Friday, November 12, 2010

Doa Untuk Pelindung Diri

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Tiada daya dan upaya, kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Dengan kalimat itu saya lepas dan selamat dari gangguan iblis, dari kudanya, dari bala tenteranya, syaitannya, pasukannya, dan dari semua kawan-kawannya, dari semua jin dan manusia dengan segala macam kejahatannya. Tiada daya dan upaya, kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Dengan kalimat tersebut, saya menolak penganiayaan org yang ingin membuat aniaya terhadapku, dari sekian banyak makhluk Allah. Tiada daya upaya, kecuali dengan pertolongan Allah; Dengan kalimat itu saya mengecewakan orang yang telah melepaskan kesungguhannya untuk berbuat zalim kepada saya, dari sekian banyak makhluk Allah. Tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah; Dengan kalimat itu, saya menahan permusuhan orang-orang yang memusuhi saya dari sekian banyak hamba Allah.

Tiada daya dan upaya, kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Dengan kalimat ini saya membinasakan orang yang mengadu domba saya, dari semua makhluk Allah. Tiada daya dan upaya, kecuali dengan pertolongan Allah. Dengan kalimat itu saya melemahkan tipu daya orang-orang yang melancarkan tipu dayanya kepadaku, dari semua makhluk Allah. Tiada daya upaya kecuali dengan pertolongan Allah; Dengan kalimat ini aku menghinakan orang yang menghinaku, dari semua makhluk Allah. Tiada daya dan upaya, kecuali dengan pertolongan Allah.

Tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah: Dengan kalimat ini saya memecahkan orang-orang yang berbuat zalim kepadaku dari semua hamba Allah. Tiaa daya dan upaya, kecuali dengan pertolongan Allah: Dengan kalimat ini saya menguasai orang-orang yang telah menguasai saya dari sekalian hamba Allah. Tiada daya dan upaya, kecuali dengan pertolongan Allah: Dengan kalimat ini saya mempertahankan kejahatan orang-orang yang ingin berbuat jahat kepadaku, dari sekalian hamba Allah. Tiada daya dan upaya, kecuali dengan pertolongan Allah: inilah permohonan pertolongan, dengan kekuatan Allah. Tiada daya dan upaya, kecuali dengan pertolongan Allah: Inilah permohonan pertolongan dengan kekuasaan Allah. Tiada daya dan upaya, kecuali dengan pertolongan Allah: inilah perkongsian dengan kekuasaan Allah.

Tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah: Dengan kalimat inilah saya memohon pertolongan atas kehidupan saya dan kematian saya, dan ketika malaikat maut turun pada saya dan ketika sedang melaksanakan keberatan kesukaran-kesukaran kematian saya. Tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah: Dengan kalimat inilah saya membentengi jiwa dan semua anggota tubuh saya, rambut saya dan seluruh kulit saya. Tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah: Dengan kalimat inilah saya akan dimasukkan kedalam liang kubur, sendirian tanpa kawan dan hanya berdampingan dengan amal perbuatanku. Tiada daya dan upaya, kecuali dengan pertolongan Allah: Dengan kalimat ini saya meminta pertolongan dihari kiamat. Jika buku catatan amal perbuatan telah diberikan kepadaku, dan aku tahu dosa-dosaku dan kesalahanku.

Tiada daya dan upaya, kecuali dengan pertolongan Allah: Dengan kalimat inilah jika aku lama berhenti di hari kiamat dalam keadaan dahaga. Tiada daya dan upaya, kecuali dengan pertolongan Allah: Dengan kalimat inilah saya memberatkan timbangan amal perbuatan, dihari pembalasan, jika saya benar-benar ketakutan.

Tiada daya dan upaya, kecuali dengan pertolongan Allah. Dengan kalimat ini saya melewati Ash-Shirah (jambatan) dengan para kekasih Allah, dan dengan kalimat ini pula saya menetapkan kedua belah kaki saya. Tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah; Dengan kalimat inilah saya akan tetap berada di akhirat yang kekal abadi bersama orang-orang soleh, sejumlah kalimat-kalimat yang akan dibaca oleh orang-orang yang membaca sejak mulai abad yg pertama hingga akhir masa, sebanyak apa yang terkandung dalam kitab Allah, dan sejumlah apa yang diketahui oleh ilmu Allah serta lipat gandanya yang berlipat ganda. Dan semua lipat gandanya yang berlipat-lipat ganda, selama-lamanya, dan hingga kesudahan bilangan yang tidak berkesudahan. Sejumlah bilangan yang tidak akan sanggup menghitungnya kecuali Dia, dan tidak akan sanggup mengetahuinya kecuali ilmuNya. Tidak ada daya dan upaya, kecuali dengan pertolonga Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.

Note: Bagi wanita yang mengandung disarankan agar membaca dan mengamalkan doa ini selepas solat maghrib. Kerana ianya InsyaAllah akan dapat menghindari dari pelbagai penyakit dan gangguan makhluk halus seperti jin, syaitan, dajjal (rubella) dan sebaggainya, baik untuk diri sendiri mahupun anak yang ada dalam kandungan.

Munirah Abdul Ghani, Si Comel Ku: Panduan Ibu Hamil, Kelahiran dan Menamakan Bayi (2010), Cetakan Ketiga, Al-Hidayah Publication

The Flashback-Mukadimah

Allahuakhbar! Allah Maha Besar!

23 April 2010- Dalam keadaan masih menahan tangis, seawal 530 pagi saya kejutkan suami dari tido. Suami terkejut tgk saya macam tu,dia tak henti2 tanya saya, tapi saya tak boleh bersuara. Saya tenangkan diri, saya peluk suami saya dan ckp dengan dia ‘Abang, bangun mandi. Kita solat subuh jemaah. Kita kena doa, berterima kasih dengan Allah sebab Dia dah bagi kita baby”. Automatik terus suami sy terduduk sambil mengucapkan syukur.

Sebenarnya sebelum tu sudah seminggu saya demam malam, tapi saya refuse bila suami suruh makan ubat, walaupun panadol. Tiada selera makan walaupun sebelum ni itu la menu kegemaran, cepat berasa penat dan mudah mengantuk. Yes, sejak berkahwin hampir setahun yang lalu, saya mmg jaga pemakanan dan ubat-ubatan yang saya makan. Nenas, air tebu, mangga bak kata org semua makanan yang boleh mengurangkan risiko hamil saya tak sentuh langsung. Kalo migraine menyerang, saya rela menahan sakit berhari-hari. Kalau dah 3 hari tak sembuh jugak, baru saya telan panadol. Tu pun saya tak sentuh ubat migraine or pil penahan sakit yang lain yang agak kuat kesannya. So, berbalik dari kisah demam tadi, disbbkan hampir seminggu dah saya demam dan saya tak nak ke klinik, suami apa lagi. Mulalah dia susah hati. Akhirnya saya bersuara, boleh saya makan ubat, tapi dia mesti belikan saya UPT kit dulu. Saya mahu confirm yg saya betul2 tak hamil sebelum saya makan ubat. Sebenarnya saya tak yakin yang saya mengandung pun masa buat ujian tu, sebab dalam masa yang sama saya masih merasai tanda2 PMS (sakit di sekitar ari2, payudara rasa bengkak dan sakit, pening kepala dan sentiasa rasa panasdan berpeluh2). Dua minggu sebelumnya pun saya cuba lakukan test yang sama secara senyap2, tapi resultnya negative. Saya tak smpi hati cerita kepada husband, takut dia sedih. Ampun bang! (kalo dia dah baca post ni, dia baru tau. hihi...)

Bila kit ujian dah menunjukkan positif 2 line, kami amik keputusan untuk ke klinik untuk double confirm keputusan tersebut. Alhamdulillah, mmg Allah dengar doa kami selama setahun ni. Si comel itu sungguh kecil ,mesin scan nak ukur pun tak masuk measurement size sebab si dia baru berusia 4 minggu. Hubby sepanjang jalan pulang ke rumah asik senyum, senyum, dan senyum. Nak tergelak pun ada jugak dibuatnya dgn sikap dia. Menjerit dalam kereta “Aku nak jadi bapak”. Hahaha..lawak betul. Petang tu semasa dia pulang dari kerja dia mengadu, nape pulak dia yang rasa mual-mual, pening kepala dan rasa tak sedap badan. Saya kata biasa la tu, nak bagi experience mcm mana rasa symptom mengandung. Padahal saya ok je, takde pulak mengalami semua tu. (ayat belagak!)

