.jpg)
P. Ramlee the Musical musim kedua ni membawa beberapa perubahan dari segi teraju utama dimana Musli ramli berjaya 'mengidupkan semula' P. Ramlee yang kita kenali melalui filem-filem arwahyarham sebelum ini. Suara, gaya, rupa, lawak dan patah perkataan yang merupakan 'trademark' P. Ramlee memang dapat di dengari pada musim kali ini. PERFECT!!!
Musli Ramli as Remy
Secara personal, saya lebih berpuas hati dengan P. Ramlee musim ini. Selain itu lontaran vokal Azizah lakonan Emelda Rosmila yang sedap didengar (tak sangka Emelda pandai menyanyi) dan juga pengekalan Atilia dan Melissa Saila untuk watak Norizan dan Junaidah yang memang tepat tidak mengecewakan. Owh... tak lupa juga watak Saloma lakonan Liza Hanim. Kesemua mereka memang sungguh berbakat.
Ada juga sedikit perubahan pada plot cerita musim ini berbanding musim yang lepas, tapi saya merasakan perubahan itu adalah perubahan yang baik malah lebih menghiburkan. Satu persembahan pentas yang cukup mantap dan bertenaga dari semua pihak sama ada di hadapan atau di belakang pentas. Persembahan habis dalam pukul 1130 malam, terdapat sesi autograf tapi saya malas nak beratur. Hanya berdiri di tepi dan melihat keadaan yang sesak di meja utama. Ternampak jugak kelibat Sean Ghazi dan Jehan Miskin yang turut sama menonton. Selamat samapai di Shah Alam lebih kurang pukul 1 pagi, singgah makan sekejap kat restoran Khulafa memenuhi tuntutan perut. Sampai rumah iron baju untuk hari ni dan sekarang saya rasa sangat mengantuk sebab dapat tido dalam 4 jam je malam tadi. Ape-ape pun, saya sangat berpuas hati dengan persembahan musim ke2 ni. Hope to hear new event from Enfiniti Production soon. Saya dah mula 'ketagih' dengan pementasan teater muzikal sekarang. (^ _")

p/s:
Thanks Miey yang sudi mempelawa saya jadi peneman dan menumpangkan kereta. Kalau ada peluang lagi, jangan lupakan daku. ahaks..
6 comments:
aku tidak akan melupakan mu..hehehe..thanks sbb sudi ikut and BIGG thanks to power rangers hijau sbb tolong amik tiket :D
ho ho gi tgk tak ajakk.. camni laa..
To Zaihana:
Welcome Miey. Thank you to you too.
To Arip:
mula2 nak ajak jugak, tapi ko jadi drebar je la. tiket teater ada 2 je, bukan boleh masuk pon kan??hahaha..
haahha.. cm nihlaaa.. sob sob..
to arip:
Alalala...nak sedih pulak dia. aritu masa 1st season beli tiket mahal-mahal tak datang. skang lagi mau sedih2. tak dapek la eden nak nolong.
teket percuma? hehehe itulah untungnya menjadi ahli Friends of Enfiniti di facebook :)
http://www.facebook.com/group.php?gid=9193800766
Post a Comment