Thursday, August 21, 2008

Cite Ahad II




Sebelah malamnya
Ada program dinner di Restoran Nelayan Titiwangsa
bersama bekas pelajar-pelajar SMKTT batch 96-2000
Restoran tu memang penuh
Ada majlis kahwin lagi (Siap nampak Saiful Nang jadi cameraman)
Yang datang bersama family pun ramai
Ada jugak yang mengadakan sambutan hari lahir
Pendek kata memang meriah tempat ni
Harga makanan memang agak berpatutan
Untuk pilihan Steam-boat Buffet, ayam bakar,
nasi putih+ lauk pauk, pencuci mulut dan buah-buahan
Sekitar RM30 +++ la termasuk tax dan cas perkhidmatan
(walaupun perkhidmatan kurang memuaskan)
Memang 'heaven' betul
bila dapat melantak ketam dan udang tanpa sekatan
memang tak pandang benda lain dah
Pas habis program di restoran nelayan
kami ke Taman Tasik Titiwangsa
berhampiran Eyes on Malaysia
untuk upacara makan kek sempena Birthday Ina
Untuk Ina, selamat hari ulangtahun
Semoga terus berjaya dan diberkati Allah selalu

p/s: Thank sesiapa yang join program-program sebelum ni. Yang takde rezeki nak join lagi tu, hopefully pas ni boleh la join ye...

Cite Ahad I

Ahad lepas
Join Jacob's Walk of Liife
Bersama Kak Ann, Ami dan Syada
Saya la orang yang paling last sampai
Antara kami berempat
Memang tak larat sangat
Asik maintain 'gear' 1 dan 'gear' 2 je
Kesudahannya otot-otot dan lemak-lemak semua terkejut
Dipaksa bekerja keras berjalan 7 km sekitar kawasan
Taman pertanian Malaysia tu
3 hari jugak la mengalami kekejangan urat saraf dan sakit tulang
Penangan dari program yang berlangsung selama 4 jam tu je
Tapi tak pe
Yang penting semangat tu kena ada

Monday, August 11, 2008

090208-090808

"Bersatu, bertemu dan bersefahaman tidak sama. Bersatu ikatan hati, bertemu ikatan jasad, bersefahaman ikatan akal. Alangkah baiknya jika ketiga-tiganya dapat digabungkan".


Daisypath Next Aniversary Ticker


Ketika aku memohon kekuatan, Allah memberikan aku kesukaran sehingga aku kuat.
Ketika aku mohon kebijaksanaan, Allah memberikan aku masalah untuk aku pecahkan.
Ketika aku mohon kesejahteraan, Allah memberikan aku akal untuk berfikir.
ketika aku mohon keberanian, Allah memberikan aku bahaya untuk aku atasi.
Ketika aku memerlukan cinta, Allah memberikan aku orang yang bermasalah untuk aku tolong.
Ketika aku mohon bantuan, Allah memberikan aku kesempatan.
Ketika aku tidak pernah menerima apa yang aku minta, tapi aku menerima apa yang aku perlukan.
Syukur padaMu ku panjatkan diatas segala nikmat dan rezeki yang Engkau kurniakan.


p/s: Tahniah untuk bekas bos saya dalam PRS SMKTT yang telah melangsungkan pertunangannya di Kedah pada 9 Ogos 2008 yang lepas. Bak kata dia, semoga kita sama-sama diberkati. Kawin jangan lupa jemput.

Thursday, August 07, 2008

Cuti-cuti Malaysia *SMKTT Mini-gathering*

Nostalgia Kelas paling Best 1996 - 1 Razi: Saifol, Aye, Hasrul, B.K, Riza dan Ikin Baik

Part of us: Umi, Khalil, Riza, Hazli, Ikin Baik, Nurul, Khalilah, Arif


Nak kek?



5 dara pingitan: Nurul, Riza, Ikin Baik, Khalilah, Umi




Sesi makan durian (saya tumpang tengok je)



Persediaan 'mengorbankan' Khalil

Thorn among flowers?