Thursday, August 05, 2010

Nasi Lemak Buah Bidara


Info 1

RAWATAN AKIBAT SIHIR MENGGUNAKAN DAUN BIDARA.

1. Dalil bahawa Daun Bidara beserta Rukyah mengubati Sihir:

Ibnu Katsir dalam huraiannya apabila menafsirkan Surah Al Baqarah Ayat 102 berkaitan Syaitan yang memfitnah Nabi Allah Sulaiman bahawa baginda menggunakan Sihir bukan Mukjizat meriwayatkan bahawa:


Al Qurtubi menceritakan daripada Wahab untuk mengubati Sihir: “ Diambil 7 helai daun bidara ditumbuk halus lalu dicampurkan air dan dibacakan Ayat Kursi dan diberi minum pada orang yang terkena sihir tiga kali teguk dan baki airnya diguna untuk mandi ,Insya Allah akan hilang sihirnya”. “Dan diutamakan membaca Qul A’uzubil Falak ,Qul A’uzubirabinnas juga ditambah Ayat Kursi kerana ayat-ayat itu dapat mengusir Syaitan.”


( Tafsir Ibn Katsir Jilid Satu Terjemahan Singkat Halaman 171)

( Tafsirul QuranilAzim Juz: 1 halaman 372 )


  • Pokok bidara dimana daunnya sebenarnya mempunyai khasiat dan sangat mujarab bagi penyakit-penyakit spritual(gangguan makhluk halus). Daunnya digunakan untuk dibuat mandi selama 3 hari berturut-turut.

  • Biasanya orang dulu-dulu menggunakan daun ini untuk dibuat mandi mayat. Kalau disebelah Pantai Timur masih lagi digunakan daun ini untuk memandikan mayat.

Ingin tahu dengan lebih lanjut? Info boleh diperolehi di sini


p/s: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Tiada daya dan upaya kecuali dengan Pertolongan Allah. Dengan namaMu kami memohon pertolongan dan perlindungan.

Friday, February 12, 2010

Selamat Tahun Harimau

Pagi ni perjalanan ke ofis sungguh lancar. Pelik jugak Jalan Hulu Langat tu lengang semacam je. Lepas tu baru teringat yang rupa-rupanya budak-budak sekolah dah mula cuti hari ni. Padan le boleh sampai ofis tak sampai 15 minit. Selalu tu kalo tak 30 minit tak sah. Bukan jauh sangat pun dari rumah nak ke ofis, lebih kurang 5 km sahaja. Sebabnya sepanjang jalan tu je dah ada dekat 3 buah sekolah, tu belum termasuk sekolah rendah agama yang akan di buka tak lama lagi. Agaknya pemandu lori pasir ke Sg Long tu pun dah mula bercuti jugak gamaknya. Sampai ofis, nak cari parking pun tak payah susah-susah. Pilih je suka-suka hati nak letak kat mana. Bagusnya setiap hari kalo macam ni. Kurang stress. huhu..

Masuk je department, mmg ramai jugak la mula bercuti jugak. Alahai, lagi kuat la 'syndrome' malas nak keje arini. Kalo tak mengenangkan anual leave yang dibawa dari tahun lepas ada 0.83 hari je (macama mana tu?). En. hubby pun dah bercuti hari ni. Seronoknya!! Selain sekadar bercuti untuk berehat sebelum berpindah ke HPj, hari ni hubby kena menjemput Abg Hazru yang akan menjejakkan kaki di Malaysia dari Abu Dhabi di LCCT. Tamat sudah beban rindu Kak Ilah dah Hafiy selama 3 bulan.

