Tuesday, May 19, 2009

Dari sebuah buku

Siapa kata dengan membaca novel itu membuang masa?
Siapa kata novel bukan bahan bacaan yang berilmiah?
Bagi saya, apa-apa sahaja yang kita baca selagi mendatangkan ilmu pengetahuan
Ia dikategorikan sebagai bahan ilmiah
Tak kira la novel ke, komik Conan ke, Mastika ke..
Oleh itu saya ingin berkongsi cerita dengan kalian semua perkara yang menarik mengenai novel hasil karya Noor Suraya, terbitan Jemari Seni.

PERTAMA

Skon dan Jem Strawberi + Teh




di nikmati sambil melihat dan menghayati keindahan alam ciptaan Allah




KEDUA

Doa dan Pelindung Angin Ahmar
http://nurjeehan.wordpress.com


PENYAKIT Angin Ahmar ialah penyakit mati sebahagian badan, yang biasanya datang dengan tiba-tiba dan sukar pula untuk diubati. Walau bagaimanapun, dengan rahmat dan belas kasihan Allah swt kepada hamba-hambaNya maka melalui Nabi Muhammad s.a.w., umat Islam dikurniakan doa yang sangat mustajab dan besar faedahnya bagi menjauhi penyakit tersebut disamping lain-lain penyakit berbahaya dan bala bencana.

Amalkanlah membaca doa ini selalu, paling kurang sekali seumur hidup. Dengan mematuhi kaedah dan adab-adab berdoa disamping berikhtiar, Insya Allah, mudah-mudahan doa kita dikabulkan dan kita terhindar dari penyakit yang berbahaya ini.

Maksudnya:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; dan dengan-Nya kami memohon pertolongan; dan dengan Allah; dan dari Allah; dan kepada Allah; dan segala pujian tertentu bagi Allah; dan tiada Tuhan melainkan Allah; dan Allah Maha Besar, yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku takut dan bimbang terhadap-Nya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya; segala pujian tertentu bagi Allah, sebanyak-banyak pujian. Dan Maha Suci Allah pagi-pagi dan petang-petang. Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan; dan dengan nama Allah yang menyihatkan; dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada memberi mudharat sesuatu apa jua di bumi dan di atas langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sesetengah dari Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.

Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah, Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan Pemberi Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada sekalian kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan.

Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna) suratku ini dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifat-Mu yang sempurna, wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan. Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kegagahan. Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang menyesal (akan dosa-dosa mereka); wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang-orang miskin; wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan yang mempunyai belas kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang banyak kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak memberi; wahai Tuhan yang Maha Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang Melindungi dan Dia tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung dengan-Mu dari azab ke atas badan dan kesempitan; dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit yang besar yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat saraf.

Maha Suci Engkau; yang apabila Engkau menghendaki sesuatu maka Engkau hanya mengatakan “Jadilah! Maka jadilah ia”. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Wahai Tuhan yang menjadikan; wahai Tuhan yang membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Adil, wahai Tuhan yang Berdiri dengan Keadilan, wahai Tuhan yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta pertolongan. Wahai Tuhan yang memulakan (dari tiada kepada ada), wahai Tuhan yang mengembalikan, wahai Tuhan yang menolak, wahai Tuhan yang Mencukupkan. Wahai Tuhan yang menyembuhkan, wahai Tuhan yang meng’afiatkan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan.

Wahai Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan yang banyak memberi balasan atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang mendahulukan, wahai Tuhan yang mengkemudiankan. Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri dengan sendiri-Nya, yang membalas mereka yang jujur dengan balasan ke atas tiap-tiap diri dengan apa yang mereka usahakan. Wahai Tuhan yang memerintahku, wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang memberi perlindungan.

Wahai yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan kami dedahkan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang memerintah sekalian orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu orang-orang yang dhaif dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang bertawakkal.

Wahai Tuhan yang mendatangkan malam ke atas siang dan siang ke atas malam; wahai Tuhan yang Gagah (mengalahkan) setiap syaitan yang sangat durhaka, wahai Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi degil; wahai Tuhan sebaik-baik Pemerintah; wahai Tuhan yang sebaik-baik memberi pertolongan, wahai Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak yang kecil, wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang tuan (yang sangat tua), wahai Tuhan yang memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan yang pengasih kepada orang-orang yang bertaubat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan yang mengasihi. Wahai Tuhan sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni; wahai Tuhan sebaik-baik pewaris; wahai Tuhan sebaik-baik Pemberi Keputusan; wahai Tuhan yang memerintah pada Hari Pembalasan.

