Friday, May 20, 2011

Sakit Gusi+Ulser Mulut

Bubur nasi + Scrambble egg ikan bilis

Bahan-bahan
Setengah pot beras
Segenggam ikan bilis
4 biji telur ayam
Serbuk lada sulah+serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Minyak (menggoreng ikan bilis)
Mentega/Marjerin (scramble eggs)

Cara Memasak
Bubur nasi:
1. Basuh beras dengan air lalu sebanyak 3x
2. Masukkan air sebanyak 5 -6 cawan.
3. Biarkan hingga mendidih dan beras menjadi lembut.
Tips: Nak cepat, masukkan air panas mendidih.

Scrammble egg ikan bilis:
1. Goreng ikan bilis sehingga garing dan ketepikan.
2. Pukul telur, lada sulah, garam dan lada hitam sehingga sebati.
3. Panaskan kuali dan letakkan sedikit mentega/marjerin
4. Masukkan telur yg telah dipukul tadi dan gaul sedikit, masukkan ikan bilis yg di goreng. Kacau sebantar dan angkat. Sedia untuk di makan.

Apa kena mengena masak bubur dengan tajuk entry?
Sangat la ada kena mengena sebab bila gusi bengkak, nak buka mulut pun susah.
Bila nak bukak mulut pun susah, nak mengunyah makanan lagi la payah.
Oleh itu kena la makan makanan yg lembut2, makanan yang tak perlu dikunyah banyak kali dah boleh terus telan
Tu pun jenuh jugak nak menelan sebab nak telan air liur pun tekak rasa perit je

Rawatan Kecemasan
1. Kerap berkumur dengan air garam
2. Boleh letakkan ketulan ais/ice pack di kawasan yang bengkak
3. Makan ubat tahan sakit (panadol/paracetamol, ponstan, tramadol, arcoxcin
4. Gi klinik gigi (Dr akan bagi antibiotik dan ubat tahan sakit)

Rawatan "TERBAIK"
Pembedahan kecil dimana gusi akan di potong sedikit bagi mengeluarkan gigi yang baru tumbuh. Pembedahan akan dilakukan selepas sakit tersebut sembuh. Masa pembedahan lebih kurang 1 jam, 3 hari cuti sakit akan diberikan. MODE: NGERI!!!!!

p/s: kalah Aryan tumbuh gigi kalo macam ni gayanya. Aryan tumbuh gigi steady je.huhu

Thursday, May 19, 2011

Precious Time in Life

Syukur Ya Rabbi
Masih dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki
Dikelilingi insan-insan yang amat disayangi dan menghargai diri
Sejuk hati dikelilingi mereka-mereka ini
Nampak sempurna dari mata kasar
Tapi dugaan Allah itu memang tak pernah putus rupanya
Masih lagi tak sudah-sudah menanggung derita hasil hasad dengki
Hati mereka yang bernama manusia
begitula jadinya bila iblis dan syaitan merajai hati
Sampai tak ingat umur dah meningkat, bila-bila masa saja akan mati
Walaupun begitu, saya tetap belajar untuk kuatkan hati dan diri
Demi Insan-insan yang amat di sayangi
Moga Allah mendengar setiap doa yang dititipkan setiap hari
Tak kiralah dari diri sendiri dan orang lain
Jauhkankan Ya Allah diri ini
Dari sifat berputus asa dan menzalimi sesama manusia
Sesungguhnya, saya takkan berputus asa
Walaupun sehingga ke akhir usia
Kerana saya sayang kalian semua.