Showing posts with label anak. Show all posts
Showing posts with label anak. Show all posts

Wednesday, January 04, 2012

Rezeki Tahun Baru

1st pregnancy test pada 23 April 2010 selepas setahun berkahwin
Alhamdulillah tanpa putus asa berusaha
Allah bagi kami rezeki untuk menimang cahaya mata pertama
Ingat lagi hubby excited gila lepas gi confirm kat Annur
Saya pulak menangis bila dapat tau (klise sgt kan!)
38 minggu gedebak gedebuk dengan macam-macam hal
Maka lahirlah insan comel yang amat dinantikan
:
:
:



Muhammad Aryan Haziq
D.O.B: 12/12/2010 @ 6 Muharram 1432H
P.O.B: Hospital Putrajaya
T.O.B: 1149 hour
Berat: 2.87 kg
Panjang: 52 cm

Gambar diambil sejam selepas dilahirkan
(tangkap gambar curi, sebab kat gomen mana boleh tangkap gambar dalam dewan bersalin)
Mujur suami dibenarkan menemani isteri semasa bersalin, hiks
Tok sedara yang ketua jururawat(Matren- betul ke ejaan ni?) potpet, kami mampu sengih je
Tak tertahan rasa seronok nak share dengan family member
Tapi bukan saya la yang snap gambar ni ok
Saya masa tu tengah lalok nak lena je




2nd time pregnancy test pada 31 Disember 2011
Alhamdulillah result pun positif juga
Rezeki tahun baru untuk kami sekeluarga
Semalam dah double confirm
Kandungan baruuuuuu lagi sekitar 5 minggu
Dijangka melahirkan pada 3 September 2012
Terus berdebar jadinya..huhu..
Tapi mudah jugak nak mengira umur 'adik'
Perkembangan ikut bulan semasa
Sama la macam Aryan
Lahir bulan Disember
Jadi bila masuk bulan Januari
Umurnya satu bulan
Dan begitulah seterusnya

Jadi nasihat Dr Yusman yang baik hati tu
Jaga pemakanan, amik supplement ikut peraturan, minum dan rehat secukupnya
Ye Dr. saya akan ingat nasihat Dr tu


Doa saya semoga Allah berkati kami seisi keluarga dan murahkan rezeki kami.
Syukur Ya Rabb atas segala kurniaanMu
Semoga DIA memberikan saya kekuatan dan ketabahan sepanjang proses mengandung kali ni
Kawan-kawan semua doakan saya ye!


Doa Agar Anak Dalam Kandungan Dipelihara

"Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperut ku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam". Ameen.

Thursday, July 28, 2011

Apabila anak anda demam..

Hari ini telah masuk hari kedua Aiman mengalami demam dan tidak dapat ke sekolah. Macam biasa setiap kali Aiman demam pasti dia akan turut mengalami batuk, selsema dan sakit tekak. Ketika waktu malam, demam Aiman menjadi agak teruk namun di siang hari, Aiman masih aktif. Semasa Aiman kecil dahulu, setiap kali Aiman demam saya memang akan ambil cuti untuk menjaganya di rumah. Namun, kali ini saya tidak ambil cuti dan tinggalkannya di rumah pengasuh bersama-sama adiknya, Aqilah.

Mengapa kali ini saya tidak mengambil cuti? Adakah saya sudah tidak risau lagi dengan keadaan anak saya yang demam? Sudah berkurangkah kasih sayang saya? Jawapannya, bukan saya tidak sayang lagi anak saya ini, Aiman lah buah hati pengarang jantung saya, hero kesayangan saya, cuma kerisauan saya sedikit berkurang kali ini kerana Aiman sudah mencapai umur 7 tahun.

