Wednesday, October 11, 2006

Jenis Darah Refleksi Peribadi

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kita mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kita sendiri? Ermm..Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Tahap mana kesahihannya tak berani la nak cakap 100% tapi mungkin ada kot yang betul kat mana2. Wallahualam..Tapi kalo just sekadar nak tau suke2 tak jadi masalah rasanya...hehe..Ingin berkongsi rahsia mengenainya?=)
DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu.
Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan.
Ermm..buat ape menyesakkan keadaan kan?
Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara.
Tu sebab sesetengah orang tak suke bila kena 'sound direct'!hehe..
Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri.
Ermm..susah jugak ni...Akan cuba mendapatkan pandangan orang lain jugak lepas ni.
Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Kreatif??ye ke??hehe...
Kamu adalah individu yang bijak bersosial.
Sosial yang macam mana tu? ;-)
Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri.
Bukan tak nak mintak tolong, takut menyusahkan je...hihi..
Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

No comments: