What Riza Afzan Means |
|
" Cita-cita menghendaki perjuangan, perjuangan menghendaki pengorbanan, pengorbanan menghendaki ketabahan hati".
Thursday, May 29, 2008
Really???
Wednesday, May 28, 2008
Fully-Booked Weekend
Sabtu, 7 Jun 2008
p/s:
Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan perkenan Mu Ya Allah,
sempena majlis ini bersualah kami dengan sanak saudara
sahabat handai jauh dan dekat.
Semoga ikatan silaturrahim antara kami tidak berakhir di sini.
Berkatilah majlis kami agar berjalan dengan indah dan sempurna.
Satukanlah hati pasangan ini semua seperti mana
Engkau satukanlah hati Adam dan Hawa
Saidina Ali dan Fatimah
dan seperti mana Engkau satukan hati
Muhammad S.A.W dan Siti Khadijah.
PadaMu jua kami memohon berkati semua pasangan ini
dan menghimpunkan mereka berdua kebaikan di dunia
dan taat kepadaMu buat bekalan di Akhirat.
Amin Ya Rabbal Alamin.
Kau Membuat Ku Tersenyum
Sweet Honesty from sweet sister
Kek atas usaha Mimi memujuk abah. Tapi kenapa 'Happy Teacher's Day?" 16 Mei tu kan sambutan hari guru jugak. Tokey kedai silap tulis... huhu...
Makan-makan time with Power Ranger Hijau. Special dishes from Matang~Gulai sembilang, sembilang goreng, sambal belacan+ulam
Acer Aspire menggantikan Prestigio yang tahap ICU. p/s: Terima kasih banyak2 kepada teman-teman dan ahli keluarga semua yang mendoakan saya dan mengingati tarikh penting dalam hidup saya. Semoga kehidupan korang semua dipermudahkan dan diberkati.
Thursday, May 15, 2008
15052008-His Day
Pakcik Hairi bersama anaknya, Nadia semasa kami melawat Pusat Sains Negara.
p/s: Pakcik hairi merupakan adik arwah emak.
HAPPY BELATED BIRTHDAY
To my 'cikgu', kawan, bf angkat dan ape2 je la
Yang banyak membantu dan mencurahkan idea
Semasa saya kebuntuan dengan keje-keje di lab
Yang memberikan nasihat dan menaikkan semangat
Bila saya 'down' dan di 'down'kan
Saya cuba menjadi tabah, sebagaimana dia juga tabah
Menghadapi masam, manis, pahit, maung kehidupan
Sepanjang bergelar pelajar di sini
Thanks a lot.
On the top of Table Mountain, South Africa last year. Gayat oooo!!!
Wednesday, May 14, 2008
Selamat Bertunang

Tuesday, May 13, 2008
Menarik Bulan Ini

Harga: RM6.00
Tempat: Miza Kopitiam, Seksyen 7, Shah Alam.

2. Acer Aspire 4920
Harga: Cuba teka...
Keperluan: Sangat perlu untuk kehidupan seharian. Kalau tak tak boleh chatting, update blog, tulis tesis, download jurnal, bla..bla..bla..
Penghargaan: ASRAW BINA Enterprise (En. Asri b. Hj Jafri)
p/s: Terima kasih abahku sayang kerana memahami tahap 'kemiskinan' anakmu ini. Kalau tak, asik bengang je dengan laptop lama yang suka-suka hati je nak on-off suka hati tanpa sempat save data. Pastu kalo boleh on semula takpa jugak. Ni tak!!! Baper kali dah masuk wad tahap ICU.
Happy Belated Mother's Day

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata):
“Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa kedua ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menjagaku dan menyayangiku ketika aku masih kecil”. Ameen.
Welcome to a new world

