Friday, January 18, 2008

Dia yang berkuasa..


Saya sudah mengkhatamkan TH:MSI
semasa bercuti agak lama tempohari di kampung
Hampir setiap malam rasa sebak bertandang
Air mata pun kadang-kadang turut sama menitis
membaca 'kisah benar' pengarang
Rasa insaf, terharu, bertuah, sedih
dan macam-macam rasa bergabung dalam diri
Syukur kerana dibukakan pintu hati
untuk membeli buku bercorak ilmiah sebegini
Saya memang minat membaca novel
boleh dikatakan setiap novel
saya berjaya
habiskan dalam masa satu hari
Tapi seiring dengan peningkatan umur
saya menanam azam dalam diri
untuk mengubah sedikit cara pembacaan saya
jika sebuah novel habis dibaca
maka saya juga perlu menghabiskan membaca sebuah buku agama
pada permulaannya memang agak sukar
tapi saya mesti cuba.
Berbalik semula kepada kisah TH:MSI
Alhamdulillah, syukur kepada Allah
kerana kesudian Prof MKI
memenuhi undangan Kelab Pascasiswazah, FF
memberikan ceramah program pengisian rohani
yang diadakan semalam.
Sangat bertuah dapat mengenali Prof
Mendengar sendiri kisah Prof
Sememangnya program sebegini
datang tepat pada waktunya
di saat saya dalam kesedihan
kecelaruan,
kehilangan semangat.
Prof berjaya menggunakan kebijaksaan
dan kepetahan beliau berkata-kata
serta bercerita
membuatkan saya berasa sangat sebak dan terharu
apa yang saya dapat simpulkan
jika kita merasa kita lemah dan tiada sesiapa
untuk meluahkan kegusaran hati kita
mengadulah padaNya
Dia sentiasa ada untuk kita
Jika tiada sesiapa yang sudi mendengar
Dia pasti menjadi pendengar yang setia
Maka mengadaplah dia sebagai seorang hamba
dengan perasaan rendah diri
mengharap keampunan darinya.
Perasaan yang bercampur baur
ketika ceramah berlangsung
masih terbawa-bawa sehingga ke hari ini
InsyaAllah
segala saranan Prof. saya sematkan dalam diri
Ya, memang betul
Saya akui
Bukan senang untuk bangun untuk solat malam
Tapi selagi niat dihati tu ada
InsyaAllah
Allah akan bukakan jalan
menjadi antara insan-insan yang terpilih
mengisi dinihari ketika orang lain enak dibuai mimpi
Semoga salah satu azam tahun baru saya ini
untuk menjadi 'baik' dan 'lebih baik'
dipermudahkan.
Sesungguhnya hijrah itu perlu
dalam diri setiap insan
supaya kita terus rasa bersyukur
dengan segala rahmat dan limpah kurniaanNya
yang tidak kira masa
sama ada kita ingat padaNya
ataupun pada masa kita terleka seketika.
Mintalah hanya pada Dia, Dia yang Maha Agung, Dia yang Maha Kuasa
Menentukan apa yang terbaik untuk hamba-hamba
Selebihnya bertawakal sahaja padanya
Allah tidak akan beri apa yang kita minta
tapi Dia akan beri apa yang kita perlukan
Perancangan Allah itu
adalah perancangan yang paling sempurna.
p/s: Thanks Azman yang sudi dari jauh2 berseorangan bagi menuntut ilmu. Semoga Allah memberkati setiap langkah ko ke sini.

1 comment:

zaihana said...

ye riza..chayyok2