Wednesday, March 12, 2008

Misi menyelamat rescue 911

Semalam

selepas 2 jam berhadapan dengan pelbagai dugaan

misi berjaya

punya lah penat

ala, bukan misi apa sangat pun sebenarnya

tapi amat penting bagi saya dan housemate

yang memang penggeli binatang ni.


Nak jadi cerita

masa Kak N sibuk2 nak jemur kain yang di basuh

di ruang penyidai kain di belakang umah

Kak N tetiba menjerit

"Riza, ada anak kucing!!!"

Ha??? anak kucing???

patutla ahad lepas masa saya nak jemur baju

ada sekor kucing tengah bersantai je di ruang belakang tu

tapi sebab saya ni kurang sket sikap penyayang dengan kucing

saya terus lari masuk umah bila kucing tu mengiau

terus tutup pintu geli punya pasal

mungkin kucing tu mengiau

sebab nak bagitau dia dah selamat beranak kot

alahai kucing..

sian kat ko sebab bagitau salah orang

mana la saya paham..hihihi


Dengan jasa baik Cik 'W' dan Pn 'J'

rakan-rakan lab yang baik hati

dan sangat penyayang dengan kucing

dengan rela hati tolong saya pindahkan kucing-kucing ni

Sian Pn 'J' kena cakar dengan kucing
siap tertukar mak kucing

(mak kucing tu lari sebelum sempat dimasukkan dalam keta pastu Cik 'W' jumpa kucing yang sama warna dengan mak kucing tu, trus tangkap dan masuk dalam keta. Tapi bila sampai umah cik'W' mak kucing tu taknak kat anak-anak kucing tu. mana la mak kucing tu nak kan, bukan anak dia pun. Mak palsu!)


Disebabkan kesian kat anak-anak kucing tu

kami pun buat keputusan nak hantar balik anak2 kucing tu

dan mak kucing palsu tu balik

mesti mak kucing sebenar tu tengah 'meroyan' cari anak-anak dia yang hilang

bila sampai je kat umah saya

belum sempat naik ke rumah lagi

mak kucing sebenar tu dah menunjukkan muka

bila kami dekatkan anak-anak kucing tu kat mak kucing tu

mak kucing tu mahu je duduk kat anak-anak dia

takde la garang macam mak kucing palsu tadi

SAH! memang mak betul.


Skali lagi kami ke umah Cik 'W'

menghantar rombongan keluarga kucing

kali ni dengan kehadiran ibu yang sebenar

Alhamdulillah

saya bersyukur sangat kucing tu diberikan

kepada orang yang penyayang macam cik 'W' dan famili

Semoga anak-anak kucing tu

dapat membesar dengan sihat dan aktif.

(macam pesanan penaja apa je. hehehe...)

p/s: Thank you so much to Pn 'J' dan Cik 'W' dari saya dan housemate.

2 comments:

umi said...

lalalala. aku phobia kucing. so xnak komen lelebeh. hehe. kucing ni ada kaitan dgn lelaki kucing tu x???

ayong afzan said...

uish...mulut...macam takde kaitan je. kucing yang kat umah aku tu binatang betul.huhuhu...