Thursday, July 20, 2006

Tetiba je teringat...



So meaningful song for me! Sekali dengar trus jatuh hati =)

Friday, July 14, 2006

Suratan..

Baru-baru ni saya sempat jugak la berchatting dengan sorang member lama. Sebab dah lama tak sembang and bersua-muka maka macam-macam la cite yang keluar. Sembang punya sembang, borak punya borak sampai la part saya mengusik dia bertanyakan bila nak kawin. Maklumlah, dah abis belajar kan. Ape lagi nak tunggu. (orang slalu kata la!) Penat jugak nak korek rasia ni sebenarnya, ayat kene berlapik-lapik. huhu... Dah lama-lama baru la dia melayan kerenah saya. Tapi tak sangka pulak...


Member saya: Ntah la..Aku ni sape la yang nak.
Saya : Eh! Ramai je yang nak, hang yang jual mahal sangat kot?
Member saya: Tak tau la aku yang jual mahal atau dia yang tak mampu nak beli!

Saya mula pelik dengan ayat-ayat dia tu. Bunyi macam orang frust lagaknya. Tapi bila dah tanya-tanya akhirnya dia mengaku.

Member saya: Aku sayang dia sangat..Tak pernah selama aku berkawan dengan mana-mana lelaki aku rasa macam ni. Dengan dia perasaan aku lain. Masa mula-mula kenal dulu, aku rasa dia yang terbaik and sesuai buat aku. Dah 3 tahun kami kawan, last-last dia kata dia dah ada gf.
Member saya: Sedih sangat aku rasa. Dah ada gf nape layan and cari aku? Nape bagi harapan pada aku?
Saya: : Bila baru dia mengaku?
Member saya: Baru je sebulan. (patutlah frust semacam!)
Member saya: Kami tak pernah bercouple, tapi layanan dia tu yang buat aku rasa kami macam couple yang lain. Aku sedih la dia buat aku macam ni. Ape salah aku wei?
Saya : (Terkedu..tak tau nak cakap ape.) Sabarlah banyak-banyak. Mungkin ini ujian dalam hubungan korang. Ada jodoh tak kemana. Yang penting jangan salahkan diri tetapi ingat DIA selalu. InsyaAllah semuanya akan kembali seperti sediakala.
Member saya: Tapi susah nak lupa. Bila aku dok sorang-sorang aku mesti teringat kat dia.
Saya : Dah tu, hang jangan la dok sorang-sorang. (konon-konon nak buat lawak la!).
Member saya: Hang ni..aku serius tau dak.huhu..sedih ni..
Saya : Aku pun serius! Memang first love tu susah nak lupa. Aku admit. Tapi sampai bila hang nak meratap nasib hang. Hang kat sini dok sedih-sedih, dia seronok je berkasih dengan gf kat sana. Tabahkan hati. InsyaAllah hang akan dapat balik diri hang.
Member saya: Aku tak tau la...Tapi aku cuba. Hang doakan aku ye..Support aku...
Saya : Ye la...Aku doakan hang bertemu dengan orang yang paling sesuai dan yang penting menyayangi hang tanpa KOMPROMI. Sedia terima hang seadanya. Tapi jangan serik nak mencuba, buka pintu hati tu, jangan kunci sebab masih mengharapkan dia. Ramai lagi kat luar sana yang tau menilai...
Kesian kat kawan saya ni. Bukan tak de rupa, belajar pun pandai, tapi tak tau la sama ada kita yang perempuan ni hatinya lembut sangat ataupun lelaki tu sendiri yang buta mata. Dah la buta mata, mata hati pun buta jugak kot! (tetiba je emosi). Astaghfirullah..tetiba saya tersedar bahawa kita ni hanya dapat merancang tetapi perancangan DIA tu yang paling sempurna. Mungkin ada hikmah yang terselindung yang akan tersingkap selepas ni. ..Hanya DIA yang MAHA MENGETAHUI.

