Friday, August 25, 2006

Happy Birthday..

Seawal pagi lagi saya dah call abah. Abah dengan suara penuh risau bertanya ada hal penting ke call pagi-pagi. “Ish..takkan lupa kot!” saya berkata dalam hati. Mungkin selalu tu saya call malam, tapi hari ni special skit sebab hari ni birthday abah. Tapi nak tau apa abah cakap? “Eh..ye ke birthday dia?” Dia tak ingat langsung tapi patutlah pagi tadi dia mengaji sampai 4 muka surat. Abah..abah…hehe..

Personally, saya memang tersangat menghormati abah. Bagi saya, abah seorang planner yang hebat (ye la, siap ada plan untuk setiap 10 tahun!). Abah seorang yang kuat berusaha (dah boleh pakai kereta idaman) dan bercita-cita tinggi (nak ada 1 million dalam akaun!). Abah sentiasa mahu majukan diri. Tak hairan la dari seorang juruteknik abah dengan rela berpencen atas pilihan dan mengambil risiko membuka syarikat sendiri. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan jati diri yang kuat bisnes abah menunjukan hasil. Dari mulut abah sendiri saya dengar yang abah berpuas hati kerana semua impian abah sudah tercapai. Pada setengah-setengah keadaan saya turut mengambil semangat abah untuk dijadikan pendorong. “Yong, bila kita dah berjaya baru orang akan pandang kita”..itulah antara kata azimat yang selalu abah cakap.

“Yong, belajar rajin-rajin . Nanti boleh jaga adik-adik.”
“ Angah, jangan la garang-garang sangat. Adik-adik nak bermanja pun takut.”
“Wan, jangan dok join budak-budak moto tu. Kot jadi apa-apa, abah jugak!”
“Mimi, macam mana nak jadi doktor kalo tak belajar? Tengok kakak ..abang.. semua dah pi universiti? Kamu tak nak ke?”


Air mata lelaki abah pertama kali saya lihat pada hari arwah mak meninggalkan kami buat selamanya. Semuanya belaku sekelip mata. Arwah meninggal selepas subuh selepas abah menghantarnya ke hospital. Tak dapat dibayangkan perasaan saya masa tu. Nak pulak Iwan pun asik menangisi pemergian arwah dan meninggalkan Mimi yang baru berusia 5 bulan masa tu. Saya tengok masa tu abah memang betul-betul sedih dan tak keterlaluan terdapat sedikit rasa putus asa. Tapi alhamdulillah, atas nasihat dan semangat dari semua orang, abah kuatkan diri bukan untuk orang lain kata abah, tapi untuk anak-anaknya juga. Abah juga seboleh-bolehnya akan tunaikan setiap permintaan anaknya. Mungkin itu satu kepuasan bagi abah. Abah memang kuat. Bagi saya dia terlalu tabah. Bukan senang nak memikul dua tanggung jawab dalam satu masa tapi abah berjaya buktikan.

Ingat lagi, dulu masa kecik-kecik kami sangat la takut kat abah…Sampaikan kalau nampak abah tido, kami sanggup bercakap guna bahasa isyarat! Ada satu ketika tu, saya kalau tak silap masa darjah 4 saya dapat nombor lebih dari angka 10, abah jatuhkan denda tak boleh tengok TV malah TV tu pun dimasukkan ke dalam bilik dia. Punya la kronik tindakan yang abah ambil untuk kami adik-beradik supaya jadi ‘orang’. Huhu..

Tapi rasanya sekarang kami sudah mampu untuk membalas penat lelah abah. Kalu tak sepenuhnya at least sikit. Kami dah boleh membuatkan abah rasa bangga. Macam abah pernah cakap “Abah memang dah cukup bangga dengan anak-anak abah”. Dan kami dah mampu buat abah tersenyum dan yang paling penting abah dah boleh diajak berbincang. Abah jugak menjadi lebih ‘sporting berbanding dulu. Abah dah berubah. Kesimpulannya, abah dah tak garang! Hehe..Tapi kami tau kadang-kadang ada jugak kami buat abah kecik hati, buat abah marah, kadang-kadang tu tak dengar cakap tapi yang nyata kami sayang and hormat abah sangat…sangat….sangat.. Saje je kadang-kadang tu nak manja-manja. Keke…Betul cakap abah bila dia kata besar betul hikmahnya dengan segala dugaan selama lebih 10 tahun arwah meninggalkan kami. Kami menjadi rapat dan cuba memahami kehendak antara satu sama lain. Walaupun kadang-kadang tu ada perselisihan pendapat. Adat la kan. Tapi bak kata pepatah, Air dicincang tak akan putus.

Huh..panjang betul cite saya. Hehe… sebenarnya saya nak grab opportunity hari ni bersempena Hari Ulang tahun Kelahiran Abah yang ke-51. Semoga Abah diberikan kesihatan yang baik dan gembira selalu. May Allah bless Him always. Abah, we loves you. We still need you by our side. Thank you for everything. =)
p/s: Selamat Menyambut Hari Wanita.. 25 OGOS 2006

2 comments:

Juragan said...

huhuhu. what a touching story. is my dad proud of me?....

zaihana said...

happy birthday utk ayah ko