Friday, May 30, 2008

Peluang Ke 2

Hasil seni Imuda ~ P. Ramlee dan Saloma pada hari pernikahan.

Berpeluang menonton teater P. Ramlee the Musical buat kali yang ke 2 sungguh bermakna. Apa maknanya? Selain tidak perlu membayar apa-apa untuk harga tiket sebab Miey mendapat 2 tiket percuma dari Enfiniti Production Sdn. Bhd, mendapat tempat di barisan yang agak hadapan di aras 'Grand Stand' yang sememangnya akan berharga ratusan Ringgit Malaysia sudah cukup membuatkan saya teruja. Selain itu juga untuk pengetahuan semalam merupakan genap 35 tahun pemergian seniman tanah air yang tersohor ini namun peninggalan kerja seni beliau masih di dambakan sehingga ke hari ini. Bagi yang mula nak bertanya bagaimana saya boleh dapat tiket free tu, jawapannya adalah saya pun tak berapa faham sangat bagaimana proses nak dapatkan tiket tu. Tapi ada la kaitan dengan Chedd Eddy Yusoff, facebook dan email. Nak tahu lebih lanjut kena tanya Miey la. Saya hanya jadi 'pengapit' je. hihi...
Chedd Eddy Yusoff @ Sukardi ~ P. Ramlee's best friend


P. Ramlee the Musical musim kedua ni membawa beberapa perubahan dari segi teraju utama dimana Musli ramli berjaya 'mengidupkan semula' P. Ramlee yang kita kenali melalui filem-filem arwahyarham sebelum ini. Suara, gaya, rupa, lawak dan patah perkataan yang merupakan 'trademark' P. Ramlee memang dapat di dengari pada musim kali ini. PERFECT!!!

Musli Ramli as Remy


Liza Hanim as Sally

Secara personal, saya lebih berpuas hati dengan P. Ramlee musim ini. Selain itu lontaran vokal Azizah lakonan Emelda Rosmila yang sedap didengar (tak sangka Emelda pandai menyanyi) dan juga pengekalan Atilia dan Melissa Saila untuk watak Norizan dan Junaidah yang memang tepat tidak mengecewakan. Owh... tak lupa juga watak Saloma lakonan Liza Hanim. Kesemua mereka memang sungguh berbakat.


Ada juga sedikit perubahan pada plot cerita musim ini berbanding musim yang lepas, tapi saya merasakan perubahan itu adalah perubahan yang baik malah lebih menghiburkan. Satu persembahan pentas yang cukup mantap dan bertenaga dari semua pihak sama ada di hadapan atau di belakang pentas. Persembahan habis dalam pukul 1130 malam, terdapat sesi autograf tapi saya malas nak beratur. Hanya berdiri di tepi dan melihat keadaan yang sesak di meja utama. Ternampak jugak kelibat Sean Ghazi dan Jehan Miskin yang turut sama menonton. Selamat samapai di Shah Alam lebih kurang pukul 1 pagi, singgah makan sekejap kat restoran Khulafa memenuhi tuntutan perut. Sampai rumah iron baju untuk hari ni dan sekarang saya rasa sangat mengantuk sebab dapat tido dalam 4 jam je malam tadi. Ape-ape pun, saya sangat berpuas hati dengan persembahan musim ke2 ni. Hope to hear new event from Enfiniti Production soon. Saya dah mula 'ketagih' dengan pementasan teater muzikal sekarang. (^ _")






p/s:
Thanks Miey yang sudi mempelawa saya jadi peneman dan menumpangkan kereta. Kalau ada peluang lagi, jangan lupakan daku. ahaks..

6 comments:

zaihana said...

aku tidak akan melupakan mu..hehehe..thanks sbb sudi ikut and BIGG thanks to power rangers hijau sbb tolong amik tiket :D

arip said...

ho ho gi tgk tak ajakk.. camni laa..

ayong afzan said...

To Zaihana:
Welcome Miey. Thank you to you too.

To Arip:
mula2 nak ajak jugak, tapi ko jadi drebar je la. tiket teater ada 2 je, bukan boleh masuk pon kan??hahaha..

arip said...

haahha.. cm nihlaaa.. sob sob..

ayong afzan said...

to arip:
Alalala...nak sedih pulak dia. aritu masa 1st season beli tiket mahal-mahal tak datang. skang lagi mau sedih2. tak dapek la eden nak nolong.

Chedd eddie Yusoff said...

teket percuma? hehehe itulah untungnya menjadi ahli Friends of Enfiniti di facebook :)

http://www.facebook.com/group.php?gid=9193800766