
Setelah bertanya pendapat ramai pihak, banyak la jawapan yang saya terima. Banyak yang memberikan galakkan seperti " bila lagi nak timba pengalaman di tempat orang", " baguslah dan dapat kepercayaan dari orang lain even Msc awak pun tak habis lagi" dan " Diaorang dah nampak potensi dalam diri you, sebab tu diaorang kasi peluang". Sume galakkan tu memang membuatkan saya tambah bersemangat. Sudah terbayang-bayang di ruang mata keindahan bumi Sarawak tu. Tapi ada jugak la yang kurang merestui saya ke sana. Banyak benda yang saya harus pertimbangkan dengan seadilnya kalo saya buat keputusan untuk mencari rezeki disana (kalo saya lulus interview tu la). Saya harus memikirkan bayak perkara dan mengambil kira banyak benda. Memang ramai yang berat hati nak melepaskan saya pergi. Sebagai anak sulung dalam family, saya sedar tanggungjawab saya berat. If something happen to my family, susah jugak nak balik kalo saya duduk jauh. Lagi pulak kalo ingin mengakhiri zaman bujang (perancangan masa depan tu!) susah jugak kalo sorang kat sana, then sorang kat sini. Kalo nak 'culik' anak orang pun, mesti la familynya sedih walaupun mungki dia terpaksa pasrah je ikut saya. Sesungguhnya saya memang dalam dilema. Tapi akhirnya, setelah seminggu saya berfikir dan berdoa, minta Allah suluhkan jalan mana yang harus saya ambil. Saya redha. Semoga Allah terus tabahkan hati saya dan sentiasa bersama saya meneruskan perjuangan di tanah semenanjung ni bagi menghabiskan labwork yang 'berhantu' ni dan dipermudahkan urusan untuk menghabiskan master saya dan memperoleh pekerjaan ataupun peluang lain. Hidup memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Bila saya tengok orang lain senang je habiskan master, dimudahkan urusan menulis tesis, mendapat tajaan untuk sambung belajar/memperolehi pekerjaan, membuatkan saya terfikir, kenapa la banyak betul dugaan yang aku kena hadapi ni? Napa orang lain senang-senang je boleh gi sana, gi sini. Dapat itu, dapat ini. Tapi cepat2 saya beristighfar, tersedar kekhilafan diri. Sesungguhnya Allah memberikan kita ujian, kerana Dia sayangkan kita dan Dia yakin kita mampu hadapinya. Cuma kena bersabar. Lebih kurang macam tu la bunyinya. Terpujuk jugak hati saya. Semoga doa-doa dari kalian semua membantu saya menjadi lebih kuat. Bersangka baik la dengan Allah. Akhirnya saya terpaksa akur sememangnya bukan rezeki saya di Sarawak nampaknya...
6 comments:
ahaa bagus bagus..hehhe walau bumi serawak tu bumi Malaysia gak..jauh bezanya tu heheheh
tak sayang ke nak tinggal semenanjung ...kan ada yang merana lak kan hehehe
ahaa pic bawah tu sesuai dah tu..hahahahah bila lagi?? hehehhehe
Ayong to Aku..
Huhu..sebab memikirkan Laut China Selatan yang terbentang luas tu la mengambil masa yang lama nak buat keputusan... Nak buat macam mana, cinta di Semenanjung lebih tinggi... Sesuai ek? satu hari nanti, insyaAllah.
insyaallah..kan rezki Allah tu ada dan boleh dicari di mana2 seluas bumi Allah ni..banyakkan doa, semoga mendapat tawaran yg lebih bagus dari yg ini..
Goodluck!!(jom usaha wat labwork:)dah taklama tu..huhu..nanti tak lama lg tetinggalla ain sesorg kat lab ni..huhu)
caiyok2!!
ada lah hikmahnya bila melepaskan sesuatu yang dirasakan berharga. ada rezeki yang lebih baik insyaallah. anyway congrates, at least dapat offer ye dok..
kt setuju la awk ckp.. insyaAllah akan ada rezeki yg menanti kt. mmg sgt susah utk membuat keputusan. mmg sgt susah nk mencipta masa dpn. mmg sgt susah utk melepaskan sstu perkara. tp yakinlah dgn kuasa Allah. dan doalah jika itu mmg rezeki kt, semoga hati kt terdorong utk itu. dan kalu bukan rezeki, dorongkanlah kt ke jalan yg lebih baik. aja-aja!
ps: lame kt x nmpk awk. =)
Thanks Ainul, Miey and Yanie. Semoga korang pun dipermudahkan segala urusan jugak la hendaknya.
Post a Comment