Esoknya awal pagi sesudah subuh, insyaAllah kami akan bertolak balik ke Taiping. Selain dari sama-sama memenuhkan jalan raya sempena cuti panjang menyambut CNY, kami balik juga sempena kenduri tahlil arwah emak dan arwah atok (Al-Fatihah) cum majlis cukur jambul cucu Acik dan Pakcik. Semga kami dipermudahkan urusan esok hari. Semoga saya juga tabah mendengar soalan-soalan "cepumas" dari saudara mara esok. Andai la saya tau jawapannya, saya dengan senang hati akan berkongsi dengan semua orang. Doakan saya ye pembaca semua.

p/s: Selamat Tahun Baru Cina untuk semua rakyat Malaysia. Kita kan Satu Malaysia

Thursday, February 11, 2010

Ilmu Keibubapaan

Nasihat dari Dorothy Law Notle:

"Sekiranya seorang anak hidup dalam kritikan, ia akan belajar menghukum. Sekiranya seorang anak hidup dengan permusuhan, ia akan belajar kekerasan. Sekiranya seorang anak belajar hidup dengan ejekan, dia belajar menjadi malu. Sekiranya seorang anak hidup dengan perasaan malu, dia belajar berasa bersalah. Sekiranya seorang anak hidup dengan dorongan, dia belajar mempercayai dirinya. Sekiranya seorang anak hidup dengan keadilan, dia belajar menjalankan keadilan. Sekiranya seorang anak hidup dalam ketenteraman, ia belajar mengenai keimanan. Sekiranya seorang anak hidup dengan sokongan, dia belajar menyukai dirinya sendiri. Sekiranya seorang anak hidup dengan penerimaan serta persahabatan, dia belajar untuk mencintai dunia."

Dipetik dari: Setengah Berisi Setengah Kosong, Parlindungan Marpaung

p/s: Rindukan Abah dan adik-adik. Sangat merindui arwah emak. Al-fatihah

S>A>H>A>B>AT

Adi dan Rudi adalah dua orang anak muda yang bersahabat baik sejak daripada sekolah rendah lagi. Mereka bekerja sebagai penghantar alat-alat ganti di slah sebuah syarikat keretapi. Tugas mereka adalah menghantar alat-alat ganti ynag diperlukan dari satu stesen ke stesen yang lain dengan menggunakan kereta kuda.

Suatu petang menjelang senja, mereka berdua di tugaskan menghantar beberapa jenis alat ganti ke sebuah stesen bagi memperbaiki sebuah kereta api rosak. Alat-alat ganti perlu dihantar malam itu juga kerana kereta api itu perlu berangkat keesokan paginya. Kawasan yang perlu mereka lalui memang terkenal dengan serigala buas yang sering menyerang manusia. Tetapi oleh kerana tugas dan dedikasi mereka terhadap kerja, kedua-dua sahabat itu berangkat juga.

Rudi memang agak penakut rnagnya, dia takut keadaan yang gelap apalagi buas seperti serigala itu. Tetapi Adi menguatkan hatinya demi melaksanakan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka.

Setelah segala persiapan selesai, mereka pun berangkat dengan menaiki kereta yang ditarik oleh lima ekor kuda. Mereka akan menempuh lima rumpun pokok buluh yang menjadi sarang serigala buas. Apabila melalui rumpun pertama, kelihatan puluhan pasang mata bercahaya daripada rimbunan buluh itu, empunya mata-mata tersebut bersiap sedia mahu menerkan mereka. Rudi bertanya, " Bagaimana kita hendak mengelakkan serangan binatang itu?"

Adi dengan tenang melepaskan seekor kuda, yang terus diserbu oleh serigala-serigala itu. Ketika tiba di rumpun yang kedua, Adi melepaskan kuda yang kedua. Adi melakukan tindakan yang sama di rumpun buluh ketiga dan keempat.

Apabila mereka tiba di rumpun kelima, Rudi mula takut dan panik kerana kuda mereka tinggal seekor sahaja. Sekiranyamereka melepaskan kuda itu, tentulah mereka juga akan menjadi makanan serigala yang buas itu. Dalam ketakutan, dia bertanya kepada Adi, " Apa yang kita hendak buat sekarang ini?"

Adi menyuruh Rudi bertenang. "Tentu ada jalan penyelesaiannya, yg penting barang-barang ini mesti sampai ketempat yang dituju dengan selamat".

"Tetapi bagaimana caranya kita boleh melalui ancaman ini dengan selamat?" tanya Rudi dalam kepanikannya.

