Wednesday, August 30, 2006

Song Title~Task done

Songs title.. an assignment by Ilyani
(dengan semangat saya gi cari tajuk lagu nih…huhu..)

1.) Put your music player on shuffle
2.) Press forward for each question.
3.) Use the song title as the answer to the question.
4.) NO CHEATING!!!The questions and my answers:

1.) How am I feeling today? Tekad, Redha, Tabah- Hazami >> (kalo tak dah lama collaps!)
2.) Where will I get married? Mungkin nanti – Peter Pan >> ( satu hari nanti..Sabaaaar!)
3.) What is my best friend's theme song? Cinta seorang Teman – Bob >> (nice!)
4.) What is/was highschool like? Perak Nombor satu >> (Sape yang penah sekolah kat Perak je penah dengar. Best woooo! Hehe..)
5.) What is the best thing about me? How me seksi – Too Phat ft Inul darasista >> (seksi ke???)
6.) How is today going to be? Gemilang – Jaclyn Victor >> (..semangat nie nak gemilangkan hidup!!)
7.) What is in store for this weekend? Sendiri - Saujana >>(Housemate sume balik kampung.huhu)
8.) What song describes my parents? Keabadian Cinta– Anuar Zain>> (Cinta ke hujung Usia!)
9.) How is my life going? Seindah Biasa – Siti Nurhaliza >> (Setiap yang berlaku sumua ada keindahan tersendiri!! =) )
10.) What song will they play at my funeral? Dua Dunia – Too Phat ft Siti Nurhaliza >> ( ye la kan, dah gi alam lain…tapi prefer org baca yassin lagi.huhu…)
11.) How does the world see me?Dealova – Once >> (want everybody to see me special in their eyes)
12.) What do my friends really think of me? Kenangan Terindah –Samsons >> (Perhaps yang indah je dikenang..)
13) Do people secretly lust after me? Jangan Ada Benci– Casey >> ( Tak elok simpan rasa sakit hati ni, nanti rosak! Huhu)
14.) How can I make myself happy?Kau Ilhamku – Man Bai >>
(teringin sangat nak nyanyi lagu peberet ni kat bawah pokok kelapa, tepi pantai sambil main gitar. Keke…)
15.) What should I do with my life? Standing In the eyes – Ella >> (lagu yang sangat membangkitkan semangat)
16.) Will I ever have children? Ku Mohon – Sheila Majid >> (Doakan yang terbaik untuk kehidupan..)
17.) What is some good advice? Sepohon Kayu– Saujana >> (Tak insaf tak tau la…)
18.) What do I think my current theme song is? Keranamu Kekasih-Vince >>
(Hati..pujuklah perasaan, jauhi segala kesangsian, cinta walaupun berjauhan…)
19.) What does everyone else think my current life? Bebas Berlari – Nora >> (Ye kot. Tak suka dikongkong)
20.) What type of men/women do you like? Buat aku tersenyum – Sheila on 7 >> (Be yourself!)
21.) Will you get married? Lelaki Idaman – Melly Goeslow =) >> (membimbing, memahami, terima diri seadanya dan boleh menjaga saya dan family)
22.) What should I do with my love life? Jujur - radja >> (Tu yang paling penting..)
23.) Where will you live? Pada Syurga di wajahmu - Nash >> (Sama-sama membina syurga dunia dan akhirat..huhu)
24.) What will your dying words be? My All – Mariah Carey >> (Just for special person)
25.) When im having sex i say..Teruja – Ella >> (=p)
26.) When I meet a guy for the first time i say..Senyum – Raihan >> (Baru la mesraaaaaaaaaa! Menjawab soalan ke saya ni?)
27.) When my parents are angry i say..Relaku Pujuk – Spider >> (macam mana ek nak pujuk?)
p/s: Akhirnya berjaya jugak selesaikan task dari yanie..huhu...
Tak tau nak tag sape..

Friday, August 25, 2006

Happy Birthday..

