Tuesday, October 09, 2007

Kene Tag lagi

I've been tagging again, but now from Ainul. Lamanya tak kena tag. Tak kira! Nak duit raya jugak. huhu...

Three names you go by?

1. Riza

2. Ayong

3. Kecik


Three physical things you like about yourself?

1. My nose

2. My eyes

3. My Brain

Nak jawab ape ni? Tak tau la…


Three physical things you don't like about yourself?

1. Pipiku yang tembam

2. Kulit kot

3. Lemak2 yang bermaharajalela

Tak tau dah…bersyukur dengan apa yang ada


Three parts of your heritage?

1. Tokwan+Tok dua2 belah Banjar

2. Abah Banjar

3. Emak Banjar

1 + 2 + 3 = Anak Melayu (Because tak reti cakap Banjar pun)


Three things you can't stand?

1. Kekotoran dan bau busuk

2. Segala jenis asap yang membahayakan kesihatan

3. Period Pain. huhu…


Three things that scare you?

1. Takde duit

2. Takde keje

3. Presentation/viva


Three of your favorite shows?

1. High School Musical

2. Pak Belalang (sungguh comel si Belalang itu)

3. Puteri Gunung Ledang the Musical

Yang no 3 tu aci tak?


Three of your favorites Japanese Anime?

1. Initial D

2. Detective Conan

3. Naruto (sket-sket)

Betul ke masuk kategori ni?


Three of your favorite current songs?

1. My Destiny

2. Kau Ilhamku

3. Stay the same


Three movies you can watch over and over again?

1. Barbies the movie (pengaruh adikku itu)

2. Mohabbatein

3. Transformers

Three movies you would like to watch?

1. Cite ape best?

2. Tak tau dah cite ape ada kat wayang

3. P Ramlee the Musical (Lantak la kalo tak masuk kategori movie pun. Nak tgk jugak)


Three of your everyday essentials?

1. Melakukan perkara rasmi seperti manusia biasa

2. Gi lab

3. YM, Blogging, Email, Circles99, Friendster


Three things you're wearing now?

1. Kristal and magnetic bracelet

2. Baju kurung with pink flowers

3. Crocodile sandles

Kalo nak list down sume, penuh sangat


Three things you want in a relationship?

1. Understanding

2. Sharing

3. Loyalty


Three physical things about the opposite gender that appeals to you?

1. Pakai glasses

2. Tinggi

3. Cara makan kot. (ntah! Hentam je)


Three bad habits?

1. Suka pendam

2. Nail-baiting

3. Novel Maniac (Aci tak?)


Three of your favorites hobbies?

1. Study novels

2. Tangkap gambar benda yang cantik dan comel

3. Tido


Three careers you're currently considering pursuing?

1. Research Fields

2. Management but related to research

3. Lasssssssssssssssssst choice- Lecturer
Aci tak kalo nak tambah lagi satu?
4. Suri rumah sepenuh masa dengan pendapatan tetap + elaun2 tambahan+pakej percutian setiap tahun. hehe..


Three places you want to go on vacation?

1. Semua pulau yang indah kat Malaysia ni

2. UK

3. Aussie


Three kids name you like?

1. Nuha

2. starting with ‘H’ or ‘A’

3. Tak tau la. Kena bincang dengan bapak diaorang dulu. hehe…


Three things you want to do before you die?

1. Kahwin dan ada keluarga sediri

2. Have career

3. Menunaikan Rukun Islam ke 5


Three things you're stereotypically a girl?

1. PMS

2. Cosmetics and beauty

3. Tak suka bila berat bertambah


Initial of three crushes?

1. Mak kau…
2. Ngok-ngek

3. Ngade

Betul ke masuk kategori ni?


Three people I tag to do this?

1. Umi

2. Kak Epel (nak ke dia?)

3. Miey
sape2 je la yang kat blogger list tu

= T.A.M.A.T =


* Berhati-hati dijalan raya

* Jaga diri elok-elok

Thursday, October 04, 2007

Majlis Khatam Al-Quran


Tahniah kepada semua "Iron Ladies" di atas yang terdiri daripada para pensyarah, staf pentadbiran dan pelajar pasca siswazah, fakulti farmasi UiTM kerana berjaya memanfaatkan waktu tengahari dengan aktiviti tadarus Al-Quran yang berlangsung sepanjang bulan Ramadhan ni. Alhamdulillah, hari ni majlis khatam Al-Quran peringkat fakulti yang serba ringkas tapi meriah diadakan sebagai tanda kesyukuran. Esok majlis peringkat UiTM pulak diadakan di CITU (Pusat Islam). Terima kasih kepada semua yang memberikan kerjasama dan sokongan kepada program ini dan semoga ia terus dijalankan secara istiqamah di tahun-tahun akan datang. Sedih jugak bila mengenangkan kemungkinan ini merupakan kali terakhir dapat join program tadarus di fakulti. huwaaaa.... So, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat mengimarahkan 10 malam terakhir, selamat hari lebaran dan yang paling penting selamat memandu. Jaga diri baik-baik sepanjang musim perayaan. Kepada yang tak habis labwork lagi tu, lepas raya nanti semoga selamat 'pulun' buat keje bagi habis. (tujukan untuk diri sendiri sebenarnya. huhu...) Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua.






Cenderahati sempena majlis khatam Al-Quran. Cantik tak reben tu?hehehe...

Monday, October 01, 2007

19 Ramadhan

Al-fatihah buat arwah emak yang telah pulang ke pangkuan Ilahi pada 18 Februari 1997 Masihi bersamaan 19 Ramadhan (saya tak berapa pasti tahun hijrahnya). Dua hari selepas hari Nuzul Al-Quran, yang mana setahu saya meninggal di bulan Ramadhan ini seksaan kubur ditangguhkan. Sedar tak sedar, hampir 11 tahun arwah pergi. Semoga Allah mengampuni semua dosa-dosa arwah, menyayangi arwah sebagaimana dia menyayangi anak-anak dan keluarganya. "Ya Allah, Engkau tempatkanlah emakku ditempat yang mulia bersama dengan orang-orang yang Engkau redhai. Ampunkan dia dan selamatkan dia. Ya Rahman, Ya Rahim semoga engkau mendengar dan memperkenankan doa hambamu ini. Wahai Tuhanku, sekiranya ada pahala dari apa yang aku lakukan ini maka aku sedekahkan kepada Rasulullah dan para sahabat baginda, kedua ibu bapaku yang telah membesarkan aku dengan kasih sayang mereka, muslimin & muslimat samada yang masih hidup dan yang sudah kembali ke pangkuan Mu." Amin Ya Rabbal Alamin.

Tak tau nak bagi tajuk apa...

Ramai yang dah 'berkicau' sebab dah lama sangat saya tak update blog. Tak tau nak present apa sebenarnya. Jenuh jugak fikir2 tapi tak kuar idea. Tapi bila mengingatkan banyak gambar yang sudah di 'snap' tapi tak upload kat memana pun, why not saya letak je kat sini kan. Satu post yang macam takde motif melainkan hanya untuk suka2 je. Tengok gambar je pun menarik ape... (padahal malas tu!alasan!!) hahaha..



Pulut dan durian memang tak dapat dipisahkan. Ni makanan wajib orang Perak ni. Rugi sape yang tak makan. Nak pulak kalo santan yang dijadikan kuah tu diasingkan dari masak skali dengan pulut, pastu tambah gula and garam sket. Fuh!! Sedap wooo... Skali cuba mesti nak lagi. Kalo nak tau, durian makan dengan pulut baru saya boleh terima. Kalo tak tu, bau je pun dah boleh pening. Kalo makan, migrain gamaknya... Ntah ape-ape ntah... credit to housemate yang masakkan, saya tolong makan je. hehe..