Adi mendakap sahabatnya dan memberitahu yang sahabatnya itu perlu meneruskan perjalanan ke stesen bagi menghantar alat-alat ganti itu dan biar dia yang menyelesaikan masalah serigala itu.

Setiba mereka di rumpun buluh kelima, Adi menyerahkan tali kekang kuda kepada Rudi untuk dikendalikan. Sementara itu, puluhan mata serigala memerhatikan mereka dan bersiap sedia hendak menyerang. Tiba-tiba adi melemparkan dirinya ke arah rimbunan pokok buluh itu dan dengan serta merta serigala-serigala itu menerkamnya. Adi mengorbankan dirinya demi keselamatan kawan dan amanah yang di berikan oleh syarikat.


Pembaca sekalian, apa pendapat anda mengenai cerita di atas? Mari kita kongsi bersama. Tinggalkan komen anda semua ye.

Quote:

" Sahabat sejati adalah rang yang sanggup mendengar dan mengerti ketika anda mengungkapkan perasaan anda yang paling dalam. Dia juga menyokong ketika anda sedang berjuang, menegur dengan lembut dan penuh kasih sayang ketika anda berbuat salah dan tidak menyalahkan anda sekiranya anda gagal. Seorang sahabat sejati akan memberikan semangat bagi perkembangan peribadi anda, mendorong memaksimakan potensi anda sepenuhnya. Dan yang paling menakjubkan, dia juga meraikan kejayaan anda seolah-olah kejayaannya sendiri". Richard Exley (2002)

Dipetik dari: Setengah Berisi Setengah Kosong, Parlindungan Marpaung

Tuesday, February 09, 2010

Carpal Tunnel Syndrome

For everyone who works daily on a computer. The mistakes daily mouse and keyboard usage will result to this syndrome. So, lets practice the correct way to use it.






Monday, February 08, 2010

Novel Kuasa Empat

Saya nak dapatkan ini


Novel ni jugak



Yang ini sudah pasti


Dan mungkin tambah ini sekali


Tak sabarnya rasa hati nak borong buku
Di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
Pada 19-28 Mac 2010
Bertempat di PWTC, KL

p/s: Gerai wajib kunjung- Jemari Seni Publishing, D55, 56, 57, Dewan Tun Razak 3

Friday, February 05, 2010

Buku bulan ini


Sekadar ingin berkongsi
Buku ni saya beli kira-kira sebulan yang lepas
Cadangnya menuju ke MPH Midvalley utk mencari novel
Setelah belek-belek novel yang ada di rak
Tiada yang berkenan di hati
Belek ke rak yang lain
Jumpa la buku kat atas tu
"Sangat Menarik!!!"
Dah lama saya teringin nak belajar ilmu metafizik ni
Tapi setelah mengetahui kosnya agak beratus
Saya batalkan niat
So, bila dah jumpa buku ni
Saya ambil dan terus bayar di kaunter
Kandungan buku ni amat mudah difahami,
Pengiraan tarikh lahir yang mudah
Terdapat juga panduan-panduan mengenai setiap nombor
Kegunaan buku ni??
Ia amat berguna untuk kita mengetahui segala kekuatan dan kelemahan
Untuk kita ambil langkah pertama
Untuk memahami diri dan melakukan perubahan dari apa
yang ada sekarang sehingga tahap yang diperlukan
Supaya kita dapat pastikan jalan yang di pilih untuk berubah itu
Adalah yang terbaik ataupun tidak
Ia jugak bagus itu kira memahami
karakter ahli keluarga, sahabat, bos dan sebagainya
Dengan sekadar mengetahui tarikh lahir mereka.

p/s: Saya gunakan buku ni semasa seisi Mentor-Mentee bersama student

@--- S.A.T.U T.A.H.U.N @-----

Sabtu yang lepas

Kami pegi tengok ni




dan ini ...




pastu bunga mawar putih ni ...




bunga comel ni jugak ...




dan ini lagi ...



pastu bercadang-cadang nak membeli ini ...







Hrmm.. yang ini pun nak beli ke??



Keesokannya, kami juga melawat tempat ni ...


dimana kita boleh belajar macam mana ini dihasilkan ...



on the way balik, menikamati ini ....




selepas tu singgah di sini ...



sambil tu buat aktiviti macam ni ...



