Thursday, August 21, 2008

Cite Ahad II




Sebelah malamnya
Ada program dinner di Restoran Nelayan Titiwangsa
bersama bekas pelajar-pelajar SMKTT batch 96-2000
Restoran tu memang penuh
Ada majlis kahwin lagi (Siap nampak Saiful Nang jadi cameraman)
Yang datang bersama family pun ramai
Ada jugak yang mengadakan sambutan hari lahir
Pendek kata memang meriah tempat ni
Harga makanan memang agak berpatutan
Untuk pilihan Steam-boat Buffet, ayam bakar,
nasi putih+ lauk pauk, pencuci mulut dan buah-buahan
Sekitar RM30 +++ la termasuk tax dan cas perkhidmatan
(walaupun perkhidmatan kurang memuaskan)
Memang 'heaven' betul
bila dapat melantak ketam dan udang tanpa sekatan
memang tak pandang benda lain dah
Pas habis program di restoran nelayan
kami ke Taman Tasik Titiwangsa
berhampiran Eyes on Malaysia
untuk upacara makan kek sempena Birthday Ina
Untuk Ina, selamat hari ulangtahun
Semoga terus berjaya dan diberkati Allah selalu

p/s: Thank sesiapa yang join program-program sebelum ni. Yang takde rezeki nak join lagi tu, hopefully pas ni boleh la join ye...

Cite Ahad I

Ahad lepas
Join Jacob's Walk of Liife
Bersama Kak Ann, Ami dan Syada
Saya la orang yang paling last sampai
Antara kami berempat
Memang tak larat sangat
Asik maintain 'gear' 1 dan 'gear' 2 je
Kesudahannya otot-otot dan lemak-lemak semua terkejut
Dipaksa bekerja keras berjalan 7 km sekitar kawasan
Taman pertanian Malaysia tu
3 hari jugak la mengalami kekejangan urat saraf dan sakit tulang
Penangan dari program yang berlangsung selama 4 jam tu je
Tapi tak pe
Yang penting semangat tu kena ada

Monday, August 11, 2008

090208-090808

"Bersatu, bertemu dan bersefahaman tidak sama. Bersatu ikatan hati, bertemu ikatan jasad, bersefahaman ikatan akal. Alangkah baiknya jika ketiga-tiganya dapat digabungkan".


Daisypath Next Aniversary Ticker


Ketika aku memohon kekuatan, Allah memberikan aku kesukaran sehingga aku kuat.
Ketika aku mohon kebijaksanaan, Allah memberikan aku masalah untuk aku pecahkan.
Ketika aku mohon kesejahteraan, Allah memberikan aku akal untuk berfikir.
ketika aku mohon keberanian, Allah memberikan aku bahaya untuk aku atasi.
Ketika aku memerlukan cinta, Allah memberikan aku orang yang bermasalah untuk aku tolong.
Ketika aku mohon bantuan, Allah memberikan aku kesempatan.
Ketika aku tidak pernah menerima apa yang aku minta, tapi aku menerima apa yang aku perlukan.
Syukur padaMu ku panjatkan diatas segala nikmat dan rezeki yang Engkau kurniakan.


p/s: Tahniah untuk bekas bos saya dalam PRS SMKTT yang telah melangsungkan pertunangannya di Kedah pada 9 Ogos 2008 yang lepas. Bak kata dia, semoga kita sama-sama diberkati. Kawin jangan lupa jemput.

Thursday, August 07, 2008

Cuti-cuti Malaysia *SMKTT Mini-gathering*

Nostalgia Kelas paling Best 1996 - 1 Razi: Saifol, Aye, Hasrul, B.K, Riza dan Ikin Baik

Part of us: Umi, Khalil, Riza, Hazli, Ikin Baik, Nurul, Khalilah, Arif


Nak kek?



5 dara pingitan: Nurul, Riza, Ikin Baik, Khalilah, Umi




Sesi makan durian (saya tumpang tengok je)



Persediaan 'mengorbankan' Khalil

Thorn among flowers?