Tahniah kepada sedara saya Yuni dan hubby, Abg Mie
Diatas kehadiran orang baru dalam keluarga
Semoga dilimpahkan keberkatan kepada korang sekeluarga
Dan menjadikan hidup semakin ceria.
p/s: Mak ayah baby tak pasti lagi nak letak nama apa, tapi dengar-dengar tu nak letak nama Riyana Erika (modennya nama!). Boleh la baby sama-sama celebrate birthday dengan Taurus member yang lain iaitu Aeikmal-anak Makteh Midah (3 May), Pakcik Hairi (15 May) and me of course. hehehe
Wednesday, April 30, 2008
Pengajaran Buat Semua
Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj. "Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..Tuesday, April 29, 2008
Sampai Seru

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Ha... barang-barang kat atas tu semua adalah bekas hantaran yang berjaya dipilih dan di gubah oleh pekerja di Nilai 3 ZC. Sweetkan warnanya? Sangat menepati tema yang dirancang iaitu warna pink+putih. Cik Som tu mula-mulanya kata pilihan saya, raga rotan yang berwarna putih tu macam bekas letak bawang. Tapi memandangkan Kak Nyah, Mak Tam dan Nat pun menyokong, maka kemenangan berpihak kepada saya. hehehe.. Ye la, cuba bandingkan raga putih dan coklat, of course la putih yang sesuai ye tak? Dekat 4 jam jugak la kami berkampung kat kedai tu menunggu bekas hantaran siap digubah. Tapi yang tak boleh nak dilupakan ialah tetiba ada babak drama hindustan kat situ. Apesal la dalam banyak-banyak kedai kat Nilai tu, kat situ jugak dia muncul? Lepas sedap-sedap mengumpat pulak tu. Macam di seru-seru pulak. Nampak sangat la pakcik tu dengan hang memang kuat jodoh cik Umi ooiii... Tak larat aku tahan gelak... Sudah sudah la mogoknya tu. hihi..
Berita Lapuk: Bahagian II

.jpg)
.jpg)
Ucapan Perasmian
.jpg)
Muka mengantuk: Lisa dan saya
Berita Lapuk: Bahagian I
Awin bersama Fauziah Ashari (INTENS) dan Damya Hanna (Alaf 21)
Saturday, April 12, 2008
Microplate Reader Machine

Mesin yang saya tunggu-tunggu selama ni
Mesin ni dah lama sampai kat lab sebelah
Tapi bila sekali 2 pakai je aritu
Terus mesin ni 'weng'
Sebulan lebih jugak la engineer dari company **** tu nak datang baiki
Macam-macam hal la yang berlaku sepanjang tempoh tu
But, just forget it
Alhamdulillah mesin tu dah dibaiki dan boleh digunakan
Maka hari ni dengan rajin dan bersemangat
Datang lab untuk buat labwork
Habiskan part last untuk research saya
Semoga dipermudahkan dan dilancarkan segala urusan
Semoga saya terus tabah da berusaha
Untuk maju selangkah lagi dalam pendidikan
Tak sabar nak grad dan amik scroll dari Cancelor UiTM
Agong termuda dan hensem tu
Sultan Mizan Zainal Abidin.
hihihi...
Kawan-kawan semua, doakan saya ye...

Malam tadi jumpa budak 'tecit' comei + hensem ni
Kat Tesco semasa tengah soping barang rumah dengan housemate
Nama dia Haziq
Sangat mesra budaknya tapi bila cakap nak tangkap gambar
Dia jadi malu-malu, mula cari tangan mamanya untuk di pegang
Tapi lepas tu bila mahu beredar,
Pandai pula melambaikan tangan dan tersenyum pulak
Geramnya!!!
Haziq merupakan anak Kak Yati, bekas RA di lab saya dulu
Kawan bergosip, teman bila nak gi makan dan solat
Memandangkan saya dan dia je perempuan dalam lab ni dulu
Dan orang yang saya minta tolong jika ada benda yang berkaitan dengan lab
Lamanya tak jumpa Kak Yati
Last jumpa pun masa majlis kenduri Kak Yati 2 tahun yang lepas.
hehe...
Wednesday, April 09, 2008
Apa Salahnya Perempuan Tak Pandai Masak?
Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati. Monday, April 07, 2008
Dimanakah saya?
2nd show
