Hari ini birthday adik saya. Riza Noor Syamimi; Riza's junior since nama dia pun ada Riza jugak di permulaannya. Nama adik saya ni la yang paling panjang. Kami yang memberi nama Syamimi yang bermaksud "kesayanganku". Memang sayang sangat dan excited dapat adik baru. Tapi banyak dugaan untuk Mimi lahir melihat dunia sebab arwah emak pernah dinasihatkan oleh Dr untuk menggugurkan kandungan semasa mengandungkan Mimi sebab arwah dah berumur 39 tahun dan menghidap penyakit. Takut menimbulkan komplikasi di masa hadapan. Tapi perancangan Allah tu siapa yang boleh menghalang. Akhirnya dia dilahirkan pada hari ni (tahun 1996), tapi belum sempat pun dia belajar meniarap, arwah mak pergi menyahut seruan Ilahi semasa umur Mimi 5 bulan. Kecik sangat kan? Sian dia.. tak dapat merasa betapa agungnya kasih sayang seorang ibu sepuas-puasnya. Sape lagi yang mengambil alih jaga Mimi masa tu kalo bukan saya (dengan pertolongan makcik dan family saya jugak). Tido dengan saya, sakit demam pun saya la yang uruskan. Tapi jaga Mimi memang tak susah... tak banyak kerenah. Rasanya dia dah tau yang arwah emak nak meninggalkan kami. Dia baik sangat. Ingat lagi cuti Nuzul Quran, 17 Ramadhan (tahun 1997) kami sekeluarga balik kampung di Bagan Serai. Masa tu arwah emak nak tidurkan dia, tapi dia asik menangis je. Bila abah tanya saya kenapa adik nangis, saya hanya jungkitkan bahu. Abah minta saya cakap kat arwah emak bawak naik Mimi ke bilik atas (sebab abah tido di tingkat atas, emak tak larat nak turun naik tangga sebab emak sakit. Arwah mak memang dah ada sakit jantung sejak lahirkan adik saya yang kedua lagi). Bila arwah emak letakkan je mimi sebelah abah dan abah tepuk-tepuk sket, mudah je lena. Saya pun terus sambung tido lepas tu sebab takde la nak pikir bukan-bukan kan. Budak-budak lagi time tu...
Pagi 19 Ramadhan sebelum arwah emak tinggalkan kami untuk selamanya, kami semua tak sempat bersahur. Semua bangun lambat. Nak jadi cerita, arwah emak pun rasa sakit dia dah teruk sangat, langsung sesudah subuh abah bawak arwah ke hospital. Sebelum tu arwah emak sempat lagi pesan (lebih tepat memberi amanat) supaya saya jaga adik-adik elok2. Dan pagi itu la, kali terakhir saya salam dan peluk arwah.. kalau la saya tau, saya tak lepaskan sampai bila-bila... Dah lama peristiwa tu berlalu. Mimi sekarang pun dah umur 11 tahun, dah nak jadi anak dara pun. Rasa macam sekejap je masa berlalu, tapi macam-macam perkara yang berlaku sepanjang tempoh itu... Tak pe, saya sentiasa positifkan diri. Allah sentiasa menguji orang yang DIA sayang. Semakin banyak dugaan yang kita tempuh, semakin matang fikiran kita. Itu yang saya rasakan sekarang. Kalau tak, entah-entah memasak dan menguruskan hal sendiri pun tak tau lagi. Tapi alhamdulillah, ada hikmah yang tersembunyi disebalik semua yang berlaku. Sebabnya kadang-kadang Allah turunkan hujan di tengahari lalu menutup sinaran matahari, kita mengeluh kenapa Allah pudarkan hari kita. Tapi rupanya, selepas tu DIA beri kita pelangi untuk menghiasi semula hidup kita. Dan saya sentiasa menanti bilakah pelangi itu akan muncul...
To my beloved sister, Riza Noor Syamimi happy birthday sayang. Semoga Mimi jadi adik yang baik, anak yang solehah dan insan yang bertanggungjawab. Jangan malas-malas belajar. Ape2 yang berlaku, I'm always be there for you sis. Don't forget that. Kami semua sayangkan Mimi. Kak Yong sayang mimi sangat2.
p/s: Minggu depan Ramadhan menjelma, sama-samalah kita 'menghidupkannya'. Tibanya bulan penuh barakah itu juga membuatkan hatiku sentiasa merasakan kehilangan itu. "Mak, Ayong rindu..." Alfatihah...
7 comments:
sebak membacanya..be strong..Allah takkan membebani sesorg lebih dari daya kemampuannya..i know u are a good sister..
Thanks Ain. InsyaAllah, semoga DIA sentiasa ada bersama kami sekeluarga.
jangan bersedih sahabatku riza... pastinya ada hikmah atas segala yang Dia aturkan buat kita. mungkin bukan sekarang tp sampai nanti suatu saat kita akan merasakannya. Allah Maha Adil, Pengasihani lagi Maha Penyayang... tabah dan cekal menghadapi setiap ujian dan dugaan dariNya... bersabar dan berdoa... pasti ada sinar untuk apa yang telah dilalui !
To umi: Sape yang tak sedihkan..kehilangan orang yang tersayang. Tapi takpe, aku dah boleh terima and think positif always..Kalo tak, mesti hang tau awal2 aku macam mana kan...
kita dah lama sama riza... aku paham keadaan hang... sabar banyak2 dalam menempuh pjalanan hidup ni. be strong !
cik ayong...
pelangi akan muncul...bila dan di mana..Allah sahaja Yang Maha Tahu..Moga adik akak ni tabah dan diberikan kesejahteraan hidup selama2nya...ameen
To kak epel/kak am
Thanks a lot ye akak comel. =)
Post a Comment