Wednesday, January 20, 2010

Pembuka Pintu Rezeki

Rasulullah SAW pernah bersabda :
"Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup@telah tiada)" nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu.

Berdasarkan Hadith Nabi SAW:" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak
meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. Tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 Kita dan mereka2 yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah SWT.

Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris. Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsbnya.) InsyaAllah berusaha dan bertawakal. InsyAllah, rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, STPM, IJAZAH dsb nya, tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita. Mari kita cuba. Allahhuakbar.

Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)

Caranya :
'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin. ..." (Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)

Untuk yang sudah meninggal :
"YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman.

Sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah.

p/s: Semoga arwah emak sentiasa didalam lindunganNya..

Tingkatkan usaha, jangan putus asa..

Kelahiran cahaya mata sememangnya dinanti-nantikan oleh setiap pasanagn yang berumah tangga. Sememangnya selain dari menzahirkan erti cinta, kelahiran insan comel ini sememangnya akan menjadi penyejuk hati, menceriakan jiwa dan juga sebagai tanda kasih sayang Allah kepada pasangan itu sendiri. Dimurahkan rezeki dalam segala bentuk sama ada, wang ringgit, zuriat keturunan dan kesihatan yang baik sering kita dambakan setiap hari. Akan tetapi rezeki yang Allah berikan ini berbeza antara setiap satu pasangan dan pasangan yang lain. Apa yang penting kita sebagai hambanya ini jangan mudah berputus asa dan bersangka baiklah selalu terhadap semua kurniaanNya. Tidak dinafikan, rasa sedih itu semestinya bertamu di hati ketika mendengar khabar gembira rakan-rakan dan insan-insan sekeliling yang sudah dikurniakan atau menanti kelahiran cahaya mata. Sampaikan pada satu tahap terfikirkan, dimanakah kekurangannya, di manakah silapnya...Tiada jawapan. Tapi seharusnya kita kembali semula kepada perkara asas yang mana semua yang terjadi mesti ada hikmahnya. Yang penting kita terus berusaha dan memperbaiki segala kekurangan. Jangan terlalu mempersoalkan apa yang Allah beri pada kita kerana kita sebagai manusia biasa tidak pernah rasa cukup denga apa yang kita ada. Sepatutnya kita muhasabah diri, perbetulkan kesilapan dan menggandakan ilmu duniawi dan ukhrawi sebagai persediaan kehidupan berkeluarga. Hanya DIA yang tahu kita sebenarnya sudah bersedia atau tidak. Tiba masanya 'Anugerah' itu akan hadir juga tanpa kita sangka-sangka. Berdoalah selalu.

Sekadar ingin berkongsi info dari http://nuriman.wordpress.com/2007/08/01/doa-amalan-untuk-memperolehi-zuriatustazah-siti-nor-bahiyah/.

Apa yang dapat disimpulkan dari artikel tersebut adalah:

Pertama, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.”

Kedua, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.”

Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:

1. Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.
2. Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.
3. Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.
4. Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.
5. Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.


Surah Al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan

Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.

Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.

Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hati

Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.

Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.

Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

Antara amalan-amalan yang boleh dipraktikkan oleh setiap pasangan:

Amalan pertama

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

Amalan kedua

-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

-Sama-samalah kita amalkan, semoga Allah mendengar permintaan kita-

p/s: Miey, Thanks for the info.