Thursday, May 17, 2007

I'm getting older

Syukur Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk hidup di muka bumiNya selama 23 tahun dan semalam masih dipanjangkan umur untuk merasai kehidupan baru dalam umur 24 tahun. Sungguh terasa aura kehidupan sebenar dan tanggungjawab yang perlu digalas selepas ini. Bila ditanya apa hajat masa tiup lilin, membuatkan saya terfikir apa yang saya nak dalam kehidupan serta dalam masa setahun akan datang? Banyak! Sungguh banyak sebenarnya!! Tapi tak tau nak sebutkan macam mana dan sebahagiaannya rasa macam malu nak citer!hehe... Biarla dulu, slow-slow. Just apa yang saya harapkan secara amnya dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan kehidupan dan kuat menempuh dugaan dimasa akan datang. Tapi hajat jangka pendek semoga saya dilancarkan urusan presentation saya masa di Johannesburg next week. Doakan saya selamat pergi dan balik ye.. Kepada semua kawan-kawan dah family members dan partial family (hehe..), terima kasih diatas ingatan anda semua dan segala hadiah , party dan doa2 kalian (termasuk la soalan cepumas yang wajib tu!). Hanya Allah sahaja dapat membalasnya. Semoga kita terus diberi keberkatan dan rahmat

Thanks to:
My beloved Abah - wish 2 hari awal pastu on that day pun wish lagi dan doa2 abah. Tq so much sebab memahami dan selalu menjadi 'penyelamat' ketika tengah 'kering'. Love you. Semoga Abah terus sihat dan gembira.
My Prince - Thanks a lot sebab memahami diri, supportive dan sentiasa ada mendengar apa yang saya nak cakap..thanks for the present and dinner. Semoga awak terus sukses dan dipermudahkan urusan.
My family - acik, mimi (hntr 2 msg lagi), awin, dila (my future baby sitter), anis&ekai (siap nyanyi lagu birthday lagi kat voice mail), maksu&paksu (selamat hari guru jugak for both of them). Semoga dirahmati Allah selalu.
Umi & Nurul - Yang datang jauh dari Putrajaya buat suprise party. Gila ter'suprise'! Thanks a lot buddy. May our friendship last forever
Lab members - Dr TLK (buatkan cheese cake..nyum..nyum), Pn Jun (masak nasi goreng), ainul (sponsor air), Wani (bawak sandwich and keropok), Wee Leng (Cikgu yang ....) Lisa, Fazleen, Izuddin, Isyam, Kak Siti. Thank a lot.
Friends - Shasha, Amie, Meon, Kak Ann, Cik Yen, Miey, Jaja, Cikgu Yati, Suhana, Ct. Kelly, Nat, Bixb, Mai, Syuded, Azman, Fahrul, Amin, bak kata semua la yang tak dapat disebut dalam ni...Terima kasih diatas ingatan korang.
p/s: Selamat hari guru kepada cikgu2 di sksm, skak dan smktt. Jasa2 cikgu takkan dapat saya lupakan dan hanya Allah sahaja dapat membalasnya.

Friday, May 04, 2007

"aku juga ingin sebegini..."

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu. Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.

Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, " cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik.

Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri" Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya kata kan ajaib kerana dia berubah seratus peratus!

Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..
Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah (rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.

Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya........dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi...

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguakmisteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini. Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri..disitu tertera soal jawab antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)
Annisa: aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"

Isteri jiranku: Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati

Annisa: tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik??

Isteri jiranku: Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa: Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat makcik bagaimana?

Isteri jiranku: Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT nanti dan tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Annisa: tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..

Isteri jiranku: Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami...

Annisa: apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia .. sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung..

Isteri jiranku: Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai nisa .ingatlah akan satu hari dimana seluruh manusia akan dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung. . . .Allah SWT. Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya..

Subhanallah ...

Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta, tuli dan bisu.." wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia.. "Tak tahan airmata ini pun jatuh". Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya.. Amin..Subhanallah

saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua.

dipetik dari : http://www.surau.ladang.net/

p/s: Dalam setiap hati seorang manusia yang bergelar wanita, semestinya ada keinginan untuk menjadi insan yang terbaik sebagai wanita, isteri and ibu yang 'perfect' walaupun tak mungkin se'perfect' mana. Setiap saat dan waktu, keinginan itu sentiasa subur dan bertambah didalam hati dan sentiasa berusaha untuk berubah dan memajukan diri dengan usahanya yang tersendiri. Mungkin terdapat suara-suara yang prejudis terhadap niat murni ini, tetapi apalah sangat jika hendak dipedulikan dengan 'cakap-cakap dunia' yang penuh cabaran and pancaroba. Apa yang terdaya dilakukan, biarkan kaki terus melangkah mencari haluan dan berdoa semoga 'kebahagian' itu ada disamping ditemani dengan insan-insan pembimbing yang memahami erti sebuah kehidupan dan turut sama-sama berjuang di atas jalanNya.~Nukilan Hati~

Pesta Buku

Corat-coret Pesta Buku Antarabangsa, PWTC
1. Kononnya nak kuar awal, tapi pukul 11 baru sampai kat stesen komuter Padang Jawa dengan Kak Ann. Niat asal tak nak menyakitkan kaki tak ank drive and tak nak menyumbang kepada kesesakan jalan raya. Tapi still juga berhadapan dengan kesesakan manusia dalam komuter (ape sume nak gi pesta buku ke?) dan terpaksa berdiri sepanjang perjalanan (aduh, kesian kat kaki!)
2. Sampai di stesen Komuter PWTC, Ami dah sedia menunggu dengan 'ambulance' dia yang ada bau kedai lagi (hehe..). Abang dia hantar betul2 kat depan hotel Pan Pacific. Lega..dapat restkan kaki sekejap...
3. Dah masuk dah dalam PWTC, tapi berpatah balik sebab perut rasa lapar. Gi makan kat food court The Mall (bila masa ada food court ni??). Tapi tak habis sebab takde selera, baru baik demam (walaupun tgh lapar sebenarnya).
4. Start pusing2 kat Hall "Karangkraf". Beli majalah "Pengantin" dan novel karya "Damya Hana". Cari Aisya Sofea takde.. tak boleh nak beli nanyak sangat, tak cukup bajet...
5. Tetiba Kak Ann missing in action. Rupanya Kak Ann ter'confius' banyak sangat pintu...kitaorang tunggu kat pintu lain, mana nak jumpa..hehe..
6. Round kat Hall 3. Disini la bermulanya MISI UTAMA ke pesta buku. Pusing punya pusing, tak jumpa jugak booth yang dicari. Beria dah menyalin kat kertas tapi tertinggal kat lab. Dah sedih dah tak jumpa booth yang dicari.
7. Semangat je nak cari kat HAll 4, walaupun dah tau tingkat tu dikhaskan untuk buku2 rujukan dan ilmiah. Memang sah2 dah takde.
8. Lastly, dah nak balik dah pun. Nampak seorang akak pakai baju purple (petugas booth) rasanya, dengan semangatnya memberi pendapat tentang novel yang dipamerkan and siap kata boleh dapatkan tanda tangan penulis lagi, membuatkan kepala saya berpaling menghadap akak tu. Dengan muka tak malunya tya "akak, penulis ni ada tak?" sambil tangan tunjuk kat buku yang berwarna pink tu... "sapa lagi yang ada?" sume ada...hehe..
Baby from Jemari Seni " Rnysa, Hlovate & Kak Su"



Tersenyum 'mengembang' di samping Anis dan Kak Su. huhu... Excited sanagt dapat jumpa orang-orang yang teringin sangat saya jumpa sejak kenal nama mereka.




p/s: Thanks you Anis, Kak Su and warga Jemari Seni. Rasa sangat bertuah dapat bertentang mata dengan kalian semua.