Tuesday, December 19, 2006

Dua budak comel



Sangat rindu kat budak 2 orang ni.Aisyah dan Sofea yang comel and sangat nakal. Especially Sofea yang suka jual mahal dengan saya. Tapi bila tunjuk aiskrim atau coklat, dia boleh bertukar jadi seperti anak kucing yang suka menempel kat kita. Nak bodek la tu! Ni la aktiviti budak2 dua orang ni time orang lain sibuk bertakbir raya. Curi makan kat belakang.huhu...

Monday, December 18, 2006

I've got it!!


Sanggup gi cari novel ni kat Pustaka Mukmin Jalan TAR sebab semua book store kat Shah Alam takde lagi. Dengar khabarnya dah release 10hb aritu lagi. Tapi bila cari 13hb pun tak de lagi. Erm..macam mana tu? Sape nak jawab?hehe... Nak jugak baca versi cetak padahal dah khatam entah baper kali dah versi online tu. Sape yang blum baca lagi, kalo nak jimat duit tak payah beli, just baca versi online je. Memang original punya cerita takde compress ape2 pun. Kawan-kawan saya sume pelik nape la bersemangat sangat dengan novel ni. Nape yek? Erm rasanya... 1st, saya ni memang novel addicts, ke2 saya suka dengan jalan citenya (pendekatan yang digunakan dalam menjalin persahabat, menghargai persahabatan, ilmu-ilmu agama yang di ketengahkan and of course endingnya berkongsi rasa hati) hehe..dan finally yang ke3 sebab saya ni dari Herritage City of Taiping (cite ni bermula dari Taiping ke Tokyo). Ada ke alasan macam tu cik Riza Oooii!!hihi... Habis semua kawan saya, saya promote novel ni. Tahniah Kak Rnysa(macam la dia kenal saya!tak kisah pun). Akhirnya usaha akak dari zaman sekolah dulu menunjukkan hasil. Teruskan berkarya. Mungkinkan lepas ni giliran 'Cinta Sofea' pulak?
p/s: Cuma wane cover tu je saya kurang berkenan sket. Feminin sangat ;-).

Jalan-jalan, cari makan








Amie tgh kusyuk giler makan..huhu..








Tomyam yang sedap mlm tu..Disamping ikan bakar yang masin dan sotong goreng tepung yang memang 'giler sotong' (tiada dalam gambar) huhu...






Muka-muka gembira dapat makan tepi laut


Terima kasih kepada 2 orang penaja program jalan-jalan cari makan malam tu. Bila lagi nak belanja?;-)

Thursday, December 14, 2006

Perpisahan





Ku mengerti perpisahan ini
Bukan kerana kau membenci
Tapi kasih yang pernah ku beri
Tiada lagi bersama

Sering kala aku terlihatkan mu
Impian nan indah julang bahagia

Ku harungi hari demi hari
Bersama wajah tak mungkin akan kembali
Tapi hati masih tak terima
Ditinggalkan sengsara

Keraguan ini bukanlah padamu
Perasaan hati masih rindu
Kekalutan ini hanyalah untukku
Tercari-cari bayanganmu

Tak sanggup aku kehilangan
Kehilanganmu

Masih tercari-cari
Keraguan ini bukanlah padamu
Masih tercari-cari bayanganmu
Tak sanggup aku kehilanganmu

p/s: Antara lagu Anuar Zain yang sedap selain Keabadian Cinta.

Friday, December 01, 2006

Alkisah CINTA

:: CINTA::

~Sebuah kisah tentang kasih~

Cinta Unggul
Dato Rahim Razali & Fatimah Abu Bakar

"Isteri bukanlah hak milik, tapi ANUGERAH..."
"Kadang-kadang orang yang kita sayang la yang paling susah untuk disayang."
"Sehari bersama orang yang kita sayang lebih baik dari seribu tahun dengan orang yang kita tak sayang."


Cinta Romantis
Eizlan Yusof & Fasha Sandha

"Awak tak payah cakap ape2, saya tau ape jawapan awak.."
"OK"
"Cukuplah kau dengan dia je yang tahu,kenapa nak biarkan satu dunia tahu?"

Cinta Sepenuh Jiwa
Rashidi Ishak & Rita Rudaini

"Kalau dia dah tahu, kau pun dah tahu kenapa perlu berahsia?"
"But the little girl teach me love means letting go"


Cinta Abadi
Nanu Baharuddin & Que Haidar

"Adik jangan takut gelap, kakak ada lilin....."


Cinta Tulus
Piere Andre & Sharifah Amani

"Apa ni?negatif..."
'Kalau kita betul2 nak, mesti ada cara kan?"


"Pencari C.I.N.T.A"=) ~ Meon, Amie, Zimah, Myself, Miey, Yen, Jaja


Baru nak upload!Ape ni? cite dah berkulat. Potong gaji.huhu...Punya la tak sempat nak buat ape2 dengan blog ni. Actually dah lama draft post ni. Tapi tak sempat2 nak di 'send'kan je. Punya la excited dengan cite ni, 2X gi tengok. Jangan terkejut kot ada kali ke3. hehe...Bagi saya, wordings dalam C.I.N.T.A ni yang paling memberi kesan (pengorbanan, kasih sayang, kepercayaan) dikukuhkan lagi dengan lagu-lagu yang selari dengan setiap kisah yang mampu memberikan kelainan. Kisah hidup yang memang terjadi dimana2. Sesape yang tak tengok lagi, better la pegi at least skali. Memang tak nyesal punya and korang takkan terasa dipaksa untuk gelak and menitiskan air mata! Bagi sesiap yang dah tengok, mesti familiar dengan ayat2 kat atas tu.Semoga kita lebih semakin menghargai antara satu sama lain selepas ini.=)

p/s: Cinta bukan sekadar melibatkan dua jasad tapi melibatkan penyatuan dua hati.