkan. Namun akhirnya mereka sama-sama menyedarinya kesilapan sebenar dan menyimpulkan kata hati itu...

Dewi aku mohon beri aku kesempatan…Tuk bisa menebus dosaku kepadamu… Maafkanlah aku yang menyakitimu….Aku tidak pernah menyangka bisa begini... Dewi kaulah hidupku...Aku cinta padamu sampai mati...Dewi belahlah dadaku... Agar kau tahu...Agar kau mengerti

Dan juga...
Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu, Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu...Kerana langkah merapuh tanpa dirimu, Kerana hati telah letih... Tanpamu sepinya waktu merantai hati...


Kadang-kadang ini juga...
Tuhan maafkan diri ini...Yang tak pernah bisa menjauh dari angan tentangnya...Namun apalah daya ini...Bila ternyata sesungguhnya aku terlalu cinta dia…

Akhirnya hati mereka sama-sama menyanyikan lagu ini...
Mimpiku Semalam...Kau Hadir Bersama Cinta...Kau Lukiskan Dua Hati...Lambang Kasih Sayang Sejati...Kau Datang Bersama Sinar...Menyuluh Hatiku Yang Pudar...Kini Semua Kembali Berseri...Bila Kau Hadir, Ku Damba... Matahari Masih Jingga...Menyala Cinta Bagai Bara...Perjanjian Kita Berdua...Kekal Selama...Berdua...Berdoa...Bersama...Sayang...

p/s: Happy 7th Anniversary, My dear MNHN. Semoga kita tabah mengharungi segala dugaan dan segala cabaran. Semoga kisah-kisah lalu menjadi pengajaran dan panduan untuk kita menghadapi kehidupan masa hadapan. InsyaAllah. Semoga Allah sentiasa bersama-sama kita dan memberkati perhubungan ini. Saya mengaku saya memang seorang yang tak pandai express my feeling towards you. But i know, you can feel it... Anyway...Thanks for everything...(and the lovely Guess's handbag of course)

Monday, August 06, 2007

Lompat si belalang lompat

Di sebuah hutan, hidup seekor belalang cerdik yang lompatannya paling tinggi di antara belalang yang lain. Belalang ini sangat bangga dengan kemapuannya itu. Ia asyik melompat dari atas tanah ke dahan-dahan pohon yang tinggi. Dari atas pohon tersebut, belalang dapat melihat sebuah desa yang indah. Suatu hari, burung merpati mengajaknya terbang ke desa tersebut. Setelah mendarat, mereka mulai berjalan-jalan melihat keindahan desa sehinggalah sampai di taman berpagar tinggi yang dijaga oleh anjing besar.


Belalang bertanya, “Siapakah kamu, dan apa yang kamu lakukan di sini?” “Aku anjing penjaga taman ini. Aku dipilih oleh majikanku kerana aku adalah anjing terbaik di desa ini, ” jawab anjing dengan sombongnya. Panas sungguh hati belalang. “Hello, tidak semua binatang boleh kau salahkan. Aku mampu mengalahkanmu. Aku mencabarmu bertanding melompat, siapakah yang paling tinggi di antara kita.”


“Baik! Di depan sana ada pagar tinggi. Mari kita bertanding, siapakah yang berupaya melompati pagar tersebut.” Giliran pertama adalah si anjing. Setelah mengambil langkah, anjing itu lalu berlari dengan kencang, melompat dan berhasil melompati pagar yang setinggi orang dewasa itu. Si belalang pula mengambil tempat. Dengan sekuat tenaga belalang tersebut melompat.


Namun, ternyata kekuatan lompatannya hanya mencapai tiga perempat tinggi pagar tersebut dan belalang. Itu jatuh ke tempatnya semula. Dia cuba melompat lagi dan lagi namun ternyata gagal juga. Sambil tertawa, si anjing berkata, “Nah, belalang, apa lagi yang mahu kamu katakan sekarang? Kamu sudah kalah.” “Belum. Cabaran pertama tadi kamu yang menentukan. Beranikah kamu sekarang jika aku yang menentukan cabaran kedua?”


Cabaran


“Apa pun cabaran itu, aku bersedia,” tukas si anjing. Tambah belalang, “Tentangan kedua ini sederhana saja. Kita berlumba melompat di tempat. Pemenangnya akan diukur bukan dari seberapa tinggi dia melompat tapi dari lompatan yang dilakukan tersebut, berapa kali tinggi tubuhnya.” Dari lompatannya, ternyata anjing berhasil melompat setinggi empat kali tinggi tubuhnya. Tiba giliran si belalang. Lompatannya hanya setinggi setengah dari lompatan anjing, namun ketinggian lompatan tersebut ternyata setara dengan empat puluh kali tinggi tubuhnya.


Belalang menjadi pemenang untuk lumba kedua ini. “Hebat. Tapi pemenangnya belum ada. Kita seri dan harus mengadakan lumba ketiga,” kata si anjing. “Tidak perlu,”jawab si belalang. “Kerana, pada dasarnya pemenang dari setiap perlumbaan yang diadakan adalah mereka yang menentukan standard perlumbaan.


