Monday, June 13, 2011

Anak anda, anda yang tentukan

Salam hari isnin
Diharap sihat sejahtera hendaknya
Disamping menjalani kehidupan harian dengan penuh rasa tanggungjawab
Sekadar nak berkongsi kisah pagi ni dengan anda semua.

Situasi
Pengasuh: Dah bagi Aryan makan?
Saya: Dah kak. start sabtu lepas. Baru cukup 6 bulan.
Pengasuh: Ok.
Saya: Ada tu saya bekalkan bubur. Tapi maaf la tak sempat nak panaskan, gas habis.
Pengasuh: Nape bubur? bukan nestum?
Saya: (Dengan muka terkejut). bubur la kak..senyummmmm..
Pengasuh: Kena suap la ye?
Saya: Senyummmm... (dalam hati: takkan nak suap sendiri pulak)

Selepas kejadian di atas, macam-macam benda bermain di hati dan fikiran sepanjang memandu ke ofis. Berdoa agar segala urusan Aryan dipermudahkan arini. tak seronok langsung la kan berperasaan begini dipermulaan minggu, pagi-pagi hari pulak.huhu.. Saya tak habis-habis pikirkan:-

1. Nape akak tu macam terkejut saya bagi bubur nasi? Normal la kan, bagi budak makan bubur nasi. Nasi tu kan makanan ruji. Nak-nak pulak dari air tangan ibu sendiri, sendiri masak, sendiri sediakan, cuma bukan sendiri yang suap. Besar sentimental valuenya di situ.

2. Nestum? Memang bukan pilihan saya. Nestum tu kan macam makanan segera. orang tak pi sekolah, low education level pun boleh bagi anak makan macam tu. So apa maknanya kita belajar tinggi, boleh membaca, banyak bahan rujukan; buku, majalah, internet. Berbagai info, petua, larangan dan suruhan boleh kita dapat dari sumber-sumber tersebut. So, kalo anda ada anak mana satu sumber yang anda percaya? Sumber yang diperakui dari pakar atau sumber dari mulut ke mulut diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi? Galilah ilmu sebanyak mungkin untuk kelangsungan generasi kita juga.

3. Pada fikiran saya, nestum tu mudah kot dari segi penyediaan. Bancuh susu masuk nestum maka jadilah SUTUM. pastu bagi baby minum. Sementara baby tak pandai pegang botol ni kita pegangkan, tapi nanti bila dah pandai, biarkan dia pegang sendiri. Ngerinya!!! Amik la pengajaran wahai pengasuh dan pembantu nurseri sekalian. baper banyak dah kes kematian bayi diakibatkan oleh tersedak susu. Pernah ke anda semua kaji apa sebabnya? Kalo tau pun, timbul ke kesedaran dalam hati tu? Cuba la bayang mangsa itu anak anda, anak yang selama itu anda susah payah mengandungkan dan mrnjaga siang dan malam. hanya sebab sifat "macam renyah" je, perkara malang terjadi. kalo rasa tak boleh cope nak jaga budak ramai2, jaga yang termampu saja. Fikirkan keberkatan duit yang anda dapat dan amanah yang diberikan.

4. Katakan kalo bagi nestum, mesti setiap kali menyusu pengasuh akan letak nestum tu dalam susu kan? katakan anak anda minum 4x sepanjang siang dirumah pengasuh, takkan keempat-empat kali tersebut nestum dimasukkan dalam susu? Dengan alasan nak bagi budak kenyang, tido lama senang la nak buat keje lain. Wah!! sangat best a kan. kalo jaga budak asik nak di tidurkan je, baik tak payah. masa bila pulak budak tu nak bermain. Ingat, anak2 belajar sambil bermain. Dengan bermain, mereka akan jadi lebih kreatif dan inovatif. Anda tak mahu ke ada anak2 yang berpotensi besar? Tepuk dada tanya minda. Selepas lebih kurang 45 minit memandu tadi, saya terfikir mungkin ni jugak salah satu punca obesiti dikalangan kanak-kanak hari ni. Bagi makan kenyang2, pastu tidokan. Tiada ruang nak bermain, menjadi kreatif dan belajar. Pastu nak salahkan coklat la, makanan, segera la, makan di luar la. Macam mana budak nak aktif, malas bergerak, kalo sejak dari kecik itu la cara hidupnya? Ingat ye semua, memperkenalkan solid food itu bukan sekadar mahu mengenyangkan perut anak anda saje, tapi lebih kepada pembentukkan sahsiah diri dan masa hadapan mereka. Semua mahukan anak yang hebat kan? SAYA JUGA!!!

