Dah nak habis hari dah minggu ni
Hari-hari awal yang ceria
Tapi last minit semua bertukar duka
Ntah la
Mungkin hormon tengah masuk fasa tak stabil
Tapi rasanya lebih kepada hati 'membengkak' pasal kes semalam
Perang saraf dah mula
'Blog, saya sedih... sedih sangat'
Bila melalui detik-detik perasaan beremosi macam ni
Seboleh mungkin saya tak nak jumpa orang
Nak duduk dalam bilik sendiri diam-diam
Bukan apa
Tak nak la orang yang tak bersalah rasa tempiasnya
Tak pasal-pasal kan
Bukan macam 'orang' tu tak abis2 nak mengungkit
Setakat mengungkit tu takpe
Ni tak
Siap boleh buruk sangka dan macam nak tuduh orang macam-macam
Padahal orang sket pun tak bercakap pasal dia
Ni yang susahnya kalo orang banyak sangat perasaan ni
Mudah sangat perasan
HUH!!! Sesungguhnya saya dah penat
Penat menghadapi kerenah orang yang macam ni
Ntah apa la yang dia nak sebenarnya
Ntah apa la yang tak puas hati sebenarnya
Saya sendiri pun tak faham
Bila nak diajak bersemuka tak nak
Bila terserempak nak buat-buat lari
Bila nak lari tak boleh
Saja kuatkan suara cakap ayat yang menyakitkan hati
Macam orang lain ni tak de hati dan perasaan
Ya Allah, geramnya saya
(Kau ampunkan la dosaku)
Bukan nak mengungkit
Tapi bila ingat balik memang sakit hati
Dulu masa zaman masih memerlukan khidmat kita
Nak kita tolong buat keje
Bukan main la bermanis muka
Cakap itu ini
Beri jaminan bagai nak rak
Tapi bila dah habis 'madu' kita disedutnya
Mula la nak cari pasal
Nak buat kita musuh
Kalo kita sorang je yang kena 'treat' macam tu
Memang la salah kita yang tak tau 'behave' diri kan
Tapi kalo dah setiap tempat dan setiap tahun
Lepas sorang
Sorang lagi dijadikan musuh, siapa yang bermasalah sebenarnya?
Fikir-fikirkan lah sendiri
Kalo tak kena kat batang hidung sendiri
Kita boleh la cakap sabar kat orang kan
Tapi kalo dah jadi macam ni
Bila sebelah mata pun tak dipandang
Sapa yang tak geram
Macam besar sangat dosa yang dibuat
Sedar la sket
Kita ni manusia
Manusia mana tak buat salah kan
So sebagai manusia cuba la belajar untuk memaafkan orang lain
Sebab diri awak sendri pun sangat la ada potensi untuk buat silap jugak
Bila dah jadi macam ni
Saya memang mengiyakan ayat Abah
"Kita tak boleh nak judge orang tu macam mana, melainkan kalo kita dah duduk dan keje dengan dia dalam keadaan sekeliling yang sama paling kurang setahun. Dalam jangka masa tu, memang semua sifat diri dia sama ada buruk ke baik akan terserlah."
Jadi jangan la dengan kita kenal dia sejam dua
Berborak dengan dia setengah jam
Berselisih dengan dia sekali dua sehari
Kita terus buat kesimpulan dia baik bila tersenyum
Dan dia ntah apa-apa kalo melayan kita sambil lewa
p/s: Nak cepat habis MSc dan cari enviroment baru. Jiwa tak kacau, hati tak sakit.
7 comments:
Riza jadikanla semua yg berlaku tu sbg pengajaran dan pengalaman coz nnt bila kite kerja perkara cm2 pasti akan berlaku paling tidak pn mesti kite akan rs kwn yg kite rs baik sbnrnya ada agenda sebaliknye...so kena tabahkn hati dan kumpul segala pengalaman yg kita lalui spy ia berguna pada masa hdpn insyaAllah...aku xnk kata sabar je la, tp aku nk ckp byk2kn bersabar sbb orng yg bersabar sntiasa untung....=)
rileks ye awak..cepat2 siapkan keje..nanti leh keje kat putrajaya..hihih..
p/s: gambo bawah skali tu mcm kenal je..
To Azman:
Thanks a lot ye atas semua nasihat dan dorongan. Memang aku tengah bersabar pun ni, tak kose nak ikut rentak orang yang pincang. Sebab tu dia macam tak puas hati kot sebab aku mcm tak melawan balik dan boleh buat 'stone' je. Doakan aku ye...
To epelijau:
huhuhu...sedih tau akak. 'stress' tahap tak tau nak cakap. Akak doakan saya dapat keje kat sana ek. gambo tu pinjam dulu buat penenang mata supaya hati pun bisa jadi tenang.
iza nak keje putrajaya? aiks... ada pepe yg maksu xtau ke? huhu
jgn le sesedih... nanti kita buat sesi kutuk mengutuk k! hahaha
Kuatkan semangat riza..chayok..chayok..
ingat janji tuhan
"di sebalik kesusahan ada kesenangan",
insyaallah besar ganjaran untuk ko yang bersabar..
yeah... ingt btol tuh... bersabar.. Allah suke dgn org yg sabar...
Post a Comment