Monday, July 28, 2008

Selamat Bertunang

Semalam meredah jalan sorang-sorang ke Banting
Menghadiri majlis pertunangan sahabat baik semasa di KMNS


Nak buat macam mana, sume orang ada agenda sendiri
Alhamdulillah dipermudahkan jalan tanpa sesat
senang je rupanya nak gi umah Zila ni
merangkap roomate dan sahabat masa zaman matrix
dan macam adik beradik dah penghuni bilik A2.1.11 ni
cumanya lepas tu setelah sorang tercampak kat UTM
dan sorang lagi kat UPM dah jarang jumpa
slalu SMS je tanya khabar
jumpa ada la kot skali dua
lagi kerap jumpa dengan sorang lagi roomate
si Dr. Shasha tu sebab dia sekolah dekat UKM
slalu la ronggeng skali
sebab tu masa Zila bagitau nak bertunang tu agak terkejut jugak




tapi gembira dengar berita tu
tahniah my friend

'' Semoga permulaan yang baik akan diakhiri dengan sesuatu yang manis untuk dikenang sepanjang hayat''


Friday, July 25, 2008

Pengumuman: Mini Gathering SMKTTian 1996-2000


Salam and Dear All
,


Mini gathering ni atas idea asal/ ilham tukang karut
En. Mohd Shahrir Mohd. Zubaidi a.k.a AYE


Details program adalah seperti berikut:

Tempat Program:
Port Dickson (Glory Beach Resort)

Tarikh:
2 Ogos 2008 (10 pagi) - 3 Ogos 2008 (12 tghari)--> 2 hari 1 malam

Kumplulan sasaran:
Sesiapa yang memulakan pengajian Ting. 1 di SMKTT pada tahun 1996
dan mengambil SPM tahun 2000 (tak kisah la amik SPM kat sekolah mana sekali pun)
Bayaran:
RM 50/seorang

Pengangkutan:
Kenderaan persendirian
(kalo ramai yang dari area Lembah Klang, mungkin blh buat car pool)


NOTE:
1. Sila sahkan kehadiran korang sebelum Khamis 31 Julai 2008
2. Mode perjalanan akan diberitahu selewat-selawatnya Jumaat 1 Ogos 2008

Yang benar,
Riza@tukang sebar berita sahaja
nuhasafiya@yahoo.com

p/s: untuk alumni SMKTT sila lawati smktt.freeforums.org. jika berkesempatan

Monday, June 30, 2008

Riza Noor Syamimi


Mimi dan hamper tingginya; pemberian Cikgu Jaafar iaitu salah seorang tenaga pengajar di pusat tuisyen. Hamper ni di beri sempena mimi mendapat tempat ke 3 dalam peperiksaan pertengahan tahun di sekolah kebangsaan. Kitaorang semua pelik je, nape cikgu tuisyen pulak yang bagi hadiah?Ayat Abah " Strategi Cikgu Jaafar nak naikkan yuran la tu." hehehe..... Ape-ape pun Tahniah dari Ayong ye. Tapi Mimi kena terus belajar untuk UPSR bulan 9 ni dan kerja lebih keras untuk subjek matematik. All the best sis.

Tuesday, June 24, 2008

Motivasi

"If you have barrier in your life and you know there is nothing within your own power to remove it, learn to live it without you being unhurt. If you can gain strength and learn to take advantage of it, you will find yourself being better and better, and even find 100 more ways in gaining advantage from the presence of 'that' disadvantage"





Fikirkan:

Separuh penuh atau separuh kosong?

Positif atau negatif?

P/s: Ya Allah, berikanlah aku ketabahan dan kekuatan. Kau jauhkanlah aku dari sifat malas dan berputus asa. Sesungguhnya itu semua akan merugikan diriku sendiri.