Ya Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya kepada Engkaulah aku memohon pertolongan. Dan kepada-Mu aku bertawakkal. Dan kepada-Mu aku gemar dengan apa yang ada di sisi-Mu. Kepada-Mu aku berharap dan hanya Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan hidup dan penyakit-penyakit dan segala kesakitaan dan kesusahan dan darah hitam.

Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya dan dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan dan segala maksiat dan pengsan, dan kerungsingan dan kesedihan dan dukacita dan dari di penjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, dan binatang yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari kekalahan dan kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan, dan gempabumi, dan bala bencana, dan keruntuhan bangunan, dan serangan musuh. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tipudaya orang-orang yang melampau, dan dari sesuatu yang silih berganti atasnya oleh malam dan siang melainkan yang datang itu adalah dengan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap kejadian yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya; sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang tegak dan lurus. Engkau ialah Tuhanku dan di atas Engkau jua aku bertawakkal, dan Engkaulah yang Mencukupkan aku, dan sebaik-baik yang Mewakili, sebaik-baik Pemerintah dan sebaik-baik yang Memberi Pertolongan. Dan tiada daya upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Dan cukuplah kami oleh Allah, dan sebaik-baik yang mewakili sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah yang mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan ucap selawat oleh Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi Allah Tuhan Pemerintah Seluruh Alam. Amin…

p/s: semoga kita sama-sama dapat mengamalkannya dan memperolehi manfaat

16 February 2009


Baju dobi yang hubby ambil sebelum accident,
berlumuran darah and kaca dari cermin kereta yang dilanggar.
Sesetengah kaca tu termasuk dalam luka di muka.


Helmet yang hubby pakai semasa kejadian.
Ada kesan darah. Tapi wizer and helmet masih intact di kepala semasa kejadian.
Syukur alhamdulillah, umur masih panjang.


Selepas di jahit dan di gam


Keadaan sebelum...

Masih boleh peace sebelum kena jahit.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Seperti yang saya nyatakan pada entry sebelum ni
16 hb membawa makna yang sangat subjektif
gembira, duka, gelak tawa, sedih
semua boleh disatukan
sebagai contoh 16 februari 2009
saya dengan penuh semangat waja
telah 'report-duty' sebagai tenaga pengajar
di salah sebuah kolej di pinggir kota.
Melalui hari pertama di tempat kerja
cukup menarik walaupun penat
sesi taklimat, isi borang, selesaikan 'medical-checkup'
bila dah tamat untuk sesi pada hari tersebut
memang saya dah tak sabar-sabar nak balik rumah
penat tak terkira.

Sampai je rumah, saya pelik jugak
berkata dalam hati
"eh, tak balik lagi?"
merujuk kepada suami yang tak sampai lagi
selalunya lebih kurang 6 pm dia mesti dah sampai ke rumah
dalam mencari-cari kunci rumah
saya dapat call dari hubby
"panjang umur"
tapi bila panggilan bersambut...
"Sayang, datang hukm. Abg accident."
fikiran saya jadi kosong
betul ke apa yang saya dengar ni
pastu ada panggilan lagi dari hubby
menyatakan benda yang sama dan berulang kali
ada la 6 kali panggilan
continuously...
cukup untuk membuatkan hati saya tidak keruan
saya ambil keputusan supaya bertenang
baru boleh fikir dengan baik apa tindakan saya kena amik
masuk rumah, saya charge hp, ambil pakaian suami dan juga saya
masukkan dalam beg, baru la saya bergerak ke hukm seorang diri
memang air mata seakan degil untuk menitis
jangan nagis..jangan nagis..
nanti serabut tak boleh fikir secara logik
saya pujuk diri begitu
sampai hukm dalam730 pm, terus meluru ke zon kritikal
nampak hubby berlumuran darah kat muka
gigi depan patah sket
dah diberi suntikan tramadol (ubat tahan sakit)
menunggu prosedur pembersihan luka dan jahitan
sampai saya bersila di wad kecemasan menunggu
cukup 24 jam tak mandi, makan pun seingat saya tengahari tadi je
memang tak rasa penat atau lapar pun
dipendekkan cerita, dalam 230 am keesokan hari
baru dipindahkan ke wad trauma
kaki sebelah kiri hubby kena gantung sebab Dr. suspek
soket tulang pinggul retak
sebab hari dah lewat sangat, saya temankan hubby
tido di wad (kalo ikutkan peraturan hospital memang tiada sapa boleh temankan)
esok pagi baru balik umah pakcik di Taman Jaya
berkampung di rumah pakcik selama 2 minggu disebelah siang
malamnya tido di wad selama seminggu (itu je tempoh yang diberi kebenaran dari pihak hospital)
bila fikir balik
baru kerja sehari, terpaksa bercuti
esoknya telefon bs minta UL dan terangkan situasi
Syukur bos sangat memahami
Alhamdulillah, hubby semakin sihat dari hari ke hari
luka semakin kering dan sembuh
apa yang saya nampak
hubby memang kuat semangat
walaupun kaki tergantung, dia masih boleh gerakkan badan
melayan kawan-kawan yang datang menziarah
Sesungguhnya rezeki yang Allah bagi dan duga ni
pada hari ke 18 perkahwinan kami ni sungguh besar maknanya
mungkin bagi orang lain, masih seronok berbulan madu di pusat peranginan
tapi kami berbulan madu di hospital
mengeratkan kasih sayang dan memupuk kesetiaan
menduga keikhlasan
saat orang lain mungkin menyambut hari lahir di kedai atau restoran
hubby memotong kek hari lahir di atas katil hospital
bukan calang-calang orang akan mendapat pengalaman sebegini
hanya yang terpilih dan disayangi olehNya saja yang berpeluang
sesungguhnya kami bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan
segala dugaan dan cobaan diatasi penuh keredhaan
terima kasih kepada semua ahli keluarga, sahabat saya dan juga hubby
yang tak jemu-jemu memberikan kata-kata semangat,
yang tak penat datang menziarah
yang membantu hubby di tempat kejadian
yang menguruskan kemasukan hubby ke hospital
yang menguruskan laporan polis
yang menghantar motor hubby ke bengkel
kami sangat bersyukur diberikan insan yang sangat istimewa seperti kalian
hanya Allah saja yang mampu menbalasnya
THANK YOU VERY MUCH
MAY ALLAH BLESS YOU