“ Pada lumba pertama kamu yang menentukan standard perlumbaan dan kamu yang menang. Lumba kedua saya yang menentukan, saya pula yang menang.” “Maknanya, kamu dan saya mempunyai potensi dan standard yang berbeza tentang kemenangan. Adalah tidak bijaksana membandingkan potensi kita dengan yang lain. Kemenangan sejati adalah dengan potensi yang kamu miliki, kamu mampu melampaui standard dirimu sendiri. Setuju?


Pengajarannya, betapa kita sering membanding-bandingkan diri sendiri dengan orang lain – profesion, pendapatan, pakaian, kenderaan, harta benda, kejayaan kita dan seterusnya. Hasilnya? Ada kalanya muncul perasaan-perasaan negatif seperti iri hati hati dan kecewa pada diri sendiri sekali gus menyingkirkan rasa syukur atas kehidupan. Namun, kala yang lain muncul juga semacam motivasi untuk lebih maju dan berusaha lebih tekun agar boleh melampaui orang lain.


Justeru, cara bersaing yang lebih sesuai adalah dengan diri sendiri. Mulailah mengukur kemajuan kita tahun ini berdasarkan prestasi kita pada tahun lepas. Kita tetapkan bahawa tahun ini kita harus lebih sihat dari tahun-tahun sebelumnya; pendapatan dan sumbangan tahun ini diusahakan lebih tinggi; pengetahuan yang disebarkan ditingkatkan dari tahun silam; tali silaturahim direntangkan lebih lebar; kualiti ibadat diperdalam; memperbanyakkan amalan baik dan bukannya membuang masa bercakap hal orang lain dan sebagainya.


Mengatasi


Dengan cara ini, kita ternyata lebih mampu mengatasi penyakit-penyakit seperti iri hati, dengki, rasa kecewa pada diri yang akhirnya bukan sahaja boleh membinasakan tubuh badan tetapi juga akal fikiran yang waras. Berlumba untuk memecahkan rekod peribadi yang baru, melampaui rekod yang tercapai dimasa lalu, ternyata menimbulkan rasa syukur yang begitu asyik dan membahagiakan. Kemenangan sejati bukanlah kemenangan atas orang lain, melainkan kemenangan atas hawa nafsu dan diri sendiri.


-PUTRI-
petikan daripada Mingguan Malaysia, 5 Ogos 2007

~My lovely pen-drive with Digi-man~

p/s: tetiba je teringat iklan Digi Postpaid yang baru. Ala, iklan berkisar tentang recruiting tenaga kerja baru tu... macam ada rasional je dengan cite kat atas tu. Semoga kita mengambil iktibar.

Thursday, August 02, 2007

When i feel free..

Salam semua..
I have found something lately...
And very interesting to involve in..
Really enjoy..
"What is it?"
The answer is..
Writing and Aerobik'ting'
Of course la kan the writing is not involve with the thesis at all..
The writing i mean here is like berkarya...
Tell stories about life, talking about real person,
and sometimes express my feelings, telepathy...
Everything across my mind basically...
Thats will make me feel free and relax..
Realease tension and yang sewaktu dengannya..
Aerobik'ting'
memang dah lama sangat saya teringin nak join
Alhamdulillah i found gym All For Ladies..
Men not ALLOWED!
Besttttttttnya...
sebab boleh buka tudung of course (peluh tak hengat!!)
and tak malu-malu nak guna facilities yang ada
Actually, niat awal tu nak kurus la kan, sebab dah terlalu gemuk
My BMI excedd the limit!!!
Uwaaaaaaaa nak nangis masa tau tu...
Setelah dengar perlian dan ceramah kesihatan oleh insan bernama
Encik Asri b. Hj Jafri,
Langsung insaf...
So, i must to do something
Dengan sangat rela hati gi la register kat gym
Alhamdulillah, dah masuk dua bulan
walaupun attendance bulan ke 2 ni dah banyak lompong-lompong
hehehe...
Tapi bila dah masuk bulan ke 2 ni
I was realized that sebenarnya i am not just want to become slim again
macam zaman dulu-dulu, ahaks...
But the most important thing is
I want to be healthy, more...and more..
membina stamina..
Supaya saya boleh ada tenaga dan semangat nak habiskan Msc ni.
(Pagi tadi supervisor dah tanya, "you dah jumpa semangat you belum?")
Saya hanya mampu tersengih wangi sket dari kerang...hihi...

p/s: To all my lovely blog readers, oleh sebab saya dah terlibat dengan perkara yang agak private lagi confidential ni, maka saya pun mengambil keputusan untuk menghadkan jumlah pembaca blog ni. Maknanya the invited persons are most welcome. Bukan apa, at least i feel free to jot down anything, tak perlu terlalu 'menapis' my entry...Anyway, thank you for your support and advices..