Seawal pagi lagi saya dah call abah. Abah dengan suara penuh risau bertanya ada hal penting ke call pagi-pagi. “Ish..takkan lupa kot!” saya berkata dalam hati. Mungkin selalu tu saya call malam, tapi hari ni special skit sebab hari ni birthday abah. Tapi nak tau apa abah cakap? “Eh..ye ke birthday dia?” Dia tak ingat langsung tapi patutlah pagi tadi dia mengaji sampai 4 muka surat. Abah..abah…hehe..

Personally, saya memang tersangat menghormati abah. Bagi saya, abah seorang planner yang hebat (ye la, siap ada plan untuk setiap 10 tahun!). Abah seorang yang kuat berusaha (dah boleh pakai kereta idaman) dan bercita-cita tinggi (nak ada 1 million dalam akaun!). Abah sentiasa mahu majukan diri. Tak hairan la dari seorang juruteknik abah dengan rela berpencen atas pilihan dan mengambil risiko membuka syarikat sendiri. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan jati diri yang kuat bisnes abah menunjukan hasil. Dari mulut abah sendiri saya dengar yang abah berpuas hati kerana semua impian abah sudah tercapai. Pada setengah-setengah keadaan saya turut mengambil semangat abah untuk dijadikan pendorong. “Yong, bila kita dah berjaya baru orang akan pandang kita”..itulah antara kata azimat yang selalu abah cakap.

“Yong, belajar rajin-rajin . Nanti boleh jaga adik-adik.”
“ Angah, jangan la garang-garang sangat. Adik-adik nak bermanja pun takut.”
“Wan, jangan dok join budak-budak moto tu. Kot jadi apa-apa, abah jugak!”
“Mimi, macam mana nak jadi doktor kalo tak belajar? Tengok kakak ..abang.. semua dah pi universiti? Kamu tak nak ke?”


Air mata lelaki abah pertama kali saya lihat pada hari arwah mak meninggalkan kami buat selamanya. Semuanya belaku sekelip mata. Arwah meninggal selepas subuh selepas abah menghantarnya ke hospital. Tak dapat dibayangkan perasaan saya masa tu. Nak pulak Iwan pun asik menangisi pemergian arwah dan meninggalkan Mimi yang baru berusia 5 bulan masa tu. Saya tengok masa tu abah memang betul-betul sedih dan tak keterlaluan terdapat sedikit rasa putus asa. Tapi alhamdulillah, atas nasihat dan semangat dari semua orang, abah kuatkan diri bukan untuk orang lain kata abah, tapi untuk anak-anaknya juga. Abah juga seboleh-bolehnya akan tunaikan setiap permintaan anaknya. Mungkin itu satu kepuasan bagi abah. Abah memang kuat. Bagi saya dia terlalu tabah. Bukan senang nak memikul dua tanggung jawab dalam satu masa tapi abah berjaya buktikan.

Ingat lagi, dulu masa kecik-kecik kami sangat la takut kat abah…Sampaikan kalau nampak abah tido, kami sanggup bercakap guna bahasa isyarat! Ada satu ketika tu, saya kalau tak silap masa darjah 4 saya dapat nombor lebih dari angka 10, abah jatuhkan denda tak boleh tengok TV malah TV tu pun dimasukkan ke dalam bilik dia. Punya la kronik tindakan yang abah ambil untuk kami adik-beradik supaya jadi ‘orang’. Huhu..

Tapi rasanya sekarang kami sudah mampu untuk membalas penat lelah abah. Kalu tak sepenuhnya at least sikit. Kami dah boleh membuatkan abah rasa bangga. Macam abah pernah cakap “Abah memang dah cukup bangga dengan anak-anak abah”. Dan kami dah mampu buat abah tersenyum dan yang paling penting abah dah boleh diajak berbincang. Abah jugak menjadi lebih ‘sporting berbanding dulu. Abah dah berubah. Kesimpulannya, abah dah tak garang! Hehe..Tapi kami tau kadang-kadang ada jugak kami buat abah kecik hati, buat abah marah, kadang-kadang tu tak dengar cakap tapi yang nyata kami sayang and hormat abah sangat…sangat….sangat.. Saje je kadang-kadang tu nak manja-manja. Keke…Betul cakap abah bila dia kata besar betul hikmahnya dengan segala dugaan selama lebih 10 tahun arwah meninggalkan kami. Kami menjadi rapat dan cuba memahami kehendak antara satu sama lain. Walaupun kadang-kadang tu ada perselisihan pendapat. Adat la kan. Tapi bak kata pepatah, Air dicincang tak akan putus.