Mengikut ilmu kedoktoran yang saya pelajari, kanak-kanak yang berumur di bawah umur 7 tahun sahaja yang akan terdedah kepada sawan demam (febrile fits) apabila mereka mengalami demam panas. Bagi yang berumur 7 tahun ke atas, risikonya telah tiada. Jadi, inilah menyebabkan saya kurang risau apabila Aiman mengalami demam. Jika kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas terkena sawan kebiasaanya ia bukan disebabkan sawan demam (febrile fits) tetapi disebabkan perkara-perkara lain seperti Epilepsi.

Bagi ibu-ibu yang mempunyai anak-anak yang berusia kurang daripada 7 tahun, saya tekankan jangan ambil ringan apabila anak-anak anda demam!. Berikut adalah langkah-langkah yang sepatutnya anda ambil ketika anak anda demam:

1. Kalau boleh anda ambillah cuti.

Jika anda sendiri yang memantau tahap suhu badan anak-anak anda sewaktu mereka demam, sudah tentu anda akan lebih teliti berbanding kakitangan taska ataupun pengasuh. Kadang kala mereka terlepas pandang.

2. Periksa samada tubuh anak anda memerlukan antibiotik.

Biasanya kalau anda bawa anak-anak anda ke klinik swasta, doktor di klinik tersebut biasanya akan bagi antibiotik. Jangan ambil antiobiotik tersebut sekiranya anak anda cuma mengalami demam viral, kerana demam viral tidak memerlukan antibiotik. Antibiotik diperlukan untuk demam yang disebabkan oleh bakteria sahaja dan ketika tonsil bengkak. Kalau hanya tekak merah tetapi tonsil tidak bengkak, anak anda tidak memerlukan antibiotik. Adakalanya, saya tidak faham mengapa doktor di klinik swasta suka bagi antibiotik, tetapi ada juga kes ibubapa sendiri yang beriya-iya meminta antibiotik (ini pernah dialami sendiri oleh saya sewaktu bertugas, siap marah-marah saya lagi sebab tidak bagi antibiotik). Hal ini kerana, jika anak anda makan antibiotik, sedangkan sebenarnya badannya tidak memerlukan antibiotik tersebut, imuniti badan anak anda akan jadi lemah. Imuniti badan yang kuat amat diperlukan supaya tidak mudah diserang penyakit di masa akan datang.

3. Bezakan antara demam viral dan demam disebabkan oleh bacteria.

Jika demam viral biasanya kanak-kanak tersebut aktif (seperti tidak demam) di siang hari tetapi suhunya panas di malam hari. Jika demam disebabkan bacteria, kanak-kanak sememangnya tidak aktif dan kelihatan lemah sepanjang hari.

4. Sediakan ubat yang sewajarnya untuk anak anda.

Selain ubat demam samada Syrup Paracetamol atau Syrup Brufen untuk demam, anda juga perlu menyimpan ubat pil yang dimasukkan ke dalam dubur kanak-kanak atau namanya Supp Paracetamol (SUPP PCM). Bagi bayi yang berat kurang daripada 12kg, gunalah supp PCM 125mg, jika berat melebihi 12kg, guna supp PCM 250mg. Saya nasihatkan supaya ibu-ibu sentiasa menyimpan bekalan supp PCM ini di dalam peti walaupun semasa anak tidak demam, kerana jika tiba-tiba anak anda demam kuat pada waktu malam, anda hanya perlu memasukkan ubat ini dengan kadar yang segera ke dalam duburnya. Selepas memasukkan ubat ini biasanya suhu badan akan dapat turun dengan kadar yang cepat berbanding dengan meminum Syrup Paracetamol. Ini kerana jika suhu badan kanak-kanak sangat tinggi, mereka akan terdedah mendapat sawan demam (febrile fits). Nauzubillah....

5. Selain daripada menyediakan ubat apa lagi yang perlu anda lakukan?

Selain menyediakan ubat, anda juga perlu sentiasa tuam kepala dan ketiak anak anda pada waktu malam untuk mengawal suhu. Sememangnya memerlukan pengorbanan berjaga malam jika anak demam. Akan tetapi yakinlah bahawa anda akan mendapat pahala yang besar dengan pengorbanan ini.