Dim Sum. Antara makanan faveret yang slalu layan dengan labmates kat SACC Mall. Nampak macam sedap kan? Memang sedap pun...









Donuts from Big Apple. Semua sedap....walaupun dah masuk dalam fridge, tetap sedap dan lembut lagi. Habis satu lab saya promote. hehe.. Berjaya jugak beli donut ni setelah sekian lama dengar-dengar dari orang. Half dozen for RM 9.50, ok la kan?




Antara benda-benda cantik dan comel atas muka bumi ni:





Bunga Kucai (saya yang panggil la)







Bunga sakura (my friend yang tolong 'snap' masa festival sakura di Japan)








My lovely cactus from Cameron Highland (berjaya pindahkan ke dalam bekas baru, bought from IKEA last sunday)





Target: End of the Month!!

My last stage labwork: Ape yang dapat anda simpulkan? Semoga Allah terus memudahkan urusan saya sehingga bos saya kata "Ok Riza, you've done!". Bahagianya rasa saat tu.

Thursday, September 13, 2007

Cara Jepun bina modal insan

Oleh: HAIDAR NAJIYAH IBRAHIM

Daerah Maizuru hampir sama dengan kawasan ‘kampung’ lain di Jepun. Dalam suasana pagi yang dingin, kawasan luar bandar seperti ini kerap berkabus, tetapi tenang dan harmonis. Maizuru hanyalah sebuah pekan kecil di pinggir laut sebelah utara Pulau Honshu. Ia jauh dari hiruk-pikuk kehidupan kota yang bising dan sibuk segalanya. Bandar besar terdekat dengannya ialah Osaka, kira-kira dua jam perjalanan bas, atau Kobe, kira-kira sejauh ke Osaka juga.
Dalam musim dingin, pada pukul 6 pagi sudah kelihatan matahari di ufuk timur. Pada pukul 8 pagi, matahari sudah tinggi di negeri matahari terbit ini. Inilah masanya, kelihatan suasana agak sibuk. Ketika ini berduyun-duyun di jalan, anak-anak kecil menuju ke destinasi masing-masing, iaitu sekolah. Namun, keadaannya tetap tenang, tidak berserabut dengan hiruk-pikuk dan deruan kereta di jalan-jalan. Anak- anak kecil dan murid-murid sekolah rendah boleh dikatakan hampir kesemuanya berjalan kaki ke tadika atau sekolah mereka.
Inilah kelainannya. Sejak dari umur tadika mereka berjalan kaki ke tempat belajar. Agak jauh. Malah ada yang berjalan hingga kira-kira setengah kilometer dari rumah masing-masing. Dengan itu, tidak berlaku kesibukan kenderaan di hadapan pintu sekolah mereka. Tidak ada deruman enjin motosikal di dalam kawasan sekolah. Keadaan sangat tenang dan harmonis.
Semasa pulang, keadaannya juga demikian. Murid-murid kecil ini pulang bersendirian, tanpa dijemput oleh ibu bapa mereka. Bagi yang berjauhan biasanya mereka kelihatan berjalan berkelompok.

Mengapakah orang Jepun membiarkan anak mereka berjalan sendirian pergi balik ke sekolah? Sikap ini mungkin sukar untuk kita padankan dengan keadaan kita di Malaysia. Jika difikirkan tentang kemampuan tiap keluarga, mereka jauh lebih mampu, kalau setakat hendak menghantar anak ke sekolah dengan kereta masing-masing.
Ini adalah suatu cara mendidik anak mereka, mungkin supaya mulai belajar berdikari. Bagi kita mungkin tidak terlalu mudah melaksanakannya, memandangkan keadaan keselamatan yang masih menghantui kita. Baik keselamatan yang bersifat jenayah mahupun keselamatan jalan raya. Kita boleh memuji mereka kerana telah berjaya menghasilkan situasi yang begitu selamat untuk rakyat mereka.
Pelajar peringkat sekolah menengah pula, kebanyakannya menunggang basikal ke sekolah. Mereka tidak menaiki motosikal seperti kita. Atau naik bas. Atau dihantar oleh ibu bapa. Mereka selesa menunggang basikal.
Suasana seperti ini sungguh berlainan dari suasana pagi di tempat kita. Cuaca mungkin membantu mereka mempunyai sikap seperti itu. Mengayuh basikal dalam keadaan yang dingin tidak terlalu memenatkan. Keadaan cuaca panas mungkin menjadi suatu penghalang utama kepada kita untuk menyuruh anak-anak mengayuh basikal ke sekolah. Namun, ada banyak sikap positif lain yang boleh kita pelajari.
Jepun tidak mengadakan pakaian seragam bagi murid sekolah rendah di seluruh negara. Mereka hanya mempunyai pakaian seragam bagi sekolah menengah masing-masing sahaja. Jadi, pakaian seragam bagi sesuatu sekolah tidak sama dengan sekolah lain. Itu bagi sekolah menengah. Bagi murid sekolah rendah, langsung tidak ada pakaian seragam yang khas. Mereka boleh memakai pakaian apa sahaja yang sopan. Baju, seluar dan kasut tidak perlu seragam.
Jadi, bagaimana kita hendak kenali anak-anak sekolah di luar kawasan sekolah? Mereka boleh dikenali kerana membawa beg sekolah yang sama. Jadi, yang seragam hanyalah beg sekolah mereka. Inilah identiti anak-anak sekolah di Jepun. Mereka hanya boleh dikenali ketika menggalas begnya.
Beg seragam ini dijual oleh pihak kerajaan. Kalau di tempat kita, perkara beg ini sudah tentu boleh menjadi isu besar, kerana harganya ialah antara 30,000 hingga 50,000 Yen, iaitu kira-kira sama dengan RM1,000. Namun, bagi mereka perkara ini sudah biasa. Walaupun mahal tetapi berkualiti tinggi. Lagi pula, soal harga bukan perkara besar bagi mereka kerana rata-rata berpendapatan tinggi.
Beg ini diperbuat daripada kulit. Dan hanya beg inilah yang akan digalas oleh seseorang murid itu, dalam sepanjang pengajiannya di sekolah rendah, dari darjah satu hingga enam.
Ukurannya tidak terlalu besar. Sepadan dengan buku-buku mereka hanya sebesar buku komik Doraemon. Tidak terlalu berat dan memenatkan untuk digalas sejauh setengah kilometer. Corak buku yang tidak terlalu besar ini juga berlaku bagi peringkat sekolah menengah dan kolej-kolej pengajian peringkat lebih tinggi.
Setiap murid mempunyai sepasang kasut berwarna putih yang mesti ditinggalkan di sekolah, tidak boleh dibawa pulang ke rumah. Semua murid pergi ke sekolah dengan menggunakan kasut sendiri, kemudian ditukar dengan kasut khas ketika berada di sekolah. Kasut sendiri disimpan dalam rak khas, hinggalah ditukar semula semasa hendak pulang. ‘Pengurusan keseragaman’ kasut seperti ini dilakukan di sekolah rendah dan juga menengah.
Selain itu mereka juga mempunyai sepasang lagi kasut khas untuk memasuki dewan sekolah. Perkara ini diamalkan supaya lantai dewan itu tidak cepat rosak. Kasut khas ini tidak dibenarkan dipakai di luar atau menyentuh tanah kerana dikhuatirkan sebarang pasir yang melekat boleh mencalarkan lantai.
Perkara ini sangat penting dan dipatuhi oleh semua murid mereka. Semenjak kecil mereka telah ditanam disiplin seperti ini. Mengajar disiplin adalah kunci utama pengajaran mereka di peringkat awal.

Butir-butir pengajaran secara ‘terperinci’ mungkin telah kita remehkan, tetapi tidak bagi orang Jepun. Misalnya, tentang disiplin ketika makan sangat ditekankan di sekolah. Di sekolah rendah, makanan tengah hari disediakan dan murid-murid bergotong-royong sesama sendiri untuk mengedarkan makanan.