Huh..panjang betul cite saya. Hehe… sebenarnya saya nak grab opportunity hari ni bersempena Hari Ulang tahun Kelahiran Abah yang ke-51. Semoga Abah diberikan kesihatan yang baik dan gembira selalu. May Allah bless Him always. Abah, we loves you. We still need you by our side. Thank you for everything. =)
p/s: Selamat Menyambut Hari Wanita.. 25 OGOS 2006

Tuesday, August 22, 2006

PGLtM ~ Kerana mu Kekasih


~Antara lagu yang saya suka (^_^)~
Kekasih jangan berduka
Yakin kita kan bersama
Hati ini satu walau jauh dimata
Ikatan cinta luhurnya dijiwa

Hati pujuklah perasaan
Jauhi segala kesangsian
Cinta walaupun berjauhan
Kan ku kenang senyuman
Kerinduanku masih
Kepadamu kekasih
*dinyanyikan oleh Hang Tuah (Stephen Rahman Hughes)
*HERO & HEROIN*
~ PGLtM~

PGLtM di Hati...

~19 Ogos 2006... ~
Kira-kira dalam pukul 3.30 ptg macam tu kami berlima bergerak dari Shah Alam ke Istana Budaya. Bertawakal je tak sesat sebab sebelum ni sangat la asik sesat je sebelum sampai ke destinasi.(Thanks Shida sebagai penunjuk jalan) Kiranya ni 2nd time saya gi Istana Budaya(1st time masa gi lawatan sekolah lepas SPM aritu) but 1st time drive sendiri. Kiranya berjaya la jugak misi saya nak sampai sana tanpa sesat.
Alhamdulillah dalam pukul 4 lebih kami sampai sana. Terus gi redeem tiket then ape lagi, sangat la gi berposing kat tempat2 menarik sekitar IB. Tengah2 dok bersemangat cari angle yang best, tetiba Miey cakap bateri camera dia week..Gi tanya2 pakguard kat situ, dia tunjuk la jalan short -cut gi taman tasik titiwangsa. Akhirnya dah mengharungi pelbagai cabaran dan halangan (ececeh..), dapat jugak la bateri tu then trus la makan kat tepi tasik sebab lapar jugak masa tu. Dalam masa yang sama aktiviti berposing masih diteruskan..
Selepas maghrib, rasanya kitaorang la antara orang yang terawal masuk panggung (tu pun selepas salah level). Hehe...sangat la tempat kitaorang level paling atas and paling belakang. Tapi rasa macam best jugak sebab boleh je nak nampak pentas kat bawah. Lega jugak la rasanya sampai la tetiba seangkatan 'makhluk celaru gender' (yang bermisai, berhalkum tapi suara yang sengaja di lembutkan) masuk and yang paling tak tahan tu duduk satu row dihadapan kitaorang. Dari nak masuk sampai la nak start show asik bercakap and menjerit yang ntah ape2 ntah. Dengan sengaja macam nak show-off kat sume orang yang diaorang tu kat situ. Meluat jugak. Sampaikan kitaorang nekad kalo diaorang ni still tak behave diri diaorang and tak hormat audience lain especially kitaorang yang duduk kat belakang diaorang ni, kitaorang akan sound direct je.
So bila dah start je show, seriously semua orang macam kena pukau je tengok pentas tak lepas pandang (so tak payah la sound 'akak2' kat depan tu kan). Kami yang duduk kat belakang ni sangat la dah tak bersandar langsung bila sampai babak-babak yang best tu. Impressive, Superb...semua la untuk theater ni. Kiranya 1st time saya tengok theater ni saya sangat la berpuas hati. Great performance!!! Berbaloi sangat2 rasanya..lepas ni nak tengok lagi...hihi...
Around 1130 pm shown ni habis and sangat la mendapat tepukan yang amat2 gemuruh dari semua audience. Semua berdiri and tepuk and tepuk and tepuk tanda rasa puas hati dengan cite ni. Saya pun sangat la berbangga sebab negara kita mampu untuk buat show yang macam ni. Tahniah and syabas kepada semua pelakon dan tenaga kerja PGLtM. Disebabkan malam ni pun ada tayangan amal and tetamu kehormatnya adalah YAM Raja Permaisuri Agong, kami pun terpaksa la tunggu lama sikit nak amik sign and bergambar dengan pelakon-pelakon. Yang paling frust sebab tak dapat bergambar dengan Hang Tuah even nak dapat sign pun tak sempat. Seems sume orang pun tengah tunggu dia sebenarnya tapi dia pula tergesa-gesa nak balik...Sian saya yang semangat giler beli buku program sebab nak dapatkan 'kenangan', last2 dapat sign dari Bayan dan Gusti Puteri Retno Dumilah je...ok lah kan daripada tak dapat langsung...=)

