Tuesday, June 21, 2011

Bon Voyage and Best of Luck

Small gathering
Last minute decision pun sebenarnya
Sebabnya dapat tau Miey dah nak fly ke sini




Tak sempat nak ajak ramai-ramai pun
Even Miey pun tak bawak Muhammad Hasif
Aryan tak dapat berkenalan dengan kawan baru


Miey ke UK untuk sambung pengajian di peringkat PHD
Afif, suami Miey pun dapat tawaran sambung belajar di universiti yang sama
Alhamdulillah, murah betul rezeki mereka
Ikutkan masa 40 hari dalam proses berpantang Miey dah kena fly
Tapi memandangkan kelam kabut dan menguruskan banyak benda
Ditangguhkan sementara sehingga la 18hb lepas
Miey pergi atas tajaan USIM dan menyambung dalam bidang Farmakologi
Jauh betul dari bidang asal semasa Ijazah pertama kami
Tu la, org kata ada rezeki tak kemana
Pengaturan dari ALLAH itu la terbaik

Saya, Miey dan Yen belajar di Kolej Matrikulasi yg sama
(Saya tidak kenal mereka pun semasa disana)
Selepas itu menyambung pengajian di UPM dalam kursus yang sama, Bioteknologi
Habis Ijazah pertama, saya dan Miey menyambung pengajian master di UiTM
Fakulti yang sama, malah makmal kami pun sebelah menyebelah
Selalu jugak la berkongsi cerita dan air mata
Bila dapat tau Miey dapat tawaran belajar ke Scotland
Saya sangat seronok malah sampai menitiskan air mata
(adakah selepas ini jodoh saya sambung PHD pun ke UK juga?)
Hanya mereka yang tabah saja mampu meneruskan pengajian ke peringkat setinggi ini
Saya? Doakan saya ye
Semoga rezeki ada juga buat saya
Ape-ape pun mood blum sampai lagi
InsyaAllah kalo tiada aral dalam tempoh 4 tahun Miey akan membawa gelaran "Doktor"
Saya selalu mendoakan yang terbaik untuk sahabat saya ni
InsyaAllah dengan kehadiran suami dan anak disisi
Miey mampu dan tabah mengharungi dugaan-dugaan sepanjang berada disana.
Seloroh saya sebelum kami "berpisah"
"Dalam 4 tahun lagi aku lantik ko jadi supervisor aku".
Miey hanya mampu gelak sambil menjawab "Aku takkan pressure ko teruk-teruk"
All the best Miey
May Allah bless you always.

p/s: Tak berhenti-henti suruh husband sumbang blajar sebab nak gi oversea dan jadi housewife. Boley??

1 comment:

Noor Shahida bt Ajmi said...

seronoknye dgr miey sambung.rasa nak sambung gak..tp husband pun x habis lg blajar..so kene tunggu dia habis dulu baru leh pk nak sambung ke apa..tgklah..macam awak kata..kalu rezeki,x ke mana..insyaAllah..