Di Malaysia mungkin perkara ini boleh menjadi isu besar dan boleh disalah tafsir sebagai ‘penderaan’ murid, terutamanya yang masih berumur sangat muda. Murid diwajibkan membasuh pinggan sendiri setiap hari, dalam sepanjang pengajian mereka. Mereka juga terpaksa mengangkat dan mengagihkan sendiri makanan yang disediakan oleh pihak sekolah. Semuanya mereka belajar urus sendiri dengan bantuan guru. Dan mereka melakukannya dengan penuh kegembiraan.

Setiap hari murid bertugas yang dilantik akan mengangkat periuk makanan yang dimasak oleh tukang masak sekolah dari bilik masakan ke bilik darjah dan membahagikan makanan ke dalam bekas yang dibawa sendiri oleh murid-murid. Tetapi yang menjadi perhatian saya adalah terlampau telitinya mereka: Murid yang bertugas dan guru juga, tidak pernah lupa memakai pakaian ala chef yang lengkap dengan apron, penutup kepala serta mask. Perkara pakaian khas seperti ini menjadi kewajipan semenjak kecil lagi, hingga tertanam dalam sanubari mereka. Keadaan inilah yang tidak ada di negara kita dan mungkin boleh dipelajari dalam pembinaan jiwa.
Murid-murid akan membawa bekas makanan masing-masing ke tempat pengedaran makanan dan beratur dengan tertib untuk menunggu giliran masing-masing. Setelah makanan diedarkan kepada semua murid, mereka akan duduk di tempat masing-masing menunggu untuk memulakan juadah dengan serentak, iaitu apabila dibenarkan oleh gurunya.

Makanan yang disediakan itu pula memang memenuhi keperluan untuk tumbesaran, tetapi tidak berlebihan. Contohnya ubi kentang sebagai karbohidrat, ikan sebagai protein, berserta sayur-sayuran dan susu. Mereka juga akan menjamah makanan sehingga habis. Ini suatu kemestian. Kalau tidak habis semua orang akan tunggu sehinggalah murid itu menghabiskan makanan sendiri.

Setelah selesai makan, semua orang basuh pinggan sendiri. Murid yang bertugas pula menghantar semula periuk-periuk ke tempat penyediaan makanan. Mereka juga diajar supaya patuh kepada sistem kitar semula bahan sisa. Sebagai contoh, kotak susu akan diletakkan di dalam plastik khas dan tidak boleh dibuang sesuka hati. Sisa-sisa makanan dibuang ke dalam plastik yang disediakan.

Perkara remeh seperti cara-cara membasuh tangan juga diajar dan diamalkan setiap hari sebagai latih tubi. Perkara ini mula diajar semasa umur prasekolah (tadika). Sebelum makan, selepas makan, selepas main, selepas kerja dan sebagainya, tangan mesti dibasuh. Perkara ini sudah menjadi habit. Membasuh tangan pula mesti guna sabun khas untuk tangan. Banyak iklan ditonjolkan dalam media seperti televisyen yang menyarankan kanak-kanak supaya membasuh tangan. Kadang-kadang penekanan seperti ini nampak remeh bagi kita, tetapi sangat penting bagi mereka.

Di setiap sekolah rendah diadakan padang, taman permainan dan kolam renang, di seluruh negeri Jepun. Oleh itu mereka dapat melaksanakan kehendak supaya semua rakyat Jepun tahu berenang. Perkara ini mungkin masih sukar untuk kita capai kerana pengurusan yang memerlukan belanja besar.

Namun, mereka mempunyai cara untuk membantu mengurang perbelanjaan pengurusan ini. Nampaknya, mereka kurang gemar kepada acara sambutan majlis secara besar-besaran. Contohnya, seperti hari penyampaian hadiah atau sambutan hari guru, hanya dilakukan ala kadar. Sikap seperti ini diteruskan sampai ke peringkat universiti. Memanglah kelihatan tidak ‘meriah’ langsung! Tetapi ini mungkin cara mereka untuk berjimat.

Rakyat Jepun mempunyai jiwa yang penuh disiplin dan ‘sivik’. Biar di mana saja mereka berada. Di tempat kerja atau di jalan raya. Mereka adalah bangsa yang tekun bekerja dan memiliki jiwa hendak berlumba-lumba. Ini adalah hasil ‘latih tubi’ disiplin yang diterapkan sejak zaman kanak-kanak.

Bagaimanapun, bukanlah semua perkara yang dimiliki oleh rakyat Jepun ini baik belaka. Misalnya, akibat pemodenan melampau, anak-anak muda kurang minat untuk menyambung pelajaran ke peringkat tinggi seperti universiti. Ini adalah akibat daripada kemudahan mereka untuk mendapat kerja. Setelah tamat diploma di ‘kosen’ (politeknik), mereka boleh terus bekerja dengan gaji yang lumayan. Oleh itu, mereka tidak berminat untuk menyambung pelajaran di peringkat universiti hanya dengan alasan bagi mendapat kerja yang bagus. Ini berbeza dengan sikap kita di Malaysia. Di Jepun, pelajar yang telah memiliki diploma kolej yang berminat ke universiti hanyalah untuk pengembangan akademik individu sahaja. Tiada kaitan dengan peluang kerja.

Kebanyakan tempat kerja cuma menitikberatkan merit dan kerajinan kerja untuk kenaikan pangkat. Tiada kaitan dengan sijil yang dimiliki. Dalam hal ini pemegang diploma dengan pemegang ijazah universiti tidak banyak berbeza ketika bekerja. Hanya prestasi kerja masing-masing yang diperlukan untuk kenaikan pangkat dan sudah tentunya kenaikan gaji.
Selain itu, masalah buli semakin menjadi-jadi, baik ditempat kerja mahupun di sekolah. Sungguh kerap kita baca kejadian bunuh diri angkara buli yang keterlaluan.

Demikianlah. Di sebalik ketenangan pagi yang berkabus dalam musim dingin ini, ada pula keresahan jiwa dalam segelintir rakyat Jepun. Tiap seorang mengejar cita-cita untuk menjadi yang terbaik dalam bidang yang diminatinya. Kadang-kadang ada juga yang terbabas dalam perlumbaan menjadi manusia terbaik itu.

- HAIDAR NAJIYAH IBRAHIM ialah pelajar tahun akhir Maizuru Technical College of Technology, Kyoto, Jepun.
~dipetik dari Utusan Malaysia, Rencana 13 September 2007~
p/s: Congrate Cik Haidar Najiyah. So impress with your writing.. Post artikel ni kat blog sebagai ikhtibar sebab tak tau jawab soalan esei temuduga SLAB aritu. huhu... Amik pengajaran cik Riza oooi... kalo tak, macam mana la nak mendidik anak bangsa ni. hehehe

Tuesday, September 11, 2007

Hari Murah Rezeki

Reunion Biotek UPM 2005 & sempena menyambut Ramadhan
Bertempat di Restoran Shid Tomyam dan Seafood, Padang Jawa.
Tarikh: 7 September 2007




p/s:

To Azman: Thanks a lot kuarkan idea organized reunion ni dan blanja semua orang makan. Semoga murah rezeki ko pasni, boleh blanja lagi.

To Syuded: Thanks sponsor kek. Nanti2 kita buat makan-makan lagi ye.

To Raden: Thanks jugak untuk sebalang choclairs dan satu lagi coklat tu (aku tak ingat nama apa). Rugi ko tak join kitaorang. hehe...

To Kak Am: Thanks blanja nasi beriani kat tesco time lunch. Kenyang tahap tak larat buka mata dah. Lain kali boleh gi kuar makan lagi ek.. kita pau orang Sg. Buloh. hehehe...