~My self, Yen, Amie, Kak Ann and Miey~
p/s: Sangat kagum dengan Hang Tuah (Stephen Rahman Hughes) yang dapat berbahasa MELAYU dengan fasih dah lancar sekali walaupun tak pernah bermastautin kat Malaysia. At least he put an effort untuk memajukan diri dan beliau berasa sangat bangga sebab dapat bercakap dengan lancar untuk PGLtM musim ke2 ni. =)

Monday, August 14, 2006

Personaliti

Mei 14-21 ~ Merpati:
Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu mudah jatuh cinta!
Februari 22-28 ~ Harimau Bintang
Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm...kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.

Thursday, August 10, 2006

Kehidupan

7.45 pm, 10/8/2006....I'm still in the lab actually. Still running the samples and after this have to wait about one hour and the half for flushing the machine. These was the routine everytime doing the HPLC. So tired! Balik je terus terbongkang! Sometimes i have to spend about half day in the lab, it's ok when you get the result. But something can happen if you are not so lucky on that day! Can you imagine you have spent about 12 hour in the lab but at the end of the day, you didn't get what you have expected. so frustrated! :-( Memang menguji kesabaran...But how to say ya? Third semester, make me the 'buzyiest' person in the world i think. Sometimes i could not ever meet my housemate even we stay under one roof! Terrible... One more thing, today i just make my best friend frustrated. She plan to make a suprise party for her "birthday boy" and ask me to join her...but really i can't...what can i do. Sorry...really..really sorry... Even nak luang masa untuk diri sendiri pun tak tau bila...tak pikir ape dah pun except my LAB WORK! sampaikan hp pun tertinggal kat umah arini...bangun lambat punya pasal...

~Pesanan penaja dari seorang kawan~
(bila baca buat saya bersemangat kembali)
Mengejar impian itu memang memenatkan,
Kadangkala mengundang putus asa,
Hakikatnya...
Yang penat itulah bakal memberikan pulangan berharga.


p/s: to Saifol, Happy 23rd Birthday. May Allah bless you and Happy Always. Semoga cepat la korang berdua kawen! hehe..

Didik anak?