p/s: Thanks a lot to Faiz dan adiknya Rabiatul kerana menumpangkan hubby ke hospital pada petang kejadian. Juga seorang pakcik yang menolong di tempat kejadian. Hanya ALLAH saja yang dapat membalasnya.

Monday, May 18, 2009

Masak-masak (relevankah???)

Salam
Hai all...
Wah..wah..wah..
lama sungguh mencari ruang nak update blog
tu pun sebab dah ramai sangat bertanya
ada pulak yang rajin tolong countdown lagi baper hari nak cukup setahun
blog tanpa khabar berita
hadoila..
nak tak nak
arini amibil kesempatan pas abis lecture 430 tadi
trus amik ihlam nak update pasal apa
pikir punya pikir
akhirnya baik mulakan sesuatu yang baik+gembira untuk post pertama
pada bulan ni (kalo nak kata untuk tahun ni pun boleh jugak)
last saturday
alhamdulillah, usia saya berganjak ke satu angka lagi
bila ditanya apa makna tarikh tu
bagi saya maknanya terlampau besar
sangat subjektif
ape2 pun tahun ni seiring pertambahan usia tu
ia disambut dengan suasana yang totally berbeza
sebabnya
saya menyambut bersama suami
menerima ucapan dari keluarga mertua
selain keluarga sendiri
yang mendoakan kesejahteraan kami berdua
yang paling penting
ia disambut
bukan di kedai atau restoran
tapi saya masak sendiri makanan kegemaran suami
masak cabai sotong, masak lemak putih kobis
petangnya masak bihun goreng singapore
tak ketinggalan juga
kek comel untuk maksu comel
wah..wah..wah..
memang menarik betul
selain menjimatkan wang, at least saya masih tau
saya tak lupa lagi resepi masakan berlauk yang penah saya pelajari
sejak bekerja, agak jarang saya masak dirumah
tak pun pada hujung minggu
mengkayakan lagi pihak PLUS ulang alik balik kampung
menghadiri kenduri atau sebarang urusan keluarga
nak pulak hubby seorang yang tak kisah sangat sama ada
lagi la senang hidup harian saya
sebab tu rasanya tak salah kalau
hari istimewa saya sabtu lepas saya
memasak sendiri makanan kegemaran hubby
satu kepuasan bagi saya
kira birthday celebration la jugak tu
kepada semua ahli keluarga, rakan-rakan dan semua yang
mengirimkan sms, email
terima kasih banyak2 atas ingatan kalian
semoga hidup kita sentiasa diberkati dan dirahmati
I love you all
Kek comel untuk Maksu comel ;-)

p/s: lama tak menulis, kekok rasanya.