Showing posts with label My mister. Show all posts
Showing posts with label My mister. Show all posts

Thursday, March 27, 2008

Dari sebuah buku


"Aku berlindung pada Tuhan Yang Menguasai Matahari. Moga-moga kesakitan ini pergi, pohonku dalam hati. Aku membaca surah tiga Qul; Surah An-Nas, Al-Falaq dan Al-Ikhlas lalu dituipkan pada telapak tangan kanan. Kemudian aku mengusap pada bahagian kepala yang sakit tadi beberapa kali. Cuba amalkan ajaran Rasulullah..." ~Rnysa~



Syukur alhamdullillah. Malas nak ambil Ponstan 500 mg dan Cinnanzine 25 mg, saya cuba amalkan ilmu yang saya dapat semasa membaca RADHA. Sakit kepala dan rasa sengal dibahu juga leher hilang selepas 'menderita' migrain beberapa hari yang lepas. Siapa kata baca novel tu tak memberi manfaat dan membuang masa? Yang penting kita mesti pandai memilih dan menilai. Ilmu pengetahuan ada dimana-mana dan ia perlu dicari bukan dinanti.



p/s:

Tak sabar menunggu Pesta Buku di PWTC pada 4-13 April 2008.



My Mister: Awak stress sangat ni. Sebab tu sakit kepala tu melarat sampai sakit-sakit leher dan bahu. Cuba rest..
Saya: Ok. (apa yang saya stress sangat ni??? saya bertanya dalam hati)

Thursday, March 13, 2008

Power Rangers Hijau


Bermula esok sampai la 2 minggu lagi
baru dapat jumpa 'Power rangers hijau'
lamanya ... nak tunggu My Mister balik
Nak buat macam mana
Kursus induksi memang wajib
untuk semua kakitangan baru kerajaan
kalau tak susah pulak dalam
urusan kenaikan pangkat dan sebagainya
Ermm... takpe la
Untuk kesenangan di masa hadapan jugak
Macam-macam jugak la persediaan yang dibuat minggu lepas
Beli beg besar
(nak duduk 2 minggu kan. tapi rasanya takde la besar sangat kalo nak dibandingkan bila perempuan packing barang nak gi outstation 2 minggu)
Beli panadol, minyak gamat, plaster, tisu,
dan yang paling penting 'Sun-block'
duduk 2 minggu kat pulau tu
tepi laut lagi
mau terbakar punya
So, ape saya nak buat selama 2 minggu ni ek?
Kena cari aktiviti lain di hujung minggu la nampak gayanya
Minggu ni balik kampung dulu
nak meriahkan kenduri kawin Arul & Diyana
Minggu depan???
Akan difikir kemudian... (^_")