Wednesday, May 14, 2008

Selamat Bertunang


Selamat bertunang kepada
Amin dan pasangannya

pada 11 May 2008

Terima kasih kerana

turut sama mengundang

untuk menghantar rombongan

malangnya saya tak dapat sama-sama

memeriahkan majlis 'menunangkan' anak orang

Tuntutan kerja di sini dan memikirkan

akan balik minggu depannya

jadi terpaksa la save bajet

huhu...





Yang sebenarnya kawan saya ni ialah

Si lelaki, Nor Amin b. Abdullah

'Lawyer-in-the-making"

Merupakan jiran saya di Taiping

Secara spesifiknya rumah Amin dan rumah makcik saya bersebelahan

Kami kenal dan berkawan sejak kecik lagi

Zaman berhingus dan gigi rongak bak kata orang

Zaman main aci ligan, main aci sorok dan segala jenis aci la

Zaman saya melihat Amin menyorok dalam almari rumah dia

Taknak gi sekolah

Zaman Amin dengan 'ringan mulutnya'

Minta duit blanja sekolah kat makcik saya

Ah... kenangan zaman kecik-kecik

Dalam nakalnya

Banyak jugak kelebihan yang ada pada Amin

Sebab tu makcik saya sayang sangat kat Amin ni

(calon menantu tak jadi)

Selain keramahan mulutnya,

Rajin menyembang dengan sesapa saja

Amin juga seorang lelaki yang mempunyai bakat terpendam

Dia pandai memasak

Sebut aja makanan apa

Chicken chop, ayam masak merah malahan mee kari sekalipun

Ada saja la yang dihulur ke rumah sebelah

Memang bagusla bekas pelajar diploma hotel katering ni

Selain tu jugak Amin selalu join venture dengan makcik saya

Pada setiap majlis-majlis kenduri di lorong depan rumah

Menghias pelamin dan meja pengantin, lipat napkin

Macam-macam lagi la kerja-kerja yang memerlukan kreativiti

Memang bertuah badan la tunang si Amin ni

Susah nak cari lelaki yang sudi 'mencemar duli' bersilat di dapur

Sejuk perut mak dia walaupun tak de anak perempuan

Ada jugak la lelaki sorang ni yang rajin menolong kerja rumah



To my friend Amin

I really happy for you

On your engagement day

Semoga permulaan hari bahagia ni

Akan kekal sehingga ke akhir hayat

Congratulation to both of you. (",)


p/s: Gambar diatas di ambil dari Takteh Bridal Gallery

2 comments:

umi said...

akhirnya amen menjadi tunangan orang. selamat dah keje2 'menunangkan'amin ni ye. frust2 la wanita2 pemalas masak mcm aku kat laur sana ni. hahaha

ayong afzan said...

takpa..byk lagi calon lain. Pak encik pun apa kurangnya. pandai masak sotong masak lemak. gempak!!!hahaha