Friday, May 20, 2011

Sakit Gusi+Ulser Mulut

Bubur nasi + Scrambble egg ikan bilis

Bahan-bahan
Setengah pot beras
Segenggam ikan bilis
4 biji telur ayam
Serbuk lada sulah+serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Minyak (menggoreng ikan bilis)
Mentega/Marjerin (scramble eggs)

Cara Memasak
Bubur nasi:
1. Basuh beras dengan air lalu sebanyak 3x
2. Masukkan air sebanyak 5 -6 cawan.
3. Biarkan hingga mendidih dan beras menjadi lembut.
Tips: Nak cepat, masukkan air panas mendidih.

Scrammble egg ikan bilis:
1. Goreng ikan bilis sehingga garing dan ketepikan.
2. Pukul telur, lada sulah, garam dan lada hitam sehingga sebati.
3. Panaskan kuali dan letakkan sedikit mentega/marjerin
4. Masukkan telur yg telah dipukul tadi dan gaul sedikit, masukkan ikan bilis yg di goreng. Kacau sebantar dan angkat. Sedia untuk di makan.

Apa kena mengena masak bubur dengan tajuk entry?
Sangat la ada kena mengena sebab bila gusi bengkak, nak buka mulut pun susah.
Bila nak bukak mulut pun susah, nak mengunyah makanan lagi la payah.
Oleh itu kena la makan makanan yg lembut2, makanan yang tak perlu dikunyah banyak kali dah boleh terus telan
Tu pun jenuh jugak nak menelan sebab nak telan air liur pun tekak rasa perit je

Rawatan Kecemasan
1. Kerap berkumur dengan air garam
2. Boleh letakkan ketulan ais/ice pack di kawasan yang bengkak
3. Makan ubat tahan sakit (panadol/paracetamol, ponstan, tramadol, arcoxcin
4. Gi klinik gigi (Dr akan bagi antibiotik dan ubat tahan sakit)

Rawatan "TERBAIK"
Pembedahan kecil dimana gusi akan di potong sedikit bagi mengeluarkan gigi yang baru tumbuh. Pembedahan akan dilakukan selepas sakit tersebut sembuh. Masa pembedahan lebih kurang 1 jam, 3 hari cuti sakit akan diberikan. MODE: NGERI!!!!!

p/s: kalah Aryan tumbuh gigi kalo macam ni gayanya. Aryan tumbuh gigi steady je.huhu

1 comment:

armouris said...

lagi info tentang ulser mulut di SIHAT SELALU - Ulser Mulut Boleh Menyebabkan Barah