Monday, August 07, 2006

Lanun...Lanun..dan lanun lagi



Berjaya jugak melangsaikan janji kat Amie nak bawak dia gi tengok "Lanun-lanun Pulau Carribbien" dia tu. Sian kat dia dah lama tunggu, akhirnya malam sabtu aritu ada kelapangan nak tengok. Tu pun sebab dia dengan semangatnya gi booking tiket and saya pun dengan semangatnya menghabiskan keje awal. Tapi nasib baik la dia booking tiket midnight, sempat la saya off machine dulu sebelum pegi. Actually saya takde la menggila sangat kat Captain Jack Sparrow tu macam Amie, tapi geram jugak dengan watak dia yang selfish dalam cite tu. Asik nak mempergunakan orang je, janji dia lepas!!huh... Pastu yang tak tahannya, siap boleh pulak buat muka toya and tak bersalah dia tu. So far, ok la cite tu. Tapi naik geli jugak tengok sotong kurita yang besar sangat2 tu. eeeeee....Walaupun tak minat sangat, nak tunggu jugak sambungan sebab tak faham kenapa la Captain Barbossa tu boleh hidup balik and surely si Jack Sparrow tu pun mesti ada jugak...Tapi, saya sangat kagum la dengan teknologi and settings dalam cite ni. Bayangkan diaorang boleh buat sendiri titi gantung tu. Rasa macam tak caya je...and pulau pun cantik-cantik jugak...tenang je rasa...ok la, tetiba je tak tau nak tulis ape..To be continue....;-)

3 comments:

mieyzaihana said...

pe kata ko g tgk the lake house? keanu reeves and snadra bullock...even tak logik tapi sweeeettttt giler..even hero and heroin tua..heheheeh

ayong afzan said...

boleh di pertimbangkan tu...

Anonymous said...

Best regards from NY! »