" I've got this from my aunty. The story is istersting for me - Didik anak by Dato Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah. That's why i was decided to share with you...if you think not for now at least for our 'future' knowledge...hehe...( tension jugak kalo memanjang tengok data..nombor...jer!)"
Assalammualaikum......masa saya kecik2 dulu, mak selalu sangat suruh sayahabiskan belen2 nasik yg dia makan ... dan pagi2 sebelum gi sekolah, mak akan tuangkan air teh utk saya minum dlm cawan yg dia dah minum sebelum tu dan cam biasa, mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime..secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat cam gitu.
Dan sampailah saya dah besar panjang nie pon situasi ni still berjalan...either belen makanan mak atau abah ... tapi kalo belen makanan anak2 memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah utk abiskan...kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yg lain ... samada kami perasan atau tidak... so satu hari tu tergerak nak tanya pasal isu ni kat mak... akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat cam gitu sebab itu petua yg dia dapat dr arwah mak mentua dia sendiri ... arwah tok pompuan kami lah sebelah abah ... mak kata, supaya hati anak2 sentiasa melekat kat mak bapak... Dan saya sendiri akui kesannya ... makin umur kita meningkat, hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yg makin tua tu.. kalo kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak w'pon kita tau yg kita betul dan mak pesan, dah ada anak sendiri esok ... jgn sekali2 makan lebihan makanan anak ... samalah ceritanya .. dan mak kata jugak, pagi2 jumaat masa dia bancuh air utk kami semua, dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ...
Dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yg tidak menunaikan solat maghrib lah, mereka2 ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka... solat berjemaahlah dgn anak2 tiap kali waktu maghrib... kalau ada lebih dr sorang anak, suruh seorang azan dan sorang qiam ... kemudian berganti2 bacakan doa lepas solat... ini yg kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ... saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dgn mak abah secara pratiknya, inilah yg paling paling paling berkesan sekali ... tak caya try buat .. solat jamaah dgn anak2 tiap kali maghrib ... dapat semua waktu lagi baik ... sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa2nya...dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.
Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So, it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others, and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly... Yang baik datang dari Allah & yg kurang itu is from my weaknesses.
~SEKIAN~

Wednesday, August 09, 2006

Bulan Lahir vs Kasih Sayang

FEBRUARI
  • Sukar untuk jatuh cinta
  • Amat hormat pada pasangan
  • Amat suka memikat pasangan
  • Jujur dan berterus terang dalam perhubungan
  • Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
  • Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran (hanya pasangannya yang tahu)
  • Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan
  • Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya

MEI

  • Amat mudah jatuh cinta
  • Baik dan jujur dalam perhubungan
  • Pandai menarik hati pasangan
  • Perasaan cinta yang mendalam
  • Mudah untuk dipujuk
  • Mudah menerima cinta seseorang
  • Pilihan yang tepat dalam berpasangan
  • Nekad untuk menjaga hubungan yang baik
  • Pandai mengatur hidup pasangan (Bukan Queen atau King Control)
  • Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan
  • Sentiasa dahagakan kasih sayang daripada pasangan tapi tak pandai memperlihatkan
  • Ambil berat dalam menjaga hubungan

Sumber: www.mybanjar.com

"Adakalanya DIA memberi tanpa sempat kita menadah tangan kerana DIA mengerti keperluan hambaNya. Kadangkala DIA mengambil semula sebelum sempat kita bersedia kerana DIA ingin menguji hambaNya".

Monday, August 07, 2006

Lanun...Lanun..dan lanun lagi



Berjaya jugak melangsaikan janji kat Amie nak bawak dia gi tengok "Lanun-lanun Pulau Carribbien" dia tu. Sian kat dia dah lama tunggu, akhirnya malam sabtu aritu ada kelapangan nak tengok. Tu pun sebab dia dengan semangatnya gi booking tiket and saya pun dengan semangatnya menghabiskan keje awal. Tapi nasib baik la dia booking tiket midnight, sempat la saya off machine dulu sebelum pegi. Actually saya takde la menggila sangat kat Captain Jack Sparrow tu macam Amie, tapi geram jugak dengan watak dia yang selfish dalam cite tu. Asik nak mempergunakan orang je, janji dia lepas!!huh... Pastu yang tak tahannya, siap boleh pulak buat muka toya and tak bersalah dia tu. So far, ok la cite tu. Tapi naik geli jugak tengok sotong kurita yang besar sangat2 tu. eeeeee....Walaupun tak minat sangat, nak tunggu jugak sambungan sebab tak faham kenapa la Captain Barbossa tu boleh hidup balik and surely si Jack Sparrow tu pun mesti ada jugak...Tapi, saya sangat kagum la dengan teknologi and settings dalam cite ni. Bayangkan diaorang boleh buat sendiri titi gantung tu. Rasa macam tak caya je...and pulau pun cantik-cantik jugak...tenang je rasa...ok la, tetiba je tak tau nak tulis ape..To be continue....;-)

