Wednesday, April 13, 2011

Rumah Baru-Rumah Kami

Jom pegi rumah baru kami
Rumah lama ni masih dikekalkan
Rumah baru tu khas untuk Si comel itu
Ni alamatnya:
www.tapakkakikecil.blogspot.com

S.E.L.A.M.A.T D.AT.A.N.G

Makan-makan L'apprenti Restoran UPM

Singgah lunch di L'apprenti@Putra Restaurant hari Isnin lepas (11 April 2011) setelah habis sesi membuang masa di KK Bangi. Tolong la perbaiki sistem korang kan. Tercongok duduk menunggu giliran dekat 2 jam setengah semata-mata nak bawa anak gi timbang, ukur panjang dan lepas tu kena membebel sket dengan Pn MISI. huhu... Pastu bila ditanya kenapa nombor giliran kami tak di panggil, buku rekod anak 'misplaced' la pulak kan. Kalo ikutkan perut yang bergendang-gendut tu memang rasa nak bebel balik, Tapi buat apa buang tenaga kan. Baik pi makan..

So seperti apa yang telah dijanji dengan En suami, saya nak cuba makan di restoran ni. Masa mula-mula tau lagi memang excited sebab dulu masa zaman belajar memang dah ada L'apprenti Deli di aras bawah berdekatan lobi di Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi (pada masa tu la). Saya antara pelanggan setia sandwich tuna dan kek coklat di Deli tersebut setiap kali ada kelas di waktu pagi, tak sempat breakfast siap-siap di kafe kolej. Tapi masa saya di tahun akhir iaitu sekitar tahun 2005, jurusan kami telah berpindah ke bangunan baru dan nama fakulti tu pun dah berubah dan memang jarang menapak ke sana.

Macam mana nak ke sana? masuk ikut entrance Lebuh silikon, melalui Pak Guard yang cukup sporting then sebelah kiri akan nampak stadium UPM. Terus lagi sedikit then amik simpang ke kanan, ada bangunan yg masih dalam pembinaan dan 2 bangunan biasa. Di situlah letaknya Kompleks Perkhidmatan Makanan yang mana terdapatnya L'apprenti Restaurant dan L'apprenti Deli (di cermin kaca di sebelah luar bangunan). Kami membuat keputusan untuk mencuba menu di L'apprenti restoran.

L'apprenti Restoran
@ Formal dan hiasan restoran lebih cantik dan teratur
@ Cara layanan macam di 5 star hotel, tableware mmg standard set pisau, garfu, sudu
@ Pelayan akan tolong tarikkan kerusi, letakkan lapik di paha dan tuang plain water dalam gelas kaki tinggi
@pelayan akan dtg bagi menu dan inform mengenai special dish dan promotion kalo ada
@ sekeping roti dan butter- sebagai pengalas perut sementara menunggu order sampai.

L'apprenti Deli
@ Santai
@ Layan diri
@masuk je Deli, dah bau makanan yang sedap2, nampak kek di display rack berpusing



Menu yang di pesan (disebabkan makan di restoran yang ala-ala 5 star hotel, haruslah menu pun namanya panjang-panjang kan:

Western Rendezvous-Menu ala Barat

1. Herb breaded chicken (RM 23) a.k.a chicken chop - chicken breaded with herbs, deep fried with gravy mushroom or black pepper, french fries and buttered vegetable
2.Pan fried salmon (RM 26)- prepared with black pepper, parsley and lemon. Served with herbal sauce, minced potatoes, salmon skin chips and buttered vegetable.
3. Chicken beef rendang pot pie (RM 7)
4. A cup of Freshly brewed coffee (RM 2)
5. A pot of Cammomile tea (RM 4)

Memang sgt berpuas hati dengan Pan fried salmon. Isi ikan sgt lembut dan sedap skali! Cara masakan yang cukup sempurna; isi ikan tak pecah. Teruja jugak sebab pertama kali makan Salmon skin chips. Nak tau apa rasanya? Cubalah sendiri.

Anda teringin? Cuba la rasa sendiri. banyak lagi pilihan hidangan contohnya Grazing (French Fries, Mashed potato, Fried mushroom etc.), Appetizer (Prawn Umai etc.), Soup (Wild mushrooms cream etc.), Salad (Chef's salad of the day etc.), Malaysian Delights (Nasi goreng kampung, Nyonya laksa etc.), Pasta (Rigatoni Provence etc.), Sweets (Tiramisu in glass etc.), Tropical fresh fruits dan beverages.

Selain dari itu L'apprenti juga menyediakan kelas-kelas masakan jika berminat. Kalo anda semua nak tau lebih lanjut, boleh la klik di sini.

p/s: Kononnya celebrate Aryan 4 bulan, tapi ibu abah dia la yang makan sebab Aryan tak boleh makan lagi...hehe

Friday, April 08, 2011

Welcome Back Home

Salam semua

Dekat 4 bulan tak buat apa kat blog ni

Keinginan tu ada

Malangnya perlaksanaan tu tersekat pulak

Rasa macam rindu pulak tak berkongsi apa-apa cerita

(bajet mcm ada org nak baca la)

Bukan macam tu ye

Sebenarnya saya berkongsi utk kenangan sendiri di masa hadapan

Bosan-bosan kalau boleh baca semula

Jadinya minggu ni godek-godek dulu teratak usang ni

Kasi renovate ruang tamu, pastu betulkan tingkap dan pintu

Kasi tambah bilik-bilik baru

Last skali baru cat semula

Nah! Inilah hasilnya

Ha…baru la semangat kan bila tengok rumah sendiri

Baru la orang lain pun sudi nak datang kan

Ni kalo pintu depan pun asik bertutup rapat

Rumah dah mcm rumah Hantu Kak Limah Balik Kampung je

Sapa yg sudi menjengah ye tak

Eh…cukup2!!!

Apa yang dok merepek ni

Padah lama tak bercerita

Sekali bukak mulut tak berhenti sudah

InsyaAllah, saya cuba sekerap mungkin

Memaparkan cerita terkini (ececeh)

Bukan sebab apa

Sebabnya terasa kemahiran menulis dah semakin tumpul dan kurang lancar

Kena banyakkan latihan

Jadinya saya rasa di sini la tempat yang sesuai untuk mengasah balik

Segala kemahiran tu semua

InsyaAllah, doakan yang terbaik ye

Selamat Kembali untuk Tuan Rumah

Selamat Datang ye pembaca sekalian


p/s: Baru buat sebuah lagi rumah baru, harap boleh jaga rumah tu jugak