"Aku berlindung pada Tuhan Yang Menguasai Matahari. Moga-moga kesakitan ini pergi, pohonku dalam hati. Aku membaca surah tiga Qul; Surah An-Nas, Al-Falaq dan Al-Ikhlas lalu dituipkan pada telapak tangan kanan. Kemudian aku mengusap pada bahagian kepala yang sakit tadi beberapa kali. Cuba amalkan ajaran Rasulullah..." ~Rnysa~
Syukur alhamdullillah. Malas nak ambil Ponstan 500 mg dan Cinnanzine 25 mg, saya cuba amalkan ilmu yang saya dapat semasa membaca RADHA. Sakit kepala dan rasa sengal dibahu juga leher hilang selepas 'menderita' migrain beberapa hari yang lepas. Siapa kata baca novel tu tak memberi manfaat dan membuang masa? Yang penting kita mesti pandai memilih dan menilai. Ilmu pengetahuan ada dimana-mana dan ia perlu dicari bukan dinanti.
p/s:
Tak sabar menunggu Pesta Buku di PWTC pada 4-13 April 2008.
My Mister: Awak stress sangat ni. Sebab tu sakit kepala tu melarat sampai sakit-sakit leher dan bahu. Cuba rest..
Saya: Ok. (apa yang saya stress sangat ni??? saya bertanya dalam hati)
1 comment:
haaa mungkin ko stress sbb bnyk sgt wat koje.. heuhu common one..
Post a Comment