Saturday, June 14, 2008

Advices for Researchers


Persistence



  • Genius begins great works. Labor alone finishes them. -Joseph Joubert-


  • "Nothing in the world can take the place of persistence. Talent will not; nothing is more common than unsuccessful men with talent. Genius will not; un-rewarded genius is almost a proverb. Education will not; the world is full of educated derelicts. Persistence and determination alone are omnipotent." -Calvin Coolidge-


  • The will to win is not nearly as important as the will to prepare to win. - Bobby Knight-

Simplicity




  • "Perfection is attained, not when there is nothing left to add, but when there is nothing left to take away." -Antoine de St. Exupery-


  • Fools ignore complexity. Pragmatists suffer it. Some can avoidit. Geniuses remove it. "To attain knowledge, add things every day. To attain wisdom, remove things every day." -Lao-tse-


  • I have yet to see any problem, however complicated, which, when looked at in the right way, did not become still more complicated. - Poul Anderson-


  • Simplicity does not precede complexity, but follows it. "There are two ways of constructing a software design: one way is tomake it so simple that there are {\em obviously} no deficienciesand the other way is to make it so complicated that there are no{\em obvious} deficiencies." C.A.R. Hoare "The Emperor's Old Clothes" CACM Feb 1981


Skepticism




  • "The first principle is that you must not fool yourself and you're theeasiest person to fool." - Richard Feynman"-


  • The most exciting phrase to hear in science, the one that heraldsnew discoveries, is not 'Eureka!' (I found it!) but 'That's funny...'"-Isaac Asimov"-


  • When you discover a fluke, first determine if a whale is attached to it."-Dennis O'Connor-


  • "Convictions are more dangerous enemies of truth than lies." -Friedrich Nietzsche"-


  • In theory, there's no difference between theory and practice, but in practice, there is." -anonymous-


  • Mohandas K. Gandhi often changed his mind publicly. An aide once askedhim how he could so freely contradict this week what he had said justlast week. The great man replied that it was because this week he knewbetter."... it doesn't matter how beautiful your theory is, it doesn't matterhow smart you are -- if it doesn't agree with experiment, it's wrong."- R.P. Feynman-


  • Experience is that marvelous thing that enables you torecognize a mistake when you make it again. - F.P. JONES-

Criticism and learning from others




  • Criticism may not be agreeable, but it is necessary; it fullfills thesame function as pain in the human body, it calls attention to thedevelopment of an unhealthy state of things.-Whinston Churchill


  • We all admire the wisdom of people who come to us for advice. - Jack Herbert


  • Experience is a hard teacher.She gives the test first and the lessons afterwards. -ANONYMOUS-


  • Learn what not to do from the experience of others. It's cheaper than your own. - J. WINTER SMITHA -


  • A word to the wise isn't nearly as good as a word from the wise.In the course of my life I have often had to eat my words, and I mustconfess that I have always found it a wholesome diet. -Whinston Churchill-


  • Wise men learn by other men's mistakes, fools by their own." -H. G. Wells-


  • To succeed in life, you need two things: ignorance and confidence. -Mark Twain (1835-1910)-


Goal setting




  • Don't be afraid to take a big step if one is indicated. You can't crossa chasm in two small jumps. -David Lloyd George-


  • The man who removes a mountain begins by carrying away small stones. - Chinese Proverb-


  • "Nothing is particularly hard if you divide it into small jobs."Be always displeased at what thou art,if thou desire to attain to what thou art not;for where thou hast pleased thyself, there thou abidest. -Quarles (1592-1644)-


  • In the long run men hit only what they aim at. Therefore, though theyshould fail immediately, they had better aim at something high. -Henry David Thoreau-


  • Dealing with failure is easy: Work hard to improve. Success is alsoeasy to handle: You've solved the wrong problem. Work hard to improve."Seek not to follow in the footsteps of wise men; seek what they sought."-Basho-


  • Success consists of going from failure to failure without loss of enthusiasm. -Whinston Churchill-


  • You can't size a bridge by counting the swimmers. -Barksdale- (Netscape CEO)"A problem well stated is half solved."