Secara kesimpulannya, kawallah suhu badan dan jagalah anak anda sebaik-baiknya sewaktu mereka demam. Ini kerana jika mereka terkena sawan, sel-sel otak mereka boleh mengalami kerosakan kekal, perkara itu sangat perlu anda dielakkan daripada terjadi.


Selain itu, jika demam anak anda berterusan melebihi 3 hari dan keadaannya bertambah teruk seperti muntah, mengadu sakit perut atau susah bernafas segera membawa anak anda ke jabatan kecemasan untuk rawatan lanjut kerana dibimbangi anak anda mengalami demam denggi, kerana sekarang ini kes-kes denggi semakin menular.

Semoga bermanafaat buat semua. Insya-Allah

Credit: -Artikel Iluvislam.com
Dr Che Engku Nor Bahiyah bt Che Engku Muda bertugas sebagai pegawai perubatan dan bertugas di Kementerian Kesihatan Malaysia

~~~@@@~~~@@@~~~@@@~~~@@@~~~

Seawal usia Aryan 2 minggu Aryan penah mengalami panas badan atau dedar. Saya dapat rasakan perubahan suhu disebabkan direct BF Aryan masa tu. Jadi cepat-cepat kami ke hospital untuk dapatkan khidmat Doktor. Dr maklumkan suhunya normal cuma, agak biasa bagi bayi kita rasa badan dia panas sebab suhu badan dia senang "fluctuate". Atas nasihat Doktor juga, kami cepat-cepat cari termometer bagi memudahkan pemantauan suhu. Jenama Little Bean kami pilih sebab paling murah harganya untuk Infra Red thermometer. Kenapa bukan termometer biasa? Sebab infrared cepat dan mudah. Cepat dalam erti kata dalam sesaat dah boleh dapat bacaan dan mudah sebab hanya perlu masukkan munjung termometer ke telinga dan tekan butang "read". Hebat kan? Kalo jenama lain, mau jugak mencecah 3 angka!

Kali kedua Aryan demam masa berusia 2 bulan lebih. Masa tu saya ambil cuti materniti tambahan dan menjaga Aryan dirumah. Pegang-pegang tangan dan dahi Aryan panas. Dia pun tidur je. Mujur ada termometer, jadi mudahlah bagi saya memeriksa suhu badannya. 38 darjah celsius! Cukup tinggi untuk baby berusia 3 bulan ke bawah dan boleh mengakibatkan sawan kalo dibiarkan. Disebabkan hubby kena attend meeting, maka buat pertama kalinya selepas bersalin saya kena memandu sambil membawa anak sendirian ke klinik. Kalutnya saya. Dengan baru nak pasang car seat, nak siapkan beg, salin baju dan siapkan Aryan. Mujur Aryan tak meragam sepanjang jalan ke klinik. Alhamdulillah. Kalo tak lagi kalut dibuatnya. Dok fikir-fikir jugak macam manalah keadaan baby kalo Si Ibu tak boleh memandu dan hanya mengharapkan suami disaat kecemasan begini? Nak pulak suami ada kerja yang tak boleh dielakkan. Nauzubillah!

Moral of the story, belilah termometer untuk memudahkan anda. Setiap sejam sekali boleh pantau suhu anak apabila demam. At least boleh kurangkan sket kerisauan dan sedapkan hati. Boleh cari di Outlet Manjaku dan dapat harga semurah RM 99 untuk Infra-red. Bukan apa, suhu baby bukan macam suhu kita orang dewasa. Suhu badan mereka lebih cepat naik dalam waktu yang singkat. Petua orang tua2, jerlum badan terutama bahagian2 sendi seperti siku, belakang lutut, ketiak dan leher bagi mempercepatkan turunnya suhu ke paras normal. Ada yang cadangkan untuk tekapkan tuala basah di dada baby, tapi saya tak buat sebab kemungkinan baby untuk terdedah kepada penyakit paru-paru berair adalah tinggi. Apa yang penting, pakaikan baju 'air-cond' atau lebih dikenali sebagai baju lubang2, senang haba panas nak kuar dan jangan selimut mereka. Kalo tak haba lagi terperangkap. Belilah coolfever dan simpan dalam peti sejuk sebagai stok. Saya sendiri setiap kali travel, memang akan sentiasa bawa termometer, coolfever dan tuala kecil sebagai persediaan untuk sebarang kes kecemasan. Bekalan ubatan tak perlu risau sebab En. Pharmacist ada. Jadi order saja.

