Friday, January 18, 2008

Dia yang berkuasa..


Saya sudah mengkhatamkan TH:MSI
semasa bercuti agak lama tempohari di kampung
Hampir setiap malam rasa sebak bertandang
Air mata pun kadang-kadang turut sama menitis
membaca 'kisah benar' pengarang
Rasa insaf, terharu, bertuah, sedih
dan macam-macam rasa bergabung dalam diri
Syukur kerana dibukakan pintu hati
untuk membeli buku bercorak ilmiah sebegini
Saya memang minat membaca novel
boleh dikatakan setiap novel
saya berjaya
habiskan dalam masa satu hari
Tapi seiring dengan peningkatan umur
saya menanam azam dalam diri
untuk mengubah sedikit cara pembacaan saya
jika sebuah novel habis dibaca
maka saya juga perlu menghabiskan membaca sebuah buku agama
pada permulaannya memang agak sukar
tapi saya mesti cuba.
Berbalik semula kepada kisah TH:MSI
Alhamdulillah, syukur kepada Allah
kerana kesudian Prof MKI
memenuhi undangan Kelab Pascasiswazah, FF
memberikan ceramah program pengisian rohani
yang diadakan semalam.
Sangat bertuah dapat mengenali Prof
Mendengar sendiri kisah Prof
Sememangnya program sebegini
datang tepat pada waktunya
di saat saya dalam kesedihan
kecelaruan,
kehilangan semangat.
Prof berjaya menggunakan kebijaksaan
dan kepetahan beliau berkata-kata
serta bercerita
membuatkan saya berasa sangat sebak dan terharu
apa yang saya dapat simpulkan
jika kita merasa kita lemah dan tiada sesiapa
untuk meluahkan kegusaran hati kita
mengadulah padaNya
Dia sentiasa ada untuk kita
Jika tiada sesiapa yang sudi mendengar
Dia pasti menjadi pendengar yang setia
Maka mengadaplah dia sebagai seorang hamba
dengan perasaan rendah diri
mengharap keampunan darinya.
Perasaan yang bercampur baur
ketika ceramah berlangsung
masih terbawa-bawa sehingga ke hari ini
InsyaAllah
segala saranan Prof. saya sematkan dalam diri
Ya, memang betul
Saya akui
Bukan senang untuk bangun untuk solat malam
Tapi selagi niat dihati tu ada
InsyaAllah
Allah akan bukakan jalan
menjadi antara insan-insan yang terpilih
mengisi dinihari ketika orang lain enak dibuai mimpi
Semoga salah satu azam tahun baru saya ini
untuk menjadi 'baik' dan 'lebih baik'
dipermudahkan.
Sesungguhnya hijrah itu perlu
dalam diri setiap insan
supaya kita terus rasa bersyukur
dengan segala rahmat dan limpah kurniaanNya
yang tidak kira masa
sama ada kita ingat padaNya
ataupun pada masa kita terleka seketika.
Mintalah hanya pada Dia, Dia yang Maha Agung, Dia yang Maha Kuasa
Menentukan apa yang terbaik untuk hamba-hamba
Selebihnya bertawakal sahaja padanya
Allah tidak akan beri apa yang kita minta
tapi Dia akan beri apa yang kita perlukan
Perancangan Allah itu
adalah perancangan yang paling sempurna.
p/s: Thanks Azman yang sudi dari jauh2 berseorangan bagi menuntut ilmu. Semoga Allah memberkati setiap langkah ko ke sini.

Thursday, January 17, 2008

Hari Assyura ~ 10 Muharram 1429H/ 19 Januari 2008

1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.
4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap - tiap rambut yang di
sapunya.
6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti - henti darikecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala' Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .
13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. PuasaNiat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Monday, January 14, 2008

Benda comel..

2 gelas pokok keladi bersama jeli yang berwarna oren dan kuning. Aktiviti hujung minggu di rumah. Semangat mencantikkan bilik sendiri tuh. Thanks Kak Epel diatas sumbangan pokok. hihi...



Saya ternampak keta ni waktu nak naik ke rumah bila sampai Shah Alam semalam. Nampak tak kecomelan Pooh tu kat pintu Myvi ni? Penuh dengan watak-watak kartun dalam animasi Winnie The Pooh. Kat dalam keta tu jangan cite la. Cover seat, dashboard, stereng dan segala-galanya semua Pooh! Hampir tak percaya saya bila tengok keta ni semalam. Baper banyak la tuan punya keta ni habiskan duit untuk semua ni? Mungkin dah minat sangat menyebabkan beliau jadi taksub macam ni kot. Saya pun minat jugak watak kartun 'beruang buncit' ni. Ingat lagi masa tingkatan 4 & 5 dulu, semua buku-buku rujukan pasti akan saya balut dengan pembalut yang ada watak kartun Winnie. Menambahkan semangat belajar. (kononnya la) Collection dalam bentuk sticker, pensil, mug, jam and anak patung memang banyak. Banyak supporter yang memahami 'kegilaan' saya especially My Mister la. hehehe.. Tapi sekarang ni dah kurang sket rasanya dan saya pun tak sanggup nak 'menghiaskan' keta saya sebegini rupa. Rasanya tak berapa comel kot kalo diaplikasikan pada TY ataupun ACN saya. Kalo pada PDJ, PM or BBM abah mesti ngamuk punya! hehehe...