Thursday, September 06, 2007

Birthday Girl

Hari ini birthday adik saya. Riza Noor Syamimi; Riza's junior since nama dia pun ada Riza jugak di permulaannya. Nama adik saya ni la yang paling panjang. Kami yang memberi nama Syamimi yang bermaksud "kesayanganku". Memang sayang sangat dan excited dapat adik baru. Tapi banyak dugaan untuk Mimi lahir melihat dunia sebab arwah emak pernah dinasihatkan oleh Dr untuk menggugurkan kandungan semasa mengandungkan Mimi sebab arwah dah berumur 39 tahun dan menghidap penyakit. Takut menimbulkan komplikasi di masa hadapan. Tapi perancangan Allah tu siapa yang boleh menghalang. Akhirnya dia dilahirkan pada hari ni (tahun 1996), tapi belum sempat pun dia belajar meniarap, arwah mak pergi menyahut seruan Ilahi semasa umur Mimi 5 bulan. Kecik sangat kan? Sian dia.. tak dapat merasa betapa agungnya kasih sayang seorang ibu sepuas-puasnya. Sape lagi yang mengambil alih jaga Mimi masa tu kalo bukan saya (dengan pertolongan makcik dan family saya jugak). Tido dengan saya, sakit demam pun saya la yang uruskan. Tapi jaga Mimi memang tak susah... tak banyak kerenah. Rasanya dia dah tau yang arwah emak nak meninggalkan kami. Dia baik sangat. Ingat lagi cuti Nuzul Quran, 17 Ramadhan (tahun 1997) kami sekeluarga balik kampung di Bagan Serai. Masa tu arwah emak nak tidurkan dia, tapi dia asik menangis je. Bila abah tanya saya kenapa adik nangis, saya hanya jungkitkan bahu. Abah minta saya cakap kat arwah emak bawak naik Mimi ke bilik atas (sebab abah tido di tingkat atas, emak tak larat nak turun naik tangga sebab emak sakit. Arwah mak memang dah ada sakit jantung sejak lahirkan adik saya yang kedua lagi). Bila arwah emak letakkan je mimi sebelah abah dan abah tepuk-tepuk sket, mudah je lena. Saya pun terus sambung tido lepas tu sebab takde la nak pikir bukan-bukan kan. Budak-budak lagi time tu...


Pagi 19 Ramadhan sebelum arwah emak tinggalkan kami untuk selamanya, kami semua tak sempat bersahur. Semua bangun lambat. Nak jadi cerita, arwah emak pun rasa sakit dia dah teruk sangat, langsung sesudah subuh abah bawak arwah ke hospital. Sebelum tu arwah emak sempat lagi pesan (lebih tepat memberi amanat) supaya saya jaga adik-adik elok2. Dan pagi itu la, kali terakhir saya salam dan peluk arwah.. kalau la saya tau, saya tak lepaskan sampai bila-bila... Dah lama peristiwa tu berlalu. Mimi sekarang pun dah umur 11 tahun, dah nak jadi anak dara pun. Rasa macam sekejap je masa berlalu, tapi macam-macam perkara yang berlaku sepanjang tempoh itu... Tak pe, saya sentiasa positifkan diri. Allah sentiasa menguji orang yang DIA sayang. Semakin banyak dugaan yang kita tempuh, semakin matang fikiran kita. Itu yang saya rasakan sekarang. Kalau tak, entah-entah memasak dan menguruskan hal sendiri pun tak tau lagi. Tapi alhamdulillah, ada hikmah yang tersembunyi disebalik semua yang berlaku. Sebabnya kadang-kadang Allah turunkan hujan di tengahari lalu menutup sinaran matahari, kita mengeluh kenapa Allah pudarkan hari kita. Tapi rupanya, selepas tu DIA beri kita pelangi untuk menghiasi semula hidup kita. Dan saya sentiasa menanti bilakah pelangi itu akan muncul...


To my beloved sister, Riza Noor Syamimi happy birthday sayang. Semoga Mimi jadi adik yang baik, anak yang solehah dan insan yang bertanggungjawab. Jangan malas-malas belajar. Ape2 yang berlaku, I'm always be there for you sis. Don't forget that. Kami semua sayangkan Mimi. Kak Yong sayang mimi sangat2.







p/s: Minggu depan Ramadhan menjelma, sama-samalah kita 'menghidupkannya'. Tibanya bulan penuh barakah itu juga membuatkan hatiku sentiasa merasakan kehilangan itu. "Mak, Ayong rindu..." Alfatihah...

Monday, August 27, 2007

Happy Graduation

Happy convocation to my dearest friends, Umikalsum Jaafar. Congratulations.

26hb Ogos tu bukan setakat hari amik skrol je, tapi menjadi hari berfesyen dan hari berposing.. Pelbagai aksi maut dan aksi sedikit gediks. ahaks... (bukan saya tau..hehe..).






bunga..oh..bunga...
teddy bear pun ada jugak...hihi..











Menaikkan seri bunga.. hahaha...















Me with Siti Nor Khalilah @ Kelly
(single but not available. hehe..)












Only three of us... Tak cukup lagi nih.











Ms. Bunga dan Mr. Teddy bear nya. hehe....
p/s: Tak sabar nak grad lagi ni... Tapi research tak siap lagi. huwaaaaaaaaaaaaa

Selamat Hari Ulangtahun


~25 Ogos 2007~
Hari ni merupakan hari lahir Abah. Malangnya, hari ni abah merajuk dengan anak-anak dia sebab lambat wish birhday dia. Jenuh saya call tapi tak berangkat. Memang merajuk betul gayanya. Ish.. nak buat macam mana ni? Nape la hari ni hari sabtu, kalo tak mesti bangun awal punya. (tetiba pulak salahkan hari. ahaks..). Tapi ingat lagi masa zaman sekolah dulu2, abah tak pernah kisah pun kami adik beradik celebrate ke tak birthday dia. Tapi mungkin sebab masa semakin berganjak, umur semakin meningkat dan jarak semakin jauh, mungkin sebab tu abah jadi sangat particular dan sensitif sket sekarang. Mungkin jugak abah sedih and sayu teringatkan zaman arwah emak masih ada. Mesti arwah emak masakkan makanan kegemaran abah masa hari istimewa macam ni. Sian abah, terpaksa menguruskan hal sendiri sekarang. Tapi Alhamdulillah, petang tu abah return call. Bila saya tanya makan apa celebrate birthday, sedihnya saya dengar bila abah kata makan kuey teow goreng je kat kedai. Dah la makan sorang-sorang pulak tu sebab adik-adik saya ikut parents kawan diaorang gi berkelah. Sempat la saya pujuk, minggu depan cuti merdeka saya bercadang nak balik, boleh la kita masak dan celebrtate birthday abah sekali. Terdengar la jugak riak sedikit gembira dari suara abah, membuatkan saya tak sabar nak tunggu hujung minggu ni. Lamanya tak balik kampung... Sempena dengan entry special ni, saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari ulangtahun kelahiran abah yang ke 52 tahun. Semoga abah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, di murahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dah Allah sentiasa memberkati kehidupan kita sekeluarga. Semoga kegembiraan itu masih ada dan sentiasa ada bersama kita. Sesungguhnya kami semu anak-anak abah sangat sayangkan abah walaupun kadang-kadang tu ada jugak yang 'tak kena' . .
p/s: Kenapa kita susah nak luahkan betapa kita sayang seseorang tu. Kita lebih mudah beranggapan supaya orang tu faham apa yang kita rasa. Kita lebih senang mempertahankan rasa malu kita daripada menunjukkan rasa kasih dan sayang kita. Tapi adakah kita sedar, kadang-kadang hati tua itu sukar untuk dimengertikan? Adakah kita akan terus menunggu sehingga dadanya tidak berombak lagi? Mungkin ketika itu sudah terlalu lewat, kerana dia tidak dapat lagi mendengar, mengerti dan merasai betapa dalamnya kasih sayang kita selama ini...

