Baru hari ni sempat nak post something mengenai majlis perkahwinan Aireen ahad lepas (31 Mac 2007/12 Rabiulawal 1428H). Satu tarikh yang cukup sweet and bermakna untuk diingati. Sebenarnya tak berapa merancang untuk pergi majlis ni, tapi bila hadiah pun dah beli dan tak boleh nak diwakilkan kepada sesiapa, diberi keizinan olehNya untuk memeriahkan majlis.(mana nak tau satu hari nanti majlis kita pulak meriah.hehe..) Ni la first time menghala ke selatan secara khususnya ke Muar. Sebelum ni stop kat Negeri sembilan je tu pun lebih kurang 5 tahun yang lepas zaman matrix kat Kuala Pilah. Konvoi 2 buah keta, akhirnya sampai kat Muar pukul 2 lebih selepas tersangkut dengan traffic jam yang teruk kat Seremban. Tuhan saja yang tahu betapa lapar and panasnya dalam keta tu. Sampai je kat majlis kahwin tu, pengantin tengah makan beradap, jumpa Fazli and Raden, Kak Shidah (orang Taiping yang lama gila tak jumpa, padahal keje kat Shah Alam je), Syuderq and Shahidah. Seronoknya jumpa kawan2 lama!! Selepas bergambar dengan pasangan mempelai, kami pulak yang buat reunion kecil kat dalam umah pengantin tu. Biasa la kan...hehe...Penat orang2 kat luar tu menunggu. To pasangan pengantin(Khaireen Shafina+Hasnul Ambia), selamat menempuh alam rumahtangga dan berbahagia hingga ke akhir hayat. Thanks untuk cenderahati sebagai tanda ingatan majlis korang. Pastu kitaorang pun memanjangkan langkah ke Melaka...Menyahut seruan kerajaan "Visit Malaysia". =)
No comments:
Post a Comment