Grab bag




  • If you want truely to understand something, try to change it. - Kurt Lewin-


  • "For every problem, there exists a solution that is simple, neat, and wrong." -H. L. Mencken-


  • "If we knew what it was we were doing, it would not be calledresearch, would it?" -Albert Einstein-


  • "All models are wrong, but some are useful" - George Box-


  • The reward for work well done is the opportunity to do more. -Jonas Salk, MD-


  • We can never get rid of mouse ideas completely; theykeep turning up again and again, and nibble, nibble - no matter how often we drive them off. The best wayto keep them down is to have a few good strong catideas to chase them. - Samuel Butler-


  • "Why do I rob banks? That's where the money is."-Willie Sutton- (professional bank robber;>100 career heists)


  • *Je n'ai fait celle-ci plus longue parceque je n'ai pas eu le loisirde la faire plus courte.*-Blaise Pascal (Lettres Provinciales (1657), xvi) {* I have made this letter longer than usual, because I lack the time to make it short.*}


  • "The truly great things happen a genius is alone. This is trueespecially among golfers." -J. R. Coulson-


  • "I used to think the mind was the most wonderful organ in the body. Then, I realized who was telling me that." "Obviousness is always the enemy of correctness." -Bertrand Russell-


  • "There is something fascinating about science. One gets such wholesale returns of conjecture out of such a trifling investment of fact." -Mark Twain-


  • "The secret to creativity is knowing how to hide your sources." -Albert Einstein-


  • "The juvenile seasquirt wanders through the sea searching for asuitable rock or hunk of coral to cling to and make its home forlife. For this task it has a rudimentary nervous system. When itfinds its spot and takes root, it doesn't need its brain anymore soit eats it. It's rather like getting tenure." -Anonymous-


  • "It is impossible to defeat an ignorant man in an argument." -W. G. McAdoo-


  • "Working with theories is not like skeet shooting, where theories are loftedup and BANG, they are shot down with a falsification bullet, and that's theend of that theory. Theories are more like graduate students, once admittedyou try hard to avoid flunking them out, it being much better for them andfor the world if they can become long-term contributors to society." - Allen Newell-


  • "To rename is to innovate."Substitute "damn" every time you're inclined towrite "very"; youreditor will delete it and the writing will be just as it should be. - Mark Twain-


  • But in our enthusiasm, we could not resist a radical overhaul of thesystem, in which all of its major weaknesses have been exposed,analyzed, and replaced with new weaknesses. - Bruce Leverett- "Register Allocation in Optimizing Compilers"


  • The problem with engineers is that they tend to cheat in order to getresults. The problem with mathematicians is that they tend to work on toyproblems in order to get results. The problem with program verifiers is that they tend to cheat at toy problems in order to get results.The difference between science and the fuzzy subjects is that science requires reasoning while those other subjects merely require scholarship. - Robert Heinlein-


  • "Don't worry about people stealing yourideas. If your ideas are anygood, you'll have to ram them down people's throats." -Howard Aiken-


  • Don't be humble ... you're not that great. -Golda Meir-


  • "It is common sense to take a method and try it. If it fails, admit itfrankly and try another. But above all, try something" -Roosevelt-


  • I love deadlines. I like the whooshing sound they make as they fly by. -Douglas Adams-


  • Meetings that are held for basically the same reason that Arbor Dayis observed - namely, tradition. For example, a lot of managerialpeople like to meet on Monday, because it's Monday. You'll get used toit. You'd better, because this kind accounts for 83% of all meetings(based on a study in which I wrote down numbers until one of themlooked about right). This type of meeting operates the way "Show andTell" does in nursery school, with everyone getting to say something, the difference being that in nursery school, the kids actually havesomething to say. -Dave Berry-


  • "Measure twice. Cut once" -Carpenter's motto-


  • Plan to throw one away; you will anyhow. If there is anything new about the function of a system, the first implementation will have tobe redone completely to achieve a satisfactory (i.e., acceptably small, fast, and maintainable) result. It costs a lot less if you planto have a prototype.--Butler Lampson- "Hints for computer system design"


