Darah Nifas adalah darah yang keluar selepas melahirkan anak. Dinamakan nifas kerana ia keluar selepas keluarnya satu jiwa (nafs) dan perempuan yang mengeluarkan darah ini digelar nufasa'.
PEMBAHAGIAN NIFAS
Dibahagikan kepada 3 bahagian berdasarkan warnanya
1. Nifas Rubra (Lochia Rubra)
Darah nifas yang keluar selama kira-kira 3-5 hari selepas bersalin. Ia berwarna merah kehitaman dan sangat pekat kerana kandungan darahnya masih banyak.
2. Nifas Serosa (Lochia Serosa)
Darah yang keluar pada tempoh ini berwarna perang atau merah jambu. Ia mengandungi eksudat (exudate) atau lelehan, erythrocytes iaitu sel darah merah matang, leukosit (leucocytes) dan mukus serviks. Tempoh ini berlangsung sehingga hari ke 10.
3. Nifas Alba (Lochia Alba)
Darah nifas bertukar menjadi agak putih atau kuning cair. Ia keluar pada minggu ke 3 atau ke 6 selepas kelahiran, iaitu di penghujung tempoh nifas. Darah yang keluar pada waktu ini mengandungi sedikit sel darah merah, selain campuran bahan-bahan lain seperti leukosit (leukocytes), sel-sel epithelium, kolestrol, lemak dan mukus.
TEMPOH NIFAS
A. Tempoh paling singkat: Satu lahzah (seketika sahaja)
B. Tempoh biasa: 40 hari
C. Tempoh paling lama: 60 hari
B. Tempoh biasa: 40 hari
C. Tempoh paling lama: 60 hari
Note: Sekiranya masih ada darah yang keluar selepas 60 hari, ia dianggap sebagai darah penyakit atau istihadah dan perempuan tersebut sudah boleh menjalankan ibadah-ibadah wajib seperti solat fardu dan puasa.
PERKARA YANG HARAM DILAKUKAN KETIKA DALAM NIFAS
Para ulama sepakat bahawa darah nifas adalah sama dengan haid. Oleh sebab itu, semua hukum yang berkaitan dengannya adalah sama.
~~Solat
~~Tawaf
~~Membaca Al-Quran
~~Duduk dalam Masjid
~~Jimak
~~Tawaf
~~Membaca Al-Quran
~~Duduk dalam Masjid
~~Jimak
~~Menyentuh Al-Quran
TEMPOH NIFAS BAGI PEREMPUAN YANG MELAHIRKAN ANAK KEMBAR
Tempoh nifasnya dikira daripada kelahiran anak yang terakhir dan bukannya anak yang pertama. Ini bererti walaupun selang masa kelahiran anak pertama dan terakhir adalah lama, masa nifas tetap dihitung sejak kelahiran anak yang terakhir. Darah yang keluar pada kelahiran yang pertama dianggap darah haid sekiranya kebiasaan haidnya begitu. Jika tidak ia dianggap istihadah.
NIFAS WANITA YANG MELAHIRKAN ANAK SECARA PEMBEDAHAN
Berdasarkan tinjauan perubatan, wanita seperti ini juga boleh keluar darah melalui jalan biasa (faraj) walaupun pembedahan dilakukan dibahagian perut. Oleh sebab itu, fuqaha sepakat menyatakan sekiranya seseorang wanita mendapati darah pada farajnya selepas melakukan pembedahan untuk mengeluarkan anak, ia dianggap sebagai darah nifas. Tetapi jika selepas pembedahan ini, tidak ada darah yang keluar daripada kemaluannya, ia dianggap bersih.
Sumber: SOLUSI/Isu No. 5/2009
Note: Jangan lupa mandi wiladah selepas melahirkan. Apa itu wiladah?
~~~@@@~~~@@@~~~@@@~~~@@@~~~@@@~~~
Pengalaman Peribadi
Pengalaman Peribadi
Sepanjang dua minggu pertama, pengeluaran darah nifas ni agak heavy jugak. So kena ikut cakap dan nasihat pelatih kelahiran atau nurse untuk tukar pad sekerap 4-6 jam sekali. Make sure cuci bersih-bersih menggunakan pembersih wanita, bilas dengan air pastu boleh gunakan air suam bercampur garam dan asam keping sebagai bilasan terakhir. Kalo rajin boleh rebus daun sirih jugak, tapi kalo boleh rebus setiap hari untuk elakkan air rebusan sireh "basi" dan berbau. Elok nak elakkan infection, alih2 sebab gunakan air rebusan yang tak elok, dapat penyakit lain pulak. Saya malas, jadi just gunakan sedikit garam dan asam keping yang direndam dalam air panas sekejap baru top-up dengan air paip sampai suam. Ada setengah orang saya dengar menggunakan larutan dettol yang dicairkan jugak sebahgai bilasan terakhir. Mungkin pedih sket masa awal-awal penggunaan tu. huhu.. Oh..ye.. jangan lupa lap dan keringkan sebelum pakai pad semula. Kalo bilik air tu sememangnya sekali dengan bilik tidur kita, boleh jugak anginkan dan keringkan menggunakan "hair dryer". Lagi senang dan mudah. Tak perlu nak tahan ngilu sebab nak lekapkan tisu ke bekas jahitan tu. Selalunya dalam lawatan pertama bila baby dah cukup sebulan, nurse akan check juga jahitan dah kering ke dan akan tanya tentang sifat darah yang keluar tu. So perhatikan setiap hari warna dan sifatnya. Mudah nak jawab nanti, dan mudah jugak la nak bezakan sama ada darah yang keluar tu adalah darah nifas or darah haid dah kembali semula. Pengalaman saya sendiri disebabkan tak breastfeed Aryan dengan penuh disiplin, saya dapat semula haid seawal Aryan berumur 40 hari. Mula-mula ingatkan salah makan sebab tu 'bleeding' semula, rupa-rupanya bukan. Macam mana confirm? Sebab saya rasa sakit pinggang dan ari-ari macam senggugut, pastu warna darah merah dah heavy semula dan beransur kering selepas 5 hari. Tapi ada jugak kawan yang memang fully-breastfeed baby dia datang haid seawal baby berusia 30 hari. Semasa check-up dia tanya Doktor, doktor kata itu disebabkan oleh sangat subur. So.. kena amalkan kaedah perancangan keluarga yang betul kalo nak mengelakkan "termengandung" lagi dalam masa terdekat. Moga perkongsian pengalaman yang tak seberapa ini dapat memberikan manfaat.