Wanita Tanah

"Dilahirkan di bawah zodiak Taurus (21 April-20 Mei), Virgo (24 Ogos-23 September) dan Capricon (22 Disember-20 Januari)"
  • Seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal
  • Penyabar dan bertolak-ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material
  • Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan
  • Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang
  • Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana
  • Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang TETAPI wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.

Friday, August 04, 2006

keje..keje..




Baru balik lunch sebenarnya...arini makan awal skit. Makan nasi pulak arini berbanding semalam Miey belanja makan pizza. Rezeki jangan ditolak. Moga murah lagi rezeki Miey lepas ni, boleh belanja lagi. Hehe... Ape ek agenda arini? Ape lagi kalau bukan kena bereskan lab work mungkin sampai lewat petang...Ntah la..kadang-kadang ada juga rasa give up bila asik buat tapi dapat result tak membanggakan. ;-( . Ye la, penat duduk lab sampai malam, membereskan keje. Kadang-kadang tu sampai habis idea macam mana nak troubleshoot problem. Tapi alhamdulillah la ada lagi yang sudi menolong and mendengar bebelan rasa tak puas hati saya. Thanks a lot... Saya harus habiskan kerja and jangan berhenti separuh jalan. Semoga Allah mempermudahkan urusan saya and kuatkan semangat saya selalu, nak habiskan labwork sem ni jugak then nak tulis tesis...anto...pastu boleh rest kejap or gi jejalan memana. Dah lama sangat tak tengok sunset and jalan-jalan tepi pantai...Alahai...rindu betul dengan sume tu...Bilakah impian saya ni akan terlaksa?I really need my 'new' of me and a new spirit...But how?

p/s: Tanpa usaha yang canggih, tak dapat menghasilkan kejayaan yang anggun! =)

Wednesday, August 02, 2006

If tomorrow never comes..


If I knew it would be the last time
that I'd see you fall asleep,
I would tuck you in more tightly
and pray the Lord, your soul to keep.

If I knew it would be the last time
that I see you walk out the door,
I would give you a hug and kiss
and call you back for one more

If I knew it would be the last time
I'd hear your voice lifted up in praise,
I would video tape each action and word,
so I could play them back day after day.

If I knew it would be the last time,
I could spare an extra minute or two
to stop and say "I love you,"instead of assuming,
you would know I do.

If I knew it would be the last time
I would be there to share your day,
well I'm sure you'll have so many more,
so I can let just this one slip away.

For surely there's always tomorrow
to make up for an oversight,
and we always get a second chance
to make everything right.

There will always be another day
to say our "I love you's",
And certainly there's another chance
to say our "Anything I can do's?"

But just in case I might be wrong,
and today is all I get,
I'd like to say how much I love you
and I hope we never forget,

Tomorrow is not promised to anyone,
young or old alike,
And today may be the last chance you get
to hold your loved one tight.

So if you're waiting for tomorrow,
why not do it today?
For if tomorrow never comes,
you'll surely regret the day,

That you didn't take that extra time
for a smile, a hug, or a kiss
and you were too busy to grant someone,
what turned out to be their one last wish

So hold your loved ones close today,
whisper in their ear,
Tell them how much you love them
and that you'll always hold them dear,

Take time to say "I'm sorry," "please forgive me,"
"thank you" or "it's okay".
And if tomorrow never comes,
you'll have no regrets about today.

p/s: To my beloved family, my friends and 'my' =), Thank you for everything. One more thing, Happy Belated Friendship Day...

Thursday, July 20, 2006

Tetiba je teringat...