  • "Those who don't write down their thoughts are condemnded to rethink them."-Jay Misra-


  • It is insufficiently considered that men more often require to be reminded than informed. - Samuel Johnson-


  • Those who cannot remember the past are condemned to repeat it. - George Santayana-


  • "There's nothing remarkable about it. All one has to do is hit the right keys at the right time and the instrument plays itself." - Johann Sebestian Bach-


  • Drucker's Dictum: Doing things right is not as important as doing theright things

Rakan seperjuangan

p/s: Compiled by Mike Dahlin.

Luahan Hati

Dah nak habis hari dah minggu ni

Hari-hari awal yang ceria

Tapi last minit semua bertukar duka

Ntah la

Mungkin hormon tengah masuk fasa tak stabil

Tapi rasanya lebih kepada hati 'membengkak' pasal kes semalam

Perang saraf dah mula

'Blog, saya sedih... sedih sangat'

Bila melalui detik-detik perasaan beremosi macam ni

Seboleh mungkin saya tak nak jumpa orang

Nak duduk dalam bilik sendiri diam-diam

Bukan apa

Tak nak la orang yang tak bersalah rasa tempiasnya

Tak pasal-pasal kan

Bukan macam 'orang' tu tak abis2 nak mengungkit

Setakat mengungkit tu takpe

Ni tak

Siap boleh buruk sangka dan macam nak tuduh orang macam-macam

Padahal orang sket pun tak bercakap pasal dia

Ni yang susahnya kalo orang banyak sangat perasaan ni

Mudah sangat perasan

HUH!!! Sesungguhnya saya dah penat

Penat menghadapi kerenah orang yang macam ni

Ntah apa la yang dia nak sebenarnya

Ntah apa la yang tak puas hati sebenarnya

Saya sendiri pun tak faham

Bila nak diajak bersemuka tak nak

Bila terserempak nak buat-buat lari

Bila nak lari tak boleh

Saja kuatkan suara cakap ayat yang menyakitkan hati

Macam orang lain ni tak de hati dan perasaan

Ya Allah, geramnya saya

(Kau ampunkan la dosaku)

Bukan nak mengungkit

Tapi bila ingat balik memang sakit hati

Dulu masa zaman masih memerlukan khidmat kita

Nak kita tolong buat keje

Bukan main la bermanis muka

Cakap itu ini

Beri jaminan bagai nak rak

Tapi bila dah habis 'madu' kita disedutnya

Mula la nak cari pasal

Nak buat kita musuh

Kalo kita sorang je yang kena 'treat' macam tu

Memang la salah kita yang tak tau 'behave' diri kan

Tapi kalo dah setiap tempat dan setiap tahun

Lepas sorang

Sorang lagi dijadikan musuh, siapa yang bermasalah sebenarnya?

Fikir-fikirkan lah sendiri

Kalo tak kena kat batang hidung sendiri

Kita boleh la cakap sabar kat orang kan

Tapi kalo dah jadi macam ni

Bila sebelah mata pun tak dipandang

Sapa yang tak geram

Macam besar sangat dosa yang dibuat

Sedar la sket

Kita ni manusia

Manusia mana tak buat salah kan

So sebagai manusia cuba la belajar untuk memaafkan orang lain

Sebab diri awak sendri pun sangat la ada potensi untuk buat silap jugak

Bila dah jadi macam ni

Saya memang mengiyakan ayat Abah

"Kita tak boleh nak judge orang tu macam mana, melainkan kalo kita dah duduk dan keje dengan dia dalam keadaan sekeliling yang sama paling kurang setahun. Dalam jangka masa tu, memang semua sifat diri dia sama ada buruk ke baik akan terserlah."

