Kira-kira dalam pukul 3.30 ptg macam tu kami berlima bergerak dari Shah Alam ke Istana Budaya. Bertawakal je tak sesat sebab sebelum ni sangat la asik sesat je sebelum sampai ke destinasi.(Thanks Shida sebagai penunjuk jalan) Kiranya ni 2nd time saya gi Istana Budaya(1st time masa gi lawatan sekolah lepas SPM aritu) but 1st time drive sendiri. Kiranya berjaya la jugak misi saya nak sampai sana tanpa sesat.
Alhamdulillah dalam pukul 4 lebih kami sampai sana. Terus gi redeem tiket then ape lagi, sangat la gi berposing kat tempat2 menarik sekitar IB. Tengah2 dok bersemangat cari angle yang best, tetiba Miey cakap bateri camera dia week..Gi tanya2 pakguard kat situ, dia tunjuk la jalan short -cut gi taman tasik titiwangsa. Akhirnya dah mengharungi pelbagai cabaran dan halangan (ececeh..), dapat jugak la bateri tu then trus la makan kat tepi tasik sebab lapar jugak masa tu. Dalam masa yang sama aktiviti berposing masih diteruskan..
Selepas maghrib, rasanya kitaorang la antara orang yang terawal masuk panggung (tu pun selepas salah level). Hehe...sangat la tempat kitaorang level paling atas and paling belakang. Tapi rasa macam best jugak sebab boleh je nak nampak pentas kat bawah. Lega jugak la rasanya sampai la tetiba seangkatan 'makhluk celaru gender' (yang bermisai, berhalkum tapi suara yang sengaja di lembutkan) masuk and yang paling tak tahan tu duduk satu row dihadapan kitaorang. Dari nak masuk sampai la nak start show asik bercakap and menjerit yang ntah ape2 ntah. Dengan sengaja macam nak show-off kat sume orang yang diaorang tu kat situ. Meluat jugak. Sampaikan kitaorang nekad kalo diaorang ni still tak behave diri diaorang and tak hormat audience lain especially kitaorang yang duduk kat belakang diaorang ni, kitaorang akan sound direct je.
So bila dah start je show, seriously semua orang macam kena pukau je tengok pentas tak lepas pandang (so tak payah la sound 'akak2' kat depan tu kan). Kami yang duduk kat belakang ni sangat la dah tak bersandar langsung bila sampai babak-babak yang best tu. Impressive, Superb...semua la untuk theater ni. Kiranya 1st time saya tengok theater ni saya sangat la berpuas hati. Great performance!!! Berbaloi sangat2 rasanya..lepas ni nak tengok lagi...hihi...
Around 1130 pm shown ni habis and sangat la mendapat tepukan yang amat2 gemuruh dari semua audience. Semua berdiri and tepuk and tepuk and tepuk tanda rasa puas hati dengan cite ni. Saya pun sangat la berbangga sebab negara kita mampu untuk buat show yang macam ni. Tahniah and syabas kepada semua pelakon dan tenaga kerja PGLtM. Disebabkan malam ni pun ada tayangan amal and tetamu kehormatnya adalah YAM Raja Permaisuri Agong, kami pun terpaksa la tunggu lama sikit nak amik sign and bergambar dengan pelakon-pelakon. Yang paling frust sebab tak dapat bergambar dengan Hang Tuah even nak dapat sign pun tak sempat. Seems sume orang pun tengah tunggu dia sebenarnya tapi dia pula tergesa-gesa nak balik...Sian saya yang semangat giler beli buku program sebab nak dapatkan 'kenangan', last2 dapat sign dari Bayan dan Gusti Puteri Retno Dumilah je...ok lah kan daripada tak dapat langsung...=)
~My self, Yen, Amie, Kak Ann and Miey~
p/s: Sangat kagum dengan Hang Tuah (Stephen Rahman Hughes) yang dapat berbahasa MELAYU dengan fasih dah lancar sekali walaupun tak pernah bermastautin kat Malaysia. At least he put an effort untuk memajukan diri dan beliau berasa sangat bangga sebab dapat bercakap dengan lancar untuk PGLtM musim ke2 ni. =)
2 comments:
Riza!! How r u?? hehe, saje je drop by
hai kak..kita rindu arr kat akak...
Post a Comment