So meaningful song for me! Sekali dengar trus jatuh hati =)

Friday, July 14, 2006

Suratan..

Baru-baru ni saya sempat jugak la berchatting dengan sorang member lama. Sebab dah lama tak sembang and bersua-muka maka macam-macam la cite yang keluar. Sembang punya sembang, borak punya borak sampai la part saya mengusik dia bertanyakan bila nak kawin. Maklumlah, dah abis belajar kan. Ape lagi nak tunggu. (orang slalu kata la!) Penat jugak nak korek rasia ni sebenarnya, ayat kene berlapik-lapik. huhu... Dah lama-lama baru la dia melayan kerenah saya. Tapi tak sangka pulak...


Member saya: Ntah la..Aku ni sape la yang nak.
Saya : Eh! Ramai je yang nak, hang yang jual mahal sangat kot?
Member saya: Tak tau la aku yang jual mahal atau dia yang tak mampu nak beli!

Saya mula pelik dengan ayat-ayat dia tu. Bunyi macam orang frust lagaknya. Tapi bila dah tanya-tanya akhirnya dia mengaku.

Member saya: Aku sayang dia sangat..Tak pernah selama aku berkawan dengan mana-mana lelaki aku rasa macam ni. Dengan dia perasaan aku lain. Masa mula-mula kenal dulu, aku rasa dia yang terbaik and sesuai buat aku. Dah 3 tahun kami kawan, last-last dia kata dia dah ada gf.
Member saya: Sedih sangat aku rasa. Dah ada gf nape layan and cari aku? Nape bagi harapan pada aku?
Saya: : Bila baru dia mengaku?
Member saya: Baru je sebulan. (patutlah frust semacam!)
Member saya: Kami tak pernah bercouple, tapi layanan dia tu yang buat aku rasa kami macam couple yang lain. Aku sedih la dia buat aku macam ni. Ape salah aku wei?
Saya : (Terkedu..tak tau nak cakap ape.) Sabarlah banyak-banyak. Mungkin ini ujian dalam hubungan korang. Ada jodoh tak kemana. Yang penting jangan salahkan diri tetapi ingat DIA selalu. InsyaAllah semuanya akan kembali seperti sediakala.
Member saya: Tapi susah nak lupa. Bila aku dok sorang-sorang aku mesti teringat kat dia.
Saya : Dah tu, hang jangan la dok sorang-sorang. (konon-konon nak buat lawak la!).
Member saya: Hang ni..aku serius tau dak.huhu..sedih ni..
Saya : Aku pun serius! Memang first love tu susah nak lupa. Aku admit. Tapi sampai bila hang nak meratap nasib hang. Hang kat sini dok sedih-sedih, dia seronok je berkasih dengan gf kat sana. Tabahkan hati. InsyaAllah hang akan dapat balik diri hang.
Member saya: Aku tak tau la...Tapi aku cuba. Hang doakan aku ye..Support aku...
Saya : Ye la...Aku doakan hang bertemu dengan orang yang paling sesuai dan yang penting menyayangi hang tanpa KOMPROMI. Sedia terima hang seadanya. Tapi jangan serik nak mencuba, buka pintu hati tu, jangan kunci sebab masih mengharapkan dia. Ramai lagi kat luar sana yang tau menilai...
Kesian kat kawan saya ni. Bukan tak de rupa, belajar pun pandai, tapi tak tau la sama ada kita yang perempuan ni hatinya lembut sangat ataupun lelaki tu sendiri yang buta mata. Dah la buta mata, mata hati pun buta jugak kot! (tetiba je emosi). Astaghfirullah..tetiba saya tersedar bahawa kita ni hanya dapat merancang tetapi perancangan DIA tu yang paling sempurna. Mungkin ada hikmah yang terselindung yang akan tersingkap selepas ni. ..Hanya DIA yang MAHA MENGETAHUI.

