Al-fatihah buat arwah emak yang telah pulang ke pangkuan Ilahi pada 18 Februari 1997 Masihi bersamaan 19 Ramadhan (saya tak berapa pasti tahun hijrahnya). Dua hari selepas hari Nuzul Al-Quran, yang mana setahu saya meninggal di bulan Ramadhan ini seksaan kubur ditangguhkan. Sedar tak sedar, hampir 11 tahun arwah pergi. Semoga Allah mengampuni semua dosa-dosa arwah, menyayangi arwah sebagaimana dia menyayangi anak-anak dan keluarganya. "Ya Allah, Engkau tempatkanlah emakku ditempat yang mulia bersama dengan orang-orang yang Engkau redhai. Ampunkan dia dan selamatkan dia. Ya Rahman, Ya Rahim semoga engkau mendengar dan memperkenankan doa hambamu ini. Wahai Tuhanku, sekiranya ada pahala dari apa yang aku lakukan ini maka aku sedekahkan kepada Rasulullah dan para sahabat baginda, kedua ibu bapaku yang telah membesarkan aku dengan kasih sayang mereka, muslimin & muslimat samada yang masih hidup dan yang sudah kembali ke pangkuan Mu." Amin Ya Rabbal Alamin.
No comments:
Post a Comment