5. "Dulu masa umur budak 2 bulan dah bagi makan pisang, kentang lenyek, nestum. Ok je berjaya je, hidup je sampai sekarang". HELLOOOOOOOOOOOOO!!! ni la antara ayat2 yang tak boleh nak "blah" di telinga saya. Memang menahan rasa je nak "balas" balik esp kalo org pangkat nenek-nenek, makcik-makcik yang cakap. YA ALLAH, AMPUNKANLAH dosaku. Bukan apa, saya pernah dimarah dan dibebel sebab tak bagi anak makan (note: seusia Aryan 2 bulan ok!) kerana Aryan seorang yang sangat menepati masa sebab setiap 2 jam dia mesti nak minum susu. So, banyak la suara sumbang yang "menegur" saya. Tapi saya dan suami "pekakkan" telinga, terima je dengan senyuman walaupun sumbing sket semata2 nak amik iktibar dari sikap kami yang terlalu "ikut" cakap orang pasal kes Breastfeeding dan Formula Milk. Cukuplah sekali saya "mensia-siakan" hidup Aryan (yup! saya memang rasa bersalah teramat sangat even boleh menangis kalo bercakap pasal isu ni. Already cry!!!). Wahai insan-insan yang bergelar nenek dan makcik yang dah beranak pinak, tak semestinya semua yanag anda amalkan selama ni benar belaka dan masih relevan. Setiap tahun, banyak kajian dibuat menunjukkan peningkatan kadar penyakit kronik dan obesiti berlaku. Anda rasa sebab apa? Sebab pemakanan dan gaya hidup. Pemakanan yang tidak betul pada usia yang sebenar dan gaya hidup tidak banyak bergerak. Eh.. mesti pening kan? Jangan pening-pening. Kembali kepada penyataan 4 diatas makanan diberikan pasa umur yang tidak sesuai dan bayi disuruh tido sepanjang hari. Ingat pepatah dulu-dulu: melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Jadi konsep ini bolehlah dipraktikkan dari peringkat rebung lagi.

Lastly, suka sgt nak share dengan semua satu artikel yang menarik tu di sini. Antara petikan artikel tersebut adalah:

Yang paling penting, tolonglah janganlah campurkan susu dengan nestum dalam botol, kemudian dibesarkan lubang pada puting dan beri pulak pada baby. konon baby lapar, susu dah tak cukup. Dan kemudian beri pulak botol berisi SUTUM (susu+nestum) tu pada baby sambil baby baring. Allahhhhhh…Tolonglah. Saya mohon tolonglah jangan buat begitu. Ada sebab kenapa perkataan “JANGAN” dan “TAK BOLEH” itu dikeluarkan.

satu – kemungkinan tersedak sangat besar,
kedua – susah payah la baby tu nak menelan dan bernafas. bayangkan kita baring dan diberi minuman yang keluar daripada puting tu yang mengalir tanpa henti. Lemas tak? LEMASKAN?

Ketiga – perut baby tu bukanlah sebesar perut kita ni yang boleh besar macam belon. Back to basic la, apa baby perlukan bila menangis? lapar sahajakah? atau lampin basah? atau perut sakit? Ataupun mahukan dakapan sebagai jaminan rasa selamat dan rasa disayangi?


ANAK ANDA, HAK ANDA. ANDA YANG TENTUKAN. BIARLAH SIAPA PUN CAKAP ANDA CEREWET, ANDA BAYAR KHIDMAT MEREKA.

p/s: Kita yang bertanggung-jawab "membebaskan" dan "memusnahkan" amalan-amalan yang tidak sesuai dan tidak relevan lagi. Bagaimana? Baca, baca, dan baca.

3 comments:

rintzpalil said...

Sebenarnya susah nak 'educate' mrk yg katakan diri mrk lbh dulu mkn garam ni! saya pun ada pengalaman begitu, kini anak usia 3thn masih bf pulak dijadikan modal. sabar ajelah!

ayong afzan said...

Hai Azrina,

Tu la kan, Kita nak buat perkara yang terbaik untuk anak sendiri pun serba tak kena. kadang2 tu siap kena label sebagai "kejam" sebab tak bagi makan.huhu..

BF tu benda yang tak pakai duit pun. Tu pun org nak buat isu-isu besar. Agak2nya diaorg nak tolong sponsor kot, sbb tu tak bagi BF. (sarkastik!)

fiezaradzi said...

tul tu.. tapi betul juga nak ajar org2 lama ni susah.. lau yg jaga budak sbb suka budak, tu mungkin.. lagi satu kadag2 bila kt tmpat dorang, kita tak tau pe yg dorang buat. cuma mampu berdoa yg terbaik utk anak2..

de jugak soklan yg tanya dh bagi makan ke baby? dgn biasa jawab, belum lagi.. tak 6 bulan lagi.. lau de org cakap pun, pekakkan telinga jer..