Adi dan Rudi adalah dua orang anak muda yang bersahabat baik sejak daripada sekolah rendah lagi. Mereka bekerja sebagai penghantar alat-alat ganti di slah sebuah syarikat keretapi. Tugas mereka adalah menghantar alat-alat ganti ynag diperlukan dari satu stesen ke stesen yang lain dengan menggunakan kereta kuda.
Suatu petang menjelang senja, mereka berdua di tugaskan menghantar beberapa jenis alat ganti ke sebuah stesen bagi memperbaiki sebuah kereta api rosak. Alat-alat ganti perlu dihantar malam itu juga kerana kereta api itu perlu berangkat keesokan paginya. Kawasan yang perlu mereka lalui memang terkenal dengan serigala buas yang sering menyerang manusia. Tetapi oleh kerana tugas dan dedikasi mereka terhadap kerja, kedua-dua sahabat itu berangkat juga.
Rudi memang agak penakut rnagnya, dia takut keadaan yang gelap apalagi buas seperti serigala itu. Tetapi Adi menguatkan hatinya demi melaksanakan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka.
Setelah segala persiapan selesai, mereka pun berangkat dengan menaiki kereta yang ditarik oleh lima ekor kuda. Mereka akan menempuh lima rumpun pokok buluh yang menjadi sarang serigala buas. Apabila melalui rumpun pertama, kelihatan puluhan pasang mata bercahaya daripada rimbunan buluh itu, empunya mata-mata tersebut bersiap sedia mahu menerkan mereka. Rudi bertanya, " Bagaimana kita hendak mengelakkan serangan binatang itu?"
Adi dengan tenang melepaskan seekor kuda, yang terus diserbu oleh serigala-serigala itu. Ketika tiba di rumpun yang kedua, Adi melepaskan kuda yang kedua. Adi melakukan tindakan yang sama di rumpun buluh ketiga dan keempat.
Apabila mereka tiba di rumpun kelima, Rudi mula takut dan panik kerana kuda mereka tinggal seekor sahaja. Sekiranyamereka melepaskan kuda itu, tentulah mereka juga akan menjadi makanan serigala yang buas itu. Dalam ketakutan, dia bertanya kepada Adi, " Apa yang kita hendak buat sekarang ini?"
Adi menyuruh Rudi bertenang. "Tentu ada jalan penyelesaiannya, yg penting barang-barang ini mesti sampai ketempat yang dituju dengan selamat".
"Tetapi bagaimana caranya kita boleh melalui ancaman ini dengan selamat?" tanya Rudi dalam kepanikannya.
Adi mendakap sahabatnya dan memberitahu yang sahabatnya itu perlu meneruskan perjalanan ke stesen bagi menghantar alat-alat ganti itu dan biar dia yang menyelesaikan masalah serigala itu.
Setiba mereka di rumpun buluh kelima, Adi menyerahkan tali kekang kuda kepada Rudi untuk dikendalikan. Sementara itu, puluhan mata serigala memerhatikan mereka dan bersiap sedia hendak menyerang. Tiba-tiba adi melemparkan dirinya ke arah rimbunan pokok buluh itu dan dengan serta merta serigala-serigala itu menerkamnya. Adi mengorbankan dirinya demi keselamatan kawan dan amanah yang di berikan oleh syarikat.
Pembaca sekalian, apa pendapat anda mengenai cerita di atas? Mari kita kongsi bersama. Tinggalkan komen anda semua ye.
Quote:
" Sahabat sejati adalah rang yang sanggup mendengar dan mengerti ketika anda mengungkapkan perasaan anda yang paling dalam. Dia juga menyokong ketika anda sedang berjuang, menegur dengan lembut dan penuh kasih sayang ketika anda berbuat salah dan tidak menyalahkan anda sekiranya anda gagal. Seorang sahabat sejati akan memberikan semangat bagi perkembangan peribadi anda, mendorong memaksimakan potensi anda sepenuhnya. Dan yang paling menakjubkan, dia juga meraikan kejayaan anda seolah-olah kejayaannya sendiri". Richard Exley (2002)
Dipetik dari: Setengah Berisi Setengah Kosong, Parlindungan Marpaung
1 comment:
Bagi aku sahabat begitu susah dicari...sepatutnya rudi dan adi membawa 6 ekor kuda baru selamat perjalanan mereka. cara yang lain mereka terus merempuh dengan kelima2 kuda mereka atau bersedia dengan senjata untuk membunuh serigala tersebut.
Apa2 pn kena buat persedian yang rapi sebelum melakukan sesuatu supaya semuanya selamat dan berjalan lancar....namun berkorban untuk orang yang disayangi amat mulia..
Post a Comment