Thursday, March 22, 2007

Bowling Tournament

Bertempat di Summit USJ last sunday, Postgraduate Fakulti Farmasi telah mengadakan aktiviti kelab iaitu perlawanan bowling antara postgrad...yo yo...oo je ayat. Skema bangat. hehe.. Lebih kurang pukul 3 pm, semuanya dah hadir dan game pun dimulakan Ada 6 group kesemuanya, saya termasuk di dalam group yang ke 5 bersama Ijal, Sarah and Lisa. Erm...merasa jugak la main bowling hari tu sebab sebelum ni memang tak penah jejak kaki and sentuh langsung bola bowling tu. Merasa jugak la pakai kasut bowling yang ala2 kasut Ronald McDonald tu (bak kata Lisa)... Pengalaman first time main bowling ni memang menarik. Yela, memang siap ada 'on-site' lecture lagi dengan Sarah macam mana cara nak hold bola, swing bola, and release bola termasuk la undang2 bowling ni. Yang geram tu, bila kita dah elok2 aim line tu, tetiba je sampai satu tahap bola tu boleh melencong ke tepi. Nasib tak baik memang
slalu buat keje amal 'cuci longkang' la. hehe... Bila dah banyak kali cuba baling, baru la rasa comfortable sket. Dah boleh agak macam mana nak membuat balingan yang boleh menghasilkan strike. Akhirnya percubaan berjaya bila saya berjaya 'strike' 2x. Memang aci redah betul...Not bad huh for beginner like me? hehe...Bak kata our best player Mr. Ali Mukhti "tangan besi" tu, ok la dapat point 100 and above bila 1st time main (i've got 2++) . Kena praktis slalu ni. Mana tau boleh ganti tempat Shalin pulak...hohoho...berangan..berangan... Ape2 pun, thank a lot to the organizer yang telah bertungkus lumus menjayakan tournament ni; tempah lane, beli and balut hadiah. Next time boleh la cari budget lebih sket ye untuk hadiah. Tak best la johan je dapat
hadiah. Naib johan pun nak jugak...To Lisa, Sarah and Ijal..Seronok dapat satu group dengan korang sume. Tak sangka kita pun terer jugak kan... Ala, sebenarnya kita bagi chance je kat group 3 tu jadi johan kali ni. Naib johan pun not so bad la kan, especially untuk budak baru belajar macam saya.... hehe... Memang pengalaman sakit2 badan tu tak dapat dilupakan. Padahal main bowling je. Bukan main netball macam zaman dolu-dolu.. Nampak sangat dah tak fit sekarang ni..huhu...

My Lovely DAY

Last Saturday, ada 'someone' yang sangat bermurah hati belanja gi tengok MUKHSIN. Sebenarnya memang saya sangat nak tengok movie tu, tapi disebabkan terdapat pelbagai kekangan and kesulitan yang timbul (kereta sakit,loan tak masuk lagi etc..), macam nak buat2 lupa jugak nak gi tengok. Tapi dengan adanya insan yang sangat pemurah and sangat memahami ni (tq =) ), dapat la saya duduk dalam panggung tengok MUKHSIN. Nothing much can say, saya pun tak tau nape cite ni termasuk dalam senarai cite yang saya nak tengok sangat. Tapi filem terbaru Yasmin Ahmad ni saya rasa lain sket. Selain dari promo2 iklan kat TV tu, lagu-lagu yang dimuatkan dalam cite ni memang sedap untuk dijadikan halwa telingan saya. hehe... (Sangat kagum dengan the real "Mak Inom', 'Pak Atan' yang nyanyi lagu keroncong and tak ketinggalan Orked Ahmad). Cuma biasa la kalo dah namanya pun cerita Yasmin Ahmad, terkedu jugak saya bila ditontonkan dengan babak2 yang agak kurang sesuai walaupun sesetengah pihak mengatakan itu adalah realiti kehidupan... Erm.. tak tau la nak cakap macam mana. Macam dah jadi trademark rasanya.. Setiap orang ada pendapat sendiri kan. Tapi saya lebih menyenangi jalan cerita and inti pati dalam cerita MUKHSIN compared dengan 'SEPET' and 'GUBRA'. Bagi saya, MUKHSIN berada dalam kelas ceritanya sendiri. Macam tak berapa sesuai dikaitan dengan kedua - dua cerita sebelum ni... Mungkin ramai yang tertunggu-tunggu karya Yasmin Ahmad yang seterusnya sebagai kesinambungan MUKHSIN ni. Ape la kesudahan antara Orked and Mukhsin, ape kaitan pulak dengan chinese boy tu?Ermm...Any idea??

Tuesday, March 13, 2007

Renungan bersama

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'. Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya. Wallahualam..

Monday, March 05, 2007

Test Mata







Apa yang anda dapat lihat dari gambar diatas?

p/s: Segmen saje suka-suka merehatkan mata


Sains Islam@Pusat Sains Negara


Weekend aritu mengisikan masa hujung minggu menjejakkan kaki ke Pusat Sains Negara. Actually nak melawat Pameran Sains Kesenian Islam tu (betul ke nama pameran tu??). Ala, yang dulu berduyun-duyun orang gi KLCC tu. Siap bersesak lagi. Tapi bila dah dipindahkan ke Pusat Sains ni, tak de orang pun. Baru la menarik nak tengok dekat2. Bagus jugak dipindahkan ke Pusat Sains ni. Boleh melawat pameran lain disekitar kawasan tu and it is free. hehe...kalo tak, terbang jugak la RM15. (nak ilmu pun berkira!huhu..tak baik betul) hehe.. bila tengok part perubatan and sistem saliran and kincir angin tu, faham la jugak. But bila dah masuk bab astrologi, bab bulan bintang, balai cerap and seangkatan dengannya tu, I'm lost. Blur tak faham...(Tu la, masa PMR tak faham betul2 sistem solar). Untuk kanak-kanak, memang sesuai sangat la dibawa melawat ke tempat macam ni. Pembelajaran Interaktif. Sambil belajar, boleh bermain and explore. So far ok gak la sepetang kat sana... dari membuangkan masa tido or gi tempat2 yang kurang mendatangkan faedah. At least ada cara lain untuk dapatkan 'fresh air' memecahkan kebuntuan otak asik terperap je kat lab. Yang paling best pastu my pakcik and my makcik blanja makan western . Tak kisah pun kena meredah hujan lebat. Macam tau2 je selera perut time tu...=)




p/s: Next station: Eyes on Malaysia =)