" ...boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al-Baqarah, 216)

p/s: Khas untuk member saya. (mungkin anda juga!) Semoga beroleh kebahagian kelak.. =)

" Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk medengar dan dua mata untuk melihat, tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati kepada kita? Kerana Tuhan memberikan sekeping hati lagi kepada orang lain untuk kita mencarinya".
( Dato Dr. Hj Mohd. Fadzilah Kamsah)

Tuesday, July 11, 2006

Saling melengkapi

Februari = Mei

1. Mudah menawan hati orang lain
Pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian
2. Keras hati untuk mencapai matlamat
Keras hati dan degil
3. Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk direalisasikan
Suka berangan, daya khayalan tinggi
4. Pemerhatian yang tajam
Berfikiran tajam
5. Amat mudah dan boleh jadi terlalu boros
Agak boros
6. Mudah mempamerkan marahnya(emosinya)
Mudah marah apabila tidak dikawal
7. Suka hiburan, sukan dan yang bersifat seni
Suka sastera, seni dan muzik serta melancong
8. Berpesonaliti yang mudah berubah
Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain

Februari vs Mei

  • Berfikiran warak
  • Sukakan benda yang realiti dan abstrak
  • Intelligent, bijak and genius
  • Agak pendiam, pemalu dan rendah diri
  • Jujur dan setia pada segalanya
  • Tidak suka dikongkong
  • Mudah memberontak apabila dikongkong
  • Suka kegiatan lasak (kerja luar)
  • Emosi mudah terluka dan sensitif
  • Tidak suka benda remeh temeh (banyak guna otak kanan)
  • Suka berkawan tapi kurang mempamerkan
  • Sangat berani dan mudah memberontak
  • Sangat romatik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
  • Kecenderungan pada benda tahyul
  • Belajar untuk mempamerkan emosinya

  • Semangat dan bermotivasi tinggi
  • Perasaan yang amat mendalam
  • Cantik dari segi fizikal dan mental
  • Tidak perlu dimotivasikan
  • Mudah dipujuk
  • Bersikap sistematik (otak kiri)
  • Kuat daya firasat ( memahami apa yang terlintas dihati orang lain tanpa diberitahu
  • Bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit
  • Pandai berdebat
  • Bentuk fizikal yang baik dan menarik
  • Kelemahan sistem pernafasan
  • Tidak berapa suka duduk rumah
  • Tak boleh duduk diam
  • Rajin dan bersemangat tinggi

"Sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran ALLAH bahawa DIA menjadikan untukmu jodoh daripada jenismu sendiri, agar kamu memperolehi sakinah padanya, dan kemudian DIA ciptakan antara kamu berdua cinta berahi dan kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda bagi mereka yang mahu berfikir." (Ar-Rum, 31)

Akhirnya..

Assalamualaikum...

"Akhirnya...berjaya juga saya punya blog sendiri dalam hidup saya. Maklumlah...saya ni agak buta IT. Tu yang lambat skit. Orang lain dah berzaman-zaman maju, saya baru nak merangkak..hehe..tapi tak kisah la kan, at least saya belajar sesuatu yang baru. Rasa bangga jugak dah tau sesuatu yang saya tak penah tau pun selama ni"- sesape yang rasa macam penah baca ayat ni kat memane, betul la tu. Saya copy and paste balik yang dari dalam blog friendster...No idea so far. Rasanya tak salah kan?...hehe...Alhamdulillah bertambah sket ilmu saya dalam hal-hal berkaitan komputer ni. Just want to take this oppurtunity to say thank you so much to Miey yang sudi mengajar bab-bab ber'blog' ni. Jeles tengok blog dia and blog-blog lain yang cantik-cantik belaka and update selalu. So saya pun teringin mencuba nasib. Jangan serik tau nak mengajar, mungkin lepas ni still perlukan khidmat dia sebagai rujukan.(kena buat appointment dulu tak?) huhu... Banyak lagi yang tak tau ni. Last but not least, for u guys, hope you enjoy with this. I will try to serve u the best. Your comments and advise are always welcome. Salam ukhwah...Jaga diri, Hiasi peribadi.