Wednesday, July 27, 2011

Apa Ertiku Menuntut Ilmu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Al Mujahid As Syeikh Mustafa Masyur pernah menyebut ;

"Tarbiyyah (pendidikan) bukan segalanya-galanya, tetapi segala-galanya hanya dapat diraih dengan Tarbiyyah."

Kadang-kadang kita mengeluh mengapa kita perlu belajar tinggi-tinggi?
Kita hanya belajar untuk peperiksaan yang bakal tiba.
Kita hanya belajar untuk memuaskan hati ibu bapa.
Kita hanya belajar untuk dipandang tinggi oleh masyarakat.
Satu pertanyaan diajukan oleh golongan wanita.
Katanya buat apa belajar tinggi-tinggi, lepas kahwin jadi surirumah juga?

Namun ada yang kata dunia hari ini berbeza, lelaki & wanita sama saja.
Bila berumahtangga apa susah, masing-masing urus kerjaya sendiri.
Bila datang cahaya mata, masing-masing tak nak mengalah, kerjaya masing-masing dipertahankan, anak yang dianugerahkan dianggap musibah.
Akhirnya dengan sifat penyayang si ibu pasti mengalah.
Akhirnya sama saja wanita tetap jadi surirumah.
Sedikit portion adalah sebaliknya, lelaki yang jadi surirumah.
Tapi hakikatnya tetap wanita majoritinya.

Ada satu kata-kata Ibu yang bijak mengajar anak daranya,

"Jangan anggap wanita tidak perlu belajar tinggi-tinggi, walau kebanyakan akan jadi surirumah, tapi ingatlah anakku, ia pasti berbeza cara dan kualiti, seorang ibu yang tinggi pelajaranya dengan yang sebaliknya, yang mana akan melahirkan insan yang berguna?"

"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui"

(QS 39 : 9)

Bagi lelaki pula jangan gembira, jangan menyangka wanita belajar nampak tiada gunanya. Bagaimana dengan diri anda?Mengapa wanita selalu lebih banyak, terutama di peringkat IPT? Ada yang kata dunia nak kiamat, ada yang kata lelaki is more to practical, not theoratical. Itu pasal habis SPM kami terus masuk bekerja. Tidak payah nak belajar tinggi-tinggi, buang duit bayar yuran pengajian. Kalau bekerja dapat sebaliknya, dapat kumpul duit itu yang utama. Diri pun nampak matang, kerana sudah bekerjaya.

Tidakkah dirimu nampak kurang matang, kerana pemikiranmu tersangkut hanya sampaidi masa itu. Tidakkah kau lihat masa hadapan, perluaskan minda melihat semuanya - mana yang nampak mulia, fikirkan dengan minda yang berwawasan,
orang berilmu, belajar tinggi-tinggi, terutama jika ilmu yang diredhai, bukan semua ilmu dipelajari dapat redha yang Maha Mengetahui.

Ingatkah ketika Ibnu Athaillah mengatakan, dalam kitabnya Al-Hikam,

"Ilmu yang paling baik adalah yang disertai khasyyah."

Khasyyah adalah rasa takut kepada Allah yang disertai mengagungkan Allah. Maka segala jenis ilmu yang tidak mendatangkan rasa takut kepada Allah dan juga tidak mendatangkan pengagungan kepada Allah tiada kebaikannya sama sekali"

Itulah kata-kata indah dari seorang Tokoh. Satu persoalan yang sering bermain di fikiran. Bagaimana nak belajar kerana Allah, untuk mendapat redhanya?

InsyaAllah inilah jawapannya.

Untuk mengetahui ilmumu bermanfaat atau tidak, cukuplah kau lihat bekasnya. Jika dengan itu kau semakin takut kepada Allah dan semakin baik ibadahmu kepada-Nya, maka itulah tanda ilmumu benar-benar bermanfaat. Jika sebaliknya maka berhati-hatilah.

Ini semua bermain dengan niat, satu benda yang sukar dijaga. Pengikhlasan niat hanya pada-Nya, paling kurang 5 kali ikrar diulang setiap hari. Semuanya hanya untuk Allah Azza Wa Jalla,

"Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam."
(QS 6 : 162)

Di mana kita selama ini? Ilmu apa yang kita tuntut? Jangan ingat hanya ilmu agama sahaja yang nampak diredhai.

Walau Rasulullah pernah bersabda, buat renungan kita semua;

"Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din"

Jangan kita berfikiran sempit, mentakrifkan ilmu agama sahaja yang akan direJustify Fulldhai. Tidakkah kau mengetahui, ilmu lain nampak dibayangi, seperti sains dan astronomi, tidakkah itu cara untuk mendekati kepada Ilahi. Ilmu lain boleh didasarkan pada niat yang hakiki, menambah ilmu untuk menjadi seorang pengabdi, kepada Tuhan Rabbul 'Izzati.

Credit:- Artikel iLuvislam.com

Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM

~~~~@@@~~~@@@~~~@@@~~~@@@~~~~

Baru mengerti kenapa arwah mak dulu sanggup berhenti kerja dan jadi suri rumah. Sanggup menahan telinga mendengar umpat keji orang sebab kami tak berduit, tak kaya dan tak pakai baju mewah-mewah. Baru faham kenapa emak banyak berdiam diri menahan rasa untuk membesarkan kami semua. Baru mengerti kenapa dalam emak dok sakit-sakit jantung, sanggup masak sendiri juadah makanan untuk kami daripada beli di kedai. Baru nampak setimental value arwah emah sanggup kayuh basikal mengambil kami semasa di sekolah tadika. Baru faham kenapa arwah beria meminta keizinan Abah untuk menggunakan rumah kami sebagai pusat kaum-kaum ibu di taman untuk belajar mengaji dan mendengar kuliah. YA ALLAH. Maha luas sungguh pengertian yang Engkau mahu buktikan. Arwah mengajar kami membaca dan mengaji seawal 4 tahun. Saya sendiri bila masuk tadika 5 tahun dah pandai membaca. Masuk tadika 6 tahun cikgu kata tak payah belajar dah sebab nampak saya mcacam bosan belajar benda yang saya dah tahu. Bila baca artikel ni buat saya terus terkenangkan arwah emak. Pandangan mata dah kabur dengan limpahan air mata. Betapa hati ni berat dan sarat menaggung rindu pada arwah. Besar betul pengorbanan seorang emak kepada anak-anaknya. Besar betul pengorbanan isteri kepada suaminya. Pengorbanan kerjaya, pengorbanan, emosi, pengorbanan kehendak, pengorbanan hati dan terakhir sekali pengorbanan diri di jemput ILAHI. Terbayarkan kita dengan pengornbanan yang sebegini?

InsyaAllah, suami yang faham hukum Tuhan tidak akan rasa berat hati bila isterinya menyuarakan hasrat untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga. InsyaAllah suami yang mengerti hukum Tuhan akan terima dengan senang hati sesungguhnya rezeki Allah itu luas. InsyaAllah suami yang memahami akan jelas bahawa didikan Ibu kepada anak secara langsung merupakan didikan yang terbaik.

Ya Allah, semoga istikarah itu memberikan aku petunjuk yang terbaik. Semoga Kau suluhkan aku ke jalan yang kau redhai. Hanya kepadaMu saja ku memohon, sesungguhnya Engkaulah tempat ku bergantung.

p/s: Rasa rugi kalo terlepas saat-saat anak membesar dan belajar sesuatu benda yang baru.

No comments: