Monday, March 17, 2008

Mr. and Mrs Kapten

Hujung minggu lepas saya bertemankan Kak N yang baik hati balik Taiping. Yey..bestnya dapat balik rumah. Last balik pun CNY yang lepas dan kebetulan nak menghadiri walimah schoolmate iaitu Shahrul Azuan dan pasangannya Diyana. Sebenarnya bekas kapten rumah Omega (SMKTT) ni dah lama bernikah (Deepavali) dan baru minggu lepas berkesempatan untuk buat majlis. So, layan je gambar-gambar di sekitar majlis yang bertemakan gabungan warna putih keemasan ni ye...



Pasangan pengantin bersama 'Pengapit-pengapit' lelaki




Pelamin dan kamar yang dihias indah. Saya suka konsepnya. Simple but nice


Kita posing dulu sambil menunggu giliran untuk bergambar bersama pengantin


Sebahagian ex-SMKTTian bersama pasangan mempelai

Pose istimewa dari pasangan raja sehari

Ni je gambar yang sempat ditangkap sepanjang 2 jam di majlis kenduri. Disamping sibuk dengan melayan 'tuntutan' perut, hujan pulak turun mencurah-curah. Taiping dan hujan tak dapat dipisahkan. Ape-ape pun untuk gambar yang lebih menarik, kita tunggu klon 'anuar zain' kat sebelah tu update blog dia. Beria tangkap gambar potong kek, jalan bawah pedang segala bagai sampai tercicir glasses. Nasib ada sorang pakcik yang baik hati tu jumpa dan pulangkan. Nasib hang la shafared. Kalo tak, melayang duit gaji bulan depan. Sambil tunggu hujan reda, kami menikmati cendol yang disediakan oleh pihak tuan umah. Hujan bukan alasan. hehehe... Dapat panggilan dari abah untuk temankan dia hantar adik saya ke Sintok petang tu juga. Adus... punah harapan nak gi makan laksa di kaki Bukit Larut. Tak dapat nak bawak Kak N ronda-ronda Taiping. Cuti atas jalan jela nampaknya minggu lepas. Sampai lenguh-lenguh bahu memandu dari KL-Taiping-Sintok-Taiping. Semalam mendera Shafared bawak keta balik KL. Nasib badan la...

p/s:

Thanks a lot to Kak N yang sudi temankan saya balik tempohari. Power Rangers kan kat Pangkor. Dia tak baper galakkan saya drive balik sorang-sorang. Thanks ye Kak N. Jasamu ku kenang.

Tahniah juga untuk Arul yang bakal menjadi bapa pada bulan 8 ni. IsyaAllah.

No comments: