Wednesday, December 30, 2009

Mandi Wiladah

Dapat kiriman email dari seseorang untuk di kongsi bersama. Semoga kita mendapat manfaat..Dah lama rasanya tak belajar Fiqah wanita ni..
-------------------------------------------------------------------------------------
Salam... sebarkan.. maybe ramai yg x tahu.. Moga ILMU ini dimanfaatkan bersama..Insya- ALLLAH..

Memang betul kenyataan tentang "Mandi Wiladah" itu..... kami telah bertanyakan hal ini kepada ustazah kita orang last month. MasyaALLAH , betapalah jahilnya kita ini.... tapi according to Ustazah ini , kita memang kena niat dlm hati mandi wajib itu adalah Mandi Wiladah dan tidak boleh kira overall saja.

Sapa-sapa yg lepas bersalin dan belum lagi mengangkat Mandi Wiladah ini maka segala solat & puasanya selama ini tidak akan diterima oleh ALLAH. Nahuzubillah'minzali..Wallahua'lam

Oleh itu kita kenalah meminta ampun dari ALLAH S.W.T kerana tidak mengetahui akan perkara ini , kerana sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun Lagi Maha Mengetahui. Utk pengetahuan semua, perkara ini telah diajukan oleh saudari kita Ernie Shamsudin semasa sessi mengaji Quran tempoh hari dan disaksikan oleh saya & juga Anisah Ghazi....

Wajib atas kita untuk memberitahu saudara-saudari kita yg langsung tidak tahu akan hal ini.....

Perkara penting yang most women ignored...to tell you the truth..I've talked to several ladies...and kebanyakkannya semua tak tahu yang there exists mandi after bersalin nie...bukan mandi after darah nifas kering tapi mandi after bersalin..a separate hadas besar...reason being sekiranya ajal menjemput sebelum darah nifas kita kering, kita sudah
berada di dalam keadaan bersuci...

Sewaktu dalam sembang-sembang kecil saya merasa agak terperanjat apabila ada diantara ibu-ibu yang mengatakan mereka tak tahu yang mereka wajib mandi hadas selepas melahirkan anak. Ini kerana ada yang confuse, mereka ingat mandi hadas hanya selepas darah nifas habis. Para bapa langsung la sebab mereka kata, bukan mereka yang beranak... MasyaAllah. Kan ke tugas suami tu membimbing isteri..ini perkara Feqah yang wajib diketahui oleh semua orang.

Ada lagi yang kata sebab masa berpantang tak boleh basah rambut, takut masuk angin.

Saya terfikir balik, selama ini saya take for granted dan assume semua orang tahu. kadang-kadang timbul rasa bersalah kerana tidak ambil inisiatif untuk mengingatkan para bapa/ bakal bapa dan para ibu/bakal ibu. Jadi di sini saya nak ambil kesempatan supaya kita ingat mengingati dan kebetulan ramai juga para netters yang sedang menanti kelahiran cahaya mata.

Perkara Wajib mandi hadas besar;

Bagi lelaki 2 perkara:

1. keluar air mani

2. berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi. Tak
keluar mani pun kena mandi juga.

Bagi perempuan:

1, Haid

2. Wiladah (melahirkan anak)

3. Nifas

4. Bermijimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi.

Rasanya setakat mandi selepas haid dan berjimak tu semua orang tahu.
Yang selalu wanita confuse (apatah lagi lelaki) ialah berkaitan dengan
kelahiran. Selepas melahirkan anak setiap wanita ISLAM kena mandi:

1. Mandi hadas kerana melahirkan (WILADAH. Yakni, sebaik sahaja
kepala bayi keluar.

2. Mandi hadas habis nifas (darah yang keluar selepas bersalin) maka
diwajibkan mandi hadas.

menurut ustazah, niat mandi boleh pakai satu sahaja, tak perlu spesifik.
Cuma niatkan:

"Sahaja aku mandi hadas besar ke atas tubuhku yang diwajibkan ke atas ku
kerana Allah Taala".

Tula saya teringat orang tua-tua kita tak kasi org dalam pantang tu mandi basahkan kepala, takut masuk anginla, sejukla... saya terfikir balik, takkan suruhan agama sanggup diketepikan semata-mata nak jaga pantang. Lagipun mandi wajib selepas melahirkan tu SEKALI je setiap kelahiran..katalah anda seorang yang betul-betul kuat berpantang dalam
masa 40/60 hari tu, cuma sekali je mandi basah rambut, bukan tiap-tiap hari Mandilah dengan air panas... kita tak suruh mandi dng air sejuk cuma pastikan air tu tak jadi air musta'mal. Itu sahaja.

Jadi, bakal ibu dan bakal bapa, harap tak ambil remeh perkara ini. Yang lelaki tu ingatkanlah isteri-isteri anda dan adik-adik pompuan. dan yang pompuan tu ingatkanlah diri anda dan sedara-sedara pompuan yang lain..InsyaAllah

Mungkin bagi sesetengah orang yang kata ini soal "remeh" (walaupun ini sebenarnya tak remeh) dapat dikongsi dan diamalakan bersama.

Wallahua'lam.

p/s: Sekadar berkongsi ilmu memandangkan ramai rakan-rakan sedang mengandung dah menunggu kelahiran cahaya mata...Saya? Setakat ni belum ada rezeki lagi.. Semoga Allah berikan nikmat itu satu hari nanti.. Doakan saya ye

Thursday, December 10, 2009

Panadol Merbahaya???

JANGAN AMBIL PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)

UNTUK PENGETAHUAN,

Situasi Pertama:

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain."


Situasi Kedua:

Satu kes yang berasingan, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun.



Habis tu kalau sakit apa nak buat?

Alternative Treatment ( Tips )

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak.

Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.


Pada pendapat saya, dalam apa jua benda yang kita lakukan, berpada-padalah. Jangan berlebihan, ikut peraturan, ikut nasihat insyaAllah tiada apa perkara mudarat yang akan berlaku. Sebabnya kalo benda tu mmg dikatakan dari asalnya elok, tapi kalau dilakukan secara berlebihan memang boleh memudaratkan. Contohnya, nasi tu penting sebagai penyumbang kepada keperluan karbohidrat dan memberi tenaga, tapi kalo dimakan secara berlebihan mungkin akan mengakibatkan masalah kegemukan dan seterusnya akan ada penyakit2 lain yang berkait. Dan setakat manakah kesahihah ubatan tradisional boleh dipastikan selamat? Sahih ke penemuan yang ada tu? Memang betul ke tak de kesan sampingan (side-effect)? Bersih dan selamat kah cara penyediaannya? Setakat yang saya tahu, ubat-ubatan moden dan tradisional memang ada kesannya terhadap enzimyang ada dalam tubuh badan kita (Ini merupakan tajuk tesis Master saya). So nasihat saya, tanyalah pendapat mereka yang arif dalam bidang ni (bukan pada sorang saja) dan lihatlah apa pandangan mereka. Banyakkan membaca. Selebihnya bergantung pada anda untuk membuat keputusan..

Pendapat Pertama:

".... sbnrnya info dlm email nie ader yg betul,ader yg x betul n ader yg samar2... sbb nyer adalah."

1. Untuk mengakibatkan kerosakan hati pada manusia, dos yg diperlukan adalah tinggi dan perlu diambil sekaligus.Baru akan mendatangkan irreversible liver necrosis yang boleh menyebabkan kematian.Sbb tu setiap org hanya dibenarkan untuk mengambil dos tertentu iaitu 1-2 biji setiap 6-8 jam dan tidak melebihi 8 biji sehari.

2. Setiap ubat akan dikumuhkan oleh buah pinggang. Panadol tidak boleh disalahkan sebagai ubat yang boleh mengakibatkan kerosakan buah pinggang sbb byk lagi ubat yang boleh memberi kesan yang lebih teruk drpd tu.. Even dgn pemakanan yang x betul dan juga disebabkan penyakit keturunan akan menyebabkan buah pinggang mengalamai kerosakan. Kdg2 seseorg pesakit tu x tahu berkenaan maslah yang dihadapi dan bile ia berlaku, dia terus pinpoint pada satu benda sedangkan ia disebabkan oleh benda lain...

3. Berkenaan painkiller nyer dose,mmg penggunaan painkiller tidak digalakkan dalam tempoh masa yang pjg sebab setiap manusia mempunyai specific dose atau level dlm tubuh untuk mengakibatkan setiap bahan itu berfungsi dlm bdn. n mmg diakui kalo mkn sentiasa, tahap effective setiap ubat akan berkurangan.Sbb tu kita perlu kawal pengambilan setiap ubat yang diambil

4. Berkenaan ketidakseimbangan ion dlm tubuh,mmg diakui itu antara sebab mnybbkn pening kepala n even sakit kepala. Itu boleh dianggap sebagai contributing factor..Namun bukan semua sakit kepala boleh dirawat dgn hanya mengambil air isotonik..Sbb mungkin ader other underlying factor yang boleh menyebabkan sakit tu..

Tp yang perlu diketahui, biler tubuh mengalami kesakitan, akan berlaku ketidakseimbangan hormon yang mungkin akan mengakibatkan masalah yang lebih besar.

Kesimpulannya, gunakan ubat dgn mengikut 5 prinsip nie:


Ubat yang BETUL
Masa yang BETUL
Pengguna yang BETUL
Dos yang BETUL
Cara pengambilan yang BETUL

InsyaAllah,xde maslah

~En. Pharmacist~


Pendapat Kedua:

".... hang bukan selalu sakit2 kena amik ubat setiap hari. So, bila sakit makan je la. Takkan nak guling-guling tahan sebab sakit, sampai tak boleh nak buat rutin harian. yang penting seek for advise, ikut arahan. Mana nak tau kalo tak makan ubat, nanti melarat dapat penyakit lain yang lebih kronik. Masa tu treatment lagi teruk."

~ Dr. T-Rex~


p/s: Jagalah kesihatan