Jadi jangan la dengan kita kenal dia sejam dua

Berborak dengan dia setengah jam

Berselisih dengan dia sekali dua sehari

Kita terus buat kesimpulan dia baik bila tersenyum

Dan dia ntah apa-apa kalo melayan kita sambil lewa



p/s: Nak cepat habis MSc dan cari enviroment baru. Jiwa tak kacau, hati tak sakit.

Tuesday, June 10, 2008

Kad kahwin di Majlis Kahwin



En. Tiang: Sape lagi la yang aku tak jemput ni? ish..lupa pulak nama...

Betul ke si Tiang ni nak kawen ni? Biar betul apa yang aku tengok ni.


Nama aku ada tak? Berani ko tak jemput aku Tiang.

Semua dah dapat kad sampul biru ni? hah... ape lagi. moh le balik weh. dah 3 jam kat umah kenduri ni.

Bergambar kenangan dulu sebelum balik

Pengantin lama: Bakal ibu dan bakal bapa bulan depan. InysaAllah

Lama sangat tak jumpa: Nita, Aina, Ina



YANG DIRAIKAN

Fahrul Asmady & Zahratul Firdaus



p/s: Jumpa kulaan masa kenduri fahrul ni. Tak sangka. Kecik je dunia ni sebenarnya.

Thursday, June 05, 2008

Bunga-bunga Cinta-Quick update


"Makcik!!!

Selamat Bertunang

Tahniah la kat hang dan En. Ultraman


Alhamdulillah, segala perancangan dipermudahkan

Tak sabaq nak tunggu majlis hangpa berdua.

Hehehe...."



Ha!!! Entry kali ni semua berkisar
Tentang majlis sahabat baik saya ni
Yang selamat dah pun bertunang ahad lepas
Bertemakan pink-putih hantaran pihak perempuan
Berbalas dengan warna hijau dari sebelah keluarga Saifol


Memang panjang sungguh perjalanan saya hujung minggu lepas
Dari Kangar ke Taiping
Semata-mata untuk menghadiri majlis



Tapi takpe
Sebabnya saya tak mahu melepaskan peluang
Melihat detik-detik indah dan bermakna yang terjadi dalam hidup
Insan-insan yang saya sayang
I'm happy for both of them.


p/s: Lepas majlis umi, pecut ke Kampung Jana Sambungan untuk walimah kakak Power ranger hijau untuk sesi 'mengadap' kaum keluarga dan sanak saudara. Fuh!!!

Cite Kawin Sini Sana

Pengembaraan saya bermula pada hari sabtu seawal 4 pagi. Bersiap-sedia untuk ke LCCT pada pukul 5, sampai disana lebih kurang pukul 6. Check in then solat subuh trus masuk ke ruangan menunggu sebelum dibenarkan mengambil tempat di atas kapal terbang untuk ke Alor Setar. Tengahari 31 hb yang lepas kami ke Jitra menghadiri walimah ex-coursemate, Hanim & pasangannya Ashraf yang juga merupakan kawan Power ranger hijau semasa di KMM. Tahniah kepada pasangan mempelai dan selamat menempuh alam berumahtangga.





Kalau ke utara tidak makan laksa, rugi sangat la namanya. Jadinya kami berempat (saya, Zimah, Amie dan Su) pun pi pekena laksa kat Fatin Corner di bandar Kangar. Ha!! Terliur tak tengok laksa dan cendol pulut ni??? Sodap seh. Memang pekat, lemak berkrim dan disukai ramai. Penuh giler orang kat kedai ni.






Lepas makan-makan sebelum mereka semua menghantar saya ke stesen bas untuk pulang ke Taiping pada pukul 8 malam, kami pusing-pusing bandar Kangar dan sempat la beraksi gedik santai merakamkan gambar. Kalau tak salah saya, tempat letaknya bangunan ni lebih dikenali sebagai mini Putrajaya. Rasanya bangunan ni pun bangunan pentadbiran negeri Perlis. Seberang jalan berhadapan dengan bangunan ni merupakan rumah seorang personaliti TV3. Besar gila rumah!!! Kaya-kaya orang Perlis ni gamaknya.






