Friday, January 26, 2007

Ada apa dengan cermin?

BAGAIMANA MENGENALPASTI CERMIN 2 ARAH ?
Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah(orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka). Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Saatnyalah kita untuk berhati-hati. Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah? Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing:

LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI)
Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin,dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat). Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah !!! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI". Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin bisa menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL" !!!

PARA WANITA : beritahu teman-teman anda yang lain.
PARA LELAKI : beri tahu isteri, anak perempuan atau teman wanita anda

p/s: Thanks Ati for the info.

Thursday, January 25, 2007

Marini+Aziz




Ya Allah Ya Tuhan Kami
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

“Jadikanlah kedua mempelai ini, Marini dan Aziz
agar sentiasa dalam iman dan taqwa
serta satukanlah hati mereka sebagaimana
Adam dan Hawa,
Seumpama
Yusof dan Zulaikha
Dan seperti Engkau satukan hati
Nabi Muhammad S.A.W dan Siti Khadijah
Jadikanlah Marini dan Aziz
Pasangan yang bahagia dan
Berkekalan buat selama-lamanya
hingga ke akhir hayat
dan kurniakanlah kepada mereka
rezeki yang halal,
zuriat yang soleh dan solehah,
serta berkatilah mereka di dunia dan di akhirat.
Sesungguhnya engkau berhak ke atas sesuatu”.
Amin Ya Rabbal Alamin







p/s: Nampak gayanya, Yen la yang merasmikan album kad undangan perkahwinan saya. Dah sampai seru dia, alhamdulillah. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat. =)

Saturday, January 06, 2007

Cabaran tahun baru

Semalam bersms dengan seorang kawan and baru wish dia happy new year. Dia kata "Eit..orang dah 5 hari sambut new year hang baru nak anto msg!"..hihi...ye ke? Dah 5 hari rupanya. Bukan saya tak sedar, tapi bila mengenagkan masih ada lagi keje yang tertunggak dari tahun2 lepas, membuatkan saya rasa macam nak buat2 lupa je yang tahun baru dah menjengah. Ish..ada pulak macam tu cik riza oooi...Tu maksudnya saya mesti bekerja sangat keras tahun ni. Bukan..Bukan.. bekerja keras untuk setengah tahun ni untuk menyiapkan semuanya yang berkenaan Msc saya ni.huhu...Dah masuk sem 4 rupanya. Tu yang buat hidup saya kelam kabut ni. Asik sakit kepala je. Makan panadol dah 4 biji tak baik2. Tak boleh jadi ni. Mana taknya, tak boleh langsung nak fikir and concentrate dengan keje..bila nak siap. At last sampaikan semalam terpaksa juga gi klinik sebab tak tahan sangat. Then bila dgr Dr Azlifah yang cantik tu kata "It's sounds like migrain'. Huh..dah agak dah. Sebab rasa sakit tu lain macam jek...dapat la 3 jenis ubat yang kena telan. Bila pikir2 balik, ini baru cabaran tahun baru yang saya nampak. Yang tak terjangkau dek fikiran saya ni tak tau ape lagi yang bakal muncul..Semoga saya terus tabah menghadapi dan Allah mempermudahkan segala urusan saya dan jadikan semangat saya kuat and tak mudah mengalah. Semoga DIA sentiasa ada bersama-sama saya.
Hidup ini memang indah, walau bersulam lara dan gundah, kaki mesti terus melangkah, dalam pencarian sebuah arah, andai tersadung atau rebah, bukan bererti mesti mengalah, sekadar pasrah dalam retak menanti belah, biar segunung cabaran melimpah, biar langkah terpaksa dipapah, jangan disebut ungkapan kalah.
p/s: mungkin jugak ke sebab makan banyak sangat daging raya tadi?huhu..Anyway, i wish i have a very happy new year. =)