p/s: Takut nak masukkan ubat bontot pada baby.Jadi Abah dia saja la yang masukkan.

Wednesday, June 29, 2011

Darah Nifas

Darah Nifas adalah darah yang keluar selepas melahirkan anak. Dinamakan nifas kerana ia keluar selepas keluarnya satu jiwa (nafs) dan perempuan yang mengeluarkan darah ini digelar nufasa'.

PEMBAHAGIAN NIFAS
Dibahagikan kepada 3 bahagian berdasarkan warnanya

1. Nifas Rubra (Lochia Rubra)
Darah nifas yang keluar selama kira-kira 3-5 hari selepas bersalin. Ia berwarna merah kehitaman dan sangat pekat kerana kandungan darahnya masih banyak.

2. Nifas Serosa (Lochia Serosa)
Darah yang keluar pada tempoh ini berwarna perang atau merah jambu. Ia mengandungi eksudat (exudate) atau lelehan, erythrocytes iaitu sel darah merah matang, leukosit (leucocytes) dan mukus serviks. Tempoh ini berlangsung sehingga hari ke 10.

3. Nifas Alba (Lochia Alba)
Darah nifas bertukar menjadi agak putih atau kuning cair. Ia keluar pada minggu ke 3 atau ke 6 selepas kelahiran, iaitu di penghujung tempoh nifas. Darah yang keluar pada waktu ini mengandungi sedikit sel darah merah, selain campuran bahan-bahan lain seperti leukosit (leukocytes), sel-sel epithelium, kolestrol, lemak dan mukus.

TEMPOH NIFAS

A. Tempoh paling singkat: Satu lahzah (seketika sahaja)
B. Tempoh biasa: 40 hari
C. Tempoh paling lama: 60 hari

Note: Sekiranya masih ada darah yang keluar selepas 60 hari, ia dianggap sebagai darah penyakit atau istihadah dan perempuan tersebut sudah boleh menjalankan ibadah-ibadah wajib seperti solat fardu dan puasa.

PERKARA YANG HARAM DILAKUKAN KETIKA DALAM NIFAS
Para ulama sepakat bahawa darah nifas adalah sama dengan haid. Oleh sebab itu, semua hukum yang berkaitan dengannya adalah sama.

~~Solat
~~Tawaf
~~Membaca Al-Quran
~~Duduk dalam Masjid
~~Jimak
~~Menyentuh Al-Quran

TEMPOH NIFAS BAGI PEREMPUAN YANG MELAHIRKAN ANAK KEMBAR
Tempoh nifasnya dikira daripada kelahiran anak yang terakhir dan bukannya anak yang pertama. Ini bererti walaupun selang masa kelahiran anak pertama dan terakhir adalah lama, masa nifas tetap dihitung sejak kelahiran anak yang terakhir. Darah yang keluar pada kelahiran yang pertama dianggap darah haid sekiranya kebiasaan haidnya begitu. Jika tidak ia dianggap istihadah.

NIFAS WANITA YANG MELAHIRKAN ANAK SECARA PEMBEDAHAN
Berdasarkan tinjauan perubatan, wanita seperti ini juga boleh keluar darah melalui jalan biasa (faraj) walaupun pembedahan dilakukan dibahagian perut. Oleh sebab itu, fuqaha sepakat menyatakan sekiranya seseorang wanita mendapati darah pada farajnya selepas melakukan pembedahan untuk mengeluarkan anak, ia dianggap sebagai darah nifas. Tetapi jika selepas pembedahan ini, tidak ada darah yang keluar daripada kemaluannya, ia dianggap bersih.

Sumber: SOLUSI/Isu No. 5/2009

Note: Jangan lupa mandi wiladah selepas melahirkan. Apa itu wiladah?