Sri Azizah ~Dulu, Kini dan Selamanya

Dulu ~ 1994-2007



















Kini ~ Bermula Disember 2007


















Selamanya~ Seperti tersergamnya Taj Mahal, semoga penghijrahan kami sekeluarga ke Sri Azizah ( tanda kasih dan cinta abah kepada arwah emak) bermakna. Semoga kasih sayang dan keharmonian kekeluargaan masih ada dan mendapat berkat dan lindungan daripadaNya.

Wednesday, January 09, 2008

Hijrah

Salam semua

lama tak hantar khabar berita dalam blog

apa habaq la blog ni sebenarnya?

rasanya blog ni sihat2 je

cuma tuan punya blog je agak tidak sihat

macam-macam perkara yang terjadi

sepanjang masa saya menyepi

mungkin ramai yang tertanya-tanya

sakit apa ek?

demam? bukan...

sakit perut? bukan...

habih tu kalo sume bukan, ape ek?

jangan risau

sebenarnya bukan sakit fizikal

tapi sakit perasaan...

sakit sangat menahan rasa geram, rasa tak puas hati

dan risau dengan labwork ni

tapi tak tau nak lepas macam mana

at last nangis je yang mampu

tu pun sebab dah geram sangat

padahal sebelum-sebelum ni mampu je buat bodo

dengan segala 'serang hendap'

tapi

bila asik nak tunding jari kat kita

saje cari salah kita

saje nak cari pasal

tanpa sebab-sebab yang munasabah

padahal hal tu takde la mende sangat

sape boleh tahan beb

dah la dengan tension labwork tak habis-habis ni

(ingat tak risau ke?)

sapa tak 'hangin' kan

mula la rasa mendidih je

tapi alhamdullilah dapat kawal diri

padahal kalo ikut hati tu

nak je pancitkan tayar keta

eeeeeeeeeee...geram!!!geram!!

tapi ye la kan

orang kalo dah mmg suka je nak cari pasal ni

apa yang kita buat pun, walaupun baik

tetap dilihat dari sudut yang tak baik

walaupun bagus, tetap dinilai tak bagus

walaupun small matter, sengaja di besar-besarkan

akhirnya meleret-leret...

bagi saya

saya dah anggap benda tu sume dah selesai

terpulang la pada satu lagi pihak nak fikir macam mana

saya memang tak nak gelapkan hati

dengan simpan segala dendam dan buruk sangka dalam diri

saya sedar

perjalanan hidup saya masih jauh

lebih baik fikirkan benda yang rasional

be profesional

anggaplah segala apa yang berlaku tu kekurangan

yang ada dalm diri setiap insan

kita memang tak mampu nak buat orang suka kat kita

tapi sebagai seorang mukmin

kita masih ada 'senjata'

yang amat berguna

maka doa, doa dan doalah

semoga semuanya kembali

seperti sediakala.


Tapi ape-ape pun

saya puas hati

dapat bercuti agak panjang

sampai cuti tahun baru (lebih 3 hari je)

daripada orang lain yang bercuti sehingga Krismas

yang mana pada pandangan saya

pada ketika itu

tindakan yang saya ambil tepat

famili saya merupakan perkara terpenting

walaupun penat dan sakit pinggang

packing, angkat then kena punggah balik barang-barang

tapi saya puas hati

saya tidak bercuti sekadar rehat-rehat

atau pergi makan angin

sedihnya perasaan bila terpaksa berpindah

dari rumah lama yang banyak meninggalkan kenangan

terutamanya ketika arwah emak masih ada

tapi apa nak buat

rumah tu milik kerajaan

kena la pulangkan balik kepada tuannya

semoga 'Hijrah' kami sekeluarga ke rumah baru ini

memberikan satu perubahan yang baik.


p/s: Selamat Menyambut Maal Hijrah 1429. Sedihnya tak dapat gi Masjid Negeri untuk bacaan doa akhir tahun dan awal tahun. Baca di lab saje la nampak gayanya. Meneruskan perjuangan yang belum selesai.