Cerita dua minggu lepas...


*16 Ogos 2007*
Hari ni lab terpaksa tutup kononnya ada orang nak servis Laminar Air Flow. Dengar khabarnya chemical yang digunakan untuk servis tu sangat merbahaya dan boleh membawa maut. huhu..(ye ke?) So, dah tak boleh masuk lab, semua ahli lab gi dengar talk di IOI Resort (JW Marriot) organized by Agilent. Mula-mula agak tak paham la jugak ape pakcik omputeh tu bebel. Cakap macam tak makan je... tapi bila telinga dah mula sesusaikan diri, boleh la paham sket-sket. Actually talk ni mengenai "Electronic Library record, Compliance and Productivity". Habis dalam pukul 3 pm, proceed gi UPM nak hantar barang. Pkl 5 baru bertolak balik, konon nak tgk cite "Chef Tikus" tapi tak jadi. Sampai Shah Alam pkl 6, malas gi gym sebab rasa ngantuk. huhu...

*17 Ogos 2007*
Chat dengan Kak Am set janji nak gi kenduri esok kat Gombak... (still konpius mana dia tau nama glamer i tu?huhu..) Tengahari Mak Teh call nak tumpang gi kenduri. Alamak! Macam mana ni? Roger Kak Am balik bagitau esok gi amik dia kat umah. ok je dia kata. Selamat...

*18 Ogos 2007*
Seawal pagi dapat sms dari Kak Am bagitau tak jadi pegi kenduri. Ala...nape? sakit perut and ada appointment dengan Sifu katanya.. I see..tak pe la. Tak de rezeki... Dalam kol 11 am tu kuar umah nak gi amik Makteh, tapi sesat jalan. Sampai lewat, dia dah bebel. hehe... "sesat tu sebab slalu sangat gi rumah i la tu". Sempat lagi kena perli. Redha je la... hihi.. Sampai umah orang kawen pun dah dekat pukul 2. Paham-paham je la, time tu perut memang tengah menyanyi la... Rasa bersalah je sebab datang lambat. Bukan kenduri sape pun, 'Kulaan' jugak. huhu... Tapi nasib la kenduri kontrak, selamat dari basuh pinggan mangkuk and periuk belanga. huhu...Balik pukul 4 lebih, lebih kurang pukul 5 sampai umah Makteh. After tumpang solat dan minum teh tarik yang Makteh sediakan, baru bertolak balik ke Shah Alam sebab nak jemput adik pulak kat stesen Padang Jawa. Malam tu tertunai hasrat nak tengok cite Chef Tikus.





Sesi bergambar dengan pengantin
(Mohd. Khairi Zahri dan Maznuraini Zainuddin ~ semoga kalian berkekalan sehingga ke akhir hayat~)








Pose Special dari pengantin
(Jodoh mereka; bertemu di lab yang mana pengantin lelaki satu lab dengan saya masa sambung MSc manakala pengantin perempuan adalah anak murid yang dia supervise masa buat final year project. So sweet kan pertemuan mereka?)


Yang ni pulak kisah orang kawen jugak. Ex-Coursemate masa kat UPM dulu kawin sama hari dengan kenduri Maksu saya yang di Gombak tu. Maaf kepada pasangan mempelai Ahmad Hafiz Mohammad dan Siti Nurafiza Mohd. Radzi (ni pun kes percintaan sekelas, happy ending) kerana tidak dapat memenuhi undangan. Selamat menempuh alam rumahtangga dan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Hafiz yang memecahkan rekod budak laki biotek pertama yang mengakhiri zaman bujangnya... Korang yang lain di barisan depan tu bila lagi? hehe... Thanks a lot to Raden yang sudi menumpangkan hadiah dan kongsi gambar ni. Jasamu di hargai. (p/s to Raden: Walaupun aku dah glamerkan muka and nama ko dalam blog aku ni, aku still nak jugak ole-ole dari Langkawi. hihi)

Tuesday, August 14, 2007

Congratulation Dr. Shasha

Sabtu 11 Ogos 2007, lebih kurang pukul 7.30 malam saya dapat sms ni

Kawan saya: Kecik! Jemput datang rumah. Ada buat makan-makan sket. (Kecik adalah nama samaran saya utk penghuni bilik A2.1.11 , KMNS dari dulu sampai sekarang)

Saya : Alamak, aku nak datang dengan sapa?

Kawan saya : Datang dengan housemate bah.

Saya: Housemate aku balik kampung, sorang lagi gi main futsal. Macam mana ni???

Akhirnya setelah berusaha, ada jugak rezeki saya nak jumpa kawan saya ni. Kalo tak, tak tau lagi bila cik kak ni boleh cuti memandangkan dia sekarang ni dia menjalani housemanship kat Kota Kinabalu. Balik semenanjung pun sebab menghadiri Konvokesyen UKM sabtu lepas. Saya tak dapat meraikan konvokesyen dia di UKM sebab ada kerja sket kat lab yang menuntut perhatian. Dah sedih-sedih dah sebab tak dapat pegi. Tapi ada jugak rezeki kami untuk berjumpa. Thanks a lot to Miey yang sudi menemankan saya memandu malam-malam. Risau jugak nak drive sorang-sorang dari Shah Alam ke Hulu Kelang tu. Kalau tak pegi, tak kena gaya pulak. Member kamceng meraikan kegembiraan setelah habis azab 5 tahun belajar. Dapat tau kat abah saya, konpem kena bebel tak gi tengok 'menantu tak jadi dia' konvo. Ye la, kawan saya si Shasha ni saggup temankan saya ulang alik jaga abah masa abah masuk hospital buat angiogram di Penang tempoh hari . "Sahabat baik perlu dijaga macam kita jaga famili kita sendiri". Lebih kurang macam tu la pesanan abah. Even, family Shasha dengan saya memang dah rapat benar. Masa cuti semester 1 dulu saya ikut family dia jalan-jalan gi Pahang, Terengganu dan Kelantan. Memang dah anggap macam famili sendiri dah pun. Shasha ni senang je berkawan dengan dia. Seorang yang "down-to-earth". Sepanjang 24 tahun hidup dan dibesarkan di bandaraya KL ni, tapi dia ni memang suka kalo dapat masuk kampung dan makan makanan masakan kampung. Tu yang seronok melayan dia. Abah pun suka kalo dia datang rumah saya di Taiping (boleh kata setiap kali cuti semester dia datang). Macam-macam yang nak bagi cik kak ni rasa. Pekasam la, durian la, cempedak la, ikan sepat la, macam-macam...(saya pun dah lama tak balik kampung.huhu...). Tapi lepas ni macam susah je nak jumpa dan ronggeng skali. Tuntutan kerja dia di hospital dan tuntutan kerja saya di lab memang banyak. Tapi takpe, Maxis kan ada...hehe...To my dearest buddy Dr. Norhayati Mohd. Noor @ Shasha, congratulation on your convocation. Semoga menjadi seorang Dr. yang baik dan solehah. Selamat bejaya dalam kerjaya yang ko cintai ni dan kehidupan ko. And one more thing, semoga "permainan aci ligan ko berakhir dengan jayanya. hihi..."


p/s: Cantik tak cincin ni?hehe... (Saje cari kontroversi..hihi...)

Wednesday, August 08, 2007

My heart sounds...

First Song
My Destiny, Christina Aguilera
(nyanyian semula oleh Misha Omar)

What if I never knew
What if I never found you

I'd never had this feeling
In my heart


How did this come to be
I don't know how you found me
But from the moment I saw you
Deep inside my heart
I knew


Baby, you're my destiny
You and I were meant to be
With all my heart and soul
I give my love to have and hold
And as far as I can see
You were always meant to be
My destiny

I wanted someone like you
Someone that I could hold onto
And give my love
Until the end of time


But forever was just a word
Something I'd only heard about
But now you're always there for me
When you say forever I'll believe

Baby, you're my destiny
You and I were meant to be
With all my heart and soul
I give my love to have and hold
And as far as I can see
You were always meant to be
My destiny


Second Song

Destinasi Cinta (Siti Nurhaliza)

Di hati yang mana

Ku temu cinta yang terindah

Kau berikan ku jawapan

Tiada lagi persoalan

Sambut cintaku ini sayang

Berselimutkan kasih kita

Diruang hati ku yang terpencil

Mekar cinta kita yang akhir

Kini

Menuju ke destinasi

Puncak cinta tertinggi

Aku menunggumu

Aku takkan jemu

Kerna cinta itu

Termanis bagiku

Mimpiku semalam

Kau hadir bersama cinta

Kau lukiskan dua hati

Lambang kasih sayang sejati

Kau datang bersama sinar

Menyuluh hatiku yang pudar

Kini semua kembali berseri

Bila kau hadir, ku damba

Matahari masih jingga

Menyalalah cinta bagai bara

Berjanjilah kita berdua

Kekal selama

Berdua

Berdoa

Bersama

Sayang

p/s: My heart cannot stop from singing both songs...I was addicted since yesterday! Jiwang karat betul. Berjangkit penyakit sapa entah. Help Me!!!hehe...

Tuesday, August 07, 2007

070807~Our Heart Songs~

Begitu banyak cerita…ada suka ada duka…cerita yang ingin ku tulis…bukanlah cerita biasa…



A poem was dedicated just for both of them
U are like a pearl
U are different from another woman
I am talking about superfacial beauty girl
The beauty unmistakable
For the eyes of honest man

Boxers’ punch harder when you are around
This causes one of us to pavot and to dream
“Do you know that they fall in love (puppy love?) In one of Perak’s town
Have you ever found?
Actually, I am talking about him.


Sometimes their heart sang this song…
Di hati yang mana…Ku temu cinta yang terindah… Kau berikan ku jawapan…Tiada lagi persoalan…Sambut cintaku ini sayang…Berselimutkan kasih kita…Diruang hati ku yang terpencil...Mekar cinta kita yang akhir...

Sometimes his heart sings this song...
Biar kau tunduk bisu…Aku tahu…Gelora hatimu…Engkau mahu…Aku lafazkan rindu… Biar kau hanya diam…Aku selam…Jiwamu terdalam…Perasaan cintamu yang kau pendam...

Sometimes her heart dedicates this song…
So far away…I wish you were here…Before it's too late…this could all disappear…Before the doors close…And it comes to an end…With you by my side I will fight and defend…I'll fight and defend


Sometimes when he feels sad, she sing…
You're not alone…Together we stand…I'll be by your side…you know I'll take your hand…When it gets cold…And it feels like the end…There's no place to go…You know I won't give in…No I won't give in

Sometimes when she needs motivation, he sings…

I think that you could be…Whatever you want to be…If you could realize…All the dreams you have inside…Don’t be afraid…If you have got something to say…Just open up your heart and let it show you the way…


Sometimes when he feels depressed, this song was dedicated to him…
Believe in yourself…Reach down inside…The love you find…will set you free…Believe in yourself…You will come alive…Have faith in what you do…You will make it through…

Tapi perjalanan itu tidak senang apabila setiap diri mereka memilih untuk berjalan berlainan arah kerana sebab-sebab yang remeh begitu. Zaman kegelapan hubungan mereka, zaman fikiran yang tidak matang dan kelakuan yang terlalu kebudak-budakkan. Namun akhirnya mereka sama-sama menyedarinya kesilapan sebenar dan menyimpulkan kata hati itu...

Dewi aku mohon beri aku kesempatan…Tuk bisa menebus dosaku kepadamu… Maafkanlah aku yang menyakitimu….Aku tidak pernah menyangka bisa begini... Dewi kaulah hidupku...Aku cinta padamu sampai mati...Dewi belahlah dadaku... Agar kau tahu...Agar kau mengerti

Dan juga...
Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu, Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu...Kerana langkah merapuh tanpa dirimu, Kerana hati telah letih... Tanpamu sepinya waktu merantai hati...


Kadang-kadang ini juga...
Tuhan maafkan diri ini...Yang tak pernah bisa menjauh dari angan tentangnya...Namun apalah daya ini...Bila ternyata sesungguhnya aku terlalu cinta dia…

Akhirnya hati mereka sama-sama menyanyikan lagu ini...
Mimpiku Semalam...Kau Hadir Bersama Cinta...Kau Lukiskan Dua Hati...Lambang Kasih Sayang Sejati...Kau Datang Bersama Sinar...Menyuluh Hatiku Yang Pudar...Kini Semua Kembali Berseri...Bila Kau Hadir, Ku Damba... Matahari Masih Jingga...Menyala Cinta Bagai Bara...Perjanjian Kita Berdua...Kekal Selama...Berdua...Berdoa...Bersama...Sayang...

p/s: Happy 7th Anniversary, My dear MNHN. Semoga kita tabah mengharungi segala dugaan dan segala cabaran. Semoga kisah-kisah lalu menjadi pengajaran dan panduan untuk kita menghadapi kehidupan masa hadapan. InsyaAllah. Semoga Allah sentiasa bersama-sama kita dan memberkati perhubungan ini. Saya mengaku saya memang seorang yang tak pandai express my feeling towards you. But i know, you can feel it... Anyway...Thanks for everything...(and the lovely Guess's handbag of course)

Monday, August 06, 2007

Lompat si belalang lompat

Di sebuah hutan, hidup seekor belalang cerdik yang lompatannya paling tinggi di antara belalang yang lain. Belalang ini sangat bangga dengan kemapuannya itu. Ia asyik melompat dari atas tanah ke dahan-dahan pohon yang tinggi. Dari atas pohon tersebut, belalang dapat melihat sebuah desa yang indah. Suatu hari, burung merpati mengajaknya terbang ke desa tersebut. Setelah mendarat, mereka mulai berjalan-jalan melihat keindahan desa sehinggalah sampai di taman berpagar tinggi yang dijaga oleh anjing besar.


Belalang bertanya, “Siapakah kamu, dan apa yang kamu lakukan di sini?” “Aku anjing penjaga taman ini. Aku dipilih oleh majikanku kerana aku adalah anjing terbaik di desa ini, ” jawab anjing dengan sombongnya. Panas sungguh hati belalang. “Hello, tidak semua binatang boleh kau salahkan. Aku mampu mengalahkanmu. Aku mencabarmu bertanding melompat, siapakah yang paling tinggi di antara kita.”


“Baik! Di depan sana ada pagar tinggi. Mari kita bertanding, siapakah yang berupaya melompati pagar tersebut.” Giliran pertama adalah si anjing. Setelah mengambil langkah, anjing itu lalu berlari dengan kencang, melompat dan berhasil melompati pagar yang setinggi orang dewasa itu. Si belalang pula mengambil tempat. Dengan sekuat tenaga belalang tersebut melompat.


Namun, ternyata kekuatan lompatannya hanya mencapai tiga perempat tinggi pagar tersebut dan belalang. Itu jatuh ke tempatnya semula. Dia cuba melompat lagi dan lagi namun ternyata gagal juga. Sambil tertawa, si anjing berkata, “Nah, belalang, apa lagi yang mahu kamu katakan sekarang? Kamu sudah kalah.” “Belum. Cabaran pertama tadi kamu yang menentukan. Beranikah kamu sekarang jika aku yang menentukan cabaran kedua?”