~~~@@@~~~@@@~~~@@@~~~@@@~~~@@@~~~

Pengalaman Peribadi
Sepanjang dua minggu pertama, pengeluaran darah nifas ni agak heavy jugak. So kena ikut cakap dan nasihat pelatih kelahiran atau nurse untuk tukar pad sekerap 4-6 jam sekali. Make sure cuci bersih-bersih menggunakan pembersih wanita, bilas dengan air pastu boleh gunakan air suam bercampur garam dan asam keping sebagai bilasan terakhir. Kalo rajin boleh rebus daun sirih jugak, tapi kalo boleh rebus setiap hari untuk elakkan air rebusan sireh "basi" dan berbau. Elok nak elakkan infection, alih2 sebab gunakan air rebusan yang tak elok, dapat penyakit lain pulak. Saya malas, jadi just gunakan sedikit garam dan asam keping yang direndam dalam air panas sekejap baru top-up dengan air paip sampai suam. Ada setengah orang saya dengar menggunakan larutan dettol yang dicairkan jugak sebahgai bilasan terakhir. Mungkin pedih sket masa awal-awal penggunaan tu. huhu.. Oh..ye.. jangan lupa lap dan keringkan sebelum pakai pad semula. Kalo bilik air tu sememangnya sekali dengan bilik tidur kita, boleh jugak anginkan dan keringkan menggunakan "hair dryer". Lagi senang dan mudah. Tak perlu nak tahan ngilu sebab nak lekapkan tisu ke bekas jahitan tu. Selalunya dalam lawatan pertama bila baby dah cukup sebulan, nurse akan check juga jahitan dah kering ke dan akan tanya tentang sifat darah yang keluar tu. So perhatikan setiap hari warna dan sifatnya. Mudah nak jawab nanti, dan mudah jugak la nak bezakan sama ada darah yang keluar tu adalah darah nifas or darah haid dah kembali semula. Pengalaman saya sendiri disebabkan tak breastfeed Aryan dengan penuh disiplin, saya dapat semula haid seawal Aryan berumur 40 hari. Mula-mula ingatkan salah makan sebab tu 'bleeding' semula, rupa-rupanya bukan. Macam mana confirm? Sebab saya rasa sakit pinggang dan ari-ari macam senggugut, pastu warna darah merah dah heavy semula dan beransur kering selepas 5 hari. Tapi ada jugak kawan yang memang fully-breastfeed baby dia datang haid seawal baby berusia 30 hari. Semasa check-up dia tanya Doktor, doktor kata itu disebabkan oleh sangat subur. So.. kena amalkan kaedah perancangan keluarga yang betul kalo nak mengelakkan "termengandung" lagi dalam masa terdekat. Moga perkongsian pengalaman yang tak seberapa ini dapat memberikan manfaat.

Monday, June 13, 2011

Anak anda, anda yang tentukan

Salam hari isnin
Diharap sihat sejahtera hendaknya
Disamping menjalani kehidupan harian dengan penuh rasa tanggungjawab
Sekadar nak berkongsi kisah pagi ni dengan anda semua.

