Thursday, June 05, 2008

Cite Kawin Sini Sana

Pengembaraan saya bermula pada hari sabtu seawal 4 pagi. Bersiap-sedia untuk ke LCCT pada pukul 5, sampai disana lebih kurang pukul 6. Check in then solat subuh trus masuk ke ruangan menunggu sebelum dibenarkan mengambil tempat di atas kapal terbang untuk ke Alor Setar. Tengahari 31 hb yang lepas kami ke Jitra menghadiri walimah ex-coursemate, Hanim & pasangannya Ashraf yang juga merupakan kawan Power ranger hijau semasa di KMM. Tahniah kepada pasangan mempelai dan selamat menempuh alam berumahtangga.





Kalau ke utara tidak makan laksa, rugi sangat la namanya. Jadinya kami berempat (saya, Zimah, Amie dan Su) pun pi pekena laksa kat Fatin Corner di bandar Kangar. Ha!! Terliur tak tengok laksa dan cendol pulut ni??? Sodap seh. Memang pekat, lemak berkrim dan disukai ramai. Penuh giler orang kat kedai ni.






Lepas makan-makan sebelum mereka semua menghantar saya ke stesen bas untuk pulang ke Taiping pada pukul 8 malam, kami pusing-pusing bandar Kangar dan sempat la beraksi gedik santai merakamkan gambar. Kalau tak salah saya, tempat letaknya bangunan ni lebih dikenali sebagai mini Putrajaya. Rasanya bangunan ni pun bangunan pentadbiran negeri Perlis. Seberang jalan berhadapan dengan bangunan ni merupakan rumah seorang personaliti TV3. Besar gila rumah!!! Kaya-kaya orang Perlis ni gamaknya.






--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tahniah juga kepada Fahrul Asmady dan isteri yang telah bernikah pada 1 hb yang lepas. InsyaAllah saya akan memeriahkan majlis di sebelah lelaki pada hujung minggu ni.

p/s: Terima kasih En. Arip untuk sumbangan gambar. hihi...

2 comments:

arip said...

sape kater free...

ayong afzan said...

Hhuh! dengan aku pun berkira.