Cabaran


“Apa pun cabaran itu, aku bersedia,” tukas si anjing. Tambah belalang, “Tentangan kedua ini sederhana saja. Kita berlumba melompat di tempat. Pemenangnya akan diukur bukan dari seberapa tinggi dia melompat tapi dari lompatan yang dilakukan tersebut, berapa kali tinggi tubuhnya.” Dari lompatannya, ternyata anjing berhasil melompat setinggi empat kali tinggi tubuhnya. Tiba giliran si belalang. Lompatannya hanya setinggi setengah dari lompatan anjing, namun ketinggian lompatan tersebut ternyata setara dengan empat puluh kali tinggi tubuhnya.


Belalang menjadi pemenang untuk lumba kedua ini. “Hebat. Tapi pemenangnya belum ada. Kita seri dan harus mengadakan lumba ketiga,” kata si anjing. “Tidak perlu,”jawab si belalang. “Kerana, pada dasarnya pemenang dari setiap perlumbaan yang diadakan adalah mereka yang menentukan standard perlumbaan.


“ Pada lumba pertama kamu yang menentukan standard perlumbaan dan kamu yang menang. Lumba kedua saya yang menentukan, saya pula yang menang.” “Maknanya, kamu dan saya mempunyai potensi dan standard yang berbeza tentang kemenangan. Adalah tidak bijaksana membandingkan potensi kita dengan yang lain. Kemenangan sejati adalah dengan potensi yang kamu miliki, kamu mampu melampaui standard dirimu sendiri. Setuju?


Pengajarannya, betapa kita sering membanding-bandingkan diri sendiri dengan orang lain – profesion, pendapatan, pakaian, kenderaan, harta benda, kejayaan kita dan seterusnya. Hasilnya? Ada kalanya muncul perasaan-perasaan negatif seperti iri hati hati dan kecewa pada diri sendiri sekali gus menyingkirkan rasa syukur atas kehidupan. Namun, kala yang lain muncul juga semacam motivasi untuk lebih maju dan berusaha lebih tekun agar boleh melampaui orang lain.


Justeru, cara bersaing yang lebih sesuai adalah dengan diri sendiri. Mulailah mengukur kemajuan kita tahun ini berdasarkan prestasi kita pada tahun lepas. Kita tetapkan bahawa tahun ini kita harus lebih sihat dari tahun-tahun sebelumnya; pendapatan dan sumbangan tahun ini diusahakan lebih tinggi; pengetahuan yang disebarkan ditingkatkan dari tahun silam; tali silaturahim direntangkan lebih lebar; kualiti ibadat diperdalam; memperbanyakkan amalan baik dan bukannya membuang masa bercakap hal orang lain dan sebagainya.


Mengatasi


Dengan cara ini, kita ternyata lebih mampu mengatasi penyakit-penyakit seperti iri hati, dengki, rasa kecewa pada diri yang akhirnya bukan sahaja boleh membinasakan tubuh badan tetapi juga akal fikiran yang waras. Berlumba untuk memecahkan rekod peribadi yang baru, melampaui rekod yang tercapai dimasa lalu, ternyata menimbulkan rasa syukur yang begitu asyik dan membahagiakan. Kemenangan sejati bukanlah kemenangan atas orang lain, melainkan kemenangan atas hawa nafsu dan diri sendiri.


-PUTRI-
petikan daripada Mingguan Malaysia, 5 Ogos 2007

~My lovely pen-drive with Digi-man~

p/s: tetiba je teringat iklan Digi Postpaid yang baru. Ala, iklan berkisar tentang recruiting tenaga kerja baru tu... macam ada rasional je dengan cite kat atas tu. Semoga kita mengambil iktibar.

Thursday, August 02, 2007

When i feel free..

Salam semua..
I have found something lately...
And very interesting to involve in..
Really enjoy..
"What is it?"
The answer is..
Writing and Aerobik'ting'
Of course la kan the writing is not involve with the thesis at all..
The writing i mean here is like berkarya...
Tell stories about life, talking about real person,
and sometimes express my feelings, telepathy...
Everything across my mind basically...
Thats will make me feel free and relax..
Realease tension and yang sewaktu dengannya..
Aerobik'ting'
memang dah lama sangat saya teringin nak join
Alhamdulillah i found gym All For Ladies..
Men not ALLOWED!
Besttttttttnya...
sebab boleh buka tudung of course (peluh tak hengat!!)
and tak malu-malu nak guna facilities yang ada
Actually, niat awal tu nak kurus la kan, sebab dah terlalu gemuk
My BMI excedd the limit!!!
Uwaaaaaaaa nak nangis masa tau tu...
Setelah dengar perlian dan ceramah kesihatan oleh insan bernama
Encik Asri b. Hj Jafri,
Langsung insaf...
So, i must to do something
Dengan sangat rela hati gi la register kat gym
Alhamdulillah, dah masuk dua bulan
walaupun attendance bulan ke 2 ni dah banyak lompong-lompong
hehehe...
Tapi bila dah masuk bulan ke 2 ni
I was realized that sebenarnya i am not just want to become slim again
macam zaman dulu-dulu, ahaks...
But the most important thing is
I want to be healthy, more...and more..
membina stamina..
Supaya saya boleh ada tenaga dan semangat nak habiskan Msc ni.
(Pagi tadi supervisor dah tanya, "you dah jumpa semangat you belum?")
Saya hanya mampu tersengih wangi sket dari kerang...hihi...

p/s: To all my lovely blog readers, oleh sebab saya dah terlibat dengan perkara yang agak private lagi confidential ni, maka saya pun mengambil keputusan untuk menghadkan jumlah pembaca blog ni. Maknanya the invited persons are most welcome. Bukan apa, at least i feel free to jot down anything, tak perlu terlalu 'menapis' my entry...Anyway, thank you for your support and advices..

Wednesday, August 01, 2007

Ada apa dengan Oktober?


p/s: Tak sabar nak tunggu bulan oktober tahun depan. =) Tapi kena habiskan tahun ni dulu. Kena siapkan labwork dan tulis tesis dulu. Uwaaaa...Ya Allah, permudahkanlah segala urusan hambaMu yang lemah ini. Sesungguhnya perancanganMu yang lebih sempurna.Ameen

Red flower and I?


A red flower tends to represent power, seduction, and desire.
At times, you are loving like a red tulip.
And at other times, you're very enthusiastic, like a bouvardia.
And more than you wish, your passion is a bit overwhelming, like a red rose.

Tuesday, July 31, 2007

Terkadang Cinta Perlu Dipentingkan

Oleh Dr Tuah Iskandar A-Haj

"Rasa kasih, sayang dan cinta bukan satu perjudian untuk menentukan menang atau kalah tapi ia adalah ikatan hati yang menentukan nilai satu perhubungan, kesetiaan dan ketulusan"