Kami ke sana , sempena menyambut ini ...



30 Januari 2009-30 Januari 2010
Setahun genap kami berumahtangga
Semoga hubungan yang terbina akan terus kekal
hingga bila-bila
Walaupun sepanjang masa setahun itu
sudah tak terkira banyaknya halangan dan dugaan
berkunjung tiba
Sudah memang adat berumah tangga
pahit, manis masam, masin pahit mesti dirasa
semoga itu semua tidak melunturkan kasih sayang kami berdua
Doakan kami ye pembaca semua
semoga kami akan terus bahagia
dan semoga segala impian kami akan terlaksana

p/s: Tahniah pada sepupu saya Khairil & Eja kerana mendapat cahaya mata sulung pada 29 Jan 2010 yang dinamakan Ain Nur Khalishah Bt. Mohd Nur Khairil (Penat budak ni nak belajar menulis nama nanti)

Wednesday, January 20, 2010

Pembuka Pintu Rezeki

Rasulullah SAW pernah bersabda :
"Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup@telah tiada)" nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu.

Berdasarkan Hadith Nabi SAW:" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak
meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. Tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 Kita dan mereka2 yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah SWT.

Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris. Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsbnya.) InsyaAllah berusaha dan bertawakal. InsyAllah, rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, STPM, IJAZAH dsb nya, tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita. Mari kita cuba. Allahhuakbar.

Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)

Caranya :
'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin. ..." (Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)

Untuk yang sudah meninggal :
"YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman.

Sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah.

p/s: Semoga arwah emak sentiasa didalam lindunganNya..

Tingkatkan usaha, jangan putus asa..

Kelahiran cahaya mata sememangnya dinanti-nantikan oleh setiap pasanagn yang berumah tangga. Sememangnya selain dari menzahirkan erti cinta, kelahiran insan comel ini sememangnya akan menjadi penyejuk hati, menceriakan jiwa dan juga sebagai tanda kasih sayang Allah kepada pasangan itu sendiri. Dimurahkan rezeki dalam segala bentuk sama ada, wang ringgit, zuriat keturunan dan kesihatan yang baik sering kita dambakan setiap hari. Akan tetapi rezeki yang Allah berikan ini berbeza antara setiap satu pasangan dan pasangan yang lain. Apa yang penting kita sebagai hambanya ini jangan mudah berputus asa dan bersangka baiklah selalu terhadap semua kurniaanNya. Tidak dinafikan, rasa sedih itu semestinya bertamu di hati ketika mendengar khabar gembira rakan-rakan dan insan-insan sekeliling yang sudah dikurniakan atau menanti kelahiran cahaya mata. Sampaikan pada satu tahap terfikirkan, dimanakah kekurangannya, di manakah silapnya...Tiada jawapan. Tapi seharusnya kita kembali semula kepada perkara asas yang mana semua yang terjadi mesti ada hikmahnya. Yang penting kita terus berusaha dan memperbaiki segala kekurangan. Jangan terlalu mempersoalkan apa yang Allah beri pada kita kerana kita sebagai manusia biasa tidak pernah rasa cukup denga apa yang kita ada. Sepatutnya kita muhasabah diri, perbetulkan kesilapan dan menggandakan ilmu duniawi dan ukhrawi sebagai persediaan kehidupan berkeluarga. Hanya DIA yang tahu kita sebenarnya sudah bersedia atau tidak. Tiba masanya 'Anugerah' itu akan hadir juga tanpa kita sangka-sangka. Berdoalah selalu.

Sekadar ingin berkongsi info dari http://nuriman.wordpress.com/2007/08/01/doa-amalan-untuk-memperolehi-zuriatustazah-siti-nor-bahiyah/.

Apa yang dapat disimpulkan dari artikel tersebut adalah:

Pertama, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.”

Kedua, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.”

Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:

1. Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.
2. Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.
3. Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.
4. Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.
5. Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.


Surah Al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan

Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.

Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.

Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hati

Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.

Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.

Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

Antara amalan-amalan yang boleh dipraktikkan oleh setiap pasangan:

Amalan pertama

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

Amalan kedua

-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

-Sama-samalah kita amalkan, semoga Allah mendengar permintaan kita-

p/s: Miey, Thanks for the info.