" ...boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al-Baqarah, 216)

p/s: Khas untuk member saya. (mungkin anda juga!) Semoga beroleh kebahagian kelak.. =)

" Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk medengar dan dua mata untuk melihat, tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati kepada kita? Kerana Tuhan memberikan sekeping hati lagi kepada orang lain untuk kita mencarinya".
( Dato Dr. Hj Mohd. Fadzilah Kamsah)

Tuesday, July 11, 2006

Saling melengkapi

Februari = Mei

1. Mudah menawan hati orang lain
Pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian
2. Keras hati untuk mencapai matlamat
Keras hati dan degil
3. Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk direalisasikan
Suka berangan, daya khayalan tinggi
4. Pemerhatian yang tajam
Berfikiran tajam
5. Amat mudah dan boleh jadi terlalu boros
Agak boros
6. Mudah mempamerkan marahnya(emosinya)
Mudah marah apabila tidak dikawal
7. Suka hiburan, sukan dan yang bersifat seni
Suka sastera, seni dan muzik serta melancong
8. Berpesonaliti yang mudah berubah
Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain

Februari vs Mei

  • Berfikiran warak
  • Sukakan benda yang realiti dan abstrak
  • Intelligent, bijak and genius
  • Agak pendiam, pemalu dan rendah diri
  • Jujur dan setia pada segalanya
  • Tidak suka dikongkong
  • Mudah memberontak apabila dikongkong
  • Suka kegiatan lasak (kerja luar)
  • Emosi mudah terluka dan sensitif
  • Tidak suka benda remeh temeh (banyak guna otak kanan)
  • Suka berkawan tapi kurang mempamerkan
  • Sangat berani dan mudah memberontak
  • Sangat romatik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
  • Kecenderungan pada benda tahyul
  • Belajar untuk mempamerkan emosinya

  • Semangat dan bermotivasi tinggi
  • Perasaan yang amat mendalam
  • Cantik dari segi fizikal dan mental
  • Tidak perlu dimotivasikan
  • Mudah dipujuk
  • Bersikap sistematik (otak kiri)
  • Kuat daya firasat ( memahami apa yang terlintas dihati orang lain tanpa diberitahu
  • Bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit
  • Pandai berdebat
  • Bentuk fizikal yang baik dan menarik
  • Kelemahan sistem pernafasan
  • Tidak berapa suka duduk rumah
  • Tak boleh duduk diam
  • Rajin dan bersemangat tinggi

"Sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran ALLAH bahawa DIA menjadikan untukmu jodoh daripada jenismu sendiri, agar kamu memperolehi sakinah padanya, dan kemudian DIA ciptakan antara kamu berdua cinta berahi dan kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda bagi mereka yang mahu berfikir." (Ar-Rum, 31)

Akhirnya..

Assalamualaikum...

"Akhirnya...berjaya juga saya punya blog sendiri dalam hidup saya. Maklumlah...saya ni agak buta IT. Tu yang lambat skit. Orang lain dah berzaman-zaman maju, saya baru nak merangkak..hehe..tapi tak kisah la kan, at least saya belajar sesuatu yang baru. Rasa bangga jugak dah tau sesuatu yang saya tak penah tau pun selama ni"- sesape yang rasa macam penah baca ayat ni kat memane, betul la tu. Saya copy and paste balik yang dari dalam blog friendster...No idea so far. Rasanya tak salah kan?...hehe...Alhamdulillah bertambah sket ilmu saya dalam hal-hal berkaitan komputer ni. Just want to take this oppurtunity to say thank you so much to Miey yang sudi mengajar bab-bab ber'blog' ni. Jeles tengok blog dia and blog-blog lain yang cantik-cantik belaka and update selalu. So saya pun teringin mencuba nasib. Jangan serik tau nak mengajar, mungkin lepas ni still perlukan khidmat dia sebagai rujukan.(kena buat appointment dulu tak?) huhu... Banyak lagi yang tak tau ni. Last but not least, for u guys, hope you enjoy with this. I will try to serve u the best. Your comments and advise are always welcome. Salam ukhwah...Jaga diri, Hiasi peribadi.