Bukan sedikit orang yang menganggap remeh persoalan cinta. Cinta selalu dikaitkan dengan mereka yang tiada pendirian teguh dalam hidup. Itu silap, cinta penting lantaran ia anugerah ILAHI untuk setiap hamba-NYA. Sesiapa yang mendapat cinta akan merasai nikmatnya hidup. Sesiapa yang gagal mendapat cinta akan merasakan hidupnya kosong.
Cinta itu penting, maka itu bukan manusia saja ada perasaan cinta. Haiwan turut bercinta dalam maknanya yang berbeza. Haiwan dihantui cemburu, marah, dengki, khianat dan juga curang, manusia betapatah lagi. Unsur-unsur inilah yang menjadikan cinta sesuatu yang sangat menyakitkan meskipun pada asalnya ia menjanjikan keseronokan, kenikmatan, kebahagiaan, persefahaman dan lain-lain yang membawa makna serupa.
Cinta itu penting kerana dengan cintalah manusia mendapat kekuatan untuk membuktikan sesuatu. Dengan cinta manusia sanggup memanjat gunung, menuruni lurah, menyeberang lautan, malah kadangkala berdepan dengan singa lapar. Begitulah hebatnya penangan cinta. Tatkala ia menyelubungi hati, seluruh alam kelihatan indah, padahal pada waktu itu hari telah diselubungi gelap.
Cinta boleh mencerahkan yang kedam malah kadang-kadang memberi warna pada kehitaman. Hebatnya cinta hingga ada orang tidak berasa lapar walaupun tidak makan berhari-hari. Dia sanggup mempertaruhkan dirinya demi cinta. Diasanggup berdepan dengan apa saja. Cinta adalah motivasi terulung dan teragung baginya.
Begitulah hebat dan berkuasanya cinta. Sayang, sesetengah orang menjadi semakin lemah oleh cinta. Cinta menjadikannya semakin malas hendak berusaha. Apabila cintanya bermasalah atau mati di tengah jalan dia hilang haluan. Dia menyeksa dirinya sendiri dengan berasa sedih.
Kesedihan itu sendiri masih boleh diterima. Maklum, namanya pun manusia, dibekali emosi yang sering berubah-ubah mengikut situasi apa yang didepaninya. Bersedih itu salah satu sifat semulajadi manusia, tetapi jika terlalu sedih ia mencabar tahap normal seseorang manusia.
Lihatlah kisah Laila dengan Qais dalam filem "Laila Majnun". Setelah pinangan Qais ditolak lantaran miskin, Qais hilang `kejantantannya' . Saban hari dia menangis dan merindui Laila dan duduk merempat di birai masjid. Dirinya semakin tidak terurus. Apa yang terkeluar dari mulunya hanya "Laila...Laila... Lailaaaa..."
Akhirnya tampil diri Qais tidak ubah seperti seorang yang gila. Dia diejek oleh kanak-kanak, kadang-kadang ada yang membalingnya dengan batu. Masih hatinya tidak terbuka untuk membuktikan sesuatu.
Lihatlah betapa cinta boleh menjadi manusia begitu bodoh dan tolol sekali. Andainya sungguh Qais inginkan Laila, sepatutnya dia tinggalkan kampung berkenaan dan kembali dengan setimbun harta, sebab itu pun syarat yangdiberikan oleh ayahanda Laila. Dengan menangis dan merayu, itu hanya meruntuhkan martabatnya sebagai seorang lelaki, yang sepatutnya kuat dan tuntas jiwa.
Cinta itu penting tetapi usah terlalu dipentingkan. Apabila cinta terlalu dipentingkan, yang lain-lain akan nampak tidak penting. Jadikan cinta booster dalaman untuk membina kejayaan dan kecemerlangan. Keterbilangan kita kadang-kadang ditentukan oleh rasa cinta kita, tetapi kadang-kadang ketewasan kita juga ditentukan oleh perasaan cinta kita.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Ya Allah, jika benar dia tercipta untukku, hilangkanlah kegelisahan hati ini. Berikanlah ketenangan dan petunjukMu. Jika benar dia yang ku cintai, biarlah cintanya tu membawa aku kepada cintaMu, Ya Rahim. Jika benar dialah yang ku cari selama ini, Kau satukanlah hati-hati kami supaya menjunjung amanat dakwahMu" ~Rnysa~
p/s: Cinta itu tidak dapat dibelajar secara teori dan dibeli dimana-mana. Ia mestilah di rasai, diamati, dimiliki di dalam hati sendiri kerana dari situ barulah kita tahu apakah rasanya nikmat cinta yang sebenar...Kalau kita ingin merasa bahagia, sukalah kepada kekurangannya bukan pada kelebihan, kerana kekurangan itu yang membuatkan kita sentiasa berusaha untuk mengubah diri dan menjadi yang terbaik. Kalau pun bukan untuk orang lain, sekurang-kurangnya untuk diri kita sendiri.~nukilan hati~

Thursday, July 19, 2007

My Best Friend Besday...

"HAPPY BIRTHDAY TO YOU, SELAMAT PANJANG UMUR, HAPPY BIRTHDAY TO YOU, ALLAH SELAMATKAN KAMU" clap!clap!clap!...hehehe...Lagu version fusion...

Ntah ape2 ntah bunyinya kalo disiarkan secara langsung.. Tapi ok ape, unik dan beri kelainan sket. Semalam merupakan ulangtahun hari lahir kawan baik saya yang sudah pun berumur **thn. Saya kenal Umi sejak zaman sekolah lagi. Form 1 di SMKTT tapi tak penah sekelas langsung2 sampai form 5. Kami pun tak ingat detik mana kami berkenalan (mungkin masa ikut rombongan sekolah gi cameroon highland kot, p/s: Umi, hang ingat lagi tak kita tgkp gambar dengan Maya?hihi..) Tapi rasanya tak penting pun semua tu sebab persahabatan kami kekal sehingga hari ini. Mungkin sebab masa sekolah dulu kami mempunyai kecenderungan yang sama seperti satu Platun 16 yang best tu untuk KRS (ramai orang dengki dengan platun kita kan? p/s: tetiba aku rindu kat Kak Yana), join team netball sekolah sampai form 5 (ingat tak kita sorok2 dengan parents kita sebab diaorang tak bagi kita aktif dah. p/s: Netball masa kita tewaskan TMGS detik paling best dalam hidup aku), Kongsi khemah masa camping (bila la nak camping lagi. p/s: Umi,hang ingat lagi tak ayat ni "Ko nak apa?" masa kita camping kat KRS kat Pahang? ala, kat gerai air tu...hehe...) dan yang pasti kami la antara ahli-ahli tetap setiap rombongan sekolah. hehe... Tapi hidup persahabatan kami bukan setakat itu sahaja. Umi adalah seorang sahabat yang sentiasa ada dalam hidup saya tak kira waktu susah atau senang. Umi juga tak segan kalau terpaksa menangis bersama-sama saya ketika saya bersedih. Tapi bila kami berjumpa, memang ada je la aktiviti luahan perasaan, bergelak ketawa, masak-memasak dan soping yang memang dipraktikkan sampai sekarang! ( tu blum cik kelly and nat involve lagi, kalo tak sakit perut tahan gelak!). Kesimpulannya Umi adalah kawan saya tak kira susah atau senang dan saya sangat bersyukur kami bertemu dan persahabatan kami masih berkekalan sehingga kehari ini dan kalo boleh saya ingin sehingga selamanya. InsyaAllah...Tapi disebabkan saya ni bukan la great planner macam Umi and tak pandai nak plan suprise2 segala bagai ni, maka semalam saya pergi Putrajaya tu dengan selamba je (sebab dah bagitau awal2) untuk jumpa umi dan makan-makan je kat Sg. Long. Even nak beli kek pun tak sempat sebab hujan lebat sangat. (sorry for the simplest celebration. tapi tak payah la kek kan? penat kita gi gym..). To my dearest friend Umikalsum Jaafar, Happy birthday. May all your dream and 'mission' comes true. Thanks for being such a lovely and understanding friend in my life.

p/s: To Umi: Aku sayang makcik sangat. Ampunkan la pakcik Bulat tu sebab set alarm pkl 12pm. hehe...

Moral of the story: Jangan salah set alarm and lupa wish birthday, boleh kecoh jadinya!

Tuesday, July 03, 2007

Ku masih di sini...


" If she has her very own personality and opinions, can stand on her own two feet, both financially and emotionally, and is able to enjoy time away from you (while still missing you at the same time), then she must be a great girlfriend. DON'T betray a woman's love as it's hard to obtain and once you lose it, it difficult to get back!"


p/s: Melayan benda-benda ni weekend lepas dgn kawan2. Ape kes sedih ni?? =(