Situasi
Pengasuh: Dah bagi Aryan makan?
Saya: Dah kak. start sabtu lepas. Baru cukup 6 bulan.
Pengasuh: Ok.
Saya: Ada tu saya bekalkan bubur. Tapi maaf la tak sempat nak panaskan, gas habis.
Pengasuh: Nape bubur? bukan nestum?
Saya: (Dengan muka terkejut). bubur la kak..senyummmmm..
Pengasuh: Kena suap la ye?
Saya: Senyummmm... (dalam hati: takkan nak suap sendiri pulak)

Selepas kejadian di atas, macam-macam benda bermain di hati dan fikiran sepanjang memandu ke ofis. Berdoa agar segala urusan Aryan dipermudahkan arini. tak seronok langsung la kan berperasaan begini dipermulaan minggu, pagi-pagi hari pulak.huhu.. Saya tak habis-habis pikirkan:-

1. Nape akak tu macam terkejut saya bagi bubur nasi? Normal la kan, bagi budak makan bubur nasi. Nasi tu kan makanan ruji. Nak-nak pulak dari air tangan ibu sendiri, sendiri masak, sendiri sediakan, cuma bukan sendiri yang suap. Besar sentimental valuenya di situ.

2. Nestum? Memang bukan pilihan saya. Nestum tu kan macam makanan segera. orang tak pi sekolah, low education level pun boleh bagi anak makan macam tu. So apa maknanya kita belajar tinggi, boleh membaca, banyak bahan rujukan; buku, majalah, internet. Berbagai info, petua, larangan dan suruhan boleh kita dapat dari sumber-sumber tersebut. So, kalo anda ada anak mana satu sumber yang anda percaya? Sumber yang diperakui dari pakar atau sumber dari mulut ke mulut diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi? Galilah ilmu sebanyak mungkin untuk kelangsungan generasi kita juga.

3. Pada fikiran saya, nestum tu mudah kot dari segi penyediaan. Bancuh susu masuk nestum maka jadilah SUTUM. pastu bagi baby minum. Sementara baby tak pandai pegang botol ni kita pegangkan, tapi nanti bila dah pandai, biarkan dia pegang sendiri. Ngerinya!!! Amik la pengajaran wahai pengasuh dan pembantu nurseri sekalian. baper banyak dah kes kematian bayi diakibatkan oleh tersedak susu. Pernah ke anda semua kaji apa sebabnya? Kalo tau pun, timbul ke kesedaran dalam hati tu? Cuba la bayang mangsa itu anak anda, anak yang selama itu anda susah payah mengandungkan dan mrnjaga siang dan malam. hanya sebab sifat "macam renyah" je, perkara malang terjadi. kalo rasa tak boleh cope nak jaga budak ramai2, jaga yang termampu saja. Fikirkan keberkatan duit yang anda dapat dan amanah yang diberikan.

4. Katakan kalo bagi nestum, mesti setiap kali menyusu pengasuh akan letak nestum tu dalam susu kan? katakan anak anda minum 4x sepanjang siang dirumah pengasuh, takkan keempat-empat kali tersebut nestum dimasukkan dalam susu? Dengan alasan nak bagi budak kenyang, tido lama senang la nak buat keje lain. Wah!! sangat best a kan. kalo jaga budak asik nak di tidurkan je, baik tak payah. masa bila pulak budak tu nak bermain. Ingat, anak2 belajar sambil bermain. Dengan bermain, mereka akan jadi lebih kreatif dan inovatif. Anda tak mahu ke ada anak2 yang berpotensi besar? Tepuk dada tanya minda. Selepas lebih kurang 45 minit memandu tadi, saya terfikir mungkin ni jugak salah satu punca obesiti dikalangan kanak-kanak hari ni. Bagi makan kenyang2, pastu tidokan. Tiada ruang nak bermain, menjadi kreatif dan belajar. Pastu nak salahkan coklat la, makanan, segera la, makan di luar la. Macam mana budak nak aktif, malas bergerak, kalo sejak dari kecik itu la cara hidupnya? Ingat ye semua, memperkenalkan solid food itu bukan sekadar mahu mengenyangkan perut anak anda saje, tapi lebih kepada pembentukkan sahsiah diri dan masa hadapan mereka. Semua mahukan anak yang hebat kan? SAYA JUGA!!!