--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tahniah juga kepada Fahrul Asmady dan isteri yang telah bernikah pada 1 hb yang lepas. InsyaAllah saya akan memeriahkan majlis di sebelah lelaki pada hujung minggu ni.

p/s: Terima kasih En. Arip untuk sumbangan gambar. hihi...

Friday, May 30, 2008

Peluang Ke 2

Hasil seni Imuda ~ P. Ramlee dan Saloma pada hari pernikahan.

Berpeluang menonton teater P. Ramlee the Musical buat kali yang ke 2 sungguh bermakna. Apa maknanya? Selain tidak perlu membayar apa-apa untuk harga tiket sebab Miey mendapat 2 tiket percuma dari Enfiniti Production Sdn. Bhd, mendapat tempat di barisan yang agak hadapan di aras 'Grand Stand' yang sememangnya akan berharga ratusan Ringgit Malaysia sudah cukup membuatkan saya teruja. Selain itu juga untuk pengetahuan semalam merupakan genap 35 tahun pemergian seniman tanah air yang tersohor ini namun peninggalan kerja seni beliau masih di dambakan sehingga ke hari ini. Bagi yang mula nak bertanya bagaimana saya boleh dapat tiket free tu, jawapannya adalah saya pun tak berapa faham sangat bagaimana proses nak dapatkan tiket tu. Tapi ada la kaitan dengan Chedd Eddy Yusoff, facebook dan email. Nak tahu lebih lanjut kena tanya Miey la. Saya hanya jadi 'pengapit' je. hihi...
Chedd Eddy Yusoff @ Sukardi ~ P. Ramlee's best friend


P. Ramlee the Musical musim kedua ni membawa beberapa perubahan dari segi teraju utama dimana Musli ramli berjaya 'mengidupkan semula' P. Ramlee yang kita kenali melalui filem-filem arwahyarham sebelum ini. Suara, gaya, rupa, lawak dan patah perkataan yang merupakan 'trademark' P. Ramlee memang dapat di dengari pada musim kali ini. PERFECT!!!

Musli Ramli as Remy


Liza Hanim as Sally

Secara personal, saya lebih berpuas hati dengan P. Ramlee musim ini. Selain itu lontaran vokal Azizah lakonan Emelda Rosmila yang sedap didengar (tak sangka Emelda pandai menyanyi) dan juga pengekalan Atilia dan Melissa Saila untuk watak Norizan dan Junaidah yang memang tepat tidak mengecewakan. Owh... tak lupa juga watak Saloma lakonan Liza Hanim. Kesemua mereka memang sungguh berbakat.


Ada juga sedikit perubahan pada plot cerita musim ini berbanding musim yang lepas, tapi saya merasakan perubahan itu adalah perubahan yang baik malah lebih menghiburkan. Satu persembahan pentas yang cukup mantap dan bertenaga dari semua pihak sama ada di hadapan atau di belakang pentas. Persembahan habis dalam pukul 1130 malam, terdapat sesi autograf tapi saya malas nak beratur. Hanya berdiri di tepi dan melihat keadaan yang sesak di meja utama. Ternampak jugak kelibat Sean Ghazi dan Jehan Miskin yang turut sama menonton. Selamat samapai di Shah Alam lebih kurang pukul 1 pagi, singgah makan sekejap kat restoran Khulafa memenuhi tuntutan perut. Sampai rumah iron baju untuk hari ni dan sekarang saya rasa sangat mengantuk sebab dapat tido dalam 4 jam je malam tadi. Ape-ape pun, saya sangat berpuas hati dengan persembahan musim ke2 ni. Hope to hear new event from Enfiniti Production soon. Saya dah mula 'ketagih' dengan pementasan teater muzikal sekarang. (^ _")






p/s:
Thanks Miey yang sudi mempelawa saya jadi peneman dan menumpangkan kereta. Kalau ada peluang lagi, jangan lupakan daku. ahaks..