5. "Dulu masa umur budak 2 bulan dah bagi makan pisang, kentang lenyek, nestum. Ok je berjaya je, hidup je sampai sekarang". HELLOOOOOOOOOOOOO!!! ni la antara ayat2 yang tak boleh nak "blah" di telinga saya. Memang menahan rasa je nak "balas" balik esp kalo org pangkat nenek-nenek, makcik-makcik yang cakap. YA ALLAH, AMPUNKANLAH dosaku. Bukan apa, saya pernah dimarah dan dibebel sebab tak bagi anak makan (note: seusia Aryan 2 bulan ok!) kerana Aryan seorang yang sangat menepati masa sebab setiap 2 jam dia mesti nak minum susu. So, banyak la suara sumbang yang "menegur" saya. Tapi saya dan suami "pekakkan" telinga, terima je dengan senyuman walaupun sumbing sket semata2 nak amik iktibar dari sikap kami yang terlalu "ikut" cakap orang pasal kes Breastfeeding dan Formula Milk. Cukuplah sekali saya "mensia-siakan" hidup Aryan (yup! saya memang rasa bersalah teramat sangat even boleh menangis kalo bercakap pasal isu ni. Already cry!!!). Wahai insan-insan yang bergelar nenek dan makcik yang dah beranak pinak, tak semestinya semua yanag anda amalkan selama ni benar belaka dan masih relevan. Setiap tahun, banyak kajian dibuat menunjukkan peningkatan kadar penyakit kronik dan obesiti berlaku. Anda rasa sebab apa? Sebab pemakanan dan gaya hidup. Pemakanan yang tidak betul pada usia yang sebenar dan gaya hidup tidak banyak bergerak. Eh.. mesti pening kan? Jangan pening-pening. Kembali kepada penyataan 4 diatas makanan diberikan pasa umur yang tidak sesuai dan bayi disuruh tido sepanjang hari. Ingat pepatah dulu-dulu: melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Jadi konsep ini bolehlah dipraktikkan dari peringkat rebung lagi.

Lastly, suka sgt nak share dengan semua satu artikel yang menarik tu di sini. Antara petikan artikel tersebut adalah:

Yang paling penting, tolonglah janganlah campurkan susu dengan nestum dalam botol, kemudian dibesarkan lubang pada puting dan beri pulak pada baby. konon baby lapar, susu dah tak cukup. Dan kemudian beri pulak botol berisi SUTUM (susu+nestum) tu pada baby sambil baby baring. Allahhhhhh…Tolonglah. Saya mohon tolonglah jangan buat begitu. Ada sebab kenapa perkataan “JANGAN” dan “TAK BOLEH” itu dikeluarkan.

satu – kemungkinan tersedak sangat besar,
kedua – susah payah la baby tu nak menelan dan bernafas. bayangkan kita baring dan diberi minuman yang keluar daripada puting tu yang mengalir tanpa henti. Lemas tak? LEMASKAN?

Ketiga – perut baby tu bukanlah sebesar perut kita ni yang boleh besar macam belon. Back to basic la, apa baby perlukan bila menangis? lapar sahajakah? atau lampin basah? atau perut sakit? Ataupun mahukan dakapan sebagai jaminan rasa selamat dan rasa disayangi?


ANAK ANDA, HAK ANDA. ANDA YANG TENTUKAN. BIARLAH SIAPA PUN CAKAP ANDA CEREWET, ANDA BAYAR KHIDMAT MEREKA.

p/s: Kita yang bertanggung-jawab "membebaskan" dan "memusnahkan" amalan-amalan yang tidak sesuai dan tidak relevan lagi